Sukar Buang Air Besar Apabila Makan Alfalfa Complex?

Ada beberapa orang memberitahu saya bahawa mereka mengalami kesukaran untuk membuang air besar apabila mula mengambil Alfalfa Complex. Lantas, mereka terus memberhentikan pengambilan Alfalfa Complex. Sayangnya sebab banyak khasiat Alfalfa Complex ini.

Sebenarnya perkara yang menyebabkan kesukaran membuang air besar apabila mengambil Alfalfa Complex ialah kekurangan meminum  air. Setiap hari, badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air untuk berfungsi dengan optima. Atau, anda kira dengan berat anda ya, satu liter air untuk 20kg. Haaa kira sendiri.

Kebanyakan orang mengambil Alfalfa Complex untuk menguruskan badan. Pengambilan Alfalfa Complex yang betul akan memudahkan anda membuang air besar sebenarnya. Malah badan anda akan terasa ringan dan mengalami proses detoks yang berterusan. Bagi yang menyusu pula, Alfalfa Complex merupakan milk booster.

Tapi, semuanya insyaAllah akan berkesan dengan syarat, anda minum air secukupnya. Macam saya tulis tadi, minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari :)

Alfalfa Complex didatangkan dalam dua saiz botol iaitu 330 biji yang berharga RM53.75 dan 700 biji yang berharga RM97.50. Memang sangat berbaloi-baloi harga Alfalfa Complex ini :)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau jika anda ingin membeli Alfalfa Complex, hubungi saya (Diana) di 012-5538628.

Like FB page: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Gejala Batuk dan Selsema Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Setiap ibu bapa pasti berasa bimbang apabila anak-anak mereka mula batuk dan hidung mula berair, menandakan mereka akan selsema. 

Saya sendiri tidak lari daripada merasa risau apabila Nur Muhammad mula menunjukkan tanda-tanda batuk, kerana doktor mengatakan bahawa Nur Muhammad mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat asma. 

Waktu-waktu yang kami sangat risau ialah sewaktu musim hujan yang berpanjangan. Pada waktu itu, Nur Muhammad akan mudah batuk-batuk dan setiap kali dibawa ke klinik, pasti doktor akan menyuruh Nur Muhammad dikenakan gas atau Nebulizer. Ikutkan memang kami tak suka Nur Muhammad selalu diberikan gas. Oleh itu, memang sebaik mungkin kami akan pastikan Nur Muhammad terhindar daripada batuk. 

Nur Muhammad dikenakan gas

Syukur Alhamdulillah, kini cuaca panas dan Nur Muhammad ada kalanya batuk-batuk tapi tidak perlu sampai ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Seperti penulisan Dr. Zubaidi, ada masanya ibu bapa perlu membiarkan antibodi anak-anak sendiri melawan serangan batuk dan selsema yang tidak keterlaluan agar apabila anak-anak itu membesar, tubuh mereka akan lebih kuat.

Selain itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan tubuh anak-anak sihat dan sistem imun mereka semakin kuat. Elakkan makanan rapu, makanan segera atau makanan yang terlalu banyak perisa. Sebaiknya, sediakan sendiri makanan daripada air tangan kita untuk mereka. Lebih baik dan penuh kasih sayang :)

Namun, bagi yang ingin memberi makanan tambahan atau supplemen kepada anak-anak untuk meningkatkan kekuatan antibodi badan mereka, bolehlah mencuba Set Anak-Anak Kuat Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard dan Mealshake.

Kebaikan Set Anak-Anak Kuat Shaklee:

1. Omega Guard
- Sangat baik untuk perkembangan sel-sel otak anak-anak.
- Meningkatkan sistem imun tubuh anak-anak.
- Omega-3 yang terdapat di dalam Omega Guard dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
- Menyekat serangan virus dan bakteria.

2. Mealshake
- Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.
- Kaya dengan sumber kalsium dan protein.
- Merupakan supplemen lengkap yang mencukupkan nutrien yang diperlukan anak-anak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau jika anda ingin membeli, hubungi saya (Diana) di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

4 Persediaan Penting Ramadhan

Ramadhan - Bulan Rahmat, Nikmat dan Berkat

Marhaban Ya Ramadhan yang bermaksud "Selamat Datang Ramadhan". Tinggal lagi 3 hari sebelum seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat, nikmat dan berkat.

Apakah kita sudah benar-benar bersedia dengan kedatangan Ramadhan kali ini? Ramadhan bukanlah bulan biasa-biasa. Pada bulan Ramadhan, terdapat satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu, kita hendaklah mempersediakan diri kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Syukur Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan.

4 Persediaan Penting Ramadhan

1. Persiapan rohani
Sebelum menyambut Ramadhan, kita harus memastikan mental kita benar-benar bersedia. Ramadhan ini bulan rahmat, nikmat dan berkat. Oleh itu, berlapang dadalah, terutamanya kaum Adam sekalian. Bayangkan betapa nikmatnya apabila kita meneguk air semasa berbuka. Tambah-tambah dengan cuaca panas pada masa ini. Rahmat dan berkatnya mungkin tidak kelihatan, tetapi itukan janji Allah.... percayalah..

2. Persiapan fizikal
Haha... persiapan daripada segi fizikal pula ialah memastikan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Kalau rasa ada penyakit gastrik, ambillah ubat atau supplemen yang akan menyediakan anda menghadapi Ramadhan ini. Sakit memang bukan penghalang. Namun, jika sudah terlalu sakit, Islam memang mempunyai kelonggaran terhadap situasi ini :)

3. Menyediakan diri dengan ilmu
Bulan Ramadhan ini perlu difahami dengan ilmu. Tanpa ilmu, sia-sialah Ramadhan pergi tanpa rahmat, nikmat dan berkat. Jangan kata nak tunggu Ramadhan seterusnya kerana kita belum tahu sama ada kita masih ada atau sudah pergi menemui Yang Satu. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan, "HR Ahmad".

4. Meningkatkan ekonomi

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang penuh dengan kebaikan dan kebajikan. Pada bulan ini, yang berkemampuan akan selalu menghulurkan sumbangan yang kurang berkemampuan. Dalam bulan ini juga, rezeki para peniaga semakin bertambah. Namun kepada pembeli-pembeli, janganlah membazir sehingga membuang lebihan makanan yang dibeli. 

Semoga Ramadhan kali ini menjadi ladang tuaian terbaik kita untuk diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Pastikan anda berada dalam keadaan terbaik fizikal dan mental.

Jika anda mencari supplemen atau vitamin terbaik untuk membantu anda bertenaga sepanjang Ramadhan ini, maka anda boleh rujuk vitamin-vitamin di bawah.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, anda boleh terus menghubungi saya :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Reference:

Bulan Rahmat, Nikmat dan Berkat Serta Cuaca Panas

Sekarang ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas dan kering. Keadaan ini bertambah teruk apabila jerebu turut melanda terutamanya di kawasan Lembah Klang. 

Di samping itu, ramai orang mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Bagi yang maintain kesihatan tu, syukur Alhamdulillah. Apa-apa pun semuanya daripada Allah. Senyum dan syukur.

Jadi memang amat penting pada masa sekarang kita menjaga kesihatan kita dengan baik. Ini ditambah lagi dengan bulan rahmat, nikmat dan berkat akan tiba dalam masa beberapa hari lagi :) Mesti kita nak berada dalam kesihatan terbaik kita kan. Banyak sangat yang kita nak rebut dalam bulan rahmat, nikmat dan berkat ini.

Bukanlah saya nak kata pengambilan supplemen itu menjamin kesihatan yang baik. Sesungguhnya tiada satu pun yang kita punya. Semuanya atas keizinan Allah jua :)

Sebagai persediaan bulan rahmat, nikmat dan berkat ini, elok mengambil Set Mighty 3 Gems yang terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink. Ketiga-tiga supplemen ini boleh dibancuh sekali dan menghasilkan minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Boleh diambil semasa bersahur dan semasa berbuka.

Selain itu, dalam keadaan cuaca panas ini, Performance Drink memang pilihan terbaik kerana membantu mencegah masalah hidrasi air daripada tubuh dan mengekalkan kelembapan kulit. Tapi tak bermakna anda tak perlu minum air banyak ye.. Anda masih perlu minum banyak air. 

Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optima, anda boleh mengambil Sustained Release Vita-C dan Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Jadual Pemakanan Vitamin Shaklee (Timetable)

Jadual Pemakanan Vitamin Shaklee Yang Senang Dirujuk

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Naila Intishar Family Day

Family Day Naila Intishar, Taman Botani, 14 Jun 2014

Saya mohon maaf sangat. Sebab saya ada tulis satu entry pada 13 Jun 2014 mengenai Naila Intishar jom join saya. Tetapi atas kekhilafan saya, saya terlupa nak tulis berkenaan Family Day Naila Intishar Shaklee yang telah kami jalankan pada 14 Jun 2014. Seronok sangat sampai terlupa.. heeee...

Jom kita layan gambar :)

Sebahagian ahli keluarga Naila Intishar yang datang. (Semangat betul Nur Muhammad)

Para suami Naila Intishar yang hadir :)

Suka melihat gambar ini kerana melihat anakku yang bersemangat sangat (baju hijau). Semoga semangatnya membakar semangat ibunya... :)

Best sangat group Naila Intishar ini, kerana ibu kami - Ainul Malik seorang yang sangat cekal dan bermotivasi. Apa yang kami tahu, dalam group Naila Intishar, semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Yang penting kita sama-sama berusaha dan saling bantu-membantu. 

