Alergik Anakku Nur Muhammad 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang disayangi sekalian.. Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati apabila doktor cakap dah boleh balik petang ni kalau da takde apa-apa.

Saya tanya balik doktor apakah kemungkinan-kemungkinan penyebab alergi kepada Nur Muhammad. Buat pengetahuan pembaca sekalian.. malam sebelum kena alergik tu.. Nur Muhammad makan mee sup dan bihun goreng. Kedua-dua makanan tersebut memang ada seafood. Tapi sebelum-sebelum ini.. Nur Muhammad memang sudah terbiasa makan makanan yang bercampur seafood.

Petang sebelum terkena alergi tu pula.. Nur Muhammad makan aiskrim yang diberi oleh sepupunya. Kalau tak silap saya.. aiskrim paddle pop yang iklan di tv character kartun menari-nari sambil dalam mulut meletup-letup tu. 

Apabila diberitahu kepada doktor pasal aiskrim tu.. doktor tanya ade colouring tak? Haaaa... bingo! Memang ada coloring yang berlayer-layer.. warna merah dan kuning yang menyala. Pada masa itu juga saya teringat aunt saya yang pernah cakap dia alergik kepada pewarna.. 

Waaa..lepas ni memang kena pantau pemakanan anak. Doktor ada cakap.. jika kena alergik seperti Nur Muhammad.. dia risau kerana terdapat dua fasa serangan alergi ni. Apabila satu fasa da menyerang.. takut satu lagi fasa serangan yang lebih teruk akan terjadi. Tapi doktor akan lepaskan untuk pulang dan jika apa-apa bawa ke hospital. InsyaAllah tak akan terjadi fasa kedua itu.

Mata Nur Muhammad pun dah tak bengkak.. Alhamdulillah.. syukur. Harap Nur Muhammad sihat sentiasa.. Aminnn..



Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

Salam perkenalan sis.. alhamdulillah anak sis dah beransur pulih. Susah gak kan bila anak ader allergy nie... Saya dan anak sulong saya pon ader allergy gak. Saya allergy pd ubat pain killers. Susah bila bab masuk spital sbb cuma boleh mkn panadol jer. Sikit ari dulu kene migraine, doctor cuba kasi synflex, sekali baru mkn sebijik, lepas dlm 15min-30min, mata saya jadi bengkak mcm goldfish gitu... Terus gi balik clinic tu, mintak jab ilangkan bengkak. Anak sulong saya lak, allergy pd ikan tapi tak semua ikan.. ikan bilis yg bagus tu dia allergy. Kopok lekor ponn dia takleh mkn.. hehe kesian dia sbb kene tgk jer bila kita mkn.

Balas
avatar

Salam perkenalan Sis.. :) terima kasih kerana melawat :) Suatu pengajaran yang cukup bermakna dengan apa yang dilalui ini. Saya pun ada alergi... Tapi untuk anak-anak tumpuan lebih memang kena diberikan. Sian tengok diorg kena... :,(

Balas
avatar

pemantauan terhadap pemakanan anak2 memang pentingkan.
kita mungkin tahu apa yang anak makan depan kita tapi bila dengan orang lain itu yang buat susah hati.
mengingatkan anak tentang apa yang boleh dan apa yang tidak diharapkan dapat membantu anak untuk berfikir sebelum bertindak.

Balas
avatar

Betul tu.. sekrang ni berazam nak bagi home made food je.. beli-beli ni harus dikurangkan. Thank u for visiting #MuahCiked

Balas
avatar

Hi. datang blogwalking sini.

allergic to pewarna?
first time dengar.
Alhamdulillah good to hear dah okay. :)

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Balas
avatar

Wargh bahaya juga coloring dalam makanan anak yer .

Balas
avatar

Tula... kita asyik fikir seafood aje... sebenarnya banyak lagi yang boleh buat allergik.. habuk..hama... pewarna.... tq for visiting :)

Balas
avatar

Itula..kena monitor anak makan apa...

Balas