Awas pengidap kencing manis yang selalu kebas kaki - kaki mungkin terpaksa dipotong

Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua... Saya suka mendengar penerangan Dr. Safari Elis melalui page ZonKuliah ini. Penerangan yang sangat detail untuk kita semua.. Cuma dalam loghat utara la :) Kali ni, nak cerita pula pasal bahaya kebas kaki, terutamanya kepada pengidap kencing manis... 

Secara jujurnya, saya sebelum menonton video di bawah, tak tahu pun kenapa sesetengah orang yang mengidap kencing manis terpaksa dipotong kakinya... Setelah mendengar penerangan Dr. Safari Elis barulah saya tahu dan saya sharekan dengan anda semua ye...

Sesetengah orang yang mengidap kencing manis akan mengalami dua masalah utama iaitu:

  • Salur darah kaki tersumbat
  • Masalah saraf kaki

Di sini, akan ditekankan lebih lagi tentang masalah no. 1 iaitu salur darah di kaki tersumbat. Apabila kaki selalu terasa kebas-kebas, sesetengah orang mungkin takkan terfikir pun yang sebenarnya dia mengalami masalah dengan salur darah di kaki. 


Tanda-tanda salur darah kaki tersumbat:

  • Apabila berjalan jauh, kawasan betis terasa sakit. 
  • Semakin lama, jarak berjalan semakin kurang kerana kerap mengalami kesakitan di bahagian betis.
  • Hujung jari-jari kaki terasa sejuk seperti ais dan kebas
  • Hilang deria rasa di kaki.
  • Kulit mula kelihatan kehitam-hitaman
  • Boleh menjadi gengrene, suatu keadaan di mana kaki sudah mula membusuk dan rosak.
  • Akibatnya kaki harus dipotong.



Apabila sudah mendapati tanda-tanda di atas, pengidap kencing manis harus mengambil langkah lebih berjaga-jaga:

1. Mengurangkan risiko memijak benda-benda yang boleh menyebabkan mendapat luka di kaki yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2. Apabila sedang dalam keadaan berbaring atau duduk, bangun secara perlahan-lahan. Jangan terus berjalan. Berdiri setempat selama beberapa saat untuk memastikan kestabilan diri untuk mengelakkan jatuh. Apabila sudah rasa stabil, baru berjalan. Point ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk pada tubuh badan.

3. Jangan berjalan di atas batu-batu refleksologi yang berada di taman-taman untuk memulihkan aliran darah, kerana dibimbangi kaki akan bertambah teruk. Di samping itu, kurangkan mendemah / bertungku kaki dengan batu yang panas kerana dikhuatiri, kaki akan melecur dan luka. 

Anda boleh dengar dengan lebih terperinci penerangan Dr. Safari Elis mengenai salur darah kaki yang tersumbat melalui video di bawah.




Sebaiknya, apabila telah disahkan mengidap kencing manis, cubalah berikhtiar untuk mengurangkan atau memulihkannya terus. Sampai bila nak bergantung kepada ubat-ubatan?  

Pemakanan memang harus dijaga. Selain daripada mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, tidak salah untuk mengambil supplemen-supplemen lain yang membantu mengurangkan penyakit kencing manis ini. 

Sebagai contoh, Vivix. Cecair Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol tinggi membantu dalam pemulihan sel dan melancarkan aliran darah. Tahukah anda, salur darah tersumbat disebabkan oleh sel-sel yang telah rosak?

InsyaAllah, pengambilan yang konsisten membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel-sel di kaki, membantu memperbaiki luka. Di samping, membantu sistem badan untuk cakna dengan hormon yang mengawal kandungan gula di dalam darah. 

Di bawah disertakan beberapa testimoni hasil daripada pengambilan Vivix:




InsyaAllah, kita berikhtiar, yang menyembuhkannya tetap Allah. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya di 012-5538628 untuk panduan pemakanan dan pembelian. Jika nak daftar sebagai ahli pun, lagi bagus kerana anda boleh menikmati harga yang lebih rendah.

Semoga entry kali ini bermanfaat.

Terima kasih.
SID: 1112978 (Boleh guna ID saya untuk pembelian di Shaklee)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar