Wednesday, 31 December 2014

5 Senaman di Rumah yang Confirm Boleh Kurus

Entry kali ni khas kepada para isteri yang bekerja atau pun surirumah yang tidak mempunyai masa untuk ke gym. Jom kita tengok senaman di rumah yang confirm boleh kurus jika diamalkan secara konsisten, InsyaAllah :)

1. Push-ups / Tekan-tubi
Dalam banyak-banyak senaman di rumah, push-ups atau tekan-tubi ni memang tidak akan dilupakan. Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun takpe. Sila rujuk gambarajah di bawah :)

Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda. Jangan paksa sangat nanti sakit-sakit otot lengan kena makan OsteMatrix..keh keh keh...

2. Bridge
Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik. 

Cara-caranya, baring lurus, angkat punggung seperti di dalam gambar, tangan di sisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat dan perlahan-lahan turunkan badan. Buatlah dalam 10 kali mengikut kemampuan anda.

3. Squats
Squats merupakan antara senaman yang "mesti ada". Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik. 

Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.

4. Walking lunges
Lunges ni seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.

Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.

5. Senaman kerusi
Senaman ni pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Boleh tengok gambar macam mana nak buat. Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.

Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.

Semua senaman ini adalah senaman kardiovaskular di mana, penekanannya ialah lebih kepada membuang berat lemak di dalam badan dan membentuk otot. Otot akan membantu meningkatkan metabolisme dan memudahkan pengurangan berat badan. 

Mungkin selepas mengamalkan senaman-senaman di atas, anda tidak kekurangan berat badan, tapi tubuh anda akan lebih kemas dan anda akan kehilangan lebihan inci di badan anda. 

Di samping itu, jika anda ingin mengawal pemakanan anda, sila rujuk link ini untuk membantu merancang pemakanan anda setiap hari :)

Jika selama ini anda terasa susah nak menurunkan berat badan walaupun telah bersenam dan menjaga pemakanan, apa kata anda cuba pula amalkan supplemen-supplemen berikut untuk membantu lagi usaha anda membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan :)

Supplemen-supplemen ini terdiri daripada:

Haaa meh saya share orang-orang yang telah berjaya menguruskan badan dengan Set Kurus Shaklee ini:

Anda juga boleh rujuk beberapa link di bawah:

Nak tahu lebih lanjut atau berminat nak membeli Set Kurus Shaklee? Boleh hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 23 December 2014

5 Tips Mempercepatkan Proses Kehamilan

Memang tidak dapat dinafikan, ada pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki anak walaupun telah mencuba pelbagai-bagai cara dan mengambil bermacam-macam ubat. Walau apa pun, segala-galanya telah ditetapkan Allah. InsyaAllah setiap yang terjadi mesti mempunyai hikmahnya. Namun, ingin saya share sedikit tips mempercepatkan proses kehamilan bagi pasangan yang sudah lama mencuba...

Jika sebelum ini, anda dan pasangan anda hanya bergantung kepada ubat-ubatan atau mengenalpasti waktu subur sahaja, apa kata ubah sikit perkara lain dalam kehidupan anda. 

Berikut adalah tips untuk mempercepatkan proses kehamilan:

1. Tengok diri anda sendiri, mulakan senaman secara konsisten untuk melancarkan proses pengaliran darah ke seluruh badan.

2. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda memasukkan sayur-sayuran hijau ke dalam menu anda.

3. Releks atau tenang-tenangkan diri anda. Serahkan semua kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui segala perancangan hidup ini. Too much expectations hanya akan mengecewakan dan menyebabkan anda bertambah stress.

4. Enjoy hubungan intim suami isteri. Tujuan hubungan intim suami isteri adalah pengerat kasih sayang... bukannya memaksa semata-mata hendak mendapatkan cahaya mata... 

5. Teruskan juga apa-apa supplemen yang sedang anda ambil.

InsyaAllah. Jangan berputus asa, kerana kita takkan tahu apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz untuk kita. Segala yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. 

Bagi yang dah mencuba pelbagai supplemen, boleh juga mencuba supplemen Shaklee yang boleh diamalkan oleh suami dan isteri. Jadi anda tak perlu beli banyak-banyak supplemen. 

Supplemen yang best ini ialah:

Vita E Complex. Ramai sudah mencuba.. dan dengan izin Allah jua isteri anda hamil. Selain membantu meningkatkan kesuburan, Vita E Complex sangat baik untuk kesihatan jantung dan kulit. Anda boleh enjoy 3 kebaikan dengan hanya sebiji kapsul sehari, InsyaAllah.

Harga sebotol Vita E Complex, 120 biji ialah RM149.00. Tapi hanya pada bulan ini, dengan pembelian dua botol, anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%. Yang best lagi, beli 6 botol Vita E Complex, anda akan mendapat PERCUMA sebotol lagi. Selain itu, free Shaklee membership dan rebat tunai pada bulan seterusnya...

Nak buat pembelian? Hubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah setiap konsultasi yang diberikan adalah PERCUMA.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Wednesday, 17 December 2014

10 Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Bagi sesetengah wanita, ada yang tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandung. Kemungkinan terjadi disebabkan mereka tidak keep track kitaran haid mereka. Oleh itu, mari kita baca bersama-sama, apakah 10 tanda-tanda awal kehamilan.

1. Mengidam
Hehe tanda ini adalah yang paling asaslah... Most of the time, tak mengandung pun... tapi lidah yang mengidam nak makan itu dan ini.

2. Warna areola menjadi semakin gelap
Apabila telah terjadinya percantuman antara sperma dan telur, akan terdapat perubahan kepada payudara.

3. Pendarahan / spotting
Pendarahan sikit yang terjadi disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.

4. Kerap membuang air kecil
Kejap-kejap rasa nak gi buang air kecil...

5. Keletihan / fatigue
Anda akan rasa letih 'semacam'. Tak tahu kenapa.. nak kata dah cukup makan..memang sudah.. tapi rasa macam nak tidur.. kalau exercise pun rasa macam kurang tenaga. Boleh dikategorikan sebagai rasa malas :p

6. Payudara melembut dan membengkak
Pada awal kehamilan, anda merasa sakit-sakit di bahagian payudara.

7. Perubahan deria rasa
Anda mungkin berasa tidak berselera dengan makanan yang selalu anda makan.

8. Loya dan perut berangin
Anda rasa tekak tak sedap dan perut seperti kembung atau bloated.

9. Kitaran haid anda terlewat
Haid anda tidak datang seperti biasa... Bolehla buat ujian kehamilan pada hari pertama kelewatan haid anda.

10. Pregnancy test anda positif!
Memang sah anda sedang hamil. Untuk maklumat lanjut, jumpalah dengan gynea anda.

Pastikan sebaik sahaja anda tahu anda hamil, makanlah makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi. Ibu yang hamil memerlukan nutrisi yang lebih daripada biasa. Shaklee pun ada banyak supplemen yang best untuk orang hamil yang terdiri daripada:

(Untuk Trimester pertama)
- Vitamin B Complex
- Vita-Lea (multivitamin dan iron terutama sekali)
- Vitamin C
- OsteMatrix

Untuk maklumat lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee, boleh rujuk di SINI.

Vitamin-vitamin ni memang memenuhi keperluan ibu yang sedang hamil di awal kehamilan. Kalau nak tahu lebih lanjut, hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Tuesday, 16 December 2014

Halang Neural Tube Defects (NTD) Dengan Asid Folik

Salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian... Hari ni kita bercakap pula tentang menghalang Neural Tiub Defects dengan Asid Folik. 

Apabila seseorang itu merancang untuk hamil, adalah sangat-sangat disarankan untuk mengambil Asid Folik. Ini disebabkan, Asid Folik membantu tumbesaran bayi yang berkait dengan saraf tunjang dan juga pembentukan tempurung kepala bayi. Boleh terus membaca tentang persediaan kehamilan di SINI.

Pernah tak anda dengar bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala? Sebab itulah Asid Folik sangat penting kerana dengan pengambilan secara konsisten membantu mengurangkan risiko bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan Neural Tiub Defects (NTD). 

Terdapat tiga jenis Neural Tiub Defects (NTD):

1. Spina Bifida - Pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna.

2. Anencephaly - Bayi tidak mempunyai tempurung kepala.

3. Encephalocele - pembentukan sel saraf yang bersambung dengan otak yang tidak sempurna. Boleh juga berlaku di bahagian atas hidung.

Disarankan untuk berikhtiar mengelak Neural Tiub Defects (NTD), lebih baik mengamalkan Asid Folik dengan konsisten kerana ada masa-masanya sesetengah wanita tidak sedar yang dirinya hamil. Pertumbuhan bayi yang baik dan sempurna pula akan berlaku di awal kehamilan. Oleh itu, jangan abaikan pengambilan Asid Folik. 

Keperluan Asid Folik:
- 0.4mg bagi wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil
- 0.8mg bagi wanita yang sedang hamil

Terdapat dua supplemen Shaklee yang sangat baik serta mempunyai Asid Folik sebagai persediaan wanita-wanita yang ingin mendapatkan anak atau sebagai supplemen kehamilan, iaitu: 
- Vitamin B Complex (120 biji, RM53.75)
- Vita-Lea (multivitamin dengan iron, 120 biji, RM88.75)

Pengambilan vitamin-vitamin ini sebelum kehamilan juga sangat baik kerana membantu mengurangkan simptom-simptom morning sickness ibu-ibu, InsyaAllah. 

Jika ingin mendapatkan vitamin ini, sila hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Reference:

Monday, 15 December 2014

Selama 7 Tahun Muka Berjerawat, Akhirnya Kulit Jadi Halus Mulus

Lepas Bersabar 7 Tahun Dengan Jerawat Teruk, 
Ini Yang Kakak Ni Buat!

Kulit anda berjerawat? Banyak dah produk dan rawatan yang anda lalui tetapi anda masih lagi tidak mampu menghilangkan jerawat yang teruk? Bila dah hilang tinggal parut pulak... nak buat cane?

Cer tengok video ni :)

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Dengan promosi Vitamin E, Vitamin C dan Shaklee Collagen Powder, memang anda tak patut sia-siakan promosi bukan berganda tapi 3 GANDA bulan December ini! Tengok muka kakak ni dah gebu dan mulus kan? Apa lagi, cepat hubungi saya untuk tempahan di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Sunday, 14 December 2014

Kenapa Pitam Semasa Hamil?

Salam sayang semua... Hari ni nak tulis pula tentang isu kehamilan yang mungkin dialami oleh sesetengah wanita iaitu pitam semasa hamil... Adakah ia berbahaya?

Pening dan pitam apabila berubah posisi atau pun setelah duduk terlalu lama kemudian berdiri adalah normal. Namun, gejala pitam dan pening yang keterlaluan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa atau pengsan adalah gejala yang harus diawasi dan tidak patut dibiarkan berlarutan. 

Punca utama yang menyebabkan pening dan pitam semasa hamil adalah disebabkan tekanan darah rendah. Semasa kehamilan, saluran darah mengembang disebabkan oleh kesan daripada hormon. Ibu-ibu yang hamil harus mendapatkan rawatan atau pemeriksaan pakar jika gejala ini berlarutan.

Selain itu, pemakanan semasa kehamilan hendaklah dijaga sebaiknya. Pastikan memakan makanan yang berkhasiat dan makan makanan yang membantu menaikkan tekanan darah. Makanan-makanan tersebut boleh dirujuk di SINI.

Selain itu, anda boleh juga amalkan supplemen-supplemen yang membantu (dengan izin Allah) menstabilkan tekanan darah seperti Set Kehamilan Shaklee yang memang sangat best untuk ibu-ibu yang tengah mengandung. Sebenarnya, nasihat saya, jangan fikir-fikir lagi kerana tekanan darah rendah ini merisikokan kelahiran bayi pramatang. Lebih baik kita usaha naikkan tekanan darah supaya menjadi stabil kan?

Boleh baca kegembiraan ibu yang sihat dan cergas apabila mengambil Set Kehamilan Shaklee ini.

Selain itu, supplemen-supplemen Shaklee juga membantu memberi manfaat kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Jom tonton video di bawah. Semoga bermanfaat kepada semua :)

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Nak dapatkan Set Kehamilan ini, hubungi aje saya di 012-5538628. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia dan COD mengikut tempat-tempat yang dinyatakan di bawah.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Reference:

Saturday, 13 December 2014

Cara-Cara Mengeringkan Hingus Anak

Keringkan Hingus Anak Dalam Masa Semalaman Sahaja!

Assalamualaikum dan salah sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian. Hari ni nak share pasal pengalaman sendiri lagi.. Heee kali ni nak share cara-cara mengeringkan hingus anak dan membantu anak tidur dengan lena tanpa hidung tersumbat.

Ceritanya begini, saya dah tengok hidung anak berair dengan agak teruk dengan hingus meleleh... Kemudian bila dah malam sikit... mulalah batuk-batuk.. suara pun dah jadi suara rock dah. Nampak teruk sangat ni...

Risau sangat rasanya.. Taknaklah jadi semakin teruk... Nauzubillah... Jadi saya bagi anak saya makan chewable vitamin C dan Omega Guard Shaklee. Vitamin C tu insyaAllah untuk memperkuatkan imun sistem anak saya. Omega Guard pula untuk mencairkan kahak. 

Lepas tu, saya bakar bawang putih dua ulas.. Boleh baca cara-cara penyediaan minyak bawang putih di sini. Lepas minyak tu dah siap, saya sapu di kedua-dua tapak kaki dan betis anak, serta di bahagian dada depan dan belakang. 

Lepas tu anak saya pun masuk tidur. Alhamdulillah saya perasan sepanjang malam, senyap je tidur. Maksud saya... tiada batuk-batuk, bunyi hingus atau hidung tersumbat. Bila bangun pagi esok pun.. Alhamdulillah takde dah hingus meleleh semua. Alhamdulillah syukur pada Allah :)

Sesungguhnya, semua yang terjadi adalah dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Sesiapa yang ingin dapatkan Vitamin C dan Omega Guard untuk anak-anak anda, bolehlah menghubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Thursday, 11 December 2014

Badan Lesu Macam Kerja Buruh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak citer and also to get feedback from anda-anda yang saya sayangi semua... Pernah tak anda bangun pagi... rasa segar.. tak mengantuk da.. mandi... solat... sarapan.... buat keje rumah atau apa sahaja.. kemudian bila dah setengah hari, rasa badan lesu macam kerja buruh...???

Bukannya buat keje berat.. cuma ntah..tiba-tiba rasa macam ehhh... badan rasa lesu.. Tak larat je.. Buruh yang dah biasa kerja berat hari-hari pun tak rasa lesu gini kot... Kita pun terpikir-pikir napelah jadi begini...

Banyak kemungkinan yang menyebabkan lesu dan tak larat ni. Salah satu kemungkinan penyebab lesu ialah kekurangan sel darah merah atau lebih dikenali sebagai anemia atau tekanan darah rendah.

Anemia banyak dihadapi oleh kaum wanita yang berumur dalam 30an dan 40an. Wanita yang mengandung juga selalu mengalami anemia. Amat berbahaya bagi wanita yang mengandung mengalami tekanan darah rendah atau anemia kerana mengganggu tumbesaran bayi di dalam rahim. Kesannya, bayi mungkin tidak terbentuk dengan sempurna, mengalami masalah jantung yang lemah, anggota badan yang tidak cukup sifat dan macam-macam lagi risikonya.

Punca berlakunya anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah.

Cara-cara mengatasi masalah anemia banyaknya berkait dengan nutrisi pemakanan. Oleh itu, elok ambil makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. 

1. Makan sayur-sayuran hijau, terutamanya bayam. 

2. Kacang kekacang seperti kacang almond, kacang hazel, kacang cashew dan banyak lagi.

3. Makanan laut seperti kerang, udang dan sebagainya.

4. Buah-buahan seperti buah oren yang mempunyai vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Bijiran cereal yang diperkuat dengan zat besi 

6. Makan supplemen yang mempunyai zat besi sebagai makanan tambahan.

Susah sangat nak makan makanan yang mengandungi zat besi? Boleh cuba supplemen Shaklee yang bebas bahan kimia dan terdiri daripada daripada bahan-bahan semulajadi.

1. Vita-Lea (RM88.75)
Multivitamin yang terbaik yang disaluti spirulina dan diperkaya dengan zat besi. 

2. Sustained Release Vita-C (RM92.50)
Vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif.

3. Vitamin B Complex (RM53.75)
Vitamin B Complex mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya ialah Vitamin B5 dan B6 yang diperlukan untuk membantu penghasilan sel darah merah.

PERINGATAN:

Jangan makan Vita-Lea dengan sumber kalsium seperti susu atau supplemen kalsium yang lain kerana kalsium mengganggu penyerapan zat besi. Begitu juga dengan kafein. Jika mengambil kalsium atau kefein, berikan masa dalam 2 jam sebelum mengambil makanan/supplemen yang mengandungi zat besi.

Jika anda ingin mendapatkan supplemen-supplemen berikut, hubungi saya di 012-5538628. Dengan membeli daripada saya, anda akan mendapat konsultasi PERCUMA dalam pengambilan sebarang vitamin Shaklee :)