Masalah Gigi dan Gusi Berdarah Semasa Mengandung atau Hamil

Semasa mengandung atau hamil, kebanyakan wanita akan selalu mengalami pendarahan pada gusi. Kalau gosok gigi tu mesti ada darah. Tahukah anda kenapa gusi lebih sensitif dan mudah berdarah semasa hamil?

Selain itu, ada juga wanita yang kehilangan gigi semasa mengandung. Tambah-tambah pula kalau suka makan ais juga boleh berisiko kehilangan gigi semasa mengandung




Ingat tak, baru-baru ini saya ada kongsikan kenapa rambut wanita kurang gugur semasa mengandung. Boleh rujuk di sini.

Semasa mengandung, kandungan hormon estrogen di dalam badan wanita yang mengandung meningkat. Peningkatan hormon estrogen adalah untuk melancarkan pengaliran darah ke rahim dan juga ke seluruh badan, tidak terkecuali bahagian gusi. Oleh itu, apabila gigi digosok dengan kuat, maka  gusi yang mempunyai salur darah yang banyak dan mengembang akan memudahkan ia berdarah.

Selain itu, apabila mengandung dan wanita yang mengandung itu mengalami alahan dan muntah-muntah, menyebabkan keadaan di dalam mulut wanita itu mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan apabila kurang dibersihkan, kemungkinan menyebabkan masalah kepada gigi.

Cara-cara untuk mencegah masalah gigi dan gusi berdarah semasa hamil:

1. Bersihkan diri dan pastikan tidak mengabaikan kebersihan gusi. Kalau boleh, semasa mengandung atau hamil, pakailah berus gigi yang lebih lembut supaya membantu tidak melukakan gusi.

2. Memastikan pengambilan vitamin B6 dan vitamin C yang mencukupi. Kerana kedua-dua vitamin ini membantu mengawal pendarahan gusi. Selain itu, si ibu hendaklah memastikan mengambil nutrisi kalsium yang mencukupi untuk kesihatan gigi.

3. Jika berlalu masalah gigi yang teruk, dapatkan rawatan daripada doktor gigi. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor bahawa anda sedang mengandung untuk mengelakkan anda daripada melalui proses x-ray atau diberi ubat yang tidak sesuai.



Semasa saya mengandung dulu, tidak dinafikan, gusi saya selalu berdarah apabila digosok. Syukur tabiat suka menggigit ais tidak berlaku semasa saya mengandung. Kalau tidak parah juga.. heeee...

Saya juga perasan plak terbentuk di gigi yang berhampiran dengan bahagian gusi yang berdarah. Namun, saya hanya pergi berjumpa dengan doktor gigi setelah saya melahirkan anak saya iaitu selepas 2 bulan dan kembali bekerja. Saya risau pula nanti hilang pula gigi.. jadi memang saya pergi dapatkan rawatan.

Pada saya, semasa mengandung, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan diri secara menyeluruh. Set Mengandung Trimester Pertama Shaklee mengandung semua nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu untuk melalui fasa kehamilan insyaAllah.

Set Mengandung Trimester Pertama Shaklee ini terdiri daripada:

- Sustained Release Vita-C untuk meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan membantu mengurangkan pendarahan gusi.

- Vitamin B Complex mengandungi kesemua kumpulan vitamin B yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, B Complex ini mengandungi asid folik yang diperlukan untuk perkembangan bayi.

- OsteMatrix mengandungi keperluan kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu untuk kesihatan gigi dan keperluan kalsium untuk ibu dan bayi. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang tidak suka minum susu semasa mengandung.

- Vita-Lea merupakan supplemen yang mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, Vita-lea juga mengandungi asid folik untuk keperluan bayi.




Jika ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat pembelian, boleh hubungi saya di 012-5538628. Jangan malu-malu :)


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Terima kasih sis... Da follow sis. All the best dear :)

Balas