Tips untuk ibu-ibu lebih bersabar dalam melayan dan mendidik anak-anak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya dah tulis berkenaan tips nak menangani anak kecil berperangai comel 'molek'. Hari ni saya nak share tips untuk ibu-ibu lebih bersabar dalam melayan dan mendidik anak-anak kecil yang berperangai comel 'molek' ni :)



Bukan senang nak menjadi seorang ibu kan.... Cabarannya terlalu besar.... Kesabarannya terlalu tinggi.... Saya sendiri seorang ibu, sangat faham situasi yang dialami oleh ibu-ibu semua. Malah sangat menghormati ibu-ibu yang berjaya mendidik anak-anak seorang diri dengan penuh kesabaran. I really salute you...

Entry ni, saya tulis untuk semua ibu... Tak kira ibu yang berkerjaya atau ibu yang menjadi suri hati suami dan anak-anak :D sebab kedua-dua golongan ini tetap seorang IBU. 

Tips untuk ibu-ibu lebih bersabar dalam melayan dan mendidik anak-anak terutamanya anak-anak kecil:

1. Komitmen
Anak merupakan anugerah yang terbaik yang dikurniakan oleh Sang Pencipta. Anak bukan milik kita tapi adalah amanah yang harus kita jaga dan didik dengan penuh kasih sayang. Kalau takde anak, kita minta supaya dianugerahkan anak. 

Oleh itu, apabila sudah dikurniakan anak, jaga dan didiklah dengan sepenuh hati. Kadangkala kita sendiri terasa sangat penat. Sebelum terasa penat yang teramat sangat, makanlah dulu supaya perut tak kosong atau makan biskut atau roti sementara menunggu suami untuk membantu. Perut yang lapar akan mengurangkan tahap kesabaran seseorang itu. 

Kalau rasa nak marah, banyak-banyakkan beristighfar. Sebelum mulut laju melontarkan kemarahan, kira dulu 1 2 3. Fikir balik segala jerit perih yang kita lalui sepanjang 9 bulan 10 hari dalam menantikan kehadiran si comel dalam kehidupan kita.

2. Konsisten 
Cuba bagi masa duduk dengan anak-anak dalam 15-30 minit setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran atau pun bermain dengan mereka (quality time). InsyaAllah, anak-anak akan ingat detik-detik masa bersama ibu ini sampailah mereka besar nanti. 

Tak percaya? Cuba anda fikir semula saat-saat anda kecik-kecik dulu bersama dengan ibu anda. Saya masih ingat, mama duduk dengan saya semasa saya buat kerja rumah malam-malam. Lepas tu, dekat pukul 10 malam, baru nak dinner. Apa nak buat, sampai rumah pun dah masuk Maghrib. Lepas Isyak baru buat kerja sekolah. Kemudian baru makan :) 

Begitulah juga anak-anak kita nanti. Mereka akan ingat masa yang kita luangkan dengan mereka. Biarlah hanya sekejapan, tapi konsisten setiap hari. 

3. Kreatif
Haaaa ini skill yang ibu-ibu akan develop apabila menjadi seorang ibu. Dulu-dulu mungkin kita tak tahu pun macam mana nak uruskan antara rumah tangga dan anak-anak. Apabila dah ada anak, baru kita akan fikir out of the box.

Bagi ibu yang berkerjaya, kemungkinan hujung minggu digunakan untuk membuat kerja-kerja rumah. Bagi ibu-ibu yang menjadi suri hari suami dan anak-anak, mungkin semasa anak-anak bersekolah atau tidur adalah masa untuk memasak dan menguruskan rumah tangga.

Yang penting, jangan stress-stress kan diri. Kalau rasa tak sempat nak cover semua... Cover satu-satu. Kalau anak-anak menginginkan perhatian, beri mereka perhatian sepenuhnya. Kerja-kerja membasuh, mengemas semuanya put on hold first.

4. Ketakwaan
Kadangkala kita terasa sesak dada dah nak hadap kehidupan ini. Anak-anak pelbagai ragam. Nak dimarah, mereka masih kecil. Apalah yang mereka tahu. Yang mereka nak, hanyalah perhatian dan kasih sayang kita. Ada ibu-ibu yang berair mata setiap hari. Penat sangat badan dan fikiran nak memenuhi keperluan anak-anak dan rumah tangga.

Pada masa ini, puan-puan yang saya kasihi semua. Kembalilah kita kepada Yang Satu. Sesungguhnya tidak akan bergerak suatu apa pun, jika tidak diizinkanNya. Kita rasa macam takde masa nak solat sunat hajat nak memohon kepadaNya. Jadi jadikan solat 5 waktu yang dilaksanakan setiap hari sebagai ME TIME untuk kita. 

Pada masa ini fokus penyerahan diri kita kepada Allah. It's the only time that we have walaupun mungkin pada masa itu anak-anak tengah bermaharajalela tapi kita takkan berhenti untuk tengokkan mereka. Pada waktu solat ini, setiap bacaan, bacalah dengan sepenuh hati tanda kita berserah diri kepada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang memegang hati-hati manusia seluruhnya.

