7 Sunnah Rasullullah S.A.W Yang Harus Dijaga

Dalam kehidupan yang singkat ini, penuh dengan pancaroba, kita yang lemah ini, hendaklah berusaha mengenal diri supaya akhirnya tidak akan ternampak lagi akan adanya diri. Serahkan segala-galanya kepada Allah kerana segala-galanya adalah Allah. Semoga dengan izin dan kudratNya dapatlah kita amalkan sunnah-sunnah ini sepanjang kehidupan kita.

Pertama:
Tahajud. Kerendahan jiwa seorang mukmin terletak kepada tahajudnya. InsyaAllah dengan izinNya, doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan yang Satu.



Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbitnya matahari. Alangkah beruntungnya, sebelum terbitnya matahari, kita membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak, sesibuk mana pun, bacalah Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas atau ayat Al-Qursi. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, seolah-olah kita membaca Al-Quran seluruhnya. 



Ketiga:
Selalu berjemaah di masjid terutamanya di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, pastikan masjid adalah tempat yang utama. Masjid adalah tempat bersilaturahim dan memupuk semangat kekuatan orang-orang Islam. Itulah sebabnya selagi waktu Subuh kita tidak ramai yang berjemaah... Yahudi terutamanya, masih bertepuk tangan dan bersenang hati...



Keempat:
Solat Dhuha. Merupakan salah satu cara permohonan kita kepada Allah untuk memperoleh rezeki yang berkat. 



Kelima:
Bersedekahlah walau sekadar memberikan senyuman yang ikhlas. Bersedekah dapat melipat gandakan rezeki.. Rezeki bukan bermakna hanya wang ringgit, tetapi rezeki juga adalah kebahagiaan, anak-anak yang soleh dan solehah, ketenangan hati dan banyak lagi kemudahan yang dapat dinikmati dalam hidup ini.



Keenam:
Jaga dan kekal dalam berwudhuk. Allah menyayangi dan menyukai orang yang mengekalkan wudhuknya. Kata Khalifah Ali Bin Abi Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk akan sentiasa merasa dirinya sentiasa bersolat walaupun dia tidak bersolat. Malaikat mendoakan kepada Allah agar diampunkan dosanya.



Ketujuh:
Mengamalkan istighfar setiap masa. Beristighfar akan menyucikan hati. Memberi ketenangan kepada pengamalnya.. Begitu juga dengan berzikir. Menyatakan tanda syukur kepada Allah dan juga merupakan santapan rohani kepada jiwa.




Dalam pada itu, saya nak selit juga. Sesiapa yang nak order supplemen atau produk Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. Dengan pembelian daripada saya, anda layak mendapat konsultasi pengambilan supplemen Shaklee sepanjang masa. 

Nak order secara online pun boleh :) Sila klik link di bawah:



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar