Thursday, 31 March 2016

Vivix dan Penyakit-Penyakit Kronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kali ni saya nak terangkan bagaimana Vivix dapat membantu sebagai ikhtiar untuk mengurangkan simptom-simptom penyakit kronik. 

Penerangan berikut adalah di dalam bahasa inggeris. Akan saya cuba terangkan dalam bahasa melayu juga ye :)

Heart disease. Resveratrol helps reduce inflammation, prevents the oxidation of LDL "bad" cholesterol, and makes it more difficult for platelets to stick together and form the clots that can lead to a heart attack.

Cancer. Resveratrol is thought to limit the spread of cancer cells and trigger the process of cancer cell death (apoptosis).

Alzheimer's disease. Resveratrol may protect nerve cells from damage and the buildup of plaque that can lead to Alzheimer's.

Diabetes. Resveratrol helps prevent insulin resistance, a condition in which the body becomes less sensitive to the effects of the blood sugar-lowering hormone, insulin. Insulin resistance is a precursor to diabetes.

Rodent studies suggest that resveratrol might even help against some of the effects of an unhealthy lifestyle and lead to increased longevity. Resveratrol-treated mice fed a high-calorie diet lived longer than similarly fed mice not given resveratrol. Resveratrol protected mice fed a high-calorie diet from obesity-related health problems by mimicking the effects of caloric restriction.

Resveratrol has also been linked to prevention of age-related problems such as heart disease and insulin resistance. Researchers believe that resveratrol activates the SIRT1 gene, a biological mechanism that seems to protect the body against the harmful effects of obesity and the diseases of aging.

Wednesday, 30 March 2016

Siapa yang menyembuhkan setiap penyakit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni just nak sembang-sembang pasal kesihatan.. Heee rasanya tiap-tiap hari pun pasal kesihatan juga.. Tapi today is more on personal sharing... 



Nak cerita pasal abah dan mama saya sebenarnya... Yelaaa saya pong pang pong pang bergebang kat FB and blog pasal kebaikan Vivix, tapi abah and mama sendiri saya tak bagi depa rasa pulakkan... Mana boleh... Alang-alang dah jual vitamin-vitamin Shaklee, keluarga sendiri haruslah merasa dulu... :)

Saya takkan tulis ni semua kalau saya tak percaya... Vitamin-vitamin ni semua hanya asbab aje.. Tapi yang menyembuhkan tetap Allah SWT. 

Alkisahnya, dalam sebulan lepas, abah cakap yang abah rasa macam nak rebah dalam bilik air... Alhamdulillah, abah pegang kuat-kuat pada paip air tu sampai mama datang... Allahuakhbar... saya sebagai anak apabila dengar berita ni, mesti rasa goyang sangat... Memang masa tu, abah agak kurang sihat, demam malam-malam, batuk-batuk sampai kena nebuliser... Abah memang ada darah tinggi.

Mama pun ada juga masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis. Tapi Alhamdulillah, keadaan mama terkawal. Cuma itulah, rintihan hati sendiri... Tak patut kot... Bila saya share kebaikan segala vitamin Shaklee yang saya sendiri dah rasa... Tapi tak share kepada mama dan abah sendiri... 

Bagi saya, Vivix adalah yang terbaik. Saya taknak overclaim yang Vivix ni boleh menyembuhkan pelbagai penyakit atau apa... Sebab yang BOLEH menyembuhkan, hanya Allah SWT. Allah GERAKKAN kita untuk berikhtiar. Kalau Allah tak gerakkan, memang kita pun takkan buat apa-apa...

Jadi saya pun beli yang twin pack... Harga jauh lebih menjimatkan berbanding dengan hanya beli sebotol... Harga ahli bagi sebotol Vivix ialah RM402.80. Sekali tengok harga macam mahal... Tapi sebenarnya sangat berbaloi-baloi... Ye la.. Kandungan resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki sel-sel di dalam badan... Meremajakan semula sel dan membantu mengurangkan radang di dalam badan. Vivix ni bukan ubat.. tapi adalah supplemen yang membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan kita.

Tapi, alang-alang membeli, biar menang memakai... Kalau sebotol RM402.80, baiklah saya beli yang pakej twin pack terus... Harga twin pack ialah RM765.32. Cer bahagi dua tengok jadi berapa harga sebotol? Sebotol jadi RM382.66. Ok kan.. daripada membeli sebotol... Lagipun, kita tak tahu kesan dia macam mana... Ada orang, sebotol tak cukup, sampai  5 atau 6 botol, baru elok... Jadi baiklah beli dua terus daripada beli satu botol je... Kalau tuan-tuan nak beli pun, harga tu sama, ahli atau bukan ahli, harga twin pack memang dah macam tu :)

Alhamdulillah, sekarang saya tengok abah, cergas macam biasa... Batuk-batuk dah takde...Siap boleh mandikan cucunya yang berumur 7 bulan... Kuat lagi abah saya.. Memandu dari Penang ke Perak.. Dan kemudian datang pula rumah saya di Selangor ni... Abah lahir tahun 1948. Alhamdulillah sihat dan terang mata lagi. Boleh bawa keta ke sana ke mari... Syukur sangat.. 

Begitu juga mama.. Alhamdulillah... boleh memasak dan mengemas... travel bersama-sama dengan abah... Ya Allah, syukur sangat dengan kesihatan yang Engkau kurniakan kepada mama dan abah... Semoga mereka sentiasa sihat-sihat selalu...

Apa pun, kesihatan itu suatu rahmat dan nikmat. Kesihatan nampak mahal apabila kita sihat.. Tapi apabila dah sakit, kita dah tak kira mahal atau murah.. Tapi kita belanjakan juga demi mendapatkan semula kesihatan yang baik itu... Saja nukilan di tengahari ni...

Kalau rasa-rasa nak tahu pasal Vivix lagi, meh hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya ini :)

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tuesday, 29 March 2016

Selamatkah Vitamin Yang Telah Expired Untuk Dimakan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni nak terangkan pasal selamatkah vitamin yang telah expired untuk dimakan? Ramai orang mesti risaukan apabila membeli Vitamin yang semakin menghampiri tarikh luput atau expiry date. Rasa macam tertipu pun mesti ada.



Ok, sebelum saya proceed lagi, berikut adalah tarikh tamat bagi vitamin-vitamin Shaklee bagi tahun ini:

Performance Drink - May 16
Mealshake - June 16
Garlic Complex - June 16
Herb-Lax - June 16
Phytocol-ST - June 16
Peppermint-Ginger - July 16
DTX Complex - Oct 16
Cinch Cafe Latte and Choclate - Nov 16
Vitalea for kids - Dec 16

Bagi sesiapa yang nak beli vitamin-vitamin di atas, jangan risau ye... Penerangan yang bakal saya terangkan nanti adalah untuk supplemen / vitamin aje tau... Jangan apply untuk benda-benda lain pula :)

Sumber FDA:

1. Expiry date bukan tarikh luput tapi tarikh vitamin tu dah tidak boleh dijual.

2. Tarikh luput vitamin ialah apabila potensi vitamin tersebut mulai menyusut. Namun, vitamin tersebut tetap boleh dimakan dengan selamat. Malah vitamin yang belum dibuka boleh dimakan dalam tempoh setahun daripada tarikh luputnya.

3. Jagalah vitamin-vitamin yang dibeli walaupun tarikh luput masih jauh. Kenapa? 
Penjagaan vitamin lebih kepada 'jaga vitamin daripada rosak'. Macam mana nak jaga? Simpan di tempat yang kering dan jangan dedahkan kepada cahaya, haba dan udara. Jadi botol vitamin tu pastikan sentiasa tertutup rapat. Jangan simpan vitamin di dalam kereta kerana haba yang panas akan merosakkan vitamin.

Ni pula adalah Quality Assurance daripada Shaklee terhadap supplemen dan vitamin yang dikeluarkan :)


Saya harap anda berpuas hati membacanya. Anda juga boleh google aje pasal vitamin dan tarikh luput daripada sumber FDA :)

Dengan dukacitanya, saya juga nak umumkan bahawa esok adalah hari terakhir promosi ESP beli 6 percuma 1 atau beli dua dapat diskaun 5%. Saya pun tak tahu bila lagi nak promosi begini. Kalau beli 6 percuma 1, anda share-share la dengan 6 orang lagi kengkawan anda. Jadi daripada RM150 setong, anda hanya bayar RM128.60. Kan jimat sangat tu...

Kalau taknak banyak-banyak, boleh beli dua tong dan dapat diskaun 5%. Daripada RM300, bayar RM285. Setong jadi RM142.50. Masih lagi jimat daripada harga setong yang RM150 tu kan....

Sesiapa yang ingin mendapatkan ESP, bolehlah hubungi saya di 012-5538628.

Superhero pun ambil ESP tau :)

Terima kasih

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Monday, 28 March 2016

Sakit perut aduhhhh sakit perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?Harap ceria-ceria selalu :) Hari ni rasa nak share lagi pasal masalah sakit perut. 



Dulu-dulu, boleh dikatakan, sayalah ratu sakit perut. Saya kurang membuang air besar. Jadi apabila dah lama tak membuang, maka apabila nak membuang tu, perut buat hal. Saya akan mengalami sakit perut yang memulas-mulas dan pergi ke tandas sampai beberapa kali, sehinggalah saya rasa ok.

Alang-alang bercerita pasal sakit perut ni, saya nak kongsikan pengalaman sakit perut semasa bulan puasa pada zaman universiti dulu. Dalam bulan puasa, Alhamdulillah, berbuka tu, makan memangah cukup. Tapi saya dulu mungkin banyak skip sahur (tak elok tau, sahur tu sunnah, jangan skip). Suatu malam tu, dah pukul 11 malam ke atas da... Saya dah mula terasa sakit perut yang agak memulas-mulas.

Pada mulanya, saya cuba lah tahan... Sebab kebiasaannya, begitu. Mungkin nak membuang. Tapi makin lama, makin sakit. Saya tak membuang air besar pun... Cuma sakit memulas-mulas tu melampau sakitnya... Akhirnya saya meminta teman saya membawa saya ke PPUM, sebab malam-malam klinik da tutup. Tak terfikir nak cari klinik 24 jam. 

Sampai di bahagian kecemasan PPUM, punyalah ramai orang.... Dah daftar semua, kami pun tunggu. Masa tu dah pukul 1 lebih kot... Saya semakin sakit dan menangis-nangis... Minta tolong kawan saya pergi meminta jasa baik untuk merawat saya dengan segera.. Akhirnya saya dipanggil... Tapi hanya untuk check tekanan darah... Allahuakhbar... Kena tunggu lagi.. Sampai pukul 3 pagi gitu, baru doktor panggil...

Saya bagi credit pada doktor yang merawat saya, sebab bagi saya cara dia merawat saya sangat bagus. Siap scan perut saya :) Akhirnya kerana terlampau sakit, saya dikenakan injection. Lepas injection terus hilang sakitnya. Doktor tanya apa yang saya makan. Hahaha... dulu-dulu makan tak terjaga. Saya tak suka makan sayur. Buah pun jarang makan... Asyik makan nasi and ayam atau daging je. Begitulah menu saya seharian...

Doktor pun tegur dan minta saya banyakkan makan sayur dan buah-buahan sebagai serat. Hahaha.. tu kisah lama... Sekarang saya rajin juga makan sayur dan buah-buahan... Alhamdulillah... Sekarang ni, saya takde lagi mengalami masalah sakit perut memulas-mulas. 

Cumanya semakin meningkat usia ni, kesihatan perlu dititikberatkan... Muda-muda dulu mungkin kesedaran untuk menjaga kesihatan agak kurang sebab kita muda dan sihat. Tapi bila umur semakin meningkat, kita akan terasa badan mula tak larat, tak boleh silap makan sikit dan macam-macam lagi.

Kini, saya lebih menitik beratkan pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Kita kena minum air yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya, minumlah 2.5 liter. Jadual minum air boleh dirujuk di bawah mengikut berat badan anda :)



Selain itu, sebab saya tahu saya sukar nak membuang air besar, saya amalkan juga supplemen Ostematrix. Ostematrix ni adalah tablet kalsium... Sebenarnya kalsium membantu melembut dan meregangkan otot. Oleh itu, pergerakan najis di dalam usus juga akan lebih lancar. Ditambah lagi dengan minum air yang mencukupi, memang lawas sangat :)

Kalau siapa-siapa yang mengalami masalah membuang air besar secara konsisten, boleh amalkan Ostematrix ataupun sesiapa yang ingin membersihkan usus besarnya, boleh juga ambil Herblax. Herblax ni memang sangat berkesan untuk membantu membuang air besar... Tapi ada cara untuk mengambil Herblax, dapatkan daripada saya :)

Selain itu, sesiapa yang selalu mengalami kembung perut dan pedih ulu hati, boleh amalkan Peppermint Ginger dan Garlic Complex. Kombinasi kedua-dua supplemen ini membantu meredakan ketidakselesaan perut dan mengeluarkan angin :) 

Orang gastrik pun sesuai mengamalkan Peppermint Ginger. Nak elok, gabungkan dengan ESP. InsyaAllah lega sikit perut :)

Hari ni dah 29 Mac 2016. Promosi ESP beli 6 canister dan percuma secanister lagi akan berakhir lagi dua hari. Mungkin anda tak berapa faham apabila kami gebang-gebangkan penjimatannya... Ok, mari tengok pengiraan ini:

Satu canister ESP berharga RM150

Promosi 1:

Beli dua canister ESP dan dapat 5% diskaun. Jadi RM150x2 tolak 5% diskaun. Harganya akan jadi RM285. Kalau takde promosi, kena bayar RM300.

Promosi 2:

Beli 6 canister ESP dan dapat 1 canister ESP FREE. 

RM150 x 6 = RM900

Tapi kalau anda share beramai-ramai dengan 7 orang kawan-kawan anda:

RM900 bahagi 7 = RM128.60

Kan jimat daripada beli satu canister yang jatuh pada harga RM150. Jimat RM21.00. Tu yang ramai orang pulun beli ESP waktu promosi :)

Kalau anda berminat dengan ESP ni, cepat-cepat beritahu saya. Promosi akan berakhir 31 Mac 2016 ini. Hubungi segera 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112878
Tel: 012-5538628

Sunday, 27 March 2016

Menyembuhkan Luka Bersalin Caeser Dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni nak kongsi topik luka bersalin. Saya tahu, ramai yang ingin luka bersalin cepat sembuh, lebih-lebih lagi yang bersalin secara Caesar, supaya senang nak jaga baby dan anak-anak lain kan? :)



Meh kita tengok video di bawah tentang menyembuhkan luka bersalin Caesar dengan cepat :)


Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.

Saya dulu pun, lepas bersalin anak kedua, walaupun normal, terasa lain macam sakitnya berbanding anak pertama, mungkin sebab saya menahan kesakitan dalam 10 jam dan kena episiotomy.

Alhamdulillah, masa tu saya hanya amalkan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee. Zink Complex tu memang bagus sangat. Masa check sebulan, nurse cakap memang dah elok dah luka-luka saya. Kalau amalkan Vivix, InsyaAllah lagi cepat baik....

Sementara Shaklee buka pakej Twin Pack Vivix ni, baiklah cepat-cepat dapatkan sekarang, bulan depan belum tahu ada lagi tak twin pack Vivix ni.

Kalau nak banding harga, Nampak macam mahal, tapi sangat-sangat berbaloi. Berbaloi lagi kalau beli yang twin pack sebab kalau sebotol aje, harganya dah RM475.00. Tapi kalau beli dua botol, harganya jadi RM765.32. Dengan RM765.32 dapat pula keahlian Shaklee secara percuma yang bernilai RM80. RM765.32 ni pun dah ditolak 5% diskaun. Pertengahan bulan depan, dapat pula RM36.00. Memang berbaloi-baloi sangat beli twin pack berbanding dengan hanya membeli satu botol Vivix.

Sayangnya kalau lepaskan peluang ini. Tahap keberkesanan Vivix juga bukan sekelip mata. Bergantung pada badan masing-masing. Sebabnya Vivix adalah supplemen semulajadi yang bebas daripada sebarang bahan kimia... InsyaAllah, pengambilan yang konsisten, akan memberikan kesan yang sangat positif untuk tubuh badan kita :)

Kalau nak order, jangan malu-malu untuk hubungi 012-5538628. InsyaAllah, saya akan bantu dan guide anda dalam mengambil vitamin-vitamin semulajadi anda :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Saturday, 26 March 2016

Hypokalemia - Simptom kurang potassium dalam darah

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis penyakit. Sestengahnya, kalau kita tak tahu, memang kita takkan tahu, termasuklah saya yang lemah ini... Baru-baru ni terdengar pasal Hypokalemia... Apakah Hypokalemia? 

Hypokalemia terjadi apabila kandungan potassium di dalam darah menjadi terlalu rendah. Selalunya, kandungan potassium ini boleh menjadi rendah kerana:
  • Muntah-muntah yang melampau
  • Cirit-birit
  • Penggunaan julap yang berlebihan untuk membantu membuang air besar.
  • Berpeluh yang tidak terkawal kerana cuaca yang terlalu panas atau senaman yang ekstrem.
  • Gangguan kepada fungsi normal buah pinggang.
  • Mengambil terlalu banyak kafein
  • Ubat-ubatan yang diuretik
  • Komplikasi daripada diabetis
  • hypertiroid


Potassium ini bertindak sebagai elektrolit di dalam badan yang sangat penting untuk fungsi sel saraf dan sel otot yang terdapat di dalam tubuh manusia, terutamanya sel-sel otot di sekeliling jantung.

Potassium banyak didapati di dalam buah-buahan segar seperti avocado, pisang, strawberi, sayur-sayuran berdaun gelap, kacang kekacang, ubi kentang, daging, ayam belanda dan banyak lagi :)

Kembali kepada topik Hypokalemia. Simptom-simptom Hypokalemia tidak begitu jelas tapi boleh dirujuk seperti berikut:
  • Letih
  • Lesu
  • Sembelit
  • Kekejangan otot
Dalam kes yang lebih serius, terdapat gangguan pada ritma jantung, kehilangan kawalan ke atas otot-otot badan.

Untuk merawat Hypokalemia, doktor selalunya akan menggalakkan pengambilan makanan yang mengandungi potassium dan mencadangkan supplement yang mengandungi potassium. Namun, untuk jangka panjang, penghidap itu juga harus menjaga pemakanan serta memastikan pengambilan potassium yang konsisten. 



Jom kita layan pengalaman seorang rakan kami yang terkena Hypokalemia seperti perbualan di bawah.




Menepatikan dengan simptom-simptom yang dibincangkan... Otot jadi lemah sehingga jadi seperti lumpuh sementara. Kadang-kadang kita ingat kita dah jaga pemakanan kita... Tapi kualiti makanan juga kena dijaga... Kita tak sedar yang nutrisi makanan, banyaknya telah rosak semasa dimasak.

Oleh sebab itu, memang sangat penting untuk generasi kita sekarang mengamalkan supplemen sebagai pengambilan harian. Dengan mengamalkan supplemen, nutrisi harian kita sekurang-kurangnya akan dicukupi. Dengan mendapat nutrisi yang mencukupi, maka badan kita akan lebih sihat.

Supplemen yang bagus adalah supplemen yang organik dan bebas bahan kimia seperti supplemen Shaklee. Saya sendiri dah merasai perbezaan apabila mengamalkan supplemen Shaklee :)

Untuk masalah Hypokalemia, supplemen yang dicadangkan ialah:
  • Vitalea (multivitamin)
  • Vitamin B Complex
  • Ostematrix (kalsium)
  • Sustained Release Vita-C Plus (vitamin C)
  • Vivix (memberi tenaga kepada sel-sel di dalam badan)
Semoga kita semua mendapat kesihatan yang lebih baik. Anda boleh dapatkan supplemen-supplemen di atas dengan menekan butang Order di bawah.


Jika anda nak dapatkan penerangan atau pembelian melalui COD pun boleh daripada saya. Hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh COD di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, dan Klang, Bagi kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang, saya boleh uruskan semasa hujung minggu :)

Terima kasih.
SID: 1112978 (boleh guna ID saya jika anda walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628



Rujukan:





Thursday, 24 March 2016

Eyarkkk...Serangan mengantuk ditepis dengan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kat area PJ ni, bunyi guruh tapi saya tak pasti hujan ke idak... Alhamdulillah.. Ya Allah kurniakan hujan yang bermanfaat untuk kami :) Haha.. Hari ni rasa sihat cergas.. 

Selalunya petang-petang dah rasa lemau.... Mengantuk dan letih. Maklumlah dah hampir sehari bekerja... 



Tapi hari ni, tadi memang terasa mengantuk dah nak datang menyerang... Eyarkkkk... Serangan mengantuk ditepis dengan... ESP. Ku cuba elak minum nescafe.. Cukup-cukuplah ambil 3 in 1 yang mengandungi gula banyak-banyak sangat. Nak kehidupan yang lebih sihat dan kurang gula..

Tadi pagi tadi simpan dalam peti sejuk minuman ESP dan campuran buah-buahan yang kesar-kasar hasil buat puri untuk baby sampai 3 jam tu.. Boleh baca di sini :) Dah sejuk memang sedap minum.... Manis-manis buah aje...

Lepas tu, Alhamdulillah... cerah mataku... minuman ESP buah itu, sejuk dan menyegarkan :) Hahaha.. tu je nak share.. ok bai...

Ehhhh.... Jap-jap... jangan lupa, promosi ESP masih berjalan sehingga hujung bulan ni.. Siapa nak, hubungi saya di 012-5538628.

Thank you.

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tuesday, 22 March 2016

Kisah Buat Puri untuk Baby sampai 3 jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Heeee nak share citer kelakar... Adeh... Kisahnya semalam saya nak buat puri honey dew kat baby saya.... Kiranya dah sebulan juga saya buat puri ni... Macam-macamlah buah yang saya dah buat... 



Memang beberapa kali sebelum ni, disebabkan terlebih letak air, puri jadi cair sangat.... Semalam pun sama... Bayangkan saya buat puri tu makan masa sampai 3 jam!!! Hahahaha.. Allahuakhbar... punya lama... Maklumlah saya baru belajar :)

Ceritanya begini, lepas saya potong buah tu jadi dadu, lalukan dengan air panas, saya letak air suku gelas aje bersama buah tersebut... Then saya blend semua... Bila semua da hancur, saya tengok macam cair... Saya tambahkan lagi honey dew dan blend. Masih lagi cair... Untuk kali ketiga, saya tambah lagi dua potong honey dew, lalukan dengan air panas dan blend. Masih lagi cair...

Last-last saya tapis dulu air tu (bahagian yang paling cair dan mengalir). Overall dekat segelas juga saya dapat kumpulkan jusnya... Heeee... Maafkan mak yang baru belajar ni... Cerita la kat mama saya kejadian ini, mama cakap, lain kali tak payah letak air langsung... Betul sebenarnya, air tak diperlukan... Honey dew tu kaya dengan jus sebenarnya... Begitu juga kalau nak blend epal, tak payah letak air pun ok... 

Konsep nak buat puri untuk baby ni, macam saya, lepas da blend, memang jadi halus tu, saya tapis pula dengan penapis kopi yang halus. Maka bertambah-tambah haluslah puri untuk baby saya... Kalau air semua cukup, memang akan nampak fine teksture dan elok sangat. InsyaAllah baby pun akan senang makan.

Tulah kisah saya semalam, dari kul 10pm, sampai kul 1 pagi kot, baru siap semua... Hahaha...

Yang jus tu dan baki-baki yang kelihatan seperti mash potato tu, saya campurkan semula. Saya tambah ESP tiga sudu besar dan campurkan air sejuk dan blend balik.. Haha tu untuk mak minum :) Saya simpan dalam peti sejuk sebagai sarapan pagi ini. Memang sedap dan mengenyangkan sebab ESP kan rendah indeks glisemiknya... Alhamdulillah, dapat mengalas perut sampai ke tengahari.

Promosi ESP masih lagi berjalan sehingga ke hujung bulan ini. Tinggal beberapa hari je lagi. Jom rebut beli dua canister ESP, dapat diskaun 5%. Dari harga RM300 untuk dua canister ESP, dapat harga RM285.00. Kalau nak jimat, leh beli 6 canister ESP, dapat satu canister free... Jom, plan dengan kawan-kawan dan share beli 6 percuma 1 :)

Apa-apa, hubungi aje saya di 012-5538628.

Diana
Hearty . Love . Healthy
Tel: 012-5538628
SID: 1112978

Monday, 21 March 2016

Nak putih, amalkan Vitamin C

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Fuhhhh hari yang jem teruk di mana-mana sahaja.... Hari ni nak bercakap pasal vitamin C. Orang sekarang banyak sangat nak mencerahkan kulit kan... Maka, kalau nak putih, amalkan Vitamin C.

Dr. Zubaidi sendiri sharekan di FB nye kebaikan Vitamin C. Better lah ambil supplemen untuk dapatkan Vitamin C sebab kalau nak makan, belum tentu keperluan Vitamin C yang diperlukan badan dapat dipenuhi...



Banyak sangat kebaikan mengambil vitamin C secara konsisten... Dulu saya agak skeptikal dengan supplemen-supplemen vitamin C yang berada di pasaran. Malah ada doktor kecantikan sendiri yang mengatakan jika kita mengambil supplemen vitamin C, kebarangkalian yang besar untuk mendapat kulit yang cantik dan putih itu sangat tipis kerana kebanyakan vitamin C yang dijual tidak mempunyai teknologi 'sustained release' menyebabkan hanya 100-300mg sahaja yang diserap dan selebihnya dibuang melalui air kencing. Sayangnye duit.... Especially yang beli 1000mg tanpa teknologi sustained release.

Namun, Sustained Relase Vitamin C Plus 500mg keluaran Shaklee mempunyai teknologi sustained release yang telah dipatenkan untuk mengoptimakan penyerapan vitamin C di dalam badan. Dengan teknologi ini, vitamin C akan terlarut layer by layer dan vitamin C akan kekal berada di dalam badan selama 5 jam. Sebab hanya 100mg dilepaskan setiap sejam. Jadi badan akan menyerap vitamin C tersebut untuk pelbagai fungsi yang diperlukan badan.


 
smile emoticon
Saya sendiri dah merasa kesan yang sangat baik dengan Vitamin C Shaklee ini. Saya cadangkan bagi yang sedang mencari-cari, jangan teragak-agak untuk konsisten mengamalkan Vitamin C Shaklee ini. Nak tahu rahsia untuk mendapatkan kulit yang putih seluruh badan dengan Vitamin C? Hubungi segera saya di 012-5538628 
smile emoticon

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Saturday, 19 March 2016

Cuaca Panas dan Strok Haba

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Tak habis-habis lagi saya nak bercerita pasal cuaca panas dan strok haba sekarang ni... Kat rumah saya, matahari malu nak menunjukkan rupanya.. Memang redup.. tak hujan pun... Tapi bahang panasnya tetap terasa. Alhamdulillah, dalam panas-panas ni, anak lelaki saya rajin minum air... Badan kita memang akan memberi tanda yang kita harus minum lebih air di cuaca panas sebegini...



Ok... hari ni saya terjumpa orang post dalam FB pasal suaminya yang terkena strok haba. Allahukhbar... kasihan sangat... Kadang-kadang kita pun tak menjangka perkara-perkara begini akan terjadi. Simple sangat kesnya... Sebab terkena strok haba... Setiap hari memang kita berpanas... Tapi tanpa disedari, panas tu memberi kesan ke atas badan kita....

Semoga suami Puan Effa Adnan kembali sihat seperti sediakala


Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda seperti terkena strok haba, sebelum menantikan kedatangan ambulans atau mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh lakukan perkara-perkara ini.


Yang penting, dalam cuaca panas-panas ni, sentiasa minum banyak air. Kalau tak lalu air kosong, minum air kosong sejuk, kalau tak lalu juga, minum air isotonic macam 100plus dan banyak lagi di pasaran. Cumanya berkawal-kawal juga minum air isotonic kerana kandungan gula yang tinggi.

Kalau anda mementingkan kesihatan dan sangat concern dengan kandungan gula, boleh amalkan Performance Drink daripada Shaklee. Apakah kebaikan Performance Drink ini?


  • Meningkatkan daya ketahanan badan dengan membantu mengekalkan tenaga pada sel dan otot.
  • Mengurangkan rasa haus dan mengawal proses kehilangan air.
  • Membekalkan tenaga dan daya tahan fizikal dengan mengimbangi dan mengekalkan elektrolit dalam badan.
Banyakkan kebaikan Performance Drink ini. Performance Drink ini didatangkan dalam bentuk serbuk dalam canister 539g dan berharga RM82.50. Sangat-sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga...

Anda nak dapatkannya? WhatsApp atau hubungi 012-5538628. Konsultasi pengambilan mana-mana vitamin Shaklee adalah percuma kepada anda :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Friday, 18 March 2016

Bahaya Cuaca Panas Melampau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Beberapa hari ni diviralkan mengenai cuaca panas yang melanda Malaysia dan akan menjadi semakin panas. Especially 20hb March ni, cuaca dijangka akan menjadi sangat panas. 



Ini yang diviralkan baru-baru ini:

Tadi berita di radio 13/3/2016... dlm masa 5 hari ni matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Malaysia adalah salah satu negara terletak di atas garisan itu.
- Dalam masa ni, berlaku satu fenomena iklim dinamakan equinoks.
- Suhu panas naik mendadak, kerana matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa.
- Dijangka berlaku 5 hari ini
- Suhu boleh naik mendadak sehingga 40 darjah Celsius
- Masa paling panas antara 12 tengahari hingga 3 petang
- Bahaya kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan strok haba

Hari ini dah hari Jumaat, 18hb March 2016. Alhamdulillah, dalam menjalani hari-hari yang panas ini, Allah masih turunkan hujan di petang hari di sesetengah kawasan di Lembah Klang... Syukur sangat-sangat.

Cuaca panas melampau memang sangat bahaya, terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua... Kita yang dewasa ni pun mengeluh. Bayangkan kanak-kanak yang aktif bermain dan belum faham apa-apa... Apa-apa pun, sentiasa pantau keadaan mereka (kanak-kanak dan orang-orang tua). Jika mereka kelihatan lemah, segeralah bawa mereka berjumpa dengan pakar perubatan, takut mereka terkena strok haba.

Berikut adalah tanda-tanda awal strok haba:



Cara-cara untuk mengurangkan masalah kesihatan kerana cuaca panas:

- Minum air sebanyak mungkin. Kalau nak memastikan anda mengambil air yang mencukupi, bagi setiap berat 25kg, air yang diperlukan ialah 1 liter. Jadi kalau anda 50kg, maka keperluan air anda ialah 2 liter. Kalau minum lebih, lagi bagus :)

- Banyakkan minum minuman isotonik untuk menggantikan kehilangan mineral dan garam daripada badan akibat berpeluh. Anak-anak yang aktif bermain, akan kerap berpeluh. Nak bagi 100plus banyak-banyak sangat, minuman tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Nak elok, saya sarankan berilah anak-anak anda minum Performance Drink (PD) daripada Shaklee. Performance Drink ini adalah minuman isotonik berperisa oren dan sangat sedap rasanya. Bukan aje budak-budak suka, ibu bapa pun boleh minum sekali sebab PD ni dijual dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh pada bila-bila masa :)

- Sentiasa berada di kawasan tertutup seperti di dalam rumah. Pada waktu-waktu ini, seboleh-bolehnya, elakkan berada di luar rumah, terutamanya pada waktu tengahari.

- Jika anda terpaksa keluar, pakailah pelindung UV seperti sunblock (Shaklee pun ada sunblock dan kosmetik untuk kulit wajah) dan berpayung untuk mengurangkan anda daripada terdedah secara terus dengan matahari. 

- Kurangkan aktiviti-aktiviti berat dan banyakkan berehat. Apabila kita terlalu aktif, besar kemungkinan kita akan menjadi tidak bermaya dan diserang sakit kepala.

- Mandi dengan lebih kerap dan sentiasa buka kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan rumah. 

- Pakai baju yang selesa dan berwarna terang untuk memantulkan cahaya dan tidak menyerap haba. Elakkan baju-baju berwarna gelap seperti warna hitam.

- Pastikan anak-anak anda juga kerap mandi. Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi berumur kurang dari setahun, sekurang-kurangnya mandikan mereka pagi dan petang serta pakaikan mereka pakaian yang selesa dan lembut. Bagi yang mudah naik ruam kerana panas, anda boleh cuba sapukan krim Herbal Blend yang memang sangat sesuai untuk masalah kulit. InsyaAllah, kejap aje dah baik :) Kalau nak, ketahui cara-cara untuk mendapatkannya daripada saya.

Nampaknya keadaan cuaca panas ni akan berlarutan lagi. Semoga Allah memelihara kita semua. Siapa-siapa yang hendak dapatkan Performance Drink, UV protection atau Herbal Blend, boleh dapatkan daripada saya. Hubungi aje di 012-5538628.

Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978

Monday, 14 March 2016

Resepi Smoothie yang Sihat Bertenaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Alhamdulillah.... Dalam tengah menulis blog ini, hujan tengah turun dengan sangat dahsyat... Alhamdulillah walaupun kita dijangka mengalami cuaca yang sangat panas, tetapi Allah masih sayang dan sejukkan bumi dengan hujan yang membawa pelbagai rahmat. Ya Allah, kurniakan hujan yang bermanfaat kepada kami :)

Okla... berbalik kepada entry blog kali ini, saja nak share beberapa resepi smoothie ESP yang sangat sesuai diambil sebagai breakfast pada waktu pagi. Memandangkan sekarang promosi ESP, beli 6 canister dapat percuma satu canister lagi, atau beli dua canister dan dapat 5% diskaun, marilah kita berkongsi manfaat ESP ini. 

Setakat ni, dalam FB saya, sudah saya kongsikan tiga resepi ESP. Konsep nak buat ESP ni senang aje... Ada buah-buahan dan ESP... Yang lain-lain tu akan menyedap dan melemakkan lagi rasa ESP ini :)

1. Smoothie ESP dan pisang


Bahan-bahan

- Sebiji pisang
- ESP
- Susu segar 
- Air sejuk

Alat yang perlu:

- Blender 

Cara-caranya:

Potong pisang kepada hirisan-hirisan kecil supaya senang untuk dikisarkan. Selepas dipotong, masukkan pisang-pisang tersebut ke dalam pengisar. Masuk 3 sudu besar ESP. Tambah susu segar secukup rasa dan sedikit air sejuk... Kalau mesin pengisar anda mampu mengisar ais, maka anda boleh tambah air batu untuk menyejukkan lagi smoothie anda :)

Selepas itu, kisar sehingga bahan-bahan semua hancur dan serbuk-serbuk ESP telah larut bersama dengan adunan tersebut. Taraaaa smoothie anda telah pun siap.... Senang kan...


2. Smoothie ESP dan anggur



Bahan-bahan

- Anggur yang tiada biji (senang nak blend.. kalau tak kena buang biji dulu)
- ESP
- Susu segar (optional)
- Air sejuk

Alat yang perlu:

- Blender 

Cara-caranya:

Smoothie ni caranya senang aje... Macam biasa, yang smoothie anggur ni, saya pakai anggur hitam tidak berbiji. Disebabkan anggur ni agak kecil, maka, saya letak dalam 20 biji. Nak manis anggur, letaklah anggur banyak lagi. Then seperti biasa, 3 sudu besar ESP. Nanti saya beritahu kenapa pakai 3 sudu besar ESP :)

Akhir sekali, tambahlah air dan susu segar atau air sahaja. Terpulang kepada kreativiti nak bagi rasa sedap lagi. Seterusnya, blend sehingga anggur-anggur tersebut hancur... Macam smoothie saya, jadi warna purple..comel.. :) 


3. Smoothie ESP, avocado dan plum



Bahan-bahan

- Avocado
- Plum
- ESP
- Susu segar (optional)
- Air sejuk

Alat yang perlu:

- Blender 

Cara-caranya:

Kali ni, saya buat smoothie avocado ni sebab ada lebihan avocado dan plum yang saya buat solid food untuk baby saya :) Sayang nak buang sisa-sisa yang melekat di blender. Kalau siapa-siapa yang nak buat smoothie avocado tu, pakai satu per empat avocado pun da ok... Plum tu setengah daripada penuh :) (Apa punya ayatla... satu per dua maksud saya).

Masukkan 3 sudu ESP, avocado dan plum ke dalam blender. Masukkan air secukupnya dan kisarkan semuanya.... Smoothie yang terhasil akan berwarna hijau muda... Rasanya, memang lemak-lemak avocado.. Ada masam-masa sikit plum... Fuhhh sedap... 


Banyak lagi cara-cara boleh buat smoothie ESP ini. terpulang kepada kreativiti sendiri. Yang penting ada blender untuk blend semuanya... Kalau yang nak bancuh dan tak letak buah-buahan pun boleh. Pakai shaker pun ok... Macam smoothie ESP dan sunquick... sedap :)



Nape saya asyik pakai 3 sudu besar ESP? Sebab 3 sudu besar ESP mencukupkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan setiap hari. ESP ni, adalah sejenis makanan yang rendah indeks glisemik. Apakah makna rendah indeks glisemik? Maknanya, apabila kita dah minum ESP, tenaga yang dihasilkan, akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Makanya, tenaga yang kita dapat akan dapat dikekalkan lebih lama.

Lain pulanya kalau kita makan nasi lemak atau roti canai... dua tiga jam kemudian, mesti dah rasa lapar balik. Sebabnya, makanan ini tinggi indeks glisemik. Tenaga yang terhasil akan cepat terbebas. Jadi bila dah habis, kita akan terasa lapar semula. Jadi, memang elok kalau ambil ESP ni pada waktu pagi. Sarapan memang sepatutnya kita makan dalam kuantiti yang besar. ESP memang patut ada dalam list anda :)

Badan kita ni juga... memerlukan protein untuk pertumbuhan yang lebih baik.... Pengambilan protein yang cukup akan membantu kita mendapat badan yang lebih kemas tau... 

Selain itu, sesiapa yang mengalami masalah kulit akibat tersalah memakai kosmetik sebelum ini, boleh baiki kulit anda dengan ESP. Dicampur pulak dengan memakai produk Nutriwhite, InsyaAllah kulit anda akan kelihatan lebih cerah , parut-parut semakin pudar dan kulit semakin bersih. 

Anda mahukan ESP ni? Meh segera dapatkan ESP. Sebab hanya bulan ni aje ada promosinya... Dengan pembelian 6 canister dapat percuma satu canister lagi, anda akan dapat menikmati keahlian percuma Shaklee yang bernilai RM80. Lepas ni nak beli vitamin-vitamin lain pun dah murah. Then dapat cash bonus pada pertengahan bulan depan. Memang best. Kalau berminat nak memulakan perniagaan sendiri, inilah masanya... Tak rugi tau join jadi ahli Shaklee ni... banyak sangat manfaatnya.

Kalau nak.. apa tunggu lagi, hubungi 012-5538628 sekarang :)


Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978