Jangan lupa titipkan doa yang baik-baik untuk anak-anak kecil ini, agar apabila mereka dewasa kelak, mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Mereka tahu untuk menghormati dan menyantuni orang-orang tua. Anak-anak kecil inilah yang bakal menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Amalkan surah At-Taubah ayat 129 untuk melembutkan hati anak-anak.



"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar."


Jadi, sebagai seorang ibu, bersabarlah. Menjadi wanita, kita memang dianugerahkan dengan butir-butir mutiara air mata untuk melepaskan segala keluhan berat dalam hidup ini. Banyakkan bermuhasabah diri. Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan memberi kesan kepada anak-anak, terutamanya rezeki yang diperoleh untuk memelihara dan membesarkan anak-anak.


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Bagi ibu-ibu yang hendak mendapatkan supplemen atau vitamin tambahan untuk membantu mengurangkan rasa letih dan stress, malah nak kelihatan bertenaga dan awet muda, bolehlah amalkan vitamin-vitamin berikut:

1. Vitamin B Complex 
Vitamin ini memang terkenal untuk mempertingkatkan tenaga dan pada masa yang sama juga membantu menenangkan urat saraf kita. Kalau diri terasa sangat letih dan stress, cepat-cepat makan vitamin B Complex. Memang itu fungsi vitamin B Complex :)

2. Cinch Energy Tea Mix
Minuman teh ini berfungsi untuk BOOST tenaga kita... Daripada rasa lemah longlai, apabila minum teh Cinch ini, InsyaAllah badan akan rasa lebih segar, mengantuk pun hilang, semangat pun lebih berkobar-kobar. Metabolisme badan pun akan meningkat apabila mengamalkan teh ini secara konsisten. Slim ibu-ibu nanti :)

3. Ostematrix
Menjadi wanita, kita tidak akan dapat lari daripada kehilangan kalsium apabila umur meningkat kepada 30-an. Kita period tiap-tiap bulan pun menyebabkan badan kehilangan kalsium. Inikan pula ibu yang dah beberapa kali mengandung, bersalin dan menyusukan anak. Memang sangat-sangat memerlukan kalsium.

Kandungan Ostematrix ini bukan sahaja mengandungi kalsium, malah vitamin D dan Magnesium yang membantu penyerapan kalsium yang optima serta merelekskan otot-otot badan yang tegang serta membantu ibu-ibu bangun pagi dengan lebih bertenaga dan segar. Haaa yang mengalami masalah sembelit tu, insyaAllah lepas amalkan Ostematrix, pasti keesokan harinya mudah hendak ke tandas.

4. ESP
Badan kita sangat-sangat memerlukan protein untuk pertumbuhan sel yang sihat. Sel yang sihat akan menghasilkan tubuh badan yang sihat. 

ESP banyak membantu dalam pertumbuhan kulit yang lebih baik, mengurangkan cela di wajah, rambut dan kuku yang lebih sihat serta membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lebih lama kerana ESP adalah makanan rendah indeks glisemik, di mana tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan.

5. Vivix
Vivix merupakan supplemen yang terbaik untuk wanita. Kepenatan dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga menyebabkan ramai wanita kelihatan tua daripada usia. Fungsi Vivix membantu memperbaiki sel-sel dalaman wanita. Sel-sel yang lemah akan menjadi lebih bertenaga. Sel-sel yang rosak akan diperbaiki. Ibu-ibu akan kelihatan lebih bertenaga dan awet muda :)

6. Vita-Lea
Vitalea merupakan multivitamin yang mengandungi iron yang sangat bagus untuk wanita. Ramai wanita yang low HB kan. Vitalea membantu menstabilkan bacaan HB dan dengan ini, mengurangkan rasa nak pitam dan pening yang dialami kerana kekurangan tenaga dan keletihan.



Berikut saya share testimoni wanita yang kelihatan lebih bertenaga, bersemangat, cantik dan awet muda dengan konsisten amalkan vitamin-vitamin daripada Shaklee :)


Jadi apa tunggu lagi. Menjadi ibu memang kena kuat. Nak dilayan sangat rasa letih dan tidak bertenaga hanya akan menambahkan lagi stress dalam hidup. Alang-alang memang kita sebagai wanita kena kuat, jom kita ikhtiar lawan kepenatan dengan mengamalkan supplemen-supplemen ini.

Nak order, mudah aje. Tekan butang order di bawah. Vitamin-vitamin ini akan dihantar direct kepada anda.


Atau, jika anda nak tanya apa-apa pasal vitamin ni atau pun lebih selesa membeli dengan menghubungi saya, nombor yang kena anda ingat ialah 012-5538628. Saya boleh membuat penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia dan COD di kawasan-kawasan berikut:
- Shah Alam
- Subang Jaya
- Petaling Jaya area Amcorp Mall, VSQ Tower, Menara PKNS
- Mid Valley
- Klang area Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas

Jadi, apa tunggu lagi. Hubungi saya segera :)

Terima kasih. 

Diana
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau anda membeli di branch Shaklee direct)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Semoga kita dapat menjdai ibu terbaik buat anak-anak.

Balas