Kenapa badan bayi kelihatan lebam-lebam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Bestnya hujung minggu ni dapat menikmati cuti 3 hari... Ramai juga yang berada di atas jalan sebab ambil peluang berjalan-jalan kan... Saya hari ni ada kelas Shaklee.. :)

Sebenarnya saya nak share pasal Mongolian Spot. Haaa apa ke bendanya ni? Menjawab pertanyaan anda, sila tengok gambar di bawah :D



Nampakkan macam lebam-lebam tu... Dulu-dulu saya selalu tertanya-tanya nape lebam-lebam kat baby gitu... Sebab selalu lebam-lebam tersebut terjadi di kawasan punggung... Saya terfikir adakah disebabkan pemakaian pampers yang ketat yang menyebabkan begitu...

Rupanya bukan sebab pampers ketat. Rupanya memang ada istilah untuk lebam di kulit baby ini iaitu Mongolian Spot. Katanya, term Mongolian Spot ini  berdasarkan fakta yang mengatakan bangsa Asia, Hispanics, African American dan Native American mewarisi spot ini daripada Empayer Mongolia.

Tanda ini selalunya terjadi selepas bayi dilahirkan dan mula menghilang seiring dengan peningkatan umur bayi. Namun bagi sesetengah kes, kesan ini akan terus kekal.

Tanda ini adalah disebabkan oleh sel yang mengandungi pigmen gelap tertumpu kepada sesuatu kawasan seperti di kawasan punggung ataupun di belakang bahagian paha. Jangan bimbang, tanda ini langsung tidak berbahaya.

Namun, jika tanda ini terdapat di kawasan yang terdedah seperti di kawasan muka, kemungkinan akan mengundang perasaan malu pada anak tersebut. Selain itu, tanpa ilmu, masyarakat mungkin menganggap terjadinya perlakuan seperti penderaan ke atas kanak-kanak tersebut memandangkan Mongolian Spot kelihatan seperti lebam...

Sekarang kita dah tahukan... Jadi tak perlu bimbang jika melihat bayi anda ada mengalami tanda-tanda lebam yang besar di bahagian punggung, belakang dan pahanya :)

Terjawab dah persoalan saya sebelum ni, harap anda pun sama :)

Nak dapatkan supplemen untuk anak-anak bijak cerdas sihat? Boleh hubungi saya di 012-5538628 :)

Terima kasih.

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar