Tips mengurangkan kahak dan selsema yang teruk bagi orang dewasa

Hari ni kak yone rasa pelik skit. Rupanya kak yone dah dapat bernafas dengan selesa 😆 Sebelum ni kak yone diuji dengan selsema yang teruk dan kahak yang banyak. Tapi hari ni macam dah sangat ok! So kak yone nak share tips mengurangkan kahak dan selsema yang teruk bagi orang dewasa 😊



Selalu kita terbaca tentang mengurangkan kahak bagi kanak-kanak aje kan. Tapi orang dewasa pun apabila terkena, kesannya teruk juga dan sangat tak selesa. Nak tidur malam pun susah sebab hidung tersumbat dan hingus asyik mengalir 😰 Jadi kalau baby atau anak-anak kecil terkena, memang kasihan pada mereka kan.

Tips nak cepatkan baik selsema dan mengurangkan kahak bagi orang dewasa:

1. Selalu hembuskan hingus dan buang kahak. Apabila dah selsema, rajin-rajinlah buang hingus sebab kesannya nanti boleh jadi sakit tekak juga.

2. Apabila rajin membuang hingus, insyaAllah sakit tekak akan dapat dielakkan. Tahu aje lah kan, tekak dan hidung berkait. Kak yone pun terkejut sebab masa awal-awal terkena hari tu, kak yone dah rasa tekak sakit dan perit nak menelan. Tapi malam tu, kak yone hembuskan hingus habis-habisan. Ehhh esok dah hilang sakit tekak kak yone 😉

3. Minum air suam banyak-banyak. Air ni memang penting untuk badan kita. Jadi minum banyak air suam semasa batuk dan selsema untuk membantu melancarkan pernafasan serta memudahkan hingus dan kahak dibuang.

4. Kalau ada lemon dan madu, tambahkan ke dalam air suam. Sangat membantu melegakan ketidakselesaan semasa batuk dan selsema.

5. Makan bawang putih raw. Kalau tak raw pun, yang dah digoreng. InsyaAllah selsema akan kering juga 😊

6. Kak yone makan vitamin C, Garlic Complex dan Omega Guard. Senang sebab tak payah nak telan buah oren banyak-banyak untuk vitamin C yang meningkatkan pertahanan badan. Selain itu, kalau tak lalu makan bawang putih raw, telan aje tablet Garlic Complex, memang antibiotik semulajadi. Omega Guard pula bantu memanaskan badan dan mengeringkan kahak juga. Taraaaa tu yang pagi ni rasa sangat selesa 😊 Hidung kak yone clear sangat. Hidung dah tak tersumbat.

Bukanlah kak yone tak nak makan ubat yang dibekalkan. Tapi mengantuknya... Tu yang kalau dah teruk sangat, malam-malam sebelum tidur, kak yone telan juga 😊 Cuma kak yone bagi alternatif lain untuk bantu mengurangkan masalah selsema dan kahak supaya tak berlarutan.

Tapi yang pasti, kena sangat rajin buangkan hingus tu ye. Kalau nak harap kering sendiri memang susah. Siapa yang berikhtiar, insyaAllah dia sihat 😊

Kalau nak beli vitamin-vitamin tu, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Ikhlas,
Kak yone mentor Shaklee and jual vitamin
012-5538628
COD: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, USJ, Subang Jaya, Mid Valley
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

nice info.. tq sharing... kna beli stu la lpas ni.. hehe

p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. :D ty..

Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

Balas
avatar

Terima kasih. Saya dah singgah :) Memang info yang best.

Balas