Pada hari family day ini juga, semua orang mendapat cenderahati daripada mak kami; Ainul Malik. Kami semua juga bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Di akhir program family day ini, banyak buah tangan yang saya bawa pulang.. termasuklah makanan yang sedap-sedap sangat. Memang dah macam kenduri. Tengok gambar di bawah semua orang tengah enjoy makanan dan mendengar celoteh adik beradik tentang Shaklee :)

Kak Am tengah berkongsi kisah dalam Shaklee :)

Walau kami semua menjual produk Shaklee, tujuan kami bukan untuk mengaut sales tersebut seorang diri. Banyak lagi yang boleh dicapai apabila join bisnes group Shaklee Naila Intishar yang hebat ini. Nak tahu lebih lagi? Jom join saya. InsyaAllah, anda tidak akan ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri. Yang penting, kita sama-sama berjaya, bukan sahaja di dunia. Tapi juga di akhirat, InsyaAllah.

Siapa-siapa yang nak order apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau tak tahu nak order apa? Boleh ceritakan dulu masalah anda kepada saya. InsyaAllah anda akan dibantu. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

10 Kelebihan Bersedekah

Ada masa-masanya.. kita terasa hidup terlalu sukar dan membebankan. Fikiran kita juga terasa serabut dan kadangkala tidak tahu apa masalahnya. Ada masa kita terasa rezeki terlalu sempit bagi kita.  Jika berada dalam keadaan ini, elok berhenti sebentar dan bermuhasabah diri. 

Kemungkinan tanpa kita sedari kita mengambil bahagian orang... mungkin sewaktu bekerja, kita banyak melalaikan waktu sehingga gaji yang diperoleh itu tidak berbaloi dengan pekerjaan yang telah dilakukan.. dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak kita ketahui sebabnya...

Salah satu cara untuk menenangkan hati dan mengurangkan kegusaran adalah dengan bersedekah. Jika kita jarang melakukan, pada masa inilah kita harus memperbanyakkan bersedekah. Tambah-tambah lagi Ramadhan semakin menghampiri. Tidak akan menjadi miskin kita dengan bersedekah, malah Allah akan menambah-nambahkan lagi rezeki kita daripada sumber yang tidak kita ketahui.

10 Kelebihan bersedekah di dunia dan di akhirat

5 kelebihan bersedekah semasa di dunia

1. Sedekah mampu memadamkan dosa dan menyucikan jiwa dan hati.

2. Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikiskan rasa cemburu mereka kepada orang kaya.

3. Menghindarkan bala dan penyakit.

4. Rezeki akan bertambah daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

5. Memanjangkan umur dan menjauhkan kita daripada kematian yang tidak baik (Suul Khatimah).

5 kelebihan bersedekah semasa di akhirat

1. Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah 

2. Meringankan hisab dan memberatkan timbangan kebaikan.

3. Menjadi penaung kepada dahsyatnya panas di hari kiamat.

4. Memudahkan menyeberangi Titian Siratul Mustakim.

5. Meninggikan darjat di syurga.

Apabila bersedekah, ikhlaskan niat kita dan jangan mengharapkan sebarang balasan. Sesungguhnya janji Allah itu benar, oleh itu, tidak perlulah kita berasa kedekut kerana Allah akan menambah lagi kebaikan dan nikmat dalam kehidupan kita.

Ramai sudah yang merasai keajaiban bersedekah ini. Namun, harus difahami bahawa rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, malah rezeki boleh didatangkan dalam bentuk kebahagiaan, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat hidup sihat dan banyak lagi. Yang penting kita haruslah sentiasa bersyukur, kerana nikmat Allah sangat luas :)

Ramadhan pun semakin menghampiri. Saya ambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kelalaian saya. InsyaAllah tak lama lagi, saya akan buat kuiz untuk pelanggan-pelanggan saya yang dikasihi. Jadi stay tune to my facebook : Hearty . Love . healthy. Siapa yang belum like tu, mohon sokongan anda untuk Like :)

Siapa-siapa yang nak order apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau tak tahu nak order apa? Boleh ceritakan dulu masalah anda kepada saya. InsyaAllah anda akan dibantu. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Reference:

http://cahayapurnama.com/fadhilat-dan-kelebihan-bersedekah/

http://albesuty.blogspot.com/2010/04/kelebihan-bersedekah.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7495-bersedekah-adalah-keberkatan-yang-berpanjangan.html

http://www.usahawan.com/agama-ibadah/keajaiban-sedekah.html

8 Inovasi Terhebat Shaklee

Shaklee telah ditubuhkan sejak tahun 1956 dan telah mengeluarkan banyak supplemen yang hebat-hebat. Jom kita tengok 8 inovasi terhebat Shaklee.

1. Vita-Lea (Vitalea)

Vita-Lea (Vitalea) adalah MULTIVITAMIN pertama yang disalut oleh asid folik. Sangat mudah larut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan Vitamin B. Vita-Lea telah menjalani 340 ujian kualiti untuk memastikan ketulenan produk.

 2. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP ialah soya protein pertama yang dihasilkan daripada soya non-GMO (soya yang tidak dihasilkan daripada gabungan hibrid yang merosakkan genetik semulajadi soya). ESP adalah rendah indeks glisemiknya dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes. ESP tidak mengandungi laktosa dan kolesterol.

3. Sustained Release Vita-C
Sustained Release Vita-C adalah vitamin C yang pertama di dunia yang mempunyai teknologi pelepasan vitamin secara sedikit demi sedikit (sustain release) dan tidak disimpan di dalam badan. 

4. Omega Guard

Omega Guard adalah minyak ikan pertama yang melalui proses penyulingan yang memekatkan omega dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat di dalam minyak ikan. 

5. Nutriferon 
Nutriferon adalah penguat sistem imun yang hebat. Teknologi ini adalah hasil daripada penyelidikan Dr. Yasuhiko Kojima dari Jepun. Nutriferon adalah bebas daripada bahan-bahan sintetik, semulajadi, selamat dan telah dipatenkan serta telah dibuktikan secara klinikal.

6. Vivix

Vivix merupakan suatu revolusi yang dihasilkan oleh Shaklee untuk melawan anti-penuaan yang melakukan pemulihan daripada peringkat selular (sel). Vivix mempunyai 4 mekanisme iaitu:
  • Membaik-pulih selular (sel)
  • Memberi tenaga kepada selular (sel)
  • Memberi perlindunga kepada selular (sel)
  • Meningkatkan funsi selular (sel)

7. Cinch

Rangkaian Cinch mengandungi protein untuk program menguruskan badan. Kelainan Cinch adalah Cinch mengandungi Leucine yang membantu mengekalkan otot dalam proses menguruskan badan dan menggalakkan tenaga supaya tidak keletihan.

8. Phytocol-ST

Phytocol-ST adalah supplemen terbaru inovasi terhebat Shaklee yang membantu mengawal kolesterol dalam darah secara semulajadi.

Begitulah hebatnya produk-produk keluaran Shaklee. Bukan calang-calang kerana semua produk telah melalui ujian klinikal untuk memastikan keberkesanannya.

Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau melakukan pembelian. Dengan pembelian daripada saya, anda akan mendapat panduan dan konsultasi pemakanan supplemen. Sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan, Shaklee adalah perniagaan terbaik yang harus anda sertai.

Mohon sokongan anda untuk Like fanpage saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park

Cinta Pertamaku.....

OSTEMATRIX SHAKLEE

#OsteMatrix adalah cinta pandang pertama saya dalam Shaklee. Saya tidak menolak, banyak lagi supplemen #Shaklee yang sangat bagus. Namun, OsteMatrix adalah supplemen pertama yang saya makan.

Saya mula mengambil OsteMatrix kerana saya rasa susah hendak bangun pagi. Tapi apabila sudah mula mengamalkan OsteMatrik, Alhamdulillah, dengan izin dan kudrat Allah, saya rasa lebih segar dan lebih bertenaga apabila bangun di pagi hari.

Saya juga mengalami sakit tumit kaki sebelah kanan. Puas sudah menukar kepada kasut yang lebih baik, tidak memakai kasut tumit tinggi dan sebagainya, namun bukan senang-senang nak hilangkan sakit tumit tersebut. Berjumpa doktor pun, tiada apa yang dicadangkan kecuali mengambil kalsium. Buat pengetahuan anda yang disayangi semua, OsteMatrix adalah kalsium. 

Saya mula mengambil 4 biji OsteMatrix sebelum tidur. Alhamdulillah, bukan kerana OsteMatrix tetapi dengan keizinan Allah memang hilang sakit tumit kanan saya. 

Baru-baru ini, saya mengalami sakit-sakit badan dan sakit tekak kerana hendak demam. Saya tidak mengambil panadol, hanya mengambil #Nutriferon sebagai pengganti panadol dan kemudian mengambil #OsteMatrix untuk sakit-sakit badan. 

Alhamdulillah, bukan saya nak kata ajaibnya OsteMatrix dan Nutriferon, namun atas keizinan Allah jua, memang hilang sakit-sakit badan yang saya alami, demam dan sakit tekak saya juga terus hilang.

Bagi yang berminat nak mencuba supplemen Shaklee tetapi tak tahu dimana hendak bermula, saya cadangkan jom ambil OsteMatrix. Badan kita memang memerlukan pengambilan kalsium yang secukupnya untuk mengelakkan masalah-masalah tulang apabila umur kita semakin meningkat.

Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like fanpage saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy