Pengambilan Supplemen Semasa Berpuasa

Bagaimanakah Nak Makan Supplemen Semasa Berpuasa?

Salam bahagia pembaca sekalian. Alhamdulillah hari ni sudah masuklah 1 Rejab. Bermakna ada lagi dalam 58 hari lagi sebelum Ramadhan. Semoga kita semua dipertemukan Allah dengan Ramadhan.



Apabila masuknya bulan Rejab, maka ramai orang akan mula menggantikan puasa yang terdahulu dan mula berpuasa sunat dalam bulan-bulan yang berkat sebelum Ramadhan ini. Namun, apabila berpuasa, pengambilan air akan berkurangan dan kadangkala pengambilan supplemen juga akan terjejas. Kita semua tahu bahawa air sangat penting diambil secukupnya walaupun sedang berpuasa. Kita hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 2 liter air diminum setiap hari walaupun di dalam bulan Ramadhan. 

Cara Pengambilan Supplemen

Sahur itu satu kemestian ya. Rasulullah SAW bersabda “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”, (HR al-Bukhari dan Muslim). Lebih baik jika dapat melewat-lewatkan sahur sehingga ke hujung waktu. 

Jadi apabila bangun bersahur, sebelum makan, minumlah air kosong suam terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua gelas. Kemudian makanlah seperti kebiasaan yang anda makan, macam makan nasi ke, terpulang kepada anda. 

Saya syorkan kepada yang tidak makan berat-berat untuk sahur, bolehlah mengambil ESP yang dicampurkan bersama dengan milo atau susu sebagai sahur anda. Kandungan ESP yang terdiri daripada protein memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan sangat baik untuk kesihatan badan. Kalau hendak lebih tenaga, ESP boleh digabungkan dengan Performance Drink Shaklee untuk menjadikan badan lebih segar. Makanan sunnah iaitu kurma jangan dilupakan kerana kandungan gula di dalamnya sangat mudah diserap oleh badan untuk tenaga.

Selepas sahur, anda boleh mengambil supplemen harian yang diambil. Kalau diwaktu sahur ini, elok diambil vitamin B Complex untuk memberi keceriaan dan tenaga sebagai permulaan hari. Semestinya lepas makan B Complex, hendaklah minum air dengan banyak ye. Sekurang-kurangnya lagi dua gelas hendaklah diminum sebelum tamatnya waktu sahur. B Complex adalah vitamin yang larut air, maka akan dikeluarkan apabila anda membuang air kecil nanti. Kalau saya dalam bulan puasa, memang dalam perjalanan ke pejabat, memang dah rasa nak buang air kecil sebab minum banyak semasa bersahur.. heee...

Apabila sampainya waktu berbuka, mulakan dengan makan kurma dan minum segelas air suam kosong terlebih dahulu. Kemudian pergilah solat Maghrib dulu sebelum makan berat-berat semasa berbuka untuk mengelakkan rasa malas hendak solat... ;)

Selepas berbuka, anda boleh makan supplemen yang sedia ada. Sebagai contoh makan Vita-Lea (multivitamin) untuk pengambilan nutrisi yang merangkumi semua. Amat penting untuk memastikan pengambilan air kosong yang cukup selepas berbuka dan sebelum berterawikh.

Selepas menunaikan solat terawikh, anda boleh mengambil OsteMatrix untuk memudahkan anda tidur dan bangun untuk sahur dengan segar. Selain itu, dengan pengambilan OsteMatrix, badan anda akan rasa tenang dan memberi kerehatan kepada otot-otot badan. Sebenarnya, apabila anda makan supplemen, secara tidak langsung sebenarnya anda memang akan minum air dengan banyak :) InsyaAllah, jangan bimbang akan kekurangan air. Yang penting, pastikan selepas pengambilan supplemen, anda minum sekurang-kurangnya 8oz air. 


6 Sebab Air Penting kepada Tubuh Badan Manusia

1. Mengekalkan keseimbangan cecair di dalam tubuh badan
2. Air menolong mengawal kalori di dalam badan
3. Air memberi tenaga kepada otot-otot badan
4. Air mencantikkan kulit
5. Air bagus untuk kesihatan buah pinggang
6. Air memudahkan proses pembuangan air besar





Info Pantas
  • 2 gelas air selepas bangun tidur akan dapat membantu membersihkan organ-organ dalaman.
  • Minum segelas air 30 minit sebelum makan akan dapat membantu fungsi pencernaan dan ginjal.
  • Minum segelas air sebelum mandi akan dapat menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas air sebelum tidur akan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.


Jika berminat untuk mengambil supplemen-supplemen Shaklee, jangan malau-malu untuk menghubungi atau meninggalkan pesan kepada saya. Akan saya hubungi anda semula.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:



Masalah Keputihan

Adakah Ia Normal Atau Disebabkan Penyakit?

Menjadi seorang wanita ini, terlalu banyak perkara yang harus dijaga. Salah satunya ialah isu keputihan yang dialami oleh wanita. Sesetengah wanita mengalami isu keputihan yang banyak dan menjejaskan aktiviti seharian wanita. Sesetengah wanita pula tidak mengalami sebarang masalah mengenai keputihan dan merupakan sesuatu yang normal bagi mereka. Mari kita lihat punca-punca terjadinya keputihan dalam kalangan wanita.

Apakah itu keputihan?

Proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati yang dikeluarkan daripada dalam lubang keintiman wanita yang dikeluarkan dalam bentuk lendir atau cecair pekat yang berwarna jernih. 

Lendir yang dikeluarkan juga mempunyai tujuan tertentu seperti melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluaran lendir ini tidak bermakna wanita mengalami penyakit, namun harus dipantau jenis-jenis cecair yang dikeluarkan. Keputihan dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progestron dalam darah wanita. Keputihan yang normal mengeluarkan lendir yang tidak berbau, jernih dan tidak menyebabkan kegatalan.




Punca-Punca Keputihan
  • Wanita hamil berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon dan mungkin menyebabkan jangkitan kulat kerana hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Selain itu, hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj dan menyebabkan wanita hamil mengalami masalah keputihan.
  • Wanita yang mengalami berat badan berlebihan 
  • Wanita yang memakai alat pencegahan kehamilan seperti IUD 
  • Perubahan ke atas keadaan fisiologi seperti melakukan persetubuhan dan ketika nafsu syahwat sedang memuncak juga menghasilkan lendir yang yang dikeluarkan oleh kilang lendir yang terdapat di bibir faraj.
  • Gangguan emosi seperti marah, sedih, keletihan juga akan menyebabkan pengeluaran keputihan.
  • Sangat jarang berlaku dalam kalangan remaja namun boleh terjadi dengan pengambilan ubat tertentu atau perubahan hormon.

Keputihan Luar Biasa Yang Perlu Diawasi
  • Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan, coklat bercampur darah berkemungkinan mengalami jangkitan kuman seperti kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi, gardneralla, dan bacterial vaginosis.
  • Kesan keputihan ini berbeza mengikut bau, rasa gatal di kawasan sulit dan ketidakselesaan apabila bersama dengan suami.

Cara Mengatasi Ketidakselesaan Keputihan
  • Memakai pelapik seluar dalam untuk mengurangkan keradangan pada kulit dan ketidakselesaan.
  • Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak terlalu longgar.

Petua Mengatasi Masalah Keputihan

Cara Pertama
1. Secekak pucuk pegaga dan akarnya diambil dan dibersihkan
2. Rebus pucuk pegaga tadi bersama dua gelas air bersih
3. Tambah sedikit garam ke dalam air rebusan tersebut
4. Apabila telah mendidih, biarkan ia sejuk
5. Setelah sejuk, tapi air rebusan tersebut
6. Minum air tersebut sehingga keputihan dan kegatalan berkurangan atau sembuh



Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkannya
2. Sediakan 1 liter air suam
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama air suam
4. Air tersebut kemudian ditapis
5. Air tapisan itu kemudiannya digunakan untuk mencuci bahagian sulit
6. Teruskan perkara ini sehingga dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami
7. Selain daripada dapat menghilangkan bau dan kegatalan pada kawasan sulit, cara ini dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.




Supplemen Shaklee Yang Membantu

Alfalfa Complex (330 biji, RM53.75)  - Supplemen yang bersifat anti-kulat
Garlic Complex (60 biji, RM47.50) - Antibiotik semulajadi dan membunuh kulat
GLA Complex (60 biji, RM91.25) - Supplemen anti-kulat
B Complex (120 biji, RM 53.75) - Kekurangan vitamin B menyebabkan infeksi faraj
Sustained Release Vita-C (180 biji, RM92.50) - Penting dalam fungsi sistem imun



Namun tak semua supplemen ini perlu diambil pada masa yang sama. Anda boleh memilih berdasarkan situasi yang dihadapi oleh anda. Hubungi saya atau tinggalkan pesan dan saya akan hubungi anda semula dan memberi konsultasi untuk pengambilan supplemen yang sesuai.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:




Kebaikan ESP kepada Kulit

Testimoni Meminum ESP Setiap Hari



Saya akui saya baru saja menjadikan rutin meminum ESP dibancuh bersama Milo setiap pagi. Adalah dalam sebulan saya sudah mula minum ESP setiap pagi untuk mengisi perut saya yang kelaparan di waktu pagi. Bukan tidak mahu makan nasi lemak atau sarapan yang berat-berat, nanti saya akan kekenyangan di waktu tengahari dan akhirnya langsung saya tidak makan semasa lunch.

Testimoni untuk Kulit

Kat sini saya nak ceritakan perubahan yang dirasai apabila mula minum ESP. Kulit muka saya memang kurang stabil. Nak kata bermasalah sangat, tidaklah teruk cuma kadangkala jerawat-jerawat halus akan tumbuh. Apabila umur semakin meningkat ini, saya rasakan kulit saya mula menjadi kulit kering walaupun pada asalnya kulit saya jenis yang berminyak.

Dulu, akan terdapat tompok-tompok kering di muka saya. Mungkin kerana pencuci muka yang dipakai agak strong. Memang ada masanya tompok-tompok tersebut hilang dan kulit akan kembali normal. Cuma kebelakangan ni, selepas mengalami stomach flu atau gastroenteritis dalam dua minggu lepas, saya agak mengawal pemakanan saya. Waktu pagi dan tengahari saya hanya minum ESP dan makan makanan ringan seperti roti kerana khuatir keadaan perut yang belum stabil. 

Kini, saya perasan yang kulit muka saya sangat lembut. hilang sudah tompok-tompok kering di wajah. Kulit tidak lagi terasa kasar. Jerawat halus juga agak terkawal. Saya agak hairan sebenarnya namun ESP lah yang kerap saya amalkan belakangan ini.

Di samping itu, dengan meminum ESP, saya dapat mengawal selera makan saya. ESP lah yang diminum untuk pagi dan tengahari semasa perut saya masih tidak stabil. Saya sudah rasa kenyang yang mampu untuk saya tahan sebelum pulang ke rumah dan mengambil sedikit makanan berat. 

Harga yang Menarik!

Saya rasa pengambilan ESP sangat-sangat berbaloi dengan harga RM 150.00 yang boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan. Kesannya sangat baik untuk tubuh, selain memperbaiki sel-sel dan memberi rasa kenyang yang berpanjangan. 

Bulan puasa juga semakin hampir. Bagi yang rasa tidak sempat menyiapkan hidangan sahur, bolehlah mengamalkan ESP di waktu sahur. Dengan hanya tiga sudu ditambah ke dalam milo atau coffee, sudah cukup untuk mengenyangkan.

Jangan malu atau segan untuk menghubungi saya. Tinggalkan pesan melalui SMS dan saya akan hubungi anda semula.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Penyakit Gout

Elakkan Sakit Gout Sebelum Melarat

Apakah Penyakit Gout?


Penyakit gout adalah sejenis penyakit arthritis. Penyakit ini disebabkan oleh pengumpulan hablur asid urik yang terlalu tinggi pada sendi-sendi. Bayangkanlah hablur asid urik ini umpama serpihan kaca yang bergesel-gesel dengan sendi-sendi kita. Semestinya sakit yang amat sangat.





Asid urik ini adalah bahan kumuhan yang dihasilkan daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Tubuh badan manusia membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bahan kumuhan purin yang tidak dibuang akan menjadi hablur dan berkumpul di kawasan sendi. 


Faktor-Faktor yang boleh Membawa kepada Penyakit Gout
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai gout
  • Lelaki
  • Seorang yang obes
  • Minum terlalu banyak alkohol
  • Banyak makan makanan yang mengandungi purin
  • Pernah menjalani transplan organ
  • Mengambil ubat diuretik, aspirin, cyclosporin atau levodopa
  • Wanita yang sudah menopos


Simptom Penyakit Gout
  • Selalunya gout akan menyerang ibu jari kaki.
  • Pesakit akan merasa sakit yang melampau, panas, bengkak dan kemerahan.
  • Sakit menyerang secara tiba-tiba dan kerapkali berlaku semalaman.
  • Kesakitan yang melampau menyebabkan demam
  • Geseran yang lembut walaupun dengan kain akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti di lutut, pergelangan tangan dan kaki, siku serta jari-jari.



Makanan yang Perlu Dielakkan dan Dikurangkan

Elakkan
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, dan sebagainya
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang, kiub rebusan daging, ekstrak daging
  • Makanan bercengkerang seperti udang, kerang dan ketam
Kurangkan
  • Bunga kobis, asparagus, cendawan, daun bayam
  • Kumpulan kacang kekacang
  • Jagung dan bijirin

Supplemen Semulajadi Shaklee yang Sihat dan Selamat

Jika anda sedang mencari supplemen semulajadi yang lebih selamat, adalah sangat baik jika anda cuba Advance Joint Health Set yang terdiri daripada:
  • OmegaGuard - Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi
  • OsteMatrix - Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  • Advance Joint Health Tablet - Menjaga kesihatan sendi untuk jangka panjang

Selain itu, suatu kajian mengatakan bahawa pengambilan Vitamin C juga akan dapat menurunkan risiko mendapat penyakit gout. 
  • Pengambilan 1000mg - 1499mg setiap hari menurunkan risiko sakit gout sebanyak 34%
  • Pengambilan sebanyak 1500mg setiap hari menurunkan risiko sakit gout sebanyak 45%

Di samping itu, pengambilan Alfalfa Complex Shaklee juga membantu dalam membuang lebihan asid di dalam badan.



Senarai harga supplemen Shaklee boleh dirujuk di sini: 

Sebenarnya terlalu banyak supplemen Shaklee yang boleh membantu di dalam merawat penyakit gout. Jangan tunggu lama-lama, sekarang mungkin anda tidak merasa terlalu sakit, tetapi kesan jangka panjangnya sangat menyakitkan dan akan mempengaruhi aktiviti harian anda seperti berjalan, malah hendak beribadat seperti solat juga dirasakan sukar.

Kami tidak akan memaksa anda membeli semua sekali. Bergantung kepada bajet anda. Jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Saya akan memberikan konsultasi dan panduan dalam amalan pemakanan supplemen-supplemen Shaklee ini. SMS saya dan saya akan call anda semula :)


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Tips Persediaan Kehamilan

Nutrisi Utama yang Diperlukan untuk Hamil

Dalam membuat persediaan untuk hamil, beberapa perkara penting harus dititikberatkan terutamanya nutrisi yang diperlukan untuk memudahkan usaha mendapatkan anak. Bagi sesiapa yang sedang dalam proses untuk berkahwin dan merancang mendapatkan anak di awal perkahwinan, anda bolehlah mula mengambil asid folik (juga dikenali sebagai folat) sebagai persediaan. Sebaik-baiknya asid folik hendaklah diambil tiga (3) bulan sebelum hamil. 

Apakah Asid Folik?

Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Juga dikenali sebagai folat dan wujud secara semulajadi di dalam kumpulan kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis, dan ekstrak daging lembu. Sesetengah jenis roti dan bijiran sarapan ditambah unsur asid folik di dalamnya. 

Apakah Kepentingan Asid Folik?

Asid Folik membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. Dalam persediaan dan proses kehamilan, asid folik membantu dalam melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam saraf (kecacatan tiub neural bayi) seperti spina bifida.

Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. 

Selain itu, pengambilan asid folik juga penting untuk:
  • Mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan merangsang pengaliran darah dalam tubuh.
  • Mengurangkan komplikasi kehamilan seperti muntah-muntah, sakit kepala, keletihan dan sebagainya.
  • Membantu dalam perkembangan otak dan saraf bayi serta mengurangkan risiko sumbing lelangit (cleft palate).
  • Mengurangkan risiko keguguran, bayi pra-matang, dan still birth.

Dos Asid Folik
  • Wanita yang tidak hamil dan merancang hamil - 0.4 miligram setiap hari
  • Wanita hamil - 0.6 - 0.8 miligram setiap hari
Pengambilan asid folik hendaklah diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu pertama kehamilan dan elok diteruskan sehingga kelahiran bayi.

*Doktor akan menambah dos pengambilan asid folik jika wanita tersebut mempunyai anak yang mengalami kecacatan tiub neural. 


Supplemen Shaklee yang Mengandungi Asid Folik


B-Complex dan Vita-Lea (multivitamin) kedua-duanya mengandungi sebanyak 0.2 miligram Asid Folik. Untuk persediaan kehamilan, adalah sangat baik untuk mengambil kedua-dua supplemen ini untuk mengekalkan kandungan nutrisi yang mencukupi dan menyediakan sistem tubuh apabila kehamilan nanti.

Setiap supplemen yang dinyatakan mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Kebaikan Vitamin B-Complex
  • Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohirat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.
  • Melawan tekanan dengan melegakan kesihatan fungsi saraf. Hasilnya sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia dapat dikurangkan.
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Mambantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (dengan kehadiran Asid Folik).
  • Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur dan memperbaiki masalah kulit kepala seperti kelemumur.
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, dan mengurangkan rasa loya, muntah-muntah, mabuk laut atau darat.
  • Meredakan kesakitan senggugut, gejala PMS, masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche iaitu rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau.
  • Meredakan alahan.

Kebaikan Vita-Lea

  • Berfungsi sebagai pemberi tenaga segera, meningkatkan kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan meningkatkan fokus dalam pembelajaran mahupun pekerjaan seharian.
  • Bertindak sebagai pelengkap nutrisi bagi mereka yang sukar mendapatkan diet seimbang. Baik untuk mereka yang vegetarian dan mengalami anemia.
  • Penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja.
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Membantu dalam pertumbuhan sel baru, pertumbuhan rambut, kuku, kulit serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Sangat Menjimatkan!

Harga sebotol vitamin B-Complex (120 biji) adalah RM 53.75 dan Vita-Lea (120 biji) adalah RM 88.75. Dengan pengambilan sehari sebiji bagi setiap satu vitamin, anda hanya perlu membelanjakan RM 1.20 sehari bagi selama 120 hari atau 4 bulan dan InsyaAllah, kesihatan anda akan bertambah baik dan anda akan lebih kuat dalam menghadapi proses kehamilan anda. 

Berminat? Jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Cukup dengan meninggalkan pesan, saya akan menghubungi anda semula.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference: 






Tips Wanita Sihat Cantik

Wanita Adalah Tunggak Keluarga

Setuju tak dengan tajuk blog saya kali ini? Semestinya kan :) Tanpa seorang wanita, sang suami akan pening. Nak uruskan anak-anak, nak uruskan rumah tangga. Semua dirasakan tidak cukup tangan. Tapi bagi seorang wanita, kacang aje. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.

Lihat saja ibu-ibu terdahulu. Hampir semua dilakukan oleh ibu. Walaupun terlalu banyak dilakukan oleh mereka, namun mereka tetap sihat dan kuat. Kalau orang sekarang, kita cakap sebab ibu-ibu kita dulu, makanannya lebih berkhasiat berbanding sekarang yang mostly banyak sangat makan fast food dan junk food. Persekitaran pula lebih segar dan bersih. Betul juga kan? Tetapi apabila dibandingkan dengan the amount of workload yang dilakukan oleh wanita pada masa kini, sebenarnya tanggungjawab itu tetap sama. Oleh itu, walaubagaimana sekalipun, wanita memang kena sentiasa kuat dan sihat.

Tips untuk kekal sihat dan cantik:

1. Bersenam secara konsisten

Bersenam akan menghasilkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan tekanan. Selain itu, bersenam akan melancarkan pengaliran darah dan oksigen di dalam tubuh dan menyumbang kepada kulit yang cantik dan berseri-seri. Berat badan yang ideal juga akan dapat dikekalkan.

2. Menjaga pemakanan yang seimbang

Memang tidak dapat dinafikan iklan-iklan makanan yang berada di pasaran sangat menguji keimanan sesiapa sahaja. Kalau boleh semua hendak dirasa. Tidak salah untuk merasa, tetapi pandai-pandailah mengawal kuantitinya. Amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari dan memastikan nutrien serat termasuk dalam diet makanan harian.

3. Sayangi diri anda lebih daripada orang lain

Sebagai seorang isteri dan ibu, keperluan anak-anak dan suami akan didahulukan daripada diri sendiri. Sebenarnya tanggapan ini salah! Cuba bayangkan apabila seorang ibu itu sakit, mampukah dia menguruskan keperluan anak-anak dan suaminya? Oleh itu, seseorang wanita itu harus mementingkan keperluan peribadinya seperti mendapatkan rehat yang mencukupi, memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara yang disukainya seperti bersenam, meluangkan masa untuk hobi dan banyak lagi. Apabila wanita sihat dan bahagia, maka tekanan perasaan dapat dielakkan dan rumah tangga berada dalam keadaan aman damai.

4. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten

Ramai orang mengabaikan pemeriksaan kesihatan yang seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Namun jika terdapat sebarang penyakit kronik, maka pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan lebih kerap. Wanita sangat perlu menjalankan ujian kesihatan secara konsisten disebabkan tubuh badannya telah mengalami pelbagai fasa kehidupan. 

5. Mengambil supplemen sebagai makanan tambahan

Kehidupan wanita yang sentiasa sibuk menyebabkan pemakanan kurang terjaga dan tidak mendapat rehat yang secukupnya dan seterusnya mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Wanita mengalami pelbagai fasa dalam kehidupannya yang menyebabkan perubahan kepada sistem tubuh badannya. Fasa-fasa tersebut adalah:
  • Akil baligh
  • Pra-Kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra-Menopos
  • Menopos
  • Selepas Menopos
Kadangkala perubahan-perubahan fasa ini menjadi tidak normal. Kebanyakan wanita hanya membiarkan sahaja hinggalah akhirnya menyumbang kepada penyakit yang sukar diubati.

Berikut adalah beberapa supplemen daripada Shaklee yang boleh membantu dalam kesihatan wanita secara menyeluruh.

i) GLA (Gamma-Linolenic Acid) Complex (60 biji, RM91.25)
  • Kandungan herba borage melegakan kelesuan dan meringankan kebas urat saraf
  • Prostaglandin yang dibentuk oleh GLA memperbaiki simptom PMS seperti sakit perut, mood swing, water retention dan sakit payudara
  • Melambatkan menopos
  • Memperbaiki inflamasi kulit dengan melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.
  • Membetulkan kitaran haid yang tidak teratur
ii) OsteMatrix (120 biji, RM61.00)
  • Perkembangan tulang wanita akan terhenti pada usia 35 tahun. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting bagi seorang wanita untuk mengelakkan Osteoperosis
  • Pengambilan OsteMatrix juga membantu di saat kesakitan PMS dan mengurangkan kembung-kembung perut dan angin
  • Memperbaiki kejang-kejang kaki dan kebas-kebas badan serta menggalakkan tidur yang selesa. 
  • Bangun pagi yang lebih segar dan cergas selepas mengambil OsteMatrix sebelum tidur
iii) OmegaGuard (90 biji, RM136.00)
  • Kandungan Omega-3 di dalam OmegaGuard membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membuatkan kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok kerana kandungan DHA dan EPA menentang thrombosis, melincirkan dan melancarkan saluran darah.
  • Merendahkan tahap kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Menstabilkan emosi dengan mengelakkan kemurungan, tekanan, kebimbangan dengan kehadiran EPA dan DHA.




Pengambilan supplemen-supplemen ini sangat membantu dalam memberikan tenaga, ketenangan dan kekuatan kepada wanita untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Namun, setiap satu supplemen ini juga mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sangat baik kepada kesihatan. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Akan saya kongsikan segala ilmu dan kebaikan supplemen semulajadi Shaklee ini.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:






Stomach Flu or Gastroenteritis

Sakit Perut, Cirit-Birit dan Rasa Nak Muntah


Baru-baru ini, saya sebenarnya baru sahaja pulih daripada mengalami "stomach flu". Dua hari jugakla saya request MC kerana keadaan yang belum pulih sepenuhnya. Malah "stomach flu" tersebut berlanjutan sehingga 4 hari. Hari kelima barulah saya rasa "bebas". Selera makan kembali pulih dan tidak lagi merasa loya atau mengalami cirit-birit. Kalau diikutkan terms yang digunakan dalam bidang perubatan, "stomach flu" adalah "Gastroenteritis" atau singkatannya ditulis sebagai AGE.

Apakah "Gastroenteritis"? Kalau dalam bidang perubatan "Gastroenteritis" bermaksud "irritated and inflammed stomach and intestines (the gastrointestinal tract)" yang boleh disebabkan oleh virus atau bakteria. 




Kalau difikir-fikir balik, adakah saya telah mengalami keracunan makanan? Kalau keracunan yang teruk, kemungkinan besar saya akan muntah-muntah dan mengalami cirit-birit. Kali ini, syukur Alhamdulillah kerana saya hanya rasa loya dan tidak muntah. Cuma sangat kerap berulang-alik ke tandas. Tapi sebahagian kecil hati saya rasa saya sebenarnya mengalami keracunan makanan yang tidak serius. Yang menyebabkan sakit perut saya berlarutan adalah habit saya yang jarang ke tandas. 

Seminggu lepas, anak saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit kaki dan kemudian demam. Lama juga ditahan di hospital selama lebih kurang 4 hari. Semasa berada di sana, saya langsung tidak ke tandas. Supplemen OsteMatrix yang baru saya beli tertinggal di ofis kerana saya terus mengambil cuti. Di rumah pula, OsteMatrix telah habis.

Oleh sebab itu, apabila saya ke tandas, saya mengalami kesukaran untuk membuang dengan lawas, sehinggalah pada malam sebelum "stomach flu" menyerang. Pada masa itu, mulalah merasa tidak sedap badan hinggalah berlanjutan sampai keesokan harinya.

Sebenarnya, sudah lama jugak saya tidak mengalami sakit perut ini. Dulu-dulu memang selalu. Sampai saya sentiasa makan ubat angin charcoal yang berwarna hitam. Pernah juga buat "Endoscopy" untuk melihat jika usus saya mengalami sebarang masalah. Tapi syukur saya sihat. Kini apabila mula mengamalkan OsteMatrix, setiap hari saya ke tandas. Memang mudah untuk membuang air besar. Cuma itulah masa di hospital itu, OsteMatrix saya memang sudah kehabisan.

Pernah dengar Teh Orang Kampung? Dulu-dulu disebabkan saya jarang ke tandas, saya minum teh tersebut untuk membersihkan usus saya. Namun disebabkan kesannya yang sangat kuat (tak tertahan kerana sakit perut yang menyerang di awal-awal pagi selepas malamnya minum teh tersebut). Saya akhirnya tak lagi minum. Kesannya juga agak teruk. 

Bagi sesiapa yang lebih kurang macam saya, boleh cuba Herb-Lax. Herb-Lax tidak dimakan setiap hari dan bertujuan untuk membersih / detoks usus. Herb-Lax mengandungi kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi moden yang terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culvar's root yang menggalakkan tindakan perbersihan yang lembut.

Manfaat Utama Herb-Lax:
  • Pembersihan najis yang tersekat / degil
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan.
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (bowel movement)
  • Mengempiskan perut
  • Menjadikan perut kempis dan kemas.


Kombinasi OsteMatrix dan Herb-Lax sangat baik untuk mengelakkan kita mengalami masalah sembelit. OsteMatrix boleh dimakan setiap hari dan membantu dalam proses pembuangan air besar setiap hari. Manakala Herb-Lax boleh diambil dua kali seminggu untuk proses pembersihan usus. Apa lagi, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Mak saya sendiri mengambil OsteMatrix dan ternyata masalah sembelitnya hilang selepas mengamalkan supplemen ini :)


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:

http://www.webmd.com/digestive-disorders/gastroenteritis

http://beritahariann.blogspot.com/2013/06/petua-untuk-menghilangkan-sembelit.html

Testimoni Advance Joint Health Set

Advance Joint Health Tablet dan OsteMatrix

Sebelum ini saya kongsikan kebaikan Advance Joint Health Set yang terdiri daripada Advance Joint Health Tablet, OmegaGuard dan OsteMatrix. Seperti yang saya maklumkan setiap satu supplemen Shaklee ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Boleh diambil secara individu atau pun diambil secara kombinasi. 

Mari kita lihat komen seorang sahabat, yang mana ayah mertuanya telah merasai sendiri kebaikan mengambil kombinasi dua daripada tiga supplemen di dalam set Advance Joint Health, iaitu Advance Joint Health Tablet dan OsteMatrix.


Walaupun hanya mengambil dua daripada tiga supplemen Shaklee tersebut, kebaikannya dapat dirasai dan dapat memudahkan beliau untuk melakukan ibadah dan aktiviti-aktiviti seharian.

Apa lagi, jom amalkan supplemen ini. Jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park