Kesan detox selepas 7 hari

Diary Detox Hari ke-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Waaaa happy je rasa kan bila da masuk hari ke 7. Hari ni macam hari raya, sebabnya dah boleh makan nasi atau sajian karbohidrat. Hari ke-8 seterusnya adalah untuk meneruskan detox parasit.



Heeeee.... sangat puas hati dengan hasil yang dapat dilihat pada hari ke-6. So hari ke-7 ni, mealplan yang dicadangkan ialah smoothie buah bersama dengan ESP untuk sarapan. Untuk lunch pula, nasi bersama sayur dan ikan/ayam. Haha... Memang gembira sangat sebab saya ni memang suka makan nasi... Untuk dinner, mealplan yang dicadangkan ialah bihun sup... 

Fuhhhh best sangat rasa.. Dah lepas 7 hari... Untuk hari ke-8, saya akan teruskan dengan detox parasit. Nak buang segala parasit dalam badan walaupun saya rasa, saya dah buang dah sebahagian sebenarnya... Heeee... Hanya orang yang melaluinya sahaja yang mengetahui bagaimana parasit itu dikeluarkan :D Jeng jeng jeng...

Maka, dengan ini, berakhirlah diary detox saya... Kenapa saya akhirinya setakat hari ke-7, sebab hari ke-8, pengambilan kalori tidak dititikberatkan sangat dah... Boleh makan nasi... Tapi janganlah sampai melantak.... Alang-alang dah amalkan diet yang sihat mengikut portion yang dicadangkan, ikut aje la kan.... Biar berat badan pun stabil... Kalau tak jaga, tak mustahil berat akan naik semula :)

Kemudian detox parasit ni, kita hanya perlu PANTANG:
- Gula
- Gandum
- Makanan yang diproses

Oleh itu, yang terbaik, sediakan sendiri makanan anda... Kurangkan membeli... Detox Shaklee diikutkan berlarutan sebulan... dengan dos pemakanan yang sama dengan hari ke-7. Kalau boleh maintainkan aje cara anda makan mengikut mealplan Shaklee hari ke-7. 

InsyaAllah, yang dah melalui proses detox, pasti akan berasa badan lebih ringan, perut lebih kempis, kurang rasa nak makan makanan yang manis-manis, mudah merasa kenyang :) Kalau makan banyak pun dah rasa menyesal.... Heeeeee hahaha...

Terima kasih sebab follow diary detox saya. Kalau anda pun nak detox, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. Kami ada group yang akan sentiasa bersama-sama anda untuk melalui program detox ini. Cubalah, memang tak rugi... :)

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Diary Detox hari ke-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni dah masuk hari detox ke-6. Alhamdulillah... Walaupun kadangkala rasa macam nak give up je... Rasa macam nak makan macam-macam... Tapi diri ini masih lagi bertahan.... Dengan keizinanNya jua...

Yeayyyy lagi, sebab hari ni dah boleh makan nasi untuk dinner... Memang dah lama menantikan saat ini... Cumanya hari ni, kul 10 lebih pun belum gi toilet.... Risau juga sebab nanti nak keluar... Kang dibuat hal kat luar nanti... Mungkin sebab breakfast agak lewat.. Macam biasa minum ESP dan yogurt aje. Alhamdulillah... Lepas tu dah pergi ke toilet... Macam biasa, lawas... :)

Hari ni agak kelam kabut prepare lunch dan barang-barang untuk keluar... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Berjumpa dengan sahabat baik saya Ainul Malik di HQ Shaklee. Tujuan utama, NAK TIMBANG BERAT... Hahaha... Ainul akan bawa mesin penimbang karada... Alaaa under brand Omron tu....

Dengan mesin tu, kita boleh tahu body age, percentage lemak seluruh badan, berat badan semestinya dan banyak lagi... Haha.. Tak sabar nak tengok hasil 6 hari..

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba... Naiklah mak ke atas mesin karada tu... Haha... Dulu berat mak 60 kg.. Timbang atas karada juga di branch Shaklee Sri Rampai... Bady age 46 tahun... Visceral fat (lelemak di sekitar organ dalaman) 7.



Tu dulu... 60kg (pada 27 February 2016). Lepas timbang tu, makan memang tak terjaga sangat... Semua pun nak makan, nasi, kek, coklat, semua masuk. Tak tahu berat lepas tu da naik ke idak (macam naik kot). Hari ini, setelah menimbang ke atas karada, maka result yang di dapati ialah:

Berat: 57.2kg
Body age: 44 tahun
Visceral fat: 6

Waaaaaa..... Dalam masa 6 hari..... 6 hari tau... Heeee bangga betul.. 2.8kg hilang... Tapi kena hati-hati juga. Taknak berat yang turun ni naik, kena la exercise untuk membina otot pada badan. Badan saya masih lagi kekurangan otot dan banyak lemak. Kena banyak minum ESP... Nak harapkan sumber protein daripada ayam, daging dan telur, kebanyakannya sudah musnah dalam masakan...

Alhamdulillah... Ni la event terpenting hari ini... Haha... Malam ni dah boleh makan nasi.. Yeayyyy... Setengah mangkuk je... So, makan nasi, ayam grill dan sayur salad dan tomato :)

Diary Detoks Hari Ke-4 hingga hari ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Waaa minta maaf... Diary Detox tak terupdate sejak hari ke-4. So hari ni saya akan sharekan apa yang jadi pada hari ke-4 sehingga hari ke-5. 

Yeayyy... Hari ke-4 dah boleh makan smoothie daripada protein powder yang diblend bersama dengan buah. Lega la sikit perut sebab sekurang-kurangnya da masuk protein... Tapi mak memang agak pasif aje sejak detox ni.. Macam orang berpuasa... 

Untuk sarapan, saya campurkan yogurt original bersama ESP dan blend... Sedap juga rasanya... Buah saya ambil secara berasingan sebab rasa macam tak sesuai campur ESP dan rock melon... :) Tengahari, makan sayur macam biasa... Tapi tula... rasa berat nak telan sayur... Mak telan juga supaya perut tak kosong... :)

Hari ni, perut tak rasa nak ke toilet seperti semalam.. Stabil sungguh perutku walaupun telan Herblax.. Heeee... Tapi akhirnya pergi juga dekat-dekat nak tengahari... Alhamdulillah, sejak menjalani program detox ni, proses membuang sangat lawas... Sehari ada dua atau tiga kali juga melawat toilet...

Pada malam hari ke-4 ni, saya dah betul-betul tak lalu makan sayur... Adehhhh... Dah la lewat makan, dan dengan sedihnya, saya makan dua potong buah pear... Haha... Sampai tak lalu nak tengok salad da... Tapi Alhamdulillah... Cukup untuk saya mengalas perut makan pear tersebut.... Tak lapar pun...

Maka tamatlah diary hari ke-4 ku :)


Pada hari ke-5, yeayyyy lagi sekali sebab dah boleh makan ayam atau ikan.... Pagi tu, saya minum ESP dan original yogurt lagi... Tekak sukaaaa :) Pada masa yang sama, saya sediakan chicken breast half palm dan potong kecil-kecil... Lalu saya grillkan dalam periuk ajaib tanpa minyak.... Hanya pakai white pepper dan sedikit garam... 

Sebab kali pertama, maka ayam saya macam terlebih masak dan hilang moist dia... Jadi mengecut... Half palm jadi macam quarter je... Takpela... first time...  Lunch saya tengahari itu ialah half palm chicken breast tadi dan salad bersama tomato dan bawang... Sedap juga.. Alhamdulillah sebab dah lama tak makan ayam sejak program detox ni berjalan...

Pada malam hari, saya lebih berselera sikit hari ni.. Tak sabar-sabar nak makan ayam grill lagi.... Malam ni, saya still guna half palm of chicken breast dan grill macam pagi tadi. Cumanya, saya letak kejap je dalam magic pan tu... Jadi potongan ayam tu kelihatan segar dan moist.. Hmmm sedap...

Tengok, potongan ayam tu kelihatan besar dan segar kan :)

Alhamdulillah, nikmat sangat makan malam hari ke-5 ni... Puas hati, walaupun basicnya masih sayur, Tapi dapat ayam tu, lega rasanya :)

Tidurlah aku dengan lena malam ini. Alhamdulillah, sepanjang program detox berjalan, perut sangat lawas. Badan pun takdelah kelaparan sampai nak kena gastrik... Ok-ok je... bertenaga pula tu... Malam ni, sempat masak lagi untuk anak dan suami... I am a happy wife and mother... Alhamdulillah...

Tunggu sambungan hari detox ke-6 :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Diary Detox Hari Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni pun rasa nak senyum kembang semangkuk... Heee.. Hati rasa berbunga-bunga... Sebab rasa tenang... Keje dah settle.. Ok... Hari ni saya nak cerita pengalaman Detox hari ketiga... Fuhhhh cepat betul masa... Dah 3 hari detox ni... Bermakna 3 hari juga lah makan sayur-sayuran dan buah-buahan...

Pagi-pagi lagi, lepas telan sepotong rock melon, saya dah gi tandas membuang air besar... Memang tersangat-sangat lawas... Herb-Lax ni fungsinya mengaktifkan usus... Again saya beritahu, walaupun kebiasaan, especially kalau makan sikit aje, alamatnya memang saya takkan ke tandas.... Tapi ni hanya makan sayur dan buah je pun... tapi membuangnya memang dahsyat... :)

Masa bawa kereta nak gi keje, dalam fikiran terbayang-bayang nasi goreng, nasi briyani, nasi minyak... Heeeee... Bersabarlah wahai hati... Nak badan bersih... Sabar dulu... Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan :)

Jadi tema makanan pada hari ini ialah it's all about colours... Hari ni, kena makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni. So pagi ni, saya sediakan salad seperti gambar di bawah:


Heee memang banyak... Tapi saya bahagikan dengan lunch juga... Tak larat den nak habiskan semua :) 

Ok, di siang harinya, Alhamdulillah, selalu mengantuk juga kalau pukul 3 atau 4 tu.. Tapi syukur sebab takde rasa mengantuk... Cuma letih tu adalah rasa juga... Kita slow-slow and steady je... Sebab bila menjalani program detox ni, kita sepatutnya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti... Kalori down sangatkan untuk 3 hari pertama ni :)

Hari ketiga ni takdelah rasa letih sangat macam hari kedua.. Cuma lesu sikit.. Tapi masih berupaya jalan-jalan di pasar malam dan beli dinner untuk anak dan suami. Saya beli juga bayam untuk diri sendiri.. Heee...

Malam, saya steamkan sayur-sayur tu. Sejujurnya saya dah tak larat makan salad tu semua... Saya makan jugalah walaupun sedikit, untuk mengalas perut. Nekad di hati ni sangat kuat... Saya takkan stop program ni sampai ke penghujungnya. InsyaAllah ada kesan yang baik untuk diri saya :) 

Memang kena tegar ye tuan-tuan dan puan-puan.... Kat tempat kerja, kita tengok kawan-kawan makan nasi... makan coklat.... makan keropok... Seronoknya... Tapi bila dah berada di tahap ini, kita akan sedar akan kepentingan menjaga pemakanan kita.. Eat clean, eat healthy... The best, sediakan makanan dari rumah... :)

Okla, ni la cerita detox hari ketiga... Semoga banyak lagi kesan-kesan baik yang akan dirasai :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tonik ajaib untuk awet muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Senyummmmm kerana senyuman akan memancarkan aura dalaman dan meningkatkan mood. Heeee dalam menjalani detox hari ketiga, saya nak update juga hasil-hasil yang diperoleh apabila memakan vitamin-vitamin detox ni. Salah satunya ialah Vivix. Boleh saya katakan sebagai tonik ajaib untuk awet muda.

Ramai orang dah tahu... Vivix ni adalah supplemen Shaklee yang paling powerful. Apa yang menyebabkan Vivix ni powerful sangat? Meh tengok tumbuh-tumbuhan yang ada dalam Vivix dan apa fungsi-fungsinya.


Vivix terdiri daripada ekstrak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan seperti:
  • Muscadine Grape
  • Polygonum Cuspidatum
  • Purple Carot
  • European Elderberry
Kalau tengok gambarajah di atas, kebanyakan buah-buahan tersebut memang sangat bagus sebagai anti-viral, anti-bakteria, anti-inflammation atau anti-radang, tinggi dalam antioksidan, sangat baik untuk kesihatan jantung, sendi dan banyak lagi... Sebabnya, Vivix berfungsi memperbaiki daripada peringkat sel lagi.... Jadi apabila sel elok, maka eloklah tubuh badan.

Meh saya cerita sikit.. Heeee.. Memandangkan saya berada dalam program detox sekarang ini, Vivix merupakan salah satu daripada supplemen yang harus diambil. Kiranya dah dua hari setengah saya makan Vivix. Alhamdulillah, terasa kulit lebih lembut... Begitu juga kulit muka.... Sebelum-sebelum ini, saya rasa macam muka saya agak kering... Tapi dalam masa dua hari.. Terasa macam kulit baby pula... Heeee... Memang la tak sampai selembut kulit baby, tapi memang berbeza daripada sewaktu saya tak ambil Vivix...


Lain sangat kesannya... Saya memang ambil Vitamin C juga... Tapi dengan Vivix, kesannya memang sangat-sangat cepat dan ketara... Rasa lembutlah pipi ni... daripada selalu rasa macam kering dan kasar :)

Oleh itu, sementara ada promosi twin pack Vivix ni, marilah kita beli... Harga sebotol Vivix ialah RM475.00. Tapi dengan twin pack ni, kita hanya bayar RM765.32. Kalau bahagi dua, sebotol ialah RM382.66. Banyak bezanya kan?

Sebab bulan depan dah takde twin pack ni... Rugi... Sekarang ni, beli dua botol Vivix (twin pack) dapat 5% diskaun... Vivix ni, jadi mahal sebab GST... Dengan pakej twin pack ni, anggaplah GST tu bayar 1% je... Plus, dapat jadi ahli secara percuma dan enjoy cash bonus bulan depan berharga RM36. Kalau tambah lagi dengan stok vitamin C dan Omega Guard dengan harga ahli, jimat lagi 15%-20% plus dapat lebih lagi cash bonus :)

Jom, nak beli, hubungi saya di 012-5538628.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Diary Detox Hari Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 19 April 2016 adalah hari detox yang kedua... Fuhhhh... Lain sikit keadaannya berbanding hari pertama... Tapi keadaan paginya, Alhamdulillah, boleh bangun awal. Rasa ok... Tak rasa letih :)

Hari ni tema makanannya ialah sup! Ye... Tapi sup sayur berdaun dan tidak berdaun yang berwarna hijau... Jadi, pagi-pagi lagi, ku masuk ke dapur dan keluarkan semua sayur-sayur yang ada di dalam peti sejuk.. Heeee.. Tapi syaratnya tak berapa dipatuhi sebab ada juga yang berwarna. Sayur-sayur yang disupkan ialah:

1. Lettuce (salad)
2. Timun Jepun
3. Brokoli
4. Karot
5. Kobis
6. Cili merah
7. Cili padi hijau
6. Bawang besar

Ni bukan sup sayur yang saya masak. Hanya gambar ihsan Google :)


Mak tak pandai masak... Pakai masukkan semua ke dalam periuk... Letak sesudu garam dan 2 titik stevia untuk perasa. Stevia boleh makan tapi bukan gula putih tu ye... Lepas dah masak, makanlah untuk sarapan semangkuk... Disebabkan menu adalah sup, maka idaklah terasa lapar sangat :)

Untuk hari kedua ni, disebabkan malam sebelumnya amik Herb-Lax, pagi tu memang membuang dengan jayanya. Kalau nak merasai kesan Herb-Lax dengan jayanya, PASTIKAN minum air yang banyak juga pada hari sebelum tu.. Banyak tu, maksudnya air kosong yang mencukupi mengikut berat badan...  Selalunya, kalau saya sekadar makan sikit-sikit tu, memang tak membuang la... Tapi dengan Herb-Lax, saya membuang macam makan banyak sangat pada hari sebelum tu.. :)

Untuk lunch pun, saya bungkuskan sup dan bawa ke pejabat.. Untuk lunch, sepatutnya makan dalam dua mangkuk.. Tapi saya makan lebih skit dari breakfast tadi... Kawan-kawan ofis cakap muka saya kelihatan pucat sikit... Tapi saya rasa ok je... :) Walaupun hanya sup sayur, ku paksakan diri makan juga... Adehhh... heeee.. bau sayur je la...

Memang tidak dapat dinafikan... hati teringin sangat nak makan nasi.... Tengok nasi goreng, bekal kawan ofis pun terasa macam nak makan... Tapi, alang-alang menyeluk pekasam... biarlah sampai habis juga detox program ni... :)

Selapas balik keje... Memang lemah dan lesu aje... Minta tolong En. Suami belikan dinner untuk anak... Si anak pula request ibu goreng nugget... Haha.. Bayangkan ku menggoreng..tapi tak leh makan... Selalunya mak tumpang sekaki... Heeee... Tapi okla... Masih boleh melayan baby... Not so bad... :) Malamnya, makan sup juga... Tapi disebabkan dah tak lalu, makanya idaklah banyak sangat makan... Hanya mengalas perut :)

Itu ajelah cerita untuk detox hari kedua... Tema makanan hari ketiga pula ialah sayur yang berwarna-warni :) Tengok cane pula sambungannya nanti.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Diary Detox Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mulai hari ini, saya akan share pengalaman saya detox seluruh badan dengan Set Detox Shaklee. Semalam merupakan hari pertama saya memulakan program detox seluruh badan ini.... 

Sebelum saya cerita lebih lagi, saya nak share lah sebab saya memilih untuk detox. 

1. Walaupun saya seorang yang boleh kata tegar juga dalam mengamalkan vitamin setiap hari, namun saya masih lagi rasa letih dan lesu setelah pulang ke rumah selepas seharian bekerja.

2. Saya rasa mengantuk di tengahari.

3. Emosi yang kadang-kadangkala sukar dikawal.

4. Sukar bangun pagi.

5. Sukar melelapkan mata pada malam hari.

6. Body age 13 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Parah!!!

7. Berat badan yang sukar turun selepas melahirkan anak.

Jadi, saya nakkan perubahan... Rugi rasanya mengamalkan segala vitamin tapi kurang atau lambat berkesan ke atas tubuh badan sendiri kan.. So, semalam merupakan hari pertama saya memulakan Detox seluruh badan.

Vitamin yang diperlukan untuk detox seluruh badan ialah:


1. Vivix (botol merah di belakang sekali)
2. Alfalfa Complex
3. DTX Complex
4. Herb-Lax
5. Peppermint Ginger Plus

Psss: Kalau anda beli vitamin Set Detox ni, anda akan dapat beg kertas hijau seperti di atas :)

Ada lagi beberapa vitamin yang saya ambil untuk meng'umph' kan lagi program detox saya ini, iaitu vitamin-vitamin yang diperlukan untuk detox parasit juga (saya gabungkan detox seluruh badan dan detox parasit).

Vitamin-vitaminnya ialah:

6. Nutriferon
7. Garlic Complex

Fuuuhhhh bukan main banyaknya... Pada masa yang sama, saya teruskan juga vitamin-vitamin rutin saya, iaitu Vitamin C, Omega Guard, Vitalea dan B Complex... Heeee... Wowww.. Jangan risau... Alhamdulillah, saya dah rasa dah kebaikan vitamin-vitamin Shaklee ni.. jadi saya sangat yakin akan kebaikan dan keberkesanannya.

Untuk memulakan program detox parasit, kita disarankan untuk memulakan program ini pada waktu full moon di antara tarikh 9 - 22 kalendar Islam... Sebabnya, pada masa ini, parasit-parasit dalam badan sedang bersuka ria dan sangat aktif. Inilah masanya kita nak hapus dan buangkan parasit-parasit ini, bersama telur-telurnya keluar daripada badan kita.
Kalau nak buat detox seluruh badan, tak kisah boleh mula pada bila-bila masa sekalipun. 

Jadi, semalam 18 April 2016, saya pun memulakan program detox saya. Untuk melaksanakan program ini, kita bukan sahaja dikehendaki memakan vitamin-vitamin yang disenaraikan di atas, malah menu harian kita juga berubah. Shaklee telah mengeluarkan menu yang dicadangkan untuk hari pertama, iaitu sayur-sayuran hijau berdaun dan dimakan 'raw'. Maknanya, makan saladlah kita pada hari pertama. Dressingnya hanya satu sudu aje tau.. Tak boleh taram sepeket :)

Saya ni jenis orang yang makan nasi... Setiap hari, memang nasi je saya makan walaupun banyak pilihan lain... Haha tak tahu nape... macam kena makan nasi juga.. Jadi apabila dah masuk program detox ni, saya pergilah beli salad yang kat pasaraya yang boleh makan terus.. Berangin-angin juga perut... Saya tahankan juga.. heee muntah-muntah ni lemah sikit... Saya makan yogurt original dengan almond... Ok sikit rasa :)

Balik rumah, makan malam pun salad juga... Boleh ambil buah saiz sederhana sebiji. Alhamdulillah.. Untuk hari pertama, tak rasa lemau langsung pas balik keje... Selalu rasa macam tak larat dah nak buat apa-apa... Tapi saya siap masak dinner untuk anak saya. Sampai ke malam, siap basuh-basuh barang-barang yang nak ready untuk hari ni... Alhamdulillah.. Syukur... memang bagus sekali-sekala, kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan aje untuk bersihkan dalaman kita...

Cara nak makan vitamin-vitamin detox tu, hubungi saya di 012-5538628 jika berminat ya.. Nanti saya guide cara-cara nak detoxkan badan :)

Ok.... tengok cane pula keadaan hari kedua... :)

Nak beli vitamin-vitamin lain, macam Omega Guard, vitamin C dan Vivix yang tengah ada promo sekarang, boleh juga hubungi saya... Jangan malu-malu...

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Jom DETOX untuk kesihatan yang lebih baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni nak citer pasal DETOX pula... Untuk pengetahuan semua, bulan ni Shaklee melancarkan program detox... yang akan berlarutan sehinggalah 3 bulan. Oleh itu, apabila tibanya Syawal, maka siapa-siapa yang sedang menjalani program detox, insyaAllah akan kelihatan lebih sihat, slim dan cantik berseri :)

Detox ni sebenarnya ada beberapa jenis. Antaranya ialah:
  • Detox parasit
  • Detox logam-logam berat daripada badan kita
  • Detox hati
  • Detox usus
  • Detox seluruh badan
Apakah kebaikan detox ni?

1. Untuk meningkatkan tenaga
2. Untuk kecantikan kulit
3. Untuk badan yang lebih fit dan cergas (mudah bangun pagi, kurang rasa mengantuk di siang hari, tak mudah penat)
4. Membantu dalam penghadaman
5. Melegakan angin dan kembung perut (kesihatan perut)

Dalam group kami, ramai yang memilih untuk buat program detox parasit.... Apakah detox parasit ni? Cuba anda bayangkan segala cacing-cacing yang berada dalam perut anda serta di sekitar tubuh badan anda... Itulah parasit yang kita nak buang... 


Jangan ingat budak-budak aje kena makan ubat cacing.. Kita yang dah besar ni pun kena buang cacing juga.. Bayangkan betapa banyaknya cacing dalam badan kita sebab dah lama tak makan ubat cacing kan? Haaa bila kita buat detox parasit ni... bukan aje cacing keluar, telur-telur dia sekali keluar :)

Apa gangguan yang dibuat oleh parasit-parasit ini? Apabila badan kita ada terlalu banyak parasit, maka kita akan mudah berasa:
  • Letih dan lesu
  • Moody - cepat marah tak tentu pasal
  • Teringin nak makan makanan yang manis
  • Blur
Selain itu, apabila badan terlalu banyak parasit, kita juga mungkin akan mengalami kesukaran untuk:
  • Mengurangkan berat badan
  • Menambah berat badan
  • Menyerap nutrisi dengan efektif

Oleh itu, jika anda ada mengalami simptom-simptom di atas. Amat digalakkan untuk menjalani program detox ini. Sekurang-kurangnya detox parasit. Berikut adalah supplemen yang dikehendaki untuk diambil semasa menjalankan program detox parasit ini.


Ramai dah yang menjalani program detox parasit dan memberi feedback yang sangat positif. Antaranya ialah:
  • Perut tidak buncit
  • Berat badan berkurangan
  • Badan lebih bertenaga
  • Tidak berasa mengantuk
Jom... Siapa yang nak kelihatan lebih segak dan cantik menjelang raya ni, hubungi saya segera di 012-5538628.


Terima kasih :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Vivix mengurangkan risiko sakit jantung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Salam Jumaat. Semoga kita semua berada dalam perlindungan dan kasih sayangNya.... Hari ni nak share pulak pasal masalah jantung.... Bagi saya, sakit jantung ni bukan masalah asing lagi.. Disekeliling saya sendiri ada orang yang mengalami masalah jantung... Iaitu abah dan bekas bos saya dulu...

Semua orang berisiko untuk mendapat sakit jantung. Apa sebabnya? Sebabnya TREND sekarang ni yang suka makan fast food atau makan di luar... Bila makan kat luar, kita tak dapat nak kawal penggunaan minyak, garam dan gulanya... Sedap tu memang sedap... Tapi bagus ke untuk kesihatan kita?



Lagi satu faktor yang menyebabkan tinggi risiko sakit jantung ialah, kurangnya bersenam... Iyela... Pagi-pagi lagi dah keluar rumah.. Balik dah dekat nak Maghrib. Ada sesetengah orang, malam-malam baru sampai umah.... Kasihankan kat generasi sekarang ni... Saya juga tak terkecuali... :(

Persekitaran.. Environment kita sendiri.... Huru-hara... rushing ke sana sini.... Jalan sesak... Stress... Fuhhhh... Mana lah tak naik tekanan darah kita kan.... 

Itula... walaupun kesedaran tu ada... Mungkin kesempatan tu takde... Kita nak bersenam, tapi bila? Hari-hari berkerja, memang agak sukar... Nak hujung minggu, sibuk nak pergi beli barang-barang yang da kering kat rumah kan... Exercise dalam shopping complex aje la...

Kehidupan sekarang ni, memang kena ambil supplemen atau vitamin... Untuk kesihatan jantung, kita kena ambil supplemen yang tinggi antioksidannya. Antara vitamin yang dicadangkan ialah Omega Guard, Vitamin C dan Vitamin E. Berapa jumlah harga semua vitamin di atas :

Omega Guard - RM136.00
Vitamin E - RM149.00
Vitamin C - RM92.50
Jumlah = RM377.50

Selain itu, ada satu lagi supplemen lain yang lebih powerful dan tak perlu amik banyak-banyak. Amik Vivix ni aje.. Vivix ni tinggi antioksidannya... Kandungan Resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang yang rosak di dalam badan, memberi tenaga kepada sel-sel tersebut dan menghapuskan radikal-radikal bebas di dalam badan yang menyumbang kepada masalah kesihatan.

Vivix dalam bentuk sirap dan sangat sedap rasanya. Hanya sesudu kecil sehari... InsyaAllah, kesihatan akan bertambah baik :) Jom kita tengok testimoni di bawah.



Banyak lagi testimoni yang best-best... Kalau nak tahu, hubungi saya di 012-5538628. Bulan ni kan, bulan terakhir promosi twin pack Vivix... Kalau beli twin pack ni, bukan sahaja dapat 2 botol Vivix, tetapi dapat:
- 5% diskaun daripada harga ahli
- Jadi distributor Shaklee secara automatik yang bernilai RM80
- Bulan depan dapat cash back RM36
- Enjoy harga best bagi vitamin-vitamin lain Shaklee
- Free postage ke rumah anda

Jom dapatkan sekarang.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628


Rujukan

Bahayanya tekanan darah tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harap pembaca-pembaca semua sihat-sihat, gembira dan bahagia selalu... InsyaAllah, bila da gembira dan bahagia, tekanan darah juga akan terkawal :) Hari ni nak tulis pasal bahayanya tekanan darah tinggi.

Boleh kata kebanyakan rakyat Malaysia ini terdedah atau mengalami tekanan darah tinggi. Tak payah tunggu tua, muda-muda pun dah ramai mengalami tekanan darah tinggi... Banyak la faktor yang mendorong ke arah ini, terutama zaman sekarang ni, zaman yang amat  STRESS!


Pemakanan pun tak berapa nak terjaga. Banyak makan fast food, makanan yang berminyak dan berlemak. Ni pun menyebabkan seseorang itu mudah mendapat tekanan darah tinggi. Dr. Zubaidi pernah cakap, perlunya mengamalkan supplemen dalam kehidupan seharian kini, sebab badan kita tak mendapat nutrisi yang mencukupi.... 

Bagi yang mencari-cari, anda boleh amalkan Omega Guard daripada Shaklee... Memang bagus sangat Omega ni. Omega Guard ni best friend saya sebab dulu saya mengalami sakit tumit... Tapi bagi penghidap darah tinggi, anda boleh amalkan Omega Guard sebagai ikhtiar mengawal masalah darah tinggi.

Kenapa Omega Guard?

- Omega Guard mengandungi Omega 3 termasuklah DHA dan EPA yang lebih tinggi berbanding jenama-jenama lain.

- Proses penyulingan yang begitu teliti telah menghasilkan minyak ikan yang bebas daripada logam-logam seperti plumbum dan merkuri. Selamat diambil oleh wanita hamil juga.

- Pengambilan Omega Guard ini membantu mencairkan darah dan seterusnya melancarkan pengaliran darah.

- Kandungan EPA dan DHA akan meningkatkan kekenyalan dinding arteri dan melancarkan pengaliran darah (warga emas selalunya mempunyai dinding arteri yang tidak kenyal, menyebabkan pengaliran darah tidak lancar).

- Selain itu, konsisten mengambil Omega Guard ini, akan membantu melambatkan pembentukan plak (halangan) dalam saluran darah. Ini akan mengurangkan risiko sakit jantung, stroke, dan sebagainya.

Kalau yang mencari-cari Omega Guard ini, bolehlah menghubungi saya di 012-5538628Sementara ada promosi bulan ini, baik jangan lepaskan peluang. Beli dua botol, dapat 5% diskaun lagi... Kalau beli 6 botol, dapat free sebotol lagi... Memang terbaik sangat... :) Jom cepat hubungi saya...

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Macam mana wanita nak mengekalkan kecantikan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sekalian.... Bulan ni banyak saya bercerita pasal isu-isu kecantikan kulit... Sebagai seorang wanita, penjagaan kulit ni memang sangat-sangat penting, terutamanya kulit wajah.. Cehhh macam pengasas Dnars pulak yang bercakap... heeeee... Jadi... macam mana wanita nak mengekalkan kecantikan?

Cantik.... membawa makna yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan.... Ada orang kita nampak cantik.... Tapi bagi seorang yang lain, nampak biasa-biasa sahaja.... Ada yang definisikan cantik bagi seseorang yang mempunyai kulit yang halus mulus... Ada yang kata cantik, apabila melihat tubuh yang menggiurkan... Ada orang rasa cantik jika berbadan kurus.... Macam-macam lagi lah....



Semestinya setiap wanita mengimpikan kulit yang halus, licin, gebu, badan yang ramping. Macam mana nak dapatkan keadaan begini? Jawapannya ialah pada persekitaran dan pemakanan seharian... 

Mari kita sentuh bab pemakanan dulu.... Apa yang masuk ke dalam badan kita akan menjadi sebahagian daripada diri kita. Jika kita selalu makan makanan yang organik, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, ada ulam-ulaman yang ditanam sendiri, kurang bahan-bahan kimia, eloklah tubuh kita. Kalau kita selalu makan fast food, makanan yang berlemak dan berminyak, maka kemungkinan besar, badan yang kita dapat mungkin selalu naik jerawat, muka berminyak, berat badan berlebihan dan banyak lagi keadaan yang tidak diingini oleh seorang wanita.

Tapi, dengan zaman sekarang ni, susah juga nak mengawal pemakanan. Ramai kaum wanita yang berkerjaya. Balik rumah pun dah lewat... Memang tak sempat nak masak macam-macam...  Akhirnya terpaksa membeli.... Tak dapat nak kawal pemakanan harian :(

Dengan zaman sekarang ini, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar, memang terdedah dengan asap, habuk-habuk dan pelbagai pencemaran lagi... Tubuh badan kita akan terdedah dengan radikal-radikal bebas yang indirectly menyebabkan penyusutan tahap kesihatan kita. Kalau tak dikawal, lama-lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Letih kan... Zaman sekarang dah tak macam zaman dahulu... Zaman sekarang banyak benda 'fake'. Dulu-dulu, pangkat opah, nenek kita... makan sayur-sayuran masak sendiri.... Ayam pun sembelih sendiri... Opah saya, Umur dekat 100 tahun tapi masih lagi boleh berkebun, menebas semak-samun di kawasan rumah.... Berbeza sangatlah dengan tubuh kita sekarang...

Huiiii panjang betul celotehku... Hahahaha.... Memanglah sekarang pun banyak pusat-pusat kecantikan... Nak cantik, gi spa... buat rawatan muka... Nak kurus, gi pusat perlangsingan badan... Bersepah sana sini.... Tapi kalau kita fokus di luaran aje... Dalaman fail.... Macam mana pula kan?

Maka, dengan ini, saya nak cadangkan pengambilan supplemen sebagai rutin kehidupan.... Supplemen bukanlah ubat... Supplemen hanya mencukupkan nutrisi kita yang kurang.... Apabila nutrisi cukup, maka badan kita akan lebih sihat...

Supplemen yang high antioxidan seperti Vivix, insyaAllah mampu menyingkirkan radikal-radikal bebas daripada badan kita. Selain itu, menyingkirkan toksin dan logam-logam berat daripada badan. Kesannya, nutrisi akan dapat diserap dengan lebih baik, badan akan lebih sihat. Badan yang sihat akan terpancar ke keadaan fizikal kita seperti kulit dan wajah kita... Percaya? Percaya...

Saya share satu contoh aje. Pengambilan vitamin C Shaklee yang memang sangat-sangat saya rekemenkan... Macam-macam kesan baik yang didapati oleh badan kita... Saya tempek segala testimoni yang diperoleh setelah mengamalkan vitamin C dengan konsisten :)






Bagi saya it is a must to have vitamin C Shaklee ni kat umah... Vitamin C ni membantu menyahkan logam-logam berat daripada tubuh kita, buang toksin-toksin, membantu membentuk kolagen dalam badan, dan apabila semua dah dinyahkan, kulit juga akan menjadi semakin cantik.

Bulan ni, promosi vitamin C. Memang masanya kalau nak beli lebih daripada sebotol sebab harga best... Nak tahu lebih lagi, hubungi saya segera di 012-5538628.

Terima kasih.
Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Kenapa bila makan Shaklee jerawat semakin banyak keluar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang dikasihi sekalian :) Hari ni tetiba terasa nak share pasal isu di atas. Ramai yang mengadu, bila makan Shaklee, jerawat semakin banyak keluar....

Ok, mari kita kupaskan satu per satu isunya... Contohnya Set Kulit Cantik Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Vitamin B. Ada juga yang ambil GLA Complex.. Apabila dah beli, anda pun start makan vitamin-vitamin tersebut dengan harapan untuk mendapat kulit yang bebas jerawat, kulit yang semakin bersih, halus dan licin...

Tapikan, apabila dah makan set kulit cantik Shaklee ni, kulit jadi tak cantik pulak.... Bila dah seminggu konsisten makan, jerawat-jerawat halus... ada juga jerawat besar tersesat mula keluar... Eeeeeee geramnyaaaaaa... Kulitku yang asalnya tidak berjerawat tiba-tiba berjerawat. GERAM!!!! Habis rosak kulit aku :(



Sabar... sabar cik adik.... Jangan marah-marah... nanti makin banyak jerawat keluar. Gini nak citer.... Sebelum makan Shaklee, kulit mungkin ok-ok... adalah jerawat sikit-sikit tapi idaklah teruk sangat... Tapi apabila dah start makan Shaklee, ehhhh makin teruk pula jadinya... Kenapa? Taknaklah sambung makan... nanti habis kulitku...

Apabila keluar jerawat, itu petanda vitamin-vitamin yang sedang anda makan itu sedang bertindak balas dengan tubuh anda. Vitamin-vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang bebas daripada bahan kimia... Jadi jangan risau, tu bukan chemical reaction... Itu dipanggil healing crisis. Apakah itu HEALING CRISIS?

Badan manusia memang berbeza-beza.. Siapa yang selalu menjaga pemakanan, banyak makan sayur dan buah-buahan terutamanya hasil organik, kurang makan yang berlemak dan berminyak, kemungkinan besar tidak akan mengalami healing crisis. Kalau ada pun mungkin tak obvious sangat.

Tapi, bagi yang selalu makan fast food, makanan yang berminyak dan berlemak, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kemungkinan besar anda akan mengalami healing crisis yang agak dahsyat juga.... Tapi jangan risau... Itu petanda yang baik. Kenapa? 

Healing Crisis menandakan bahawa badan anda sedang menyahkan segala toksin yang berada di dalam badan. Apabila toksin-toksin ini telah disingkirkan, barulah nutrisi-nutrisi daripada vitamin-vitamin yang diambil ini akan mula melakukan pembaikian terhadap kulit anda.

Yang penting, kalau jerawat-jerawat tu keluar, jangan stop. Biarkan vitamin-vitamin tu buat kerja dia... Teruskan makan dengan konsisten, InsyaAllah, kulit akan semakin bersih, jerawat pun dah malu nak keluar, parut-parut akan hilang bila ambil ESP dan lama-lama, bersih, licin dan gebu la kulit anda :) InsyaAllah.

Yang penting, saaaabarrrrr... Tiada perkara yang boleh jadi sekelip mata... Kalau jadi sekelip mata tu, tak ke rasa menakutkan... Apa yang ada sampai cepat sangat kesannya kan?

Itulah ceritanya... Jadi jangan bimbang.... Biar vitamin-vitamin tu bersihkan dulu toksin-toksin yang ada.. Kita pun taknak toksin-toksin banyak dalam badan... Hilang toksin, bermakna badan kita juga lebih sihat dan kesannya akan kelihatan pada kulit dan wajah kita :)

Haaaa... mai sapa nak beli Set Kulit cantik Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628 :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628