Si muka ketat diserang asma... Terus rindu padanya....

Sambung cerita pasal si muka ketat lagi hari ni... :) Begini ceritanya... Aku sebenarnya diserang dengan lelah atau semput dua malam semalam... Macam orang yang mengalami asma... Tiba-tiba terbatuk-batuk dan sesak nafas kan... 

Yang bezanya kes aku ni, aku tiada asma... Tapi macam ada alergik kepada persekitaran... Ada masa-masanya aku akan bersin-bersin, mata gatal-gatal dan lebih parah lagi, aku akan mula batuk-batuk sampai berbunyi (wheezing) dan mengalami sesak nafas...

Kes malam semalam, mula-mula tu gatal-gatal mata. Selalunya gatal-gatal mata ni petanda awal yang menandakan ada unsur-unsur yang menyebabkan aku alergik. Kadangkala gatal-gatal mata ni, hilang begitu sahaja. Tapi kadangkala boleh menyebabkan aku terus semput.

Nak dijadikan cerita, mata tu, aku tak boleh lelap walaupun jam da menginjak ke pukul 1 pagi.... Dari pukul 1 pagi, hampir ke pukul 2 pagi, aku dah mula batuk-batuk. Mula-mula tu bolehla aku tahan lagi. Tapi semakin lama, semakin galak pulak batuk-batuknya.

Aku terbatuk-batuk sampai macam nak muntah.. Boleh bayangkan tak betapa teruknya... Masa tu, aku rasa bahagian mulut dan hidungku jangan disentuh... Tak boleh bernyawa rasanya. Nafas jadi pendek dan tersekat-sekat.

Suamiku gosok minyak herba tropika.... Macam vicks juga.. Selalu ada juga kesan melegakan... Tapi kali ni takde kesan langsung. Sambil batuk-batuk air mata aku pun keluar sekali.. Takde dah la muka ketat... Tapi muka nangis jadinya....



Masa tu, I have no choice.... Kalau siang memang dah ke klinik untuk minta nebuliser (pakai topeng di mulut dan hidu gas, macam budak-budak yang selalu batuk selsema tu). Tapi disebabkan dinihari... Aku tanya suamiku...

"Yang, tadi beli Omega Guard tu mana?". "Ada" Jawab suamiku... Segera dia mengambil Omega daripada beg sandangnya. Asalnya Omega Guard Shaklee ni aku nak buat sebagai stok... Tapi di saat genting ini, aku dah tak tertahan...

Suamiku buka Omega Guard yang baru itu, dan dikeluarkan 3 kapsul keemasan dan diletaknya di atas tanganku.... Ohhhh Omega Guard.... Rindu sungguhku padamu.... Memang sungguh berperasaan rasa sebab dah sebulan lebih tak makan Omega.... Bila tengok butir-butir Omega Guard tu... rasa... preciousnya....

Haha... Gila ke apa aku ni.... Heeee... Tapi sungguh.... Omega Guard ni, apabila kita dah biasa makan dan kemudian TERPAKSA TINGGAL, terasa sungguh hati ini... Sebab manfaatnya bagus sangat....

Aku amik Omega Guard sebab Omega ni sangat bagus dalam mengurangkan masalah inflammation. Apabila jadi batuk-batuk dan berkahak ni... Sebenarnya di saluran pernafasan ku sedang mengalami inflammation, di mana badan sedang berusaha untuk melawan serangan kuman-kuman. Jadi Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi.

Aku tambah juga Garlic Complex sebab bawang putih, seperti yang kita tahu, merupakan antibiotik semulajadi yang bertindak membunuh kuman. Jangan lupa, minum dengan air suam ye... Supaya melegakan pernafasan yang sempit. Selepas makan tu, aku rehat...


Ku duduk dan nafasku atur pelan-pelan. Walaupun masih batuk-batuk, aku cuba bertenang. Badan dah terasa penat.. Namanya semput dan lelah kan... Akhirnya aku terlelap...

Pada pagi harinya... Nafasku lancar... Seolah tidak pernah terjadi serangan lelah tersebut beberapa jam yang lepas. Hidungku clear tidak tersumbat. Cuma tekakku terasa perit kerana tekanan batuk yang kuat....

Alhamdulillah... Lega rasanya... Tahu apa ku rasa masa menghadap serangan lelah tersebut? Jika serangan kecil itu pun terasa nafas bagaikan nak terhenti.... Bagaimana pula apabila menghadap mati nanti :'(

Sakitnya penamat kepada kehidupan... Tapi cukup bersediakah kita nak menghadap Tuhan.....

Renung-renungkan.... Terima kasih sebab baca celoteh kali ini. Nak dapatkan Omega Guard dan Garlic, atau mana-mana lagi vitamin Shaklee, wasap aje 012-5538628.

Cod:
Shah Alam
Subang Jaya
PJ - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ serta kawasan-kawasan sekitarnya
Mid Valley
Klang - Bukit Tinggi

Seluruh Malaysia melalui pos.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar