Tips menggalakkan anak-anak kecil berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah da masuk Ramadhan hari yang ke-4. Rasanya belum terlambat untuk berkongsi tips untuk menggalakkan anak-anak kecil berpuasa. 

Entri ini bukanlah bermaksud untuk memaksa anak-anak kecil ini berpuasa sepenuhnya, tapi sebagai langkah pengenalan kepada anak-anak kecil ini tentang keistimewaan Ramadhan dan berpuasa. 



Semasa saya kecil dulu, saya memang suka sangat apabila tibanya Ramadhan atau bulan puasa ini.... Tak ingatlah masa tu umur berapa... Darjah 1 ke apa.. Tapi saya ingat saya puasa 6 hari... Heeee... Walaupun sikit, saya rasa bangga kerana saya berpuasa :) Memori semasa kecil inilah, bagi saya, saya bawa sehingga dewasa dan tak sabar menanti tibanya Ramadhan.

Jom kita tengok tips untuk menggalakkan anak-anak kecil berpuasa:

1. Kenalkan anak-anak dengan Ramadhan.


Ceritakan kepada anak-anak secara bersahaja tentang kebaikan Ramadhan, di mana pada bulan ini, Allah memberikan ganjaran dan kebaikan kepada semua hamba-hambaNya. Pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Kebaikan yang dilakukan mendapat berkali-kali ganda pahalanya dan terdapat satu malam ajaib yang apabila dimanfaatkan adalah lebih baik daripada 1000 bulan... 

2. Galakkan anak-anak berpuasa, bukan memaksa


Anak-anak kecil ini, masih belum memahami erti berpuasa sebenar. Selalu cakap berpuasa, tapi makan juga... Heeee.. Tak mengapa. Tugas kita hanya mengenalkan mereka yang sebagai orang berpuasa, kita tak boleh makan atau minum.... Kita buat perkara baik-baik aje sepanjang hari :) 

Jika anak-anak berjaya menahan daripada makan selama beberapa jam pun dah sangat baik. Jangan paksa anak-anak untuk berpuasa sampai ke azan Maghrib. Kasihan mereka.

3. Sediakan jadual untuk menunjukkan hari-hari si kecil berpuasa


Boleh sediakan carta atau jadual yang kreatif dan comel untuk menunjukkan kejayaan anak-anak berpuasa. Walaupun anak-anak mungkin hanya berpuasa setengah hari, catatkan kejayaan mereka :) Boleh letak sticker yang comel-comel untuk menarik lagi minat mereka.

4. Sahur / Sarapan jangan diabaikan


Mungkin ada anak-anak yang mudah untuk bangun sahur bersama kita. Ada juga yang tak dapat bangun semasa sahur. Apa-apa pun, pastikan anak-anak makan dulu semasa sahur atau makan sarapan pagi. Selepas itu, terangkan pada mereka tentang puasa, yang tidak boleh makan atau minum. 

Mungkin juga anak-anak tidak mahu makan berat-berat di waktu pagi, tak mengapa. Biar mereka enjoy makanan yang disukai. Asalkan perut mereka terisi :)

5. Sabar dengan karenah anak berpuasa


Haha... Ibu bapa, sabarlah ye melayan persoalan dan luahan anak-anak yang berpuasa. Perkataan "lapar", "bila boleh makan", "lambat lagi ke" dan macam-macam lagi persoalan akan menjadi tidak asing untuk didengari. Layankan aje lah ye :) Tengok juga keadaan anak-anak. Kalau dah nampak tak bermaya, berilah mereka makan. 

6. Raikan anak-anak semasa berbuka puasa


Part berbuka ni memang penting. Sediakan makanan sihat kegemaran mereka. Pasti mereka akan lebih bersemangat untuk berpuasa lagi pada hari seterusnya.

7. Ber Aidilfitri dengan gembira


Sememangnya berpuasa penuh atau tidak, semua kanak-kanak akan menantikan hadirnya Aidilfitri. Menjadi sunnah untuk memakai pakaian baru di hari raya. Namun, jangan dilupa yang tidak berkemampuan. Pada masa ini, didiklah hati anak-anak supaya mensyukuri segala nikmat yang ada dan ajarkan mereka agar sama-sama berkongsi kegembiraan bersama semua.

Bagi ibu bapa yang ingin mencari makanan tambahan untuk anak-anak anda, anda boleh dapatkan tiga supplemen ini dalam membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak anda. Set ini juga sangat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan anak-anak di dalam bulan Ramadhan ini.


Untuk mengetahui lebih lagi mengenai supplemen-supplemen ini, hubungi saya di 012-5538628.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada ibu bapa semua. Di dalam mengajar, kita kenalkan hikmah berpuasa kepada anak-anak. Berpuasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, namun juga untuk membentuk akhlak anak-anak supaya belajar bersabar dan bersyukur dengan segala rahmat yang Allah berikan dalam kehidupan ini.

Terima kasih.
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar