9 kesan baik bersenam

Hari ni kak yone nak berkongsi 9 kesan baik bersenam πŸ˜‰
1. Senaman meningkatkan kesihatan otak
- Selain daripada mendapat badan yang sihat, bersenam membantu merembeskan hormon serotonin iaitu hormon gembira yang secara tidak langsung akan menjuruskan anda kepada menjana hari yang lebih aktif dan produktif.

2. Bersenam membantu mengurangkan stress
- Point ini sangat penting. Kalau kak yone, selain nak mengecikkan pinggang πŸ˜† Kak yone tahu, senaman membantu mengurangkan tekanan atau stress. Yelaa, apabila hormon serotonin dihasilkan, tak ke kita rasa happy 😊

3. Senaman akan meningkatkan tenaga
- Hormon endorfin yang dirembeskan semasa bersenam akan membantu meningkatkan tenaga. Kesannya kalau orang yang biasa bersenam ni, dia akan kurang semput dan memang cergas.

4. Bersenam mengurangkan risiko penyakit
- Risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, arthritis, osteoperosis dapat dikurangkan. Malah orang yang suka bersenam ni awet muda tau.

5. Bersenam membantu mengeratkan silaturahim
- Haaaa selalunya kita jarang bersenam sorang-sorang kan? Jadi kalau pergi berzumba atau aerobik, mesti ramai kengkawan kan. Kita pun lebih happy, badan pun sihat.

6. Bersenam menguatkan jantung
- Kalau jantung berhenti berdegup, apa jadi pada kita? Mati lah kan? Haaa orang-orang yang bersenam ni, jantungnya akan lebih kuat. Selain itu, dapat mengelakkan pembentukan plak yang selalu menjadi punca jantung tersumbat. Sistem kardiovaskular juga akan berfungsi dengan lebih efektif.

7. Bersenam membolehkan kita enjoy makanan 'tidak sihat'
- Ramai orang mengukur kalori apabila makan sebab nak jaga badan. Tapi bagi orang yang konsisten bersenam, dalam kadar yang berpada-pada, bolehlah nak makan biskut chipsmore sikit atau pun indulge pada sekeping stik yang sedap.

8. Bersenam membantu membentuk badan yang cantik
- InsyaAllah, selepas beberapa minggu bersenam, pasti anda akan perasan, jeans lama dah muat balik. Baju pun dah tak ketat. Selain itu, perlahan-lahan anda akan tengok paha dan lengan kurang mengeleber sebab badan sedang membentuk otot yang membantu badan kelihatan lebih 'smart'. No more spare tyre.

9. Senaman menjurus kepada kehidupan yang lebih baik
- Kita bersenam bukan untuk menurunkan berat badan, sahaja, malah untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh. InsyaAllah dengan bersenam secara konsisten, kualiti kehidupan juga akan lebih baik.



Bagi yang merasakan senaman kena dibuat apabila ke gym aja, anda boleh baca post ini tentang senaman di rumah yang membantu mengurangkan berat badan. Kalau nekad, pasti dalam apa jua keadaan pun kita boleh buat 😊


Selain itu, jika anda rasa serik melakukan aktiviti kerana rasa sakit-sakit badan selepas aktiviti tersebut, anda bolehlah mengamalkan Ostematrix iaitu tablet kalsium yang membantu mencukupkan kalsium dan pada masa yang sama membantu membuatkan anda rasa lebih selesa semasa dan selepas bersenam.

Semoga kita semua menjadikan amalan bersenam ini sebagai suatu aktiviti rutin, untuk kehidupan yang lebih sihat dan gembira 😊

Ikhlas,
Kak yone jual vitamin Shaklee yang best.
012-5538628
Jom like kedai online kak yone - Hearty . Love . Healthy
Postage vitamin ke seluruh Malaysia atau boleh COD ke:
- Shah Alam
- Klang
- Subang
- USJ
- Mid Valley
- Petaling Jaya (Amcorp Mall, Menara VSQ, Menara PKNS dan sekitarnya)


Tips mengurangkan kahak dan selsema yang teruk bagi orang dewasa

Hari ni kak yone rasa pelik skit. Rupanya kak yone dah dapat bernafas dengan selesa πŸ˜† Sebelum ni kak yone diuji dengan selsema yang teruk dan kahak yang banyak. Tapi hari ni macam dah sangat ok! So kak yone nak share tips mengurangkan kahak dan selsema yang teruk bagi orang dewasa 😊



Selalu kita terbaca tentang mengurangkan kahak bagi kanak-kanak aje kan. Tapi orang dewasa pun apabila terkena, kesannya teruk juga dan sangat tak selesa. Nak tidur malam pun susah sebab hidung tersumbat dan hingus asyik mengalir 😰 Jadi kalau baby atau anak-anak kecil terkena, memang kasihan pada mereka kan.

Tips nak cepatkan baik selsema dan mengurangkan kahak bagi orang dewasa:

1. Selalu hembuskan hingus dan buang kahak. Apabila dah selsema, rajin-rajinlah buang hingus sebab kesannya nanti boleh jadi sakit tekak juga.

2. Apabila rajin membuang hingus, insyaAllah sakit tekak akan dapat dielakkan. Tahu aje lah kan, tekak dan hidung berkait. Kak yone pun terkejut sebab masa awal-awal terkena hari tu, kak yone dah rasa tekak sakit dan perit nak menelan. Tapi malam tu, kak yone hembuskan hingus habis-habisan. Ehhh esok dah hilang sakit tekak kak yone πŸ˜‰

3. Minum air suam banyak-banyak. Air ni memang penting untuk badan kita. Jadi minum banyak air suam semasa batuk dan selsema untuk membantu melancarkan pernafasan serta memudahkan hingus dan kahak dibuang.

4. Kalau ada lemon dan madu, tambahkan ke dalam air suam. Sangat membantu melegakan ketidakselesaan semasa batuk dan selsema.

5. Makan bawang putih raw. Kalau tak raw pun, yang dah digoreng. InsyaAllah selsema akan kering juga 😊

6. Kak yone makan vitamin C, Garlic Complex dan Omega Guard. Senang sebab tak payah nak telan buah oren banyak-banyak untuk vitamin C yang meningkatkan pertahanan badan. Selain itu, kalau tak lalu makan bawang putih raw, telan aje tablet Garlic Complex, memang antibiotik semulajadi. Omega Guard pula bantu memanaskan badan dan mengeringkan kahak juga. Taraaaa tu yang pagi ni rasa sangat selesa 😊 Hidung kak yone clear sangat. Hidung dah tak tersumbat.

Bukanlah kak yone tak nak makan ubat yang dibekalkan. Tapi mengantuknya... Tu yang kalau dah teruk sangat, malam-malam sebelum tidur, kak yone telan juga 😊 Cuma kak yone bagi alternatif lain untuk bantu mengurangkan masalah selsema dan kahak supaya tak berlarutan.

Tapi yang pasti, kena sangat rajin buangkan hingus tu ye. Kalau nak harap kering sendiri memang susah. Siapa yang berikhtiar, insyaAllah dia sihat 😊

Kalau nak beli vitamin-vitamin tu, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Ikhlas,
Kak yone mentor Shaklee and jual vitamin
012-5538628
COD: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, USJ, Subang Jaya, Mid Valley
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Tips bercuti bersama warga emas - Persediaan yang patut dilakukan

Hari ni kak yone nak share betapa pentingnya perancangan percutian yang membabitkan warga emas. Persediaan apa yang patut dilakukan?



Kak yone ada pengalaman bawa parents dan mother-in-law kak yone pergi Bali sebelum ni. Sebelum tu kak yone dah tengok sendiri macam mana keadaannya parents kak yone, terutama abah yang pernah jalani bypass jantung, balik daripada mengerjakan umrah dalam keadaan demam dan sakit-sakit. Terus terkena pneumonia. Memang sampai aje, kak yone terus bawa pergi hospital.

Mak mertua kak yone yang balik daripada umrah pun teruk juga terkena demam-demam. Jadi memang penting sangat apabila kita nak bawa orang-orang tua untuk travel, perancangan yang sangat rapi diperlukan.

Masa kak yone plan gi Bali, apa yang mampu kak yone lakukan ialah:

πŸ’š Rancang percutian yang berpadanan dengan kehadiran warga emas. Maknanya kak yone takdelah plan tour sampai orang-orang tua kak yone jadi tak larat, terutamanya nak kena jalan jauh-jauh tu, kak yone elakkan. Kita tahu kemampuan mereka dan rancang mengikut kudrat mereka.

πŸ’š Pastikan beg-beg mereka di-check-in semasa di airport untuk mengelakkan mereka terpaksa membawa bersama beg berat semasa menaiki kapal terbang.

πŸ’š Pastikan percutian ini percutian yang proper, maksudnya bukan backpack style. Sebab yang sama, kita taknak orang-orang tua kita terpaksa mengangkut beg yang berat apabila kita singgah dan berjalan-jalan di satu-satu tempat. 

πŸ’š Book transportation in advance. Macam di Bali, kak yone dah book transport untuk bawa kami berjalan-jalan semasa di Malaysia lagi. Kita taknak orang-orang tua kita terpaksa menunggu lama in case kita merancang nak naik teksi. Kesian pula mereka tertunggu-tunggu.

πŸ’š Sebelum tarikh untuk depart tiba, apa yang boleh kita ikhtiarkan ialah up kan immune system ibu bapa kita dengan makanan tambahan seperti supplemen. Shaklee ada Nutriferon, vitamin C, Omega Guard, Garlic yang sangat bagus sebagai vitamin tambahan yang menguatkan sistem pertahanan badan.

πŸ’šJangan lupa bawa ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang percutian tersebut.

πŸ’š Pastikan pakaian yang dibawa juga sesuai dengan cuaca tempat yang ingin dilawati. Masa parents kak yone gi umrah, silapnya abah kak yone takde baju yang cukup untuk memanaskan badan. Itu salah satu sebab kesihatan abah sangat terganggu sebab abah tak tahan sejuk.

πŸ’š Yang penting sekali, doa banyak-banyak agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita dan orang-orang tua kita supaya sentiasa sihat dan kuat 😊 dan dipermudahkan perjalanan kita.


Inilah yang kak yone kongsikan. Harap bermanfaat 😊

Jom like kedai online kak yone - Hearty . Love . Healthy

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi, 
012-5538628 😊

Macam mana menghilangkan sakit gigi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang disayangi. Hari ni nak share pengalaman live kak yone kena sakit gigi 😁 Apabila terkena sakit gigi, memang terasa sakit sangat dan sangat tak selesa. Jadi macam mana kak yone menghilangkan sakit gigi kak yone?



Haaaa.. Walaupun hanya gigi, tapi kalau sakit gigi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius. Ada kes-kes sampai menjangkiti otak dan meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sebabnya, gigi kita ada berkait dengan urat saraf. Maka apabila berlaku jangkitan, urat saraf di bawah gigi boleh menjangkiti bahagian-bahagian lain. So masalah sakit gigi memang serius tau.

Kisah kak yone sakit gigi nya begini, masa hujung minggu tu, kak yone banyak makan daging. Faham-faham ajela lenguh juga rahang mengunyah daging, sampai terkesanlah kat gigi kak yone yang memang dari dulu lagi kalau kak yone makan keras-keras, memang akan sakit.

Habis tu, hari Isnin tengahari, makan pula daging kambing πŸ˜“ (asyik-asyik makan daging aje, bukan main kak yone kannnn, tapi kak yone dah prepare Lecithin, Alfalfa dan Herblax untuk menghalang perlekatan dan pembentukan lemak) πŸ˜‰

Nak dijadikan cerita, malam semalam, suami kak yone beli sup daging. Adoiiiii tak habis-habis daging! Sabar ekk pembaca sekalian. So faham tak betapa gigi kak yone sangat menderita. Tapi kak yone dah tak dapat nak kunyah. Kak yone makan semulut tiga, kak yone berhenti.

Cukup-cukuplah Diana oooiiii.... Tapi kak yone bendung kolesterol dengan Omega Guard, takdelah risau sangat πŸ˜… Ok, cut the chase, disebabkan sakit gigi, kak yone pun carilah penawar sakit gigi.

Tak susah pun, sebab kak yone memang 'kaya' dengan vitamin 😊 Jadi untuk mengurangkan sakit gigi kak yone supaya boleh tidur dengan lena, kak yone amik:

- 4 biji Ostematrix
- Sebiji Vitamin C

Alhamdulillah bangun pagi ni dah hilang sakit gigi kak yone. Yeaaaaaaayyyyy!

Tapi bagi sakit gigi yang lebih serius, haruslah pergi berjumpa doktor gigi untuk check jika ada masalah yang mungkin akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Sebab gigi kan berkait dengan urat saraf.

Then, bolehlah dapatkan:
πŸ’œ Vitamin B Complex daripada untuk mengurangkan masalah sakit gigi (sebab vitamin B Complex meredakan sakit yang berkaitan urat saraf, di mana ia menenangkan urat saraf kita serta melancarkan peredaran darah).

πŸ’œ Ostematrix iaitu tablet kalsium untuk membantu menguatkan gigi serta mengurangkan tekanan otot di sekitar rahang dan muka (kalsium dan magnesium sangat membantu merelekskan otot kita).

πŸ’œ Vitamin C membantu merawat dan menyembuhkan luka-luka di gigi yang mengalami masalah.

πŸ’œ Omega Guard membantu mengurangkan radang dan kesakitan pada gusi yang membengkak.

InsyaAllah, yang penting ingatlah, vitamin-vitamin ini bukanlah ubat. Kita hanya sedang berikhtiar untuk meredakan masalah sakit gigi dengan membantu dalam pemulihan sel-sel yang terkesan dengan masalah gigi tersebut.

Apabila sel sihat, insyaAllah sakit akan berkurangan dan gigi anda akan dapat diselamatkan daripada terpaksa dicabut πŸ˜‚


Nak dapatkan vitamin-vitamin ini, bolehlah hubungi kak yone di 012-5538628. Kalau yang berdekatan dengan kak yone iaitu di sekitar:

πŸ’— Shah Alam, Klang (Bukit Tinggi, AEON, Hotel Premier, Taman Andalas), Petaling Jaya (Amcorp, Menara PKNS, VSQ, SS14), USJ, Subang Jaya, Mid Valley

Bolehlah kak yone CODkan aja. Yang jauh-jauh jangan risau, pos laju ada πŸ˜„

Atau kalau nak order sendiri pun boleh. Klik aje butang order di bawah, dan anda akan dibawa terus ke platform membeli-belah Shaklee. Penghantaran juga akan dihantar terus kepada anda. But you can Whatsapp me for consultation for free πŸ˜‰

Stress Test - Kena stress baru gi test?

Hari ni genaplah seminggu kak yone gi buat stress test treadmill di KPJ hari tu 😊 Kak yone gi buat stress test tu bukanlah sebab kak yone stress, tapi sebab stress test ni sebahagian daripada pakej medical checkup yang ditawarkan.

Gambar daripada website KPJ Selangor

Keadaan stress test yang dijalankan tu, macam gambar kat atas ni. Cuma kak yone dah dipesan awal-awal supaya pakai baju sukan dan kasut sukan. Jadi tak payahlah pakai baju yang disediakan pihak hospital 😊

Apa tujuan stress test ni? Tujuannya untuk melihat keadaan kesihatan jantung kita. Takut-takutlah kalau ada yang tersumbat kat mana-mana πŸ˜‰ 

Bila kak yone gi tu, kak yone memang tak tahu langsung stress test tu macam mana. Cuma boleh agak bila dah disuruh pakai baju sukan, pastilah kena jalan atas treadmill.

Memang alat yang nak check tekanan darah dah siap dipasang di lengan kita. Rasanya dalam 2 minit sekali, nurse akan check tekanan darah. 

Jalan atas treadmill tu akan mengambil masa di antara 6-9 minit, mengikut keadaan degupan jantung atau heart rate yang mencapai peratusan yang ditetapkan. Kat badan kita memang dah ada wayar-wayar yang dilekatkan. So boleh detect degupan jantung kita.

Mula-mula tu jalan memang steady. Lepas beberapa minit, kelajuan dinaikkan ke level 2. Jalan laju sikit. Kak yone memang maintain aje πŸ˜† sebab mental kak yone dah ready.

Heart rate kak yone slowly naik ke 130-140. Lepas beberapa minit, kelajuan meningkat ke level 3. Dah semakin laju tapi masih lagi kak yone berjalan. Laju tak sampai tahap berlari. Sempat jugak kak yone tanya, ada berapa level semuanya. Kata nurse ada 4. Yang ke-4 tu, macam kena jogging skit.

Masa level 3 ni, dalam hati memang penat tapi luaran maintain gila. Hahahaha 😜 Heart rate kak yone dah capai 97% jadi kak yone tak payah gi level 4. Masa tu tekanan darah dah capai 170 gitu. Fuhhhhh.

Treadmill semakin perlahan dan kak yone pun disuruh turun. Nurse suruh duduk supaya degupan jantung kembali menurun. Tapi sekejap-sekejap nurse memang akan check tekanan darah. Doktor dan nurse tanya juga, ada rasa pening ke? Hmmmm nak kata pening tak, cuma penat macam lepas berlari.


Kak yone masa tu memang berpeluh sungguh. Walaupun hanya berjalan laju dalam 9 minit gitu. Hahaha cuma rasa macam kejap aje. Masa nak buka wayar kat badan, kak yone tanyalah kat nurse, "Kalau orang fit, sampai level 4 ye?". Nurse tu jawab, bergantung juga, yang sampai level 4 tu selalu tak fit. Haaa! Habis tu kak yone cane?

Haha. Nurse tanya kak yone selalu bersenam ke? Kak yone jawab takdelah sangat. Tapi nurse cakap kak yone ni consider fit la 😁 Hahahaha happy kak yone dengar.

Alhamdulillah. At the end of the stress test, keputusan kak yone semua baik 😊

Kalau pembaca-pembaca sekalian nak ikhtiar untuk kekalkan kesihatan jantung, kak yone sarankan sangat ambil supplemen Vivix ini:





Supplemen Vivix ini adalah makanan tambahan yang bagus sangat untuk tenaga, membantu meremajakan sel dalaman kita serta memperbaiki sel-sel kita yang semakin lemah disebabkan peningkatan usia. Vivix adalah supplemen anti-aging.

Pengambilan yang konsisten akan membantu menjadikan sel-sel bertenaga, sekaligus menjadikan kita yang mengamalkannya juga semakin bertenaga dan sihat 😊

Bagi kak yone, kesihatan ini mahal harganya. Atas kesedaran ini, kak yone memang sejak dari dulu, rajin la juga bersenam sikit-sikit. Cuma sekarang ni aje yang segan-segan gitu.

Selain bersenam, jaga makan dan makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kak yone memang amalkan supplemen untuk top up kekurangan nutrisi harian kak yone. Sebab kak yone tahu, nak dapatkan daripada pemakanan macam sukar sebab ada masa-masanya kak yone tak cukup serat sebab kuantiti sayur dan buah-buahan kak yone tak cukup.

Sebab tu, kak yone maintain aje kekal sebagai ahli Shaklee (sekarang ni keahlian akan tamat selepas setahun, dulu-dulu mana ada). Kebaikan jadi ahli Shaklee ialah:

1. Jimat ke atas semua pembelian vitamin. Dapatlah diskaun 15%-20% apabila kak yone membeli, berbanding beli tanpa jadi ahli.

2. Kalau kak yone beli banyak dan dapat point melebihi 150, dapat pula cash back daripada Shaklee. Kan best tu.

3. Kak yone leh berbisnes jual vitamin-vitamin Shaklee yang memang laku keras.

4. Walaupun kak yone takde ilmu menjual dulu, kak yone ada senior-senior yang dah lama dalam Shaklee tolong guide kak yone. Memang best. Jadi kak yone sentiasa ada sokongan dalam berbisnes Shaklee ni.

5. Vitamin-vitamin Shaklee ni, bila makan, memang terasa tau kesan positifnya. Kak yone cakap ni dari pandangan seorang yang memang rajin makan vitamin. Sebelum Shaklee dulu, dah banyak dah brand yang kak yone amalkan. Tapi ntahlah, kak yone tak rasa apa-apa.

6. Shaklee adalah brand yang menghasilkan vitamin-vitamin daripada sumber-sumber semulajadi.

Jadi, kalau berminat nak mendapatkan Vivix atau mana-mana lagi supplemen Shaklee untuk membantu mempertingkatkan kesihatan, mengurangkan stress, insyaAllah tahulah kak yone nak cadangkan yang mana. Jangan segan dan malu-malu untuk hubungi kak yone di 012-5538628.

Jom sihat sama-sama,
Kak Yone
012-5538628

Rumah - Nak beli atau sewa?

Cerita pasal rumah ni, kak yone rasa bersyukur sangat Alhamdulillah, rezeki sebab apabila dah kahwin dulu, terus dapat melangkah masuk rumah sendiri. Muda ke kak yone beli rumah dulu? Umur 24 rasanya. 

Masa tu, Ya Allah, rumah teres pun RM200k++ di KLANG VALLEY yang sekarang dah 500k-600k or even higher. Muda ke tua beli rumah, that one put aside first. Persoalan di sini, adakah lebih baik beli atau sewa rumah?



Kalau tanya pandangan kak yone la pasal nak beli rumah atau menyewa, my personal view agak mix up sikit.

Mesti semua orang akan cakap, better beli rumah sendiri, sebab apabila kita beli, duit instalment bulan-bulan yang kita bayar tu akhirnya rumah tu dapat kat kita juga. Memang betul sangat pandangan ni, even kak yone berpandangan begitu.

Tapi jauh dalam hati kak yone fikir, kalau beli rumah sendiri and tiba-tiba kita kena berpindah ke negeri lain..... Macam mana pula? Rumah dah beli, sayang nak sewakan kat orang. Nak jual pun makan masa juga.

Apabila berpindah pula, kena sewa rumah lain, atau beli pula rumah lain. The process starts all over again. The next question is, cukupkah pendapatan nak tanggung dua rumah? Haaa mesti ramai yang berperasaan begini juga kan.

Satu lagi, dari segi kebebasan rekod dengan bank, of course menyewa ni tak affect financials kita. Sebab takde loan rumah, komitmen macam wow. Faham tak?  Bank tengok pun, bersih aje. paling teruk ada loan kereta.

