Petua Tahan Lapar Semasa Berdiet

5 Petua Tahan Lapar Semasa Berdiet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni nak kongsikan petua tahan lapar semasa berdiet...

Saya faham sangat... bukan mudah nak mengekang nafsu makan semasa berdiet. Tambah-tambah waktu hari cheat day, macam nak balun semua.. nak makan sepuas-puasnya... Tapi rosaklah diet kita kan...

Saya sendiri mengalami perkara yang sama... Nak diet sangat-sangat. Tapi bila kurangkan makan... mulalah rasa perut berangin... nak muntah... rasa nak kena makan.... Akhirnya tak jadi diet... Pernah tak terjadi pada pembaca-pembaca yang disayangi semua?



Heee sabar ekk... Saya rasa kalau nak diet, jangan sampai tak makan langsung... atau jangan kurangkan makan sampai tinggal secubit aje.. memang terkejut beruk la perut kita nanti. Kesannya, masuk angin, jadi gastrik kang, rasa loya-loya, badan lesu. 

5 petua tahan lapar semasa berdiet:

  • Cara terbaik ialah kurangkan nasi dan banyakkan makan lauk pauk. Masa awal-awal tu, lebih-lebihkan lauk pauk pun takpe.. supaya perut tak terkejut yang makanan telah dikurangkan, terutamanya nasi. Kita yang dah biasa makan nasi, memang akan terkejut perut sebab nasi dah berkurangan. Kepingin nak makan nasi tu memang susah nak kawal.... 
  • Pastikan pengambilan lauk pauk yang banyaknya terdiri daripada bahan-bahan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Susah juga terutama bagi orang-orang yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan macam saya ni... Tapi kalau tak makan, satgi lapar sangat-sangat pula...
  • Minum air paling kurang 2 liter sehari. Air yang mencukupi untuk badan ialah mengikut berat badan anda, iaitu 20kg 1 liter air. Jadi kiralah sendiri. Contoh, kalau 60kg berat anda, maka 3 liter air lah yang harus diminum setiap hari. Minum air banyak, bantu meningkatkan rasa penuh dalam perut, jadi kuranglah makannya..
  • Pastikan anda sibukkan kehidupan seharian anda. Bila sibuk, ada rasa nak makan tak walau lapar tara mana sekalipun? Mesti tak sempatkan? Jadi berjayalah anda dalam mengurangkan lapar dan mengurangkan makanan :)
  • Sama macam atas, selain sibuk, banyakkan meregang badan dan berlari-lari anak ke mana sahaja anda pergi. Ini adalah untuk meningkatkan metabolisme anda. Selain itu, anda akan minum lebih banyak air sebab dahaga. Bila perut penuh air, kurangla rasa lapar.

Selamat mencuba :) Tapi bila berdiet ni, makanan memang kena dikurangkan... Tapi pastikan bersenam jugak tau. Susahla bila kurangkan makan tapi tak bersenam. Lelemak dalam badan tu kena digoncangkan juga... baru senang nak buang.

Tapi bila umur semakin meningkat, metabolisme badan jadi perlahan. Berat susah sikit nak dihilangkan. Yang penting juga, kita nak buang lemak badan bukan nak buang otot badan. Kalau crash diet yang tak makan tu... hilang otot, lemak semua.. bila da makan secara normal, badan naik kaw-kaw punya.. Jadi lebih gemuk daripada sebelum kurus tu...

Ada beberapa jenis supplemen Shaklee yang sangat bagus dalam proses menguruskan badan ni. 

Set Pertama: (anda boleh klik di sini untuk mengetahui cara makan vitamin-vitamin berikut).

#Vitalea (120 biji, RM88.75)
#AlfalfaComplex (330 biji, RM53.75)
#Herblax (120 biji, RM52.50)
#Lecithin (180 biji, RM52.50)

- #OmegaGuard (90 biji, RM136.00)

Harga keseluruhan: RM383.50

Set Kedua: (Lebih menumpu kepada membuang lemak daripada badan)

Cinch Shake Mix yang terdiri daripada 3 perisa iaitu Caffe Latte, Chocolate dan Vanilla. (1 canister, RM173.00)
Cinch Energy Tea Mix (RM131.00)


Harga keseluruhan: RM304.00


Anda nak tahu selanjutnya, boleh hubungi saya di 012-5538628 untuk konsultasi secara percuma tentang pengambilan vitamin yang diingini :)



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

as'salam..
baikk..akn cube..trima ksih bg petua ^,^

Balas
avatar

Terima kasih Cik Yaya sudi melawat :)

Balas
avatar

saya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah

Balas
avatar

Cara senang nak tahan lapar ialah alihkan perhatian korang dari makanan dengan cara berfacebook & main games. Boleh baca pasal ni kat Sado Street

Balas