Gaya Hidup Sihat + Vitamins?

Memang dah ramai orang yang mengambil langkah untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Macam lebih menjaga makan, ada yang kira jumlah kalori, rajin bersenam, minum air banyak dan memilih untuk makan makanan organik macam sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Bagus sangat tau.

Tapi lebih bagus kalau ditambah juga supplement untuk top up nutrisi harian yang diperlukan oleh badan. Cliche sangat kannnn ayat ni... :) Heeee jangan marah. Bukan sebab kak yone jual vitamin kak yone suruh makan. Tapi bukan ke betul?

Cuba fikir ekk, zaman sekarang ni, banyak sangat kot penggunaan racun serangga, bahan kimia. Dulu-dulu kak yone kalau pilih sayur, kak yone pilih yang cantik-cantik takde kena makan ulat. Tapi kak yone silap sebab mesti banyak racun seranggan kat daun tu sampai ulat pun tak sanggup nak makan sayur tu. Kalau nak beli sayur, beli yang dah ada kesan ulat makan :D Kurang sikit racun yang masuk dalam badan kita tau.

Kalau nak lebih baik, belilah sayur dan buah-buahan yang organik. Yang ditanam bebas daripada penggunaan sebarang racun serangga. A bit pricey but our health is even more expensive right?

Satu lagi kak yone suruh amalkan vitamin sebab nutrien yang kita dapat setiap hari daripada makanan tu, tak cukup dengan keperluan badan kita. Ni tak campur lagi dengan makanan yang kita makan tapi zero khasiat sebab khasiat dah gone dengan cara kita masak. Tahu-tahu aje la kalau panas sangat, habislah rosak nutrisi dalam sayur, ikan, ayam tuuuuu. Terutamanya sayur la kan. Tengok kalau masak lama-lama mesti kecut habis sayur tu. Agak-agaknya banyak lagi ke khasiat nya?

Lagi satu, banyak sangat ke sayur kita makan setiap hari? Tu yang kadang-kadang, walaupun dah eat clean bagai, tapi nampak macam lebih teruk pula kesihatan. Badan jadi lemau dan tak larat.


Sebab tu kita perlukan vitamin-vitamin ni sebagai makanan tambahan. Nak bagi cukup vitamin yang kita dapat setiap hari. Sel-sel dalam badan kita perlukan nutrisi untuk sihat dan tenaga. Sel pun nak tenaga tau :) Dengan cukupnya nutrisi dalam badan, sel-sel akan lebih bertenaga dan dapat melindungi badan kita daripada bahan-bahan kotor daripada pelbagai pencemaran yang masuk ke dalam badan kita. 


Jadi, amalkanlah gaya hidup sihat dan jangan lupa amalkan vitamin. Sekarang dah tak sama macam dulu-dulu. Kak yone jual vitamin Shaklee sebab vitamin Shaklee ni bebas daripada bahan-bahan sintetik dan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, organik dan Non-GMO. Sebab tu kak yone rasa lebih selamat dengan vitamin Shaklee ni. Alang-alang dah melabur, baik melabur kepada jenama yang dipercayai kannnnnn ? :)

Kak yone jual Shaklee
Hearty . Love . Healthy

#TsunamiShaklee
#9Gemilang
Previous
Next Post »
0 Komentar