Hahaha kak yone taknak menggugat hati korang. Kedua-duanya ada pro and cons masing-masing. Kalau nak selesa, memang elok beli rumah. Sebab kalau rasa nak jimat dan menyewa, dan nak cari pulak rumah sewa macam apartment atau rumah teres, less than RM1000 di Klang Valley ni dengan lokasi yang mantop, adalah MUSTAHIL, kecuali rumah tu berhantu 😝

Cumanya, jika memang dah settle down dan rasa tak pindah ke mana-mana dah, ada peruntukan kewangan, bolehlah beli rumah sendiri. Apabila membeli rumah ni, dengan harga rumah sekarang, satu perkara yang harus dijaga ialah aliran keluar masuk gaji setiap bulan.



Pastikan betul-betul merancang perbelanjaan setiap bulan. Tulis setiap perbelanjaan supaya tidak berlaku ketidakcukupan wang di tengah bulan setelah membayar semua komitmen

Kalau rasa macam belum ready nak beli rumah, nak tambahkan pendapatan, mai join kak yone. Pelan-pelan kita mula. Apabila keperluan kita semakin meluas, kita usaha luaskan pendapatan. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan

Ikhlas,
Kak Yone mentor and agen Shaklee korang,
012-5538628
Hearty . Love . Healthy

Kenapa Saya Sakit Muka Dan Kepala

Maaflah sahabat-sahabat kak yone semua. Kak yone macam tak aktif dua tiga hari ni sebab diuji dengan kesakitan.

Selsema yang membawa kepada batuk dan mild fever. Tapi sakitnya.... Walaupun hanya selsema kan. Lagi-lagi kita yang dah tua ni, sepatutnya macam kacang je. Tapi bagi kak yone, teruk juga. Mungkin ada sinus. Sakit muka, sakit gusi, sakit kepala seluruhnya. Memang sangat tak selesa.



Alhamdulillah dah beransur baik πŸ˜‰ Ni kak yone nak share my natural remedy sebab panadol takdak kat rumah. Ntah ke mana-mana kak yone letak sejak berpindah haritu. 

Kak yone amik megadose untuk:

Vitamin B Complex sebab vitamin ni bagus untuk menenangkan urat saraf kita. Membantu mengurangkan stress dan memberi tenaga.

Ostematrix iaitu tablet kalsium Shaklee ni, membantu mengurangkan ketegangan otot. Faham-faham aje la kalau terkena flu, kita akan sakit-sakit badan. Jadi tablet kalsium Ostematrix bantu merehatkan otot-otot.

Kombinasi vitamin B Complex dan Ostematrix ni bagus sangat dalam membantu mengurangkan ketidakselesaan kepala kak yone. Sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit kepala.

Nutriferon yang dalam sachet tu penting sangat untuk boost sistem pertahanan badan kita.





Vitamin C dan minyak ikan Omega Guard (takde dalam gambar) lagilah kak yone tak tinggal sebab penting untuk membantu melawan virus dan bakteria serta mengurangkan masalah kahak.

Satu lagi tips yang kak yone rasa penting sangat bila diserang selsema ni, tolong jangan sayang kahak dan hingus anda. Selagi boleh buang, buanglah sekerap mungkin. 

Awal-awal tu, kak yone rasa sangat tak sihat sebab sakit tekak juga. Nak telan pun susah. Tapi kak yone kerap gi toilet hembus hingus. Ajaibnya, kejap sangat sakit tekak tu hilang. 

Sekian celoteh kak yone hari ni. Nak dapatkan vitamin-vitamin boleh hubungi kak yone ya πŸ˜‰

Kak yone mentor and agen Shaklee anda:

Kerinduan seorang Raja kepada Rasullullah seribu tahun sebelum kelahirannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸ˜‰ Bersawang blog kesayangan dah lama tak terupdate dengan kisah baru. Hari ni kak yone nak share satu kisah yang kak yone ekstrak dari IKIM. Kisahnya berkenaan seorang Raja yang rindukan Rasullullah SAW seribu tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Mula-mula kak yone dengar, meremang bulu roma. Masakan tidak, seorang raja, walaupun tak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, tetapi terlalui merindui Nabi sehingga mewasiatkan sepucuk surat kepada Rasulullah SAW.

Kisahnya begini:

Pada masa dahulu, ada seorang Raja yang bernama Raja Tubba' al-Awwal yang merupakan seorang raja yang beragamakan Agama Nabi Ibrahim. Raja Tubba' ini merupakan seorang raja yang sangat baik dan soleh, tinggal di Yemen. 

