Hidung Berdarah Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Hari ni, saya duduk rumah temankan anak.. memandangkan semalam baru discharge, biarlah saya temankan dulu daripada dihantar ke nursery atau jagaan orang lain... 

Hari ini, sedang duduk-duduk saja dan Nur Muhammad tengah bermain ipad, terdengar soksek-soksek hidungnya berair. Bila tengok balik, kat t-shirtnya ada tompok-tompok darah. Allahuakhbar... terkejut juga.. tapi darah dah berhenti keluar dari hidungnya.

Mungkin panas ubat ke... saya pun tak pasti. Namun pendarahan hidung kanak-kanak adalah normal. Namun jika, terlalu kerap, elok dibawa berjumpa pakar untuk rawatan lanjut.

Pendarahan hidung dalam kalangan kanak-kanak dikenali sebagai epistaxsis. 90 peratus kes pendarahan hidung kanak-kanak berlaku di kawasan yang dinamakan Kiesselbach plexus atau Little’s area iaitu lapisan dalam.

Kawasan ini terletak di bahagian hadapan tengah hidung iaitu septum yang mempunyai banyak salur darah dan senang berlaku pendarahan.
Antara punca-punca berlakunya pendarahan ialah:
1. Kecederaan kecil dan kecederaan besar seperti mengorek hidung, kecederaan pada hidung dan muka yang disebabkan terjatuh, terkena pintu, kemalangan atau ditumbuk seseorang.
2. Trauma kecil iaitu luka di dalam hidung apabila mengorek menggunakan kuku atau objek tajam misalnya, kanak-kanak suka memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka menyebabkan luka dan berlaku pendarahan.
3. Jangkitan seperti jang­kitan saluran pernafasan atas (URTI) dan sinusitis.
4. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin.
5. Terdedah kepada persekitaran panas yang akan menyebabkan kanak-kanak mudah berhingus serta gatal.
6. Bendasing dalam hidung juga boleh menyebab­kan pendarahan hidung dan selalunya dikaitkan dengan masalah hidung busuk.
Hidung Nur Muhammad memang sensitif. Selalu juga hidungnya berdarah gejala ketat hidung atau hidung tersumbat menyebabkan dalam hidungnya block dan menyukarkan dia bernafas.
Apabila berlaku pendarahan hidung, perkara yang perlu dilakukan ialah tunduk dalam keadaan duduk. Ambil ketulan ais yang dibalut dengan kain dan tekapkan ke atas bahagian hidung yang terletak di tengah-tengah dahi. Sepatutnya dalam beberapa minit pendarahan akan terhenti. Jika tidak, elok dibawa berjumpa doktor.
Kemudian, semasa memandikan anak, jangan lupa bersihkan hidungnya. Mungkin terdapat darah beku yang tertinggal di dalam hidungnya.
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

Anak Cik Iman belum keluar darah lagi kat hidung, hingus jernih gitu je tapi leh try petua nie kalau la betul jadi :) Terima kasih sebab share info ya

Balas
avatar

Terima kasih Cik Iman sebab melawat. Sila-sila ambil yang baik-baik dari blog ni :)

Balas
avatar

Biasanya salah satu sebabnya hidung kerap berdarah adalah kurang Vitamin C dan vitamin K dalam badan.
Boleh jumpa dengan doktor untuk pastikan tiada penyakit lain.

Balas