Monday, 26 September 2016

Fikir yang baik-baik semua itu doa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Lama juga tak bersiaran.... Nak cerita satu kisah ni.... Haha malu pulak... ecewahhh

Mak saya sekarang tengah ada di rumah saya sekarang ni... Hobi mak saya memang memasak untuk keluarga... Jadi saya ni... Bukan main semangat makan masakan mak.... Sampai 3 kali tambah kadang-kadang tu....

Tapi dalam hati mulai risau... Adehhh... seluar jeans kembali ketat macam lepas bersalin haritu... hahaha... Saya fikir-fikir dekat full moon nanti nak mulakan balik detox Shaklee dan detox parasit. Fuhhh bertabahla...

Saya juga gigih bersenam pada hujung minggu baru-baru ni. Almaklumlah nak menyeimbangkan dengan jumlah makanan yang masuk ke dalam perut :D

Tapi ketentuan Allah itu lagi Maha Hebat... Mula-mula dinihari Sabtu ke Ahad... anak sulung saya tiba-tiba muntah-muntah sepanjang malam... Tak tahu apa tak kena.... Tapi keesokan harinya dia dah stabil... Cuma risau nak makan takut muntah lagi...

Kemudian si kecik pula demam.... Jadi saya pun dah tak kira cuti tinggal 3 hari, amik jugalah cuti kecemasan untuk menjaga anak saya... Demi anak, ku korbankan segalanya...

Ketentuan Allah tu Maha Besar... Maha Baik.... Plan nak detox tu Allah cepatkan untuk saya.... Tapi bukanlah detox Shaklee atau parasit... Detox cuci perut....

Saya juga terkena simptom perut berangin yang mengakibatkan muntah dan cirit-birit... Bab muntah ni memang lemah.... Sampai nak jalan pun tak boleh sebab tahan muntah. Lepas saya muntah tu baru lega... Baru boleh bangun dan buat kerja sikit-sikit...

Apabila terkena serangan muntah dan cirit-birit ni, selera saya memang terus mati... Bayangkan saya hanya breakfast sahaja pada hari tu.. Kemudian terus tak makan apa-apa.... Nak makan pun takut sebab taknak muntah dah...

Hikmah yang saya pelajari di sini ialah, kata hati kita sangat kuat... Kalau kita asyik fikir gemuk-gemuk-gemuk, maka bertambah gemuklah kita... Kalau kita fikir boleh-boleh-boleh, maka bolehla kita lakukan segala-galanya....

Jadi, selalu fikir, ingat dan cakap perkara-perkara yang baik-baik dan positif aja... Sebab bila-bila masa aje Allah boleh tukar menjadi kenyataan apa yang kita rasa...



Hanya secebis nukilan saya pada kali ini...

Kalau anda tercari-cari vitamin untuk kesihatan... boleh dapatkan vitamin-vitamin jenama Shaklee yang memang terbukti SELAMAT, BERKESAN. Vitamin-vitamin Shaklee melalui ujian klinikal dan juga Landmark Study untuk membuktikan ia yang terbaik tau...

Hubungi aje 012-5538628. Kalau berada di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, PJ, Klang dan Mid Valley, boleh saya COD kan terus kepada anda... Tapi jika jauh pun, jangan bimbang, Pos Laju kan ado... :)

Terima kasih.
Diana
ID Shaklee: 1112978 (boleh pakai ID Shaklee saya jika anda membeli terus di branch)
Tel: 012-5538628


Thursday, 22 September 2016

Perbaiki kesihatan dengan mencukupkan nutrisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... :) Tadi masa nak solat... Saya terfikir... Sebelum ni saya ada disahkan terkena suatu jangkitan... Jangkitan tu takdelah merisaukan saya pun... Sebab saya tahu... Saya sihat dan mampu menghadapinya....

Tapi doktor yang merawat saya tu, tanya saya nak apa-apa ubat ke.... Memandangkan apa yang saya hadapi, hanya perlu dikawal. Tak perlu ubat pun.. Saya kata tak apa pada doktor tersebut... Saya akan ikhtiarkan sendiri.... Tapi daripada perbincangan saya dengan dia... Saya faham yang dia fikir saya nak dapatkan rawatan tradisional untuk jangkitan yang saya hadapi.... 

Sebenarnya apabila saya kata saya akan ikhtiarkan untuk perbaiki kesihatan saya, saya lebih memandang kepada vitamin-vitamin Shaklee yang ada... Rugi sangat kot.... Saya memang dah amalkan beberapa jenis vitamin Shaklee dan merasai kebaikannya... Baik saya teruskan lagi vitamin-vitamin yang lain sebagai ikhtiar untuk kesihatan saya kan... :)

Tahukah anda :) kesihatan kita sebenarnya ada berkait  rapat dengan pemakanan seharian kita.... Sel-sel di dalam badan kita tumbuh membesar dengan nutrisi-nutrisi yang kita makan setiap hari... Contohnya, kalau kita asyik makan jajan, keropok yang dijual di pasaran.... Apa sebenarnya yang kita sedang beri sel kita makan?

Kebanyakan jajan, keropok adalah makanan yang tinggi dengan karbohidrat, gula, dan MSG. Bagus ke kandungan makanan tersebut? Makanya sel-sel di dalam badan, tidaklah mendapat khasiat yang sewajarnya.... Banyak karbohidrat pun tak seimbang juga....

Tapi, apabila kita mengamalkan supplemen atau vitamin sebagai makanan tambahan (supplemen atau vitamin bukan ubat tau... tapi nutrisi yang diperlukan untuk menampung kekurangan nutrisi yang berkualiti daripada pemakanan seharian kita), InsyaAllah kekurangan nutrisi dalam badan akan dapat ditampung dengan vitamin-vitamin yang kita makan.

Sebab itulah, orang yang mengamalkan vitamin-vitamin tambahan, insyaAllah kelihatan lebih sihat, cergas malah awet muda....

Tengok gambar di bawah ya.



Gambar di atas (kembar berusia 4 tahun dan 69 tahun) adalah orang yang sama ya iaitu Mary Anderson dan kembarnya... Mary telah mengamalkan produk Shaklee selama lebih 20 tahun. Manakala kembarnya memilih untuk mengamalkan supplemen daripada jenama yang lain.

Tengok sahaja perbezaannya. Walaupun sudah 69 tahun, Mary kelihatan lebih muda dan bertenaga. Rahsianya semestinya pengambilan makanan tambahan atau supplemen daripada sumber semulajadi yang selamat serta telah melalui pelbagai ujian klinikal untuk memastikan keberkesanannya.

Sebab itu saya sangat mempercayai jenama vitamin Shaklee ini. Saya sendiri sudah merasai keberkesanannya. Memang ada yang mengambil masa... Tapi it's worth to wait. Daripada kesan yang cepat tapi memudaratkan kesihatan... Buat apa kan :)

Balik kepada cerita saya... InsyaAllah, saya yakin... Segalanya dengan izin Allah jua. Saya berikhtiar dengan Shaklee untuk mengawal masalah kesihatan yang saya alami dengan pengambilan vitamin yang sesuai. Alhamdulillah saya sihat dan takde benda yang merungsingkan kesihatan saya :)

Bagi yang mencari-cari supplemen dan vitamin yang terbaik, saya sangat-sangat menyarankan vitamin-vitamin di bawah jenama Shaklee. Nak menikmati penjimatan, boleh berdaftar sebagai ahli... Tak perlu berniaga atau menjual pun... Hanya nak jimat $$$ je :)

Untuk maklumat lanjut, pembelian atau pendaftaran ahli, boleh hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628


Wednesday, 21 September 2016

Cara-cara mengurangkan stress bagi orang sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Apa khabar.. Pantas sungguh minggu ni... Dah hari Khamis... Rasanya tak stress sangat dah kot... Ramai dah nak dapat gaji :D

Hari ni terasa macam nak share pasal cara-cara mengurangkan stress bagi orang sibuk... ceeewaaaahhh... Haha.. sibuk sangat ke?

Alaaaa... kadang-kadang benda kecik pun buat kita stress apabila tak jadi seperti yang kita rancangkan... Macam apa yang saya alami hari ini lah... Tapi saya taknaklah nyatakan di sini.... 

Masa bawa kereta tadi, saya pun terpikir-pikir macam mana lah saya nak hilangkan gundah gulana hati ini.... Taknah dah stress... Nanti saya nak fokus kepada perkara lain pula... Saya nak happy!



Pertama sekali, masa bawa kereta tu, saya bawa beristighfar banyak-banyak. 

Sambil-sambil tu, saya dengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Masa stress ni, kadangkala otak terasa kosong. Sebab fikirkan benda yang buat kita stress... Jadi, cuba ikut juga bacaan Al-Quran tu...

Sampai ofis je, saya terus solat Dhuha.... Lepas solat, berdoalah supaya diampunkan segala dosa-dosa kita, suami, ibu ayah dan seluruh keluarga dan saudara-saudara seislam kita... Mohonkan agar segala urusan kita dipermudahkan... Kemudian redha lah kerana setiap yang terjadi adalah perancangan Allah yang terbaik... Mesti ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi kan :)

Haha lepas tu, saya buat Cinch Tea panas suam.... 



Perggghhh Memang nikmat menghirup Cinch Tea panas-panas ni.... Bagi peminat-peminat teh... Cinch Tea ni sangat sedap... Mempunyai aroma yang wangi dan bagus untuk kesihatan! 

Cinch Tea ni bukan sebarangan teh ye... Daun teh yang digunakan berkualiti tinggi dan kandungan kafein di dalam Cinch Tea ini sangat rendah.

Fungsi Cinch Tea ini sebenarnya adalah untuk boost kan tenaga... Kalau tak percaya, WAJIB BELI... Sebabnya lepas minum, mesti rasa lebih segar dan kalau mengantuk, insyaAllah hilang mengantuk. Sesuai sangat untuk orang yang nak drive untuk long distance.

Selain itu, Cinch Tea membantu meningkatkan metabolisme badan kita... Apabila metabolisme meningkat, pembakaran kalori akan meningkat dan membantu menguruskan badan... Haaaa.. Amik pula dengan Cinch Shake.. Memang sesuai sangat bagi siapa-siapa yang plan nak menguruskan badan tu...

Ohh ya.. berbalik kepada topik stress kita. Dalam teh ada satu jenis asid amino yang dikenali sebagai L-theanine yang membantu mempertingkatkan gelombang alpha yang akan membantu otak kita supaya lebih tenang dan lebih fokus... Sesuai sangat bagi yang belajar dan nak fokus kerja...

Bagi yang berminat nak dapatkan Cinch Tea ni, mudah aje.. Whatsapp aje saya di 012-5538628. Tak kisah yang duduk jauh, saya boleh pos kan kepada anda.. Yang berada di area Shah Alam, Subang, Klang, PJ area VSQ, Amcorp, Menara PKNS, even Mid Valley, boleh saya COD kan :D

Haaaa jadi jangan stress-stress tau... Kita ada tempat pergantungan yang SATU. Lagipun banyak cara kita boleh lakukan untuk mengurangkan stress kita :)

Keep calm and drink tea and don't forget to contact me - 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
ID Shaklee: 1112978 (boleh guna ID saya jika beli direct di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Monday, 19 September 2016

Sedih seorang mak... Tak dapat sediakan hidangan raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Apa khabar... Nampaknya masing-masing dah kembali ke rutin harian. Cuti panjang dah berakhir :( Pasti ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung... atau bercuti... Yang pulang ke kampung semestinya bertemu ibu dan ayah tercinta...



Apabila bercakap pasal ibu dan ayah... Saya terfikir... apa yang telah kita sebagai anak lakukan untuk ibu dan ayah.... Kalau diingat-ingat semula, terlampau banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan... Kalau kita bagi emas dan permata setinggi gunung pun, takkan dapat menyamai pengorbanan mereka...

Terasa hati sedih.... Teringat peristiwa pulang ke kampung masa Aidilfitri hari tu.... Dah lama tak pulang ke sana... Memang target pulang ni untuk spend masa dengan mak aje.. Ayah dah takde.... Ditakdirkan pula, apabila balik raya haritu, mak terkena alergik... Tak tahu alergik apa... Tapi bawah mata dan dahi mak membengkak dan gatal-gatal.

Kami dah bawa mak ke klinik, doktor bagi ubat alergik yang macam ubat selsema yang buatkan orang yang makan jadi drowsy. Jadi apabila mak makan ubat tu, mak jadi mengantuk. Kami biarkan aje mak berehat. Cukuplah penat lelah mak selama ini.

Di penghujung Ramadhan dan masa hari raya pertama, mak hanya tidur sebab drowsy dengan ubat yang diberi oleh doktor. Jadi kami tak kemana-mana pun untuk beraya. Saya sangat tak kisah duduk di rumah aje sebab target kami balik pun nak spend masa dengan mak :) The least that we can do is to be with her :)

Dalam masa sakit terkena alergik tu, anak sulung kami, mengadu nak pergi beraya... Budak tengah membesar... Baru nak faham cane raya tu... Tapi sebab jiran-jiran pun takde sebab mereka keluar beraya, maka kami pun tak kemana-mana... Merengek la cik abang tu... heeee..

Sebelum kami pulang tu, saya tinggalkan sebotol Omega Guard Shaklee yang dah separuh kepada mak... Untuk mak makan bagi membantu mengurangkan sakit lutut mak....

Pulang ke kota, dah seminggu selepas raya, Encik Suami call beritahu yang mak berasa sedih sebab masa kami balik tu... Dia tak dapat masak hidangan raya untuk kami dan bawa kami beraya.... Bertambah sedih apabila cucu mak (anak sulung saya merengek-rengek nak beraya). 

Macam saya cakap tadi lah... Saya tak kisah.. Kami balik nak tengok mak... Berada di samping mak... Cukuplah.. Yang lain-lain tu just secondary...

Tapi one good thing to share dengan pembaca-pembaca semua adalah sakit lutut mak terasa lega sikit selepas mengambil Omega Guard walaupun masa tu dah tinggal setengah botol. 

Heeee... Tapi orang tua... We need extra effort juga mula-mula tu... Tinggal saja dengan mak Omega Guard tu, memang mak tak makan. Mujur ada anak sedara (anak kakak) yang selalu pulang bercuti di rumah mak mengingatkan mak untuk makan Omega Guard tu... 

Anak sedara saya tu dah merasa kebaikan Vitamin C Shaklee... Dari kulit berjerawat dan bermasalah, kini dah licin kulit dia... Jadi, setiap kali pulang ke rumah mak, anak sedara saya akan kira berapa biji Omega Guard dalam botol... Mula-mula tak berubah. Tapi apabila disuruh, mak makan sampai habis...

Apabila dah habis, mak tanya kami, ada ke jual Omega Guard ni di farmasi di pekan... Kami cakap, nanti kami akan hantarkan pada mak... Jangan risau...

Rupanya mak beritahu kakak yang mak rasa selesa sikit nak solat selepas mengamalkan Omega Guard ni.... Memang rasa berbeza berbanding makan supplemen daripada jenama-jenama lain.... 

Sekarang ni setiap bulan kami akan hantarkan Omega Guard kepada mak... Semoga sakit lutut mak kembali pulih... Omega Guard ni membantu mengurangkan bengkak dan sakit. 


Alhamdulillah, syukur kami rasa... Kami mungkin tak dapat bersama dengan mak selalu... But the least we can do is to ensure she is in better health and mudah nak solat and move around untuk buat apa sahaja yang mak sukai.... Alhamdulillah... :)

Nak dapatkan Omega Guard ni, senang aje.. Hubungi saya di 012-5538628. Kalau nak terus ke Shaklee dan beli pun boleh. Guna aje ID Shaklee saya 1112978 dan anda boleh terus beli di kaunter :)

Kalau yang berada berdekatan Shah Alam, Subang, PJ, Mid Valley dan Klang.. InsyaAllah saya boleh COD kan terus kepada anda :)

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Thursday, 15 September 2016

Kalau memandu, biarlah terang mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Waaa esok cuti! sambung pula dengan hujung minggu. Weekend yang panjang. Malam ni mesti banyak kenderaan berpusu-pusu ke destinasi percutian atau balik kampung.

Saya yakin, lewat malam ini, semua lebuh raya di pelusuk negara akan terang benderang dengan cahaya kenderaan yang beratur :D Hati-hati membawa kenderaan. Nasihat saya, kalau orang tak beralah dengan kita, biarlah kita yang beralah dalam memandu... Tak rugi pun.. InsyaAllah, dengan beralah, kita elak banyak perkara-perkara yang tidak diingini atas jalan (Nauzubillah Hi Minzalik). 

Pastikan anda yang memandu, mendapat rehat yang secukupnya... Kalau rasa nak kena ade kopi, bawalah bekal. Tapi bagi saya, kalau nak terang mata sangat, Cinch Tea keluaran Shaklee yang terbaik... Eloklah buat persediaan awal. Sebelum keluar rumah, minum Cinch Tea tu siap-siap atau bawa bekal dalam kete. 



Sambil tu, upkan dos vitamin B Complex Shaklee supaya badan bertambah bertenaga, minda pun relaks je... Walaupun jalan jem, takde nak melenting-lenting #tazzabar dalam kete kannn...

Banyak pula celotehku... Yang penting, saya doakan semua selamat sampai ke destinasi dengan gembira dan bahagia dan membahagiakan orang-orang yang menunggu kita :)


Nak dapatkan Cinch Tea, Vitamin B Complex atau mana-mana vitamin Shaklee yang lain, boleh hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
ID Shaklee: 1112978 (boleh gunakan ID saya kalau membeli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Wednesday, 14 September 2016

Tips berbisnes online bagi ibu-ibu bekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni nak share pasal bekerja sambil berbisnes part time... Macam saya buat Shaklee ni... 

Dalam berbisnes Shaklee, saya masih lagi bekerja 9-6 setiap hari... 5 hari seminggu. Mungkin ramai mempersoalkan, mampu ke nak manage masa untuk kerja, bisnes dan keluarga?

Bekerja dan pada masa yang sama menjalankan bisnes online secara part-time memang mencabar... 5 hari seminggu bekerja hakiki... Lepas balik keje.. Masa untuk melihat anak-anak.. Mengulangkaji bersama mereka.. Menyediakan makan malam... Settlekan pinggan mangkuk... Sediakan bekal makanan baby... Bila pulak nak menjadi seorang peniaga online? 



Sebab tu adalah penting untuk menguruskan masa dengan baik. Bagaimana caranya?

- Bangun awal pagi... Kalau boleh bangun sebelum subuh dalam pukul 5 pagi. Lagi awal, lagi bagus.

- Apabila dah bangun awal tu.. First thing datinglah dengan Biz Partner yang Maha Memberi kesemuanya. Bagi yang non-Muslim boleh bertafakur sebentar. Menilai kehidupan ini dan merangka hari anda.

- Lepas tu hadap blog atau FB atau Fanpages dan upkan atau bufferkan iklan-iklan promosi untuk sehari.

- Then bersiap-siap diri dan anak-anak ke tempat kerja dan sekolah.

- Kat tempat kerja, apabila waktu break, cepat-cepat blast iklan ke grup-grup iklan.

- Kat umah, pada waktu malam, spend time ngan family. Apabila diorang da settle down.. Baru hadap balik segala platform online.. 

- Cuba untuk tidur sebelum pukul 12 malam sebab nak bangun awal keesokan harinya.

Konsep sebenarnya kena bangun awal dan tidur awal. Memang sunnah pun untuk tidur awal dan bangun awal. Cuba buat begitu, memang terasa masa tu sangat panjang. Kalau nak mudah lagi bangun awal, makan Ostematrix sebelum tidur, InsyaAllah lebih segar dan bertenaga untuk bangun pagi.

Satu lagi, solatlah di awal waktu. Especially waktu Zuhur.. Walaupun gap atau jarak masa nak sampai ke Asar tu dalam 3 jam, InsyaAllah akan terasa panjang sangat waktu tu.

Untuk mengelakkan rasa tertekan para ibu especially pada hujung-hujung minggu, listkan segala kerja yang kena diselesaikan macam nak basuh baju, sidai baju, kemas umah, memasak, keluar jalan-jalan.. Fuhhh banyak tau kerja nak kena settle..

Buat satu persatu.. Jangan serabutkan fikiran nk settlekan semua pada satu masa - pengsan!

InsyaAllah.. Basically kalau rasa nak keadaan menjadi lebih baik... Berpagi-pagian lah... Menjelang petang dah boleh tarik nafas lega :)

Akhir sekali, amalkanlah supplemen untuk memberi makan kepada sel-sel badan kita. Umur kita dah berapa tahun...?Penat dah sel-sel kita bekerja untuk kita sepanjang hidup kita kan.. Badan kita memerlukan nutrisi yang berkualiti untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Sebab itulah saya setia dengan Shaklee. Vitamin-vitamin dan produk Shaklee yang lain sangat-sangat berkualiti. Apabila konsisten mengamalkannya memang kesan positifnya dapat dilihat pada diri sendiri.

Jom join saya menambah pendapatan sampingan. Hubungi 012-5538628.

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh guna ID Shaklee saya kalau beli direct di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Tuesday, 13 September 2016

Makan vitamin tapi takde kesan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca-pembaca yang saya sayangi :)

Nak citer ni... Kisah saya sendiri... Dolu-dolukan... Saya ni memang bolehlah dikatakan sebagai pengamal vitamin.... Nak dapatkan vitamin pun mudah juga... 

Dulu... Kebanyakan masanya saya makan vitamin, tapi tak berapa jelas untuk apa saya ambil vitamin ni hari-hari... Sebab dah ada di rumah saya makan aje la kan.... Tapi vitamin-vitamin ni BUKAN vitamin Shaklee tau....

Walaupun makan vitamin, tapi macam takde kesan aje... Saya selalu rasa lemau... Pagi-pagi terasa letih.... Tak semangat... Tak bestlah!



Saya tanya BFF saya Ainul Malik, macam mana saya nak selesaikan masalah ni... Ainul Malik cadangkan makan Ostematrix.

Apa pulak Ostematrix ni? Ostematrix ni tablet kalsium. Ada vitamin D dan Magnesium juga untuk membantu menyerap kalsium dengan lebih berkesan. 

Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu, apabila saya mula makan Oste (nama manja Ostematrix), Alhamdulillah, rasa ok sikit apabila bangun pagi. Takdelah lemau sangat. Rasa badan pun lebih bertenaga.

Start daripada tu, saya memang peminat tegar Oste ni.... Yelaaa daripada tak rasa apa-apa, saya boleh rasa perbezaannya.. 

Bukan aje Oste yang saya makan... Saya diuji pula dengan sakit tumit. Saya tanya-tanya kawan-kawan Shaklee saya, depa cakap, tambah Omega Guard... Saya pun makanlah Omega Guard... Alhamdulillah, sekarang ni, hilang dah sakit tumit ni....

Sebab tu lah saya setia dengan Shaklee. Ni tak masuk cerita-cerita lain lagi.. Kang panjang sangat saya membebel petang-petang ni.... Sebab tu saya tak pandang dah jenama-jenama vitamin lain.... 

Lagi pun, vitamin-vitamin Shaklee ini diuji secara klinikal dulu sebelum dijual. Bukan nak harap testimoni aje. Shaklee nak pastikan vitamin-vitamin yang dikeluarkan selamat dan berkesan. Tak cukup dengan ujian klinikal, dipanggil pulak pihak ketiga untuk buat kajian ke atas kesan pengambilan vitamin Shaklee ni....

Haaaa... Terus saya tak pandang dah jenama lain...

Jadi, bagi yang mencari-cari vitamin untuk diamalkan dan nak dapat kesan BAIK dan POSITIF saya highly rekemen vitamin-vitamin jenama Shaklee. Cuba dulu, baru tahu... Kalau nak dapatkan vitamin Shaklee ni, Whatsapp saya je. Nombornya 012-5538628.

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh pakai ID Shaklee saya kalau beli direct di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Nak anak putih, masa mengandung minum soya banyak-banyak - JANGAN Bahaya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Betul ke kalau nak anak putih cerah, masa mengandung minum soya banyak-banyak? 


Banyak sangat saranan yang saya dengar terutama daripada mama saya sendiri, kalau nak baby putih gebu, banyakkan minum air soya masa mengandung. Sebab dah tengok anak orang lain, memang putih sangat masa baby.

Ok, cadangan tu memang bagus. Tapi, berhati-hati.... Jangan minum air soya sewenang-wenangnya, bahaya! Kenapa?

Pernah dengar tak pasal GMO atau Non-GMO? 

GMO - Genetically Modified Organism adalah macam SOYA, jagung, tomato, ubi... Dan banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran serta produk-produk makanan yang lain yang telah melalui proses modifikasi secara genetik... 

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui proses 'modified' ini telah 'diperkuatkan' dengan DIPAKSA bercampur secara genetik dengan bakteria, virus, dan macam-macam lagi. 

Kenapa banyak produk makanan ini melalui proses modifikasi? Atau perkataan mudahnya - diubahsuai secara genetik. Kononnya untuk mencukupkan permintaan makanan di dunia.. 

Jadi buah-buahan dan sayur-sayuran yang diubahsuai mestilah mempunyai daya tahan terhadap racun perosak, saiz fizikal yang lebih besar dan banyak lagi ciri-ciri 'kuat' yang dihasilkan padanya....

Berbalik kepada soya tadi... Sebenarnya banyak soya GMO digunakan ke atas produk-produk soya di pasaran. Jadi apabila kita makan soya atau minum soya GMO ini, takut-takut bayi yang dikandung mendapat kesan yang tidak baik.... Banyak dah kes yang minum soya yang terdapat di supermarket ni, bayinya mengalami alahan kulit... Kulit sensitif... dan macam-macam kes lagi...

GMO kita dah tahu... Apa pula Non-GMO? 'Non' tu ialah bukan. Maknanya produk tersebut adalah produk asli yang tidak diubahsuai walau sedikit pun... Baik kita amalkan soya yang asli... Baru betul...

Rasa susah nak cari soya asli?

ESP yang saya selalu promote tu ialah Energizing Soy Protein. Diperbuat daripada protein SOYA ASLI. Tak mainlah yang dah kena modified ni... Tak ASLI okeh... 

Jadi... Apabila mengamalkan ESP... Tak payah takut kesan kulit sensitif kepada baby... Kesan terhadap hormon wanita yang banyak digempar-gembur...(ni kalau tengah mengandung baby boy)... SOYA ASLI takde kesan sebegitu!

ESP ni siap ada 9 said amino yang tidak dihasilkan oleh badan tapi DIPERLUKAN oleh badan untuk mencukupkan rantaian protein yang sempurna.

Saya percaya akan kebaikan dan manfaat ESP sebab Shaklee memastikan hanya yang terbaik dihasilkan. ESP telah melalui proses piawaian yang ketat iaitu IPP (Identify Preserved Protein) untuk memastikan hanya protein soya yang ASLI digunakan.

Haaaa ni baru betul... Amalkan soya ni, kulit baby, InsyaAllah, lebih cerah, lebih bersih dan lebih gebu... Malah, ibu susu ibu pun lebih pekat dan penuh peti ais! Tak percaya, jom layan testimoni-testimoni di sini:


Jadi, jangan ragu-ragu dengan ESP. Nak amalkan soya masa mengandung, amalkan ESP. ESP selamat, ASLI dan berkesan. 

Kebetulan bulan ni promo ESP. Jadi, jom dapatkan daripada saya segera. Hubungi 012-5538628. Saya menantikan panggilan dan whatsapp daripada anda :)

Terima kasih.

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Lisa Surihani pun suruh makan vitamin. Tapi.....

Carilah vitamin yang terbaik...

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Saya terbaca kisah Lisa Surihani cadangkan makan vitamin untuk keperluan badan. Yang dicadangkan ialah vitamin B Complex dan multivitamin.




Betul kata Lisa... Apabila ambil multivitamin, sekurang-kurangnya dapat juga memenuhi keperluan vitamin dan mineral setiap hari. Vitamin B Complex pun banyak sangat manfaatnya.

Tapi... banyak sangat jenama vitamin... Nak pilih yang mana? 

Selalukan dengar ramai yang jual Shaklee ni cakap vitamin-vitamin Shaklee bagus sangat... Kalau cakap saja tapi takde bukti, buat apa kan.. Semua brand lain pun boleh cakap produk diorang bagus juga...



Oleh itu, Shaklee telah melaksanakan Landmark Study ke atas vitamin-vitaminnya. Apakah Landmark Study ni... Ok.. Bayangkan kalau kita nak pi Mekah.. Landmark yang paling terkenal adalah Kaabah.. Kalau nak ke Paris.. Mesti teringat Eiffel Tower kan...

Gitulah Landmark Study ni.. Merupakan suatu kajian yang menjadi penanda aras bagi sesuatu produk... Dalam kes ini, Shaklee telah menyerahkan 'nasib'nya kepada Dr. Gladys Block dan teamnya untuk melaksanakan kajian ke atas vitamin-vitamin Shaklee. 


Kajian ini telah pun diterbitkan. Baik buruknya vitamin Shaklee bergantung kepada keputusan kajian saintifik ini. Rujuk keputusannya berdasarkan gambarajah di bawah ye.

Macam mana kajian dilaksanakan? 1000 orang yang dipecahkan kepada tiga golongan dikaji dalam kajian ini iaitu:

1. Orang yang langsung tidak mengambil vitamin

2. Orang yang mengamalkan vitamin tapi BUKAN produk Shaklee

3. Orang yang MENGAMALKAN vitamin Shaklee

Haaa... Setelah kajian dibuat, CEO Shaklee Corp Roger Barnett tak puas hati lagi... Memang dia taknaklah ada langsung ulasan berat sebelah daripada team Dr. Gladys Block, maka diserahkan keputusan yang diperoleh untuk dikaji lagi oleh pihak ketiga pula (peer review) supaya cara kajian yang dijalankan mengikut methodology yang ditetapkan...

Haaa akhirnya keputusan telah dikeluarkan... Hasil kajian ini telah dipaparkan di dalam Nutritional Journal pada tahun 2007.

Kalau tengok graf-graf di bawah, palang berwarna:


1. Biru - pengguna yang tidak makan vitamin langsung


2. Merah - pengguna yang makan vitamin jenama lain

3. Hijau - pengguna yang makan vitamin Shaklee




Hasil kajian menunjukkan pengguna-pengguna vitamin Shaklee mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit-penyakit yang kronik.

Jika dibandingkan antara pengguna-pengguna yang makan vitamin jenama lain dan tidak mengambil vitamin langsung dalam kes masalah jantung, nampaknya pengguna yang makan vitamin jenama lain, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung... 

Haaa kenapa jadi begitu? Adakah jenama-jenama lain hanya mementingkan keuntungan? Tepuk Dada tanya hati.

Dengan ini.. Terbuktilah vitamin Shaklee lebih baik... Lebih selamat dan lebih berkesan... Jadi kenapa harus memilih yang lain jika Shaklee yang terbaik kan? :)

Saya dah tunjukkan kepada anda, Shaklee bukan senang-senang nak kata ia jenama terbaik. Tapi melalui kajian saintifik yang dijalankan, telah terbukti Shaklee yang terbaik!

Nak vitamin Shaklee, hubungi saya di 012-5538628. Bagi yang tinggal jauh, jangan risau, boleh saya pos kepada anda. Bagi yang tinggal di area PJ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Shah Alam di area kilang gula CSR, Batu 3 Shah Alam, Subang Jaya, Klang di area Bukit Tinggi dan Mid Valley sekalipun, saya boleh COD kan :)

Terima kasih :)

SID: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau anda membeli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Wednesday, 7 September 2016

Ikhtiar kulit sihat dan cantik seperti Uqasha Senrose

Setiap orang pasti menginginkan wajah yang bersih serta kulit yang halus mulus. Pinkish pinkish macam Uqasha Senrose... Cantikkan Uqasha Senrose... Kita doa Allah tetapkan hatinya untuk bertudung semula okeh... 




Namun.... tidak semua orang bernasib baik dalam hal ini.

Ada yang mula mengalami masalah kulit berjerawat apabila mula menginjak ke usia remaja. Ada juga yang mula mengalami masalah kulit apabila hamil. Terdapat pelbagai sebab yang mencetuskan masalah kulit.

Shaklee mempunyai set vitamin yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah kulit. Pengambilan vitamin-vitamin untuk set kulit secara konsisten akan membantu bukan sahaja mengurangkan masalah jerawat, malah akan membantu anda mendapat kulit yang lebih bersih, liang pori yang lebih halus serta kesihatan yang lebih baik.

Apakah vitamin-vitamin yang terdapat di dalam Set Kulit Cantik?

Set ini terdiri daripada:

1. Vitamin B Complex
Vitamin B Complex ini sangat penting kerana membantu memberikan ketenangan ke atas sistem saraf. Apa akan jadi jika sistem saraf berada dalam keadaan yang tegang? Kita akan berada dalam keadaan stress dan serabut. Keadaan ini sahaja akan mengganggu kesihatan kita. Seterusnya membuatkan wajah kelihatan muram, kusam, berkedut-kedut dan tidak berseri.

2. Vitamin C (Sustained Release Vita-C)
Vitamin C ini sangat penting untuk membentuk kolagen di dalam badan. Setiap hari badan kehilangan kolagen. Apabila kehilangan kolagen, maka kulit kehilangan keanjalannya. Di samping itu, vitamin C membantu mencerahkan kulit secara menyeluruh apabila diamalkan secara KONSISTEN. Vitamin C adalah vitamin yang tinggi antioksidan.

3. Vitamin E
Vitamin E juga merupakan suatu vitamin yang tinggi antioksidan. Badan kita ini mempunyai radikal-radikal bebas yang selalu merosakkan struktur sel badan. Oleh itu, vitamin E membantu penyembuhan sel. Selain itu, vitamin E membantu menyembuhkan luka serta mengurangkan parut-parut di kulit serta mengekalkan kelembapan kulit. Moist gitu..

Untuk mendapatkan kulit yang lebih lembap dan membantu mengekalkan keanjalan, boleh tambah:

1. Shaklee Collagen Powder
Penggunaan secara berterusan selama 8 minggu akan membantu mencerah serta menganjalkan kulit. Bukan sahaja wajah lebih berseri-seri, malah sakit-sakit sendi juga akan berkurangan kerana kolagen akan membantu memulihkan semula tisu-tisu di bahagian sendi yang telah kehilangan kolagen selari dengan usia yang meningkat.

2. Vivix
Kandungan Resveratrol di dalam Vivix membantu dalam:
- Memperbaiki sel-sel yang rosak
- Memperbaharui sel-sel
- Memberi tenaga kepada sel-sel yang telah 'uzur'
- Menghapuskan sel-sel yang tidak normal atau sel asing yang merosakkan sel-sel dalaman badan.

Oleh itu, orang yang mengamalkan Vivix akan lebih bertenaga, aktif, kelihatan awet muda serta berseri-seri :)

Namun terdapat sesetengah kes seperti:
- Keadaan hormon yang tidak stabil yang menyebabkan jerawat. Bagi wanita, kedatangan haid tidak teratur.

- Masalah membuang air besar dan kesannya menyebabkan badan terlalu banyak toksin yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan berjerawat.

Untuk menangani masalah-masalah ini, dicadangkan untuk mengambil dulu vitamin-vitamin yang membantu menstabilkan hormon dan membuang toksin-toksin di dalam badan.

Vitamin-vitamin yang dicadangkan ialah:

1. GLA Complex
GLA Complex membantu menstabilkan keadaan hormon di dalam badan. Bagi wanita, GLA Complex juga membantu menjadikan kedatangan haid lebih teratur. Jika diamalkan secara konsisten, kulit wajah akan lebih lembap. Jika tumit kaki merekah pun, elok ambil GLA Complex. GLA Complex juga mengandungi vitamin E ya.

2. Alfalfa Complex
Jika anda mengalami masalah darah kotor atau badan terlalu banyak toksin, amalkanlah Alfalfa Complex yang diperbuat daripada tumbuhan Alfalfa itu sendiri iaitu raja segala tumbuhan. Alfalfa Complex membantu membersihkan darah serta usus.

3. Herblax
Pengambilan Herblax bersama Alfalfa Complex adalah kombinasi terbaik untuk menyahkan toksin dan kotoran yang tersekat di dalam usus. Apabila badan semakin bersih, penyerapan vitamin akan lebih berkesan dan hasilnya akan kelihatan pada kesihatan dan kulit anda :)

Jom layan beberapa testimoni pengguna tegar vitamin-vitamin Shaklee ini:

Selama 19 tahun setia mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee. Tengok sendiri hasilnya. Alhamdulillah umur 54 tahun, tapi kelihatan sangat jelita bagaikan usia 20-an, serta kesihatan yang sangat tiptop.



Ni gambar penulis sendiri :D Tahun 2013 tu, saya tak konsisten sangat dengan vitamin-vitamin Shaklee. Tapi sejak mula merancang untuk hamil dan mengandungkan anak kedua.... Memang terus jadi konsisten.... Yang paling saya suka ialah Sustained Release Vita-C untuk kulit yang sihat.




Ini Puan Raha... Saya pernah berjumpa dengan beliau pada tahun 2014 dan juga baru-baru ini. Memang kulit beliau lebih cerah. Lihatlah sendiri #Shakleeeffects apabila konsisten mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.



Ini memang WOW! Tahu tak, kalau orang dewasa kena demam campak, ruam-ruam campak yang keluar tu lebih dahsyat daripada kanak-kanak yang kena demam campak... Alhamdulillah, konsisten vitamin-vitamin set kulit Shaklee ni... Rasai sendiri kesannya :)

Bestkan... Ramai yang telah merasai #Shakleeeffects. Jangan biarkan kulit bermasalah mengganggu keyakinan diri anda. Semua orang boleh untuk mendapat kulit yang cantik dan kesihatan yang lebih baik. Yang penting, cari vitamin yang selamat dan berkesan macam Shaklee :)

Untuk mendapatkan maklumat, nasihat, cara-cara pemakanan dan pembelian vitamin-vitamin ini, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya jika anda membeli direct daripada Shaklee )
Tel: 012-5538628