Pada suatu hari, Raja Tubba' membuat keputusan untuk merantau ke seluruh dunia untuk melihat kebesaran Allah. Maka keluarlah Raja Tubba' mengembara bersama bala tentera, harta serta para alim ulama' seramai 4,000 orang.

Apabila tibanya Raja Tubba' di negara-negara yang disinggahinya, baginda akan disambut dengan gilang gemilang. Namun setibanya di Makkah, tiada siapa yang menyambut Raja Tubba'. Apabila dirisik oleh menteri-menteri Raja Tubba', kata mereka orang Makkah ini orang yang kurang berilmu dan menyembah suatu batu besar yang disebut Kaabah.

Di dalam hati Raja Tubba' terdetik rasa marah kerana tiada sambutan ke atas kedatangannya dan keinginan untuk membunuh penduduk Makkah dan merobohkan Kaabah. Di atas kuasa Allah, tiba-tiba Raja Tubba jatuh sakit. Keluar nanah daripada mulut dan hidung Raja Tubba'. 

Puas doktor-doktor merawat Raja Tubba' namun penyakitnya tidak dapat disembuhkan. Sehinggalah datangnya seorang alim dan disuruhnya Raja Tubba' fikir semula apa yang mungkin menyebabkan keadaan ini. Sebabnya, Raja Tubba' ini seorang raja yang baik. Jadi kenapa tak sembuh-sembuh penyakitnya.

Lalu berceritalah Raja Tubba' kepada alim tersebut di atas lintasan hatinya yang berniat untuk membunuh penduduk Makkah dan merobohkan Kaabah. Maka alim tersebut menasihatkan Raja Tubba' supaya bertaubat. Selepas bertaubat, dengan keizinan Allah, sembuhlah Raja Tubba'.

Selepas bertaubat, Raja Tubba' berubah fikiran. Baginda melayan baik rakyat Makkah, malah bagindalah orang pertama yang memberi pakaian kepada Kaabah yang kita panggil sebagai kain kiswah.


Gambar ihsan Google

Kemudian rombongan baginda singgah pula ke Yathrib (Madinah). Di situ, Raja Tubba' mendapat tahu bahawa suatu masa nanti akan ada Nabi akhir zaman berhijrah ke Yathrib. Alim ulamak yang mengikut Raja Tubba' seramai 400 orang, tidak mahu lagi menyertai pengembaraan Raja Tubba'. 

Oleh itu, Raja Tubba' memutuskan untuk menunggu kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sepanjang Raja Tubba' berada di Yathrib, Yathrib dibangunkan. Banyak bangunan-bangunan dibina. Alim ulamak yang ditinggalkan, diberi rumah dan harta. 

Namun, setelah setahun menunggu, Rasulullah tidak kunjung tiba. Maka Raja Tubba' menulis sepucuk surat kepada Nabi Muhammad SAW dan diamanahkan alim ulamak yang tinggal untuk menyampaikan surat tersebut.

Antara isi kandungan surat tersebut ialah:

πŸ’š Raja Tubba' memberitahu bahawa baginda menunggu kedatangan Nabi Muhammad SAW tapi belum ditakdirkan untuk berjumpa.

πŸ’š Sesungguhnya bagindalah orang pertama yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan kitabnya.

πŸ’š Raja Tubba' beriman kepada Allah dan berdiri di atas sunnah Rasulullah SAW.

πŸ’š Kalaulah Raja Tubba' dapat berjumpa Nabi, maka ia merupakan suatu nikmat. 

πŸ’š Namun, jika tidak dapat berjumpa dengan Nabi, maka di akhirat nanti, kurniakanlah syafaatmu.

Selepas itu, Raja Tubba' mengembara ke beberapa negara lain dan akhirnya meninggal dunia di India. Jarak masa di antara kematian Raja Tubba' dan kelahiran Nabi Muhammad SAW ialah seribu tahun lamanya. 

Allahuakhbar, betapa lamanya jarak itu. Surat yang ditinggalkan oleh Raja Tubba' dijaga oleh generasi-generasi alim ulamak yang tinggal di Yathrib, sehinggalah ke zaman Abdul Rahman Bin Auf. Abdul Rahman bin Auf mengarahkan Abu Lailah membawa surat itu dan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

Apabila berhadapan dengan Nabi, Nabi terus bertanya di manakah surat Raja Tubba'. Apabila diserahkan kepada Nabi, Nabi meminta Saidina Ali untuk membacakan surat tersebut. Akhirnya Nabi berkata bahawa baginda akan berhijrah ke Yathrib apabila tibanya wahyu daripada Allah SWT.

Apabila Allah telah mewahyukan untuk Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Yathrib, maka berlumba-lumbalah penduduk Yathrib menawarkan tempat tinggal kepada Nabi. Oleh itu, Nabi membiarkan unta Nabi yang bernama Kaswah memutuskan di rumah siapa Nabi akan tinggal.

Akhirnya unta Nabi berhenti di hadapan rumah Abu Ayub Al-Ansari. Bermakna di situlah Nabi akan bermalam. Yang ajaibnya lagi, rumah itu jugalah yang dibina oleh Raja Tubba' sebagai kediaman Nabi di Yathrib. 

Allahuakhbar! Walaupun dalam hayat Raja Tubba' tidak dapat bertemu Nabi, tapi segala persediaan Raja Tubba' untuk menyambut kedatangan Nabi, Allah temukan juga dengan Nabi Muhammad SAW, walaupun jaraknya melebihi 1000 tahun! πŸ˜…

Allahuakhbar, begitulah kisahnya kerinduan seorang raja kepada Rasulullah. Walaupun tidak pernah melihat Nabi, tetapi keimanan dan kepercayaan kepada Nabi dan agamanya melebihi segala-galanya. 

Kita pula yang punya segala-galanya tinggalan nabi sebagai panduan hidup dan jaraknya juga melebihi 1000 tahun selepas pemergian Nabi, apa rasanya? Rindukah kita pada Rasulullah SAW? 

Ketahuilah juga pembaca-pembaca yang disayangi, sayangilah Nabi Muhammad SAW sepenuhnya kerana apabila kita dibangkitkan nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. InsyaAllah, biarlah kita bersama dengan Nabi Muhammad SAW di hari akhirat nanti 😊

Cara Mengekalkan Keremajaan Diri

Apa yang bagus sangat Vivix ni? Selalu kak yone sebut kandungan Resveratrol dalam Vivix membantu dalam memperbaiki sel-sel dalam badan kita. Hingga ke tahap sel-sel DNA. Bukan mengubah DNA tau... 

Haaa apabila sel sihat, indirectly kita sedang berikhtiar mengekalkan keremajaan diri kita. Tapi macam yang kita tahu, badan kita semuanya tetap akan mengalami penuaan. Cuma cepat atau lambat aje.

Keremajaan dan kesihatan diri akan terjaga apabila 'Telomeres' terjaga. Apa pulak telomeres ni? Haaaa ok... Bayangkan tali kasut. Kat kedua-dua hujung tu ada macam penutup plastik yang muncung tu. Macam tu juga telomeres dalam sel DNA kita. Telomeres macam menjaga sel DNA kita supaya elok dan tak terbuka gulungan sel tu. 


Bayangkan kalau terbuka apa jadi? Perlahan-lahan kemungkinan kita akan mengalami penyakit-penyakit tua seperti Alzheimer. Nyanyuk dan macam-macam lagi. Haaaa jangan cakap tu bila da tua semua jadi macam tu. Ada yang jadi tua sebelum usia.

Kita sebenarnya boleh berikhtiar untuk menjaga telomeres ni supaya keadaannya elok walaupun kita semakin meningkat usia. Kiranya macam melambatkan telomeres ni daripada rosak. Sebab apa pun, penuaan tetap akan terjadi tapi kita ikhtiar perlahankan kerosakannya. Caranya ialah makan supplemen yang mengandungi nutrisi yang tinggi antioksidan seperti Vivix!

Kalau sesiapa yang suka mencari cara untuk kelihatan awet muda, nak mengekalkan keremajaan kulit dan nak kulit kelihatan merah-merah, bibir fresh bak delima, amalkanlah Vivix selalu. InsyaAllah memang kulit akan kelihatan berseri-seri.

Satu lagi ramai penjual Shaklee asyik cakap macam mana Vivix ni membantu pesakit kanser? Gini ceritanya...

Gambar ihsan Google

Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser).
.
Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri dengan sendirinya (Apoptosis) dan menyebabkan sel kanser berkurangan dan akhirnya hilang.

Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada 4 ekstrak botani iaitu: 

❤Anggur muscadine
❤Lobak ungu
❤Elderberry Eropah (Sambucus Niagra)
❤Polygonum Cuspidatum
.
Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada Oktober 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.
.
Ikhtiarlah selagi ada peluang. Kita buat kerja kita. Yang memberi kesembuhan itu Allah jua.

Kalau nak berikhtiar dengan Vivix, hubungi kak yone di 012-5538628 πŸ˜€

Ikhlas membantu,
Kak Yone
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang