Cara-cara menyelesaikan masalah sinki tersumbat dengan baking powder

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni nak share pengalaman ecewahhh... Heee mungkin bagi sesetengah orang, it's just a small thing, but for me, when we achieved, it's something special :)

Kisahnya pasal nak clearkan sinki dapur yang hampir tersumbat. Sebelum ni dah pernah tersumbat... Pakai pencuci Mr. Muscle yang tuang dalam sinki tu.. tapi tak berapa jadi. Pakai pelocok tu, baru air jalan... Tu pun mula-mula, cedok air yang bertakung dan buang air yang penuh dengan lemak-lemak yang menyumbat sinki tu... Pemandangannya memang menggelikan... Salute pada orang yang jadi tukang paip ni tau.

Kemudian pastu jadi balik, bila pakai pelocok, air keluar daripada lubang kat bahagian dapur bawah. Terpaksa panggil tukang paip. Memang dia korek segala lemak-lemak dan kotoran dalam paip tu. Alhamdulillah dah settle.

Baru-baru ni, tengok pengaliran air macam perlahan je... Nampak dah macam kotor dan banyak lemak-lemak di sekeliling tu... Hmmmm baking powder yang beli dekat dua tahun dan dah expired masih belum dibuka.

Ni apa yang saya buat untuk clearkan masalah sinki tersumbat. Tapi pastikan air tak bertakung dalam sinki... Kalau tak, tak jadi proses ni ye. 

1. Mula-mula masak air. Sebab kita perlukan air panas sepanjang proses ini. 

2. Setelah air masak, tuang air panas dalam 1 liter ke dalam lubang sinki. Pastikan sinki tu kosong dan takde air yang bertakung ye. 

3. Setelah melalukan air panas dalam lubang sinki tu, masukkan pula setengah cawan baking powder. Sebab saya punya baking powder dalam bekas kecil je, jadi saya letakkan semua. Apabila letak baking powder tu, memang macam air berkarbonat kesannya, berbuih-buih jadinya. 


Gambar ihsan Internet, saya tak ambil gambar semasa proses ini 

4. Lepas tu saya letakkan secawan cuka. Menambah perasa supaya lagi banyak minyak-minyak yang melekat dalam paip tu dapat dibuang.

5. Setelah beberapa minit, saya tuangkan sampai habis air panas 3 liter yang dimasak. 

Memang kita akan nampak lemak-lemak berketul-ketul dalam partikel-partikel yang agak kecil. Kalau buka air paip tu, lemak-lemak tu cepat mengeras dan melekat-lekat pada dinding paip dan sinki, boleh aje kita buang dan bersihkan. 

Alhamdulillah, selepas itu, sinki dapur saya dah tak lagi lenggang itik pengaliran airnya. Laju airnya bergerak :) Puas hati rasa dapat selesaikan masalah air slow dengan bahan-bahan dalam rumah aje :) 

Haaa alang-alang bercakap pasal menyelesaikan masalah sinki tersumbat, saya nak promote Set Get Clean Shaklee iaitu terdiri daripada: 

1. Basic H iaitu pencuci serba guna. 

2. Fresh Laundry Concentrate untuk membasuh pakaian. 

3. Soft Fabric Concentrate untuk melembutkan pakaian. 

4. Dish Wash Concentrate untuk membasuh pinggan mangkuk. 



Apa yang istimewanya Set Get Clean ini? 

1. Selamat kerana bebas bahan-bahan toksik 

2. Sangat lembut dan tidak merengsakan kulit. 

3. Fresh Laundry Concentrate Powder dan Soft Fabric Concentrate sangat sesuai digunakan untuk membasuh pakaian bayi. 

4. Dish wash Concentrate juga sangat sesuai digunakan untuk mencuci peralatan seperti botol susu dan bekas makanan bayi. 

5. Penggunaan yang sedikit sudah mampu membersih dengan baik dan sangat menjimatkan. 

6. Salah satu cara untuk mememastikan rumah anda bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya. 

Jom detox rumah kita!

Nak dapatkan Set Get Clean ini mudah sahaja. Anda boleh beli secara online dengan klik butang Order di bawah. Dengan pembelian secara online ini, anda tak perlu rungsing-rungsing, proses penghantaran semuanya akan diuruskan dan dihantar sampai ke pintu rumah anda :) 


Jika anda nak membeli secara COD atau perlukan lebih maklumat, anda boleh hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh buat penghantaran pos ke seluruh Malaysia atau pun COD di sekitar Petaling Jaya - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ Tower dan kawasan-kawasan sekitarnya. Selain itu, saya juga boleh menghantar di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Mid Valley dan Klang. 

Apa lagi, hubungi saya segera :) 

Terima kasih. 

Diana 
SID: 1112978 (boleh pakai ID Shaklee saya di branch Shaklee) 
Tel: 012-5538628 

Previous
Next Post »
0 Komentar