Balik beraya. Jangan lupa bawa roti :D

Hahhh, saja celoteh santai-santai lagi. Kak yone dah lama balik ke ibu kota. Cuti raya tak panjang mana. Kak yone balik Selasa baru-baru ni. Kak yone ingatkan balik beraya ni highway clear. Kak yone lupa! Kita 1 Malaysia. Long weekend. So kawan-kawan kita (Chinese and Indian) yang lain pun bercuti juga 😊

Haha bila kak yone berhenti kat R&R, memang nampak banyak kaum Cina dan India. Iyelaaa cuti panjang, rugi duduk rumah. Baik berziarah kaum keluarga atau bercuti bawa anak-anak. Sekolah pun tengah cuti sekarang.

Mujurlah hati kak yone kental. Dah siap-siap bawa roti sebab nak sapu ngan jem. Hahahaha 😂 Tersangkut berbaris di highway memang tak asing bagi kak yone. Dulu-dulu pun kak yone dah kena. Cuma kali ni sebab mindset 'tak percaya' akan mengadap jalan sesak. Tapi kak yone redah dengan redho. 



Ingat lagi beberapa tahun lepas, kak yone sekeluarga gerak dekat pukul 12 malam sebab nak highway smooth. Masa tu, kak yone rasa, kurang sabar juga kalau tersangkut berbaris di highway. Nampaknya semakin meningkat usia, semakin matang dan sifat sabar semakin menebal berbanding zaman muda-muda 😁

Raya belum habis, cuti sekolah pun masih berbaki hujung minggu ni. Mulai esok (Sabtu dan Ahad) pasti yang berada di kampung halaman akan mula berpusu-pusu memenuhi highway Utara Selatan, Timur dan Barat. 

Banyakkan berdoa sebelum dan semasa membawa kenderaan. Doa semasa bermusafir adalah antara doa yang mustajab. Semoga kalian tenang dan dilindungi sentiasa 😊

Nak kekal cergas semasa memandu? Dapatkan Cinch Tea yang membantu mempertingkatkan tenaga, metabolisme badan dan semestinya mencerahkan mata dan menghilangkan mengantuk. Hubungi kak yone di 012-5538628.

Celoteh kak yone
012-5538628


Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ area Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Jaya 33, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitar.

Raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh

Dua tiga hari ni, isu panas yang dibincangkan ialah pasal pilot AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang suruh penumpang berdoa. Kemudian dibidas pulak oleh seorang ahli politik yang mempersoalkan kenapa perlu berdoa? Awat nak mati dah ka? (ni ayat kak yone tambah). Fuhhhhh memang panas!

Kita sebagai netizen ni, ecewahhh 😁 Bila membaca isu-isu panas macam ni, jangan layan sangat aura panas yang dah wujud tu. Be calm and think! Sebab apa, SEMUA manusia berbeza. Takdak satu pun yang sama. Masing-masing ada pendapat masing-masing. 

Kita raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh 😊 DAN doakanlah... haaa keluar lagi perkataan 'doa'. Doakanlah diberi petunjuk dan dibukakan hati mana-mana sahaja individu yang terlibat. Sebab yang memegang hati-hati manusia ni, tak lain tak bukan HANYA YANG MAHA PENCIPTA


Benda yang salah, jangan di'accept'. Bila dah ditegur, serahkan pada Allah

Kita duk pompang-pompang kutuk sana-sini, tak guna juga. Silap-silap tambah pulak saham dosa. Takmau la kan.

Perbezaan pendapat ni terjadi sebab banyak faktor. Antaranya:

1. Cara didikan
2. Pengalaman
3. Ego

Hahaha cukuplah tiga dulu kak yone bagi. Jelas tak faktor-faktor yang di atas?

Cara didikan dari kecil, akan membentuk bagaimana individu tersebut apabila besar. Sebab tu, kita disuruh mendidik anak-anak kecil dengan baik. Ni peringatan untuk kak yone juga sebagai seorang ibu. Jangan duk biaq anak-anak sibuk sangat dengan segala gadgets. Tak perlulah kak yone nak explain lebih kan. Korang mesti tahu 😊

Pengalaman. Haaa ni pun akan membentuk bagaimana seseorang itu react apabila berada dalam sesuatu situasi, terutama situasi yang pernah dialaminya. Contoh ekkk... Kak yone ni dulu skeptikal atau sinis la ngan vitamin-vitamin Shaklee. 

Baguih sangat ka? Kawan-kawan kak yone sibukkkkk duk promote Shaklee Shaklee Shaklee. Meluat jadinya. Tapi meluat pun, kak yone try juga sejenis dua. Bila dah rasa sendiri baru kak yone percaya, baguih rupanya vitamin-vitamin Shaklee ni. Sampai la ni la kak yone jadi pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee. Sebab memang banyak sangat perubahan yang kak yone alami.

Tapi, tak dapat dinafikan, di luar sana, masih ramai ragu-ragu dengan vitamin Shaklee. Mungkin makan takde kesan apa-apa atau pun ada pengalaman tak best dengan seller vitamin Shaklee. Akhirnya sampai ke sudah 'ban' Shaklee. 

Bagi kak yone, itu pendapat masing-masing. Tak cuba tak tahu. Kalau dah cuba, masih tak capai KPI juga, itu pun kehendak Allah. Ada hikmah tersembunyi. Setiap orang ada prinsipnya. So kita raikan perbezaan pendapat tak payah gaduh-gaduh. Kita doakan yang baik-baik 😊

Sekadar celoteh kak yone
012-5538628


Pengedar dan mentor Shaklee anda di seluruh Malaysia. Nak COD boleh di sekitar Shah Alam, PJ Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Klang, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitarnya. Roger aje.

Mengantuk semasa bekerja di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Ramadhan. Alhamdulillah. Semoga kita menjalani Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Macam mana puasa? Bersemangat? Biasa-biasa? Letih dan mengantuk?



Kak yone sebenarnya nak menulis pasal mengantuk. Mengantuk semasa bekerja di bulan Ramadhan. Taknaklah kita duduk di kerusi menghadap PC atau laptop sambil tersengguk-sengguk kan? Mesti semua nak cerah mata dan bertenaga.

Alhamdulillah, tahun ni kak yone terasa perbezaan berbanding tahun-tahun lepas 😊. Boleh baca entri ni --> Cara-cara mengurangkan rasa mengantuk semasa Ramadhan. Kiranya sekarang kak yone nak jadi testimoni bagi entri di atas 😊

Tapi sebelum tu, untuk menghadapi Ramadhan, mind set kita kenalah kuat. 

Cara-cara untuk menjalani Ramadhan dengan baik dan lancar:

1. Kak yone akan cuba bersedia dari segi fizikal dan mental. 

i) Sebabnya dalam bulan Ramadhan adalah sunnah untuk bangun sahur. Jadi kalau tak tidur awal dan mendapat tidur yang secukupnya, ditambah pulak mak-mak yang kena sediakan makanan untuk sahur, memang akan mengantuk di siang hari, iaitu di tempat kerja.

ii) Bersedia untuk mengawal mulut, mata, telinga dan semua anggota badan daripada bercakap, melihat, mendengar perkara-perkara maksiat dan tidak berfaedah.

Boleh baca entri yang kak yone share daripada IKIM FM - Ramadhan Bulan disiplin mendidik diri dan jiwa.

2. Setkan dalam diri yang kita nak jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik. Jadi mesti kita akan berusaha untuk mencapai segala ganjaran yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan kan? Jadi taknaklah sahur terlepas, belanja berlebih-lebihan, membazir dan sebagainya. 

Jadi nak stay tip top dalam bulan Ramadhan, kak yone akan pastikan suatu jenis teh ni selalu ada untuk kak yone minum semasa sahur.

Haaaa Cinch Tea namanya. Teh ni, dengan izin Allah, membantu kak yone lebih cergas dan kurang mengantuk semasa Ramadhan. Sampai suami kak yone pernah tegur, cergas betul puasa-puasa ni 😊 Jalan pun laju je.



Kalau mengantuk sekalipun bila dah sampai di tempat kerja, kak yone akan amik masa lelap 10-15 minit. Kemudian bila dah jaga, memang segar rasa. Takdelah rasa tak larat macam orang yang tidur lepas sahur tu 😁

Haaaa satu lagi tip untuk cergas semasa Ramadhan ialah, JANGAN tidur selepas sahur dan Subuh. Letak kepala pun jangan sebab kalau nak bangun balik untuk siap-siap gi kerja, alamatnya akan rasa badan terlampau lemau. Serius!

Of course, untuk boost tenaga, selain daripada Cinch Tea yang membantu cerah mata, kak yone amalkan juga vitamin B Complex semasa bersahur dan juga makan tablet Ostematrix di malam hari sebelum tidur untuk bangun sahur dengan lebih segar.


Alhamdulillah, kak yone suka amalkan vitamin-vitamin ini. Sebab selain menjaga pemakanan, vitamin-vitamin ini membantu top up nutrisi yang tak cukup daripada pemakanan. Vitamin yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, mudah diserap oleh sel-sel badan kita. 

Jadi, apabila sel-sel kita mendapat nutrien yang berkualiti daripada bahan-bahan semulajadi, insyaAllah kesannya akan dapat dilihat pada luaran kita, yang mana kita akan lebih cergas, bertenaga, serta akan kelihatan berseri-seri gitewwww 😊

10 hari terakhir Ramadhan dah tiba. Jangan lepaskan peluang merebut ganjaran-ganjaran hebat yang Allah tawarkan pada kita, kerana Ramadhan sangat istimewa. Buat yang terbaik, insyaAllah semoga kita memperoleh barakah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Akhir kata, nak dapatkan vitamin-vitamin yang kak yone ceritakan ni, hubungi aje kak yone di 012-5538628.

Yang berdekatan di sekitar:
- Shah Alam
- Petaling Jaya area Jaya33, Amcorp Mall, SS14, Jaya Shopping Centre, Menara VSQ
- Klang are Hotel Premiere, KWSP

Bolehlah mendapatkan dengan COD daripada kak yone. Yang berjauhan, jangan bimbang, Poslaju ada, GDEX daripada Shaklee pun ada. 

So dapatkan daripada kak yone, pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang dan kawasan-kawasan sekitarnya 😊

012-5538628

Resepi Butter Prawn Yang Mudah Disediakan Dan Sedap Untuk Kanak-kanak Dan Dewasa

Salam Ramadhan semua 😀 Setiap hari ibu-ibu pasti terfikir nak masak lauk apa untuk berbuka atau pun sahur. Hari ni kak yone masak butter prawn yang mudah disediakan dan sedap dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa 😊

Resepi ni kak yone dapat daripada sahabat baik kak yone. Anak dia memang suka sangat lauk ni. Kak yone pula, sebelum-sebelum ni memang tak biasa masak resepi sebegini. So it's a good try today 😀 Alhamdulillah.

Bahan-bahan:

1. Sebiji telur
2. Minyak masak (nak sihat pakai Olive Oil)
3. Mentega atau marjerin seperti Naturel, Dorina, Mother's Choice dan sebagainya pun boleh.
4. Selabu bawang
5. Dua ulas bawang putih
6. Sedikit carrot
7. Fresh milk atau susu cair

Cara-caranya:

1. Pecahkan sebiji telur dlm mangkuk dan kacau sedikit supaya telur kuning pecah dan bercampur.

2. Panaskan olive oil dan butter (butter lebih sikit pun sedap) Boleh juga pakai marjerin macam Dorina, Naturel dan sebagainya.

3. Masukkan telur tu (tuang sikit-sikit & perlahan-lahan. Tarik mangkuk tinggi-tinggi ke atas macam buat teh tarik. Kacau laju-laju guna belakang sudip. Masak telur sampai masak. Toskan daripada minyak dan put aside).

4. Baki minyak yang masak telur tadi, tumis pula bawang putih dan bawang besar cincang (blender pun boleh). Goreng sampai kuning sikit.

5. Masukkan carrot potong panjang-panjang. Kalau ada sayur yg keras-keras sikit boleh campur. Kacau sampai carrot lembut sikit.

6. Masukkan fresh milk kotak kecik atau susu cair mengikut jumlah kuah yang diinginkan.

7. Perasakan dgn garam gula.

8. Masuk udang dgn telur yang di tos tadi.

9. Siap

Inilah hasilnya 😍😍😍


Memang creamy kuahnya. Anak kak yone yang setahun setengah makan bertambah-tambah 😍 Kak yone pun bertambah-tambah juga nasinya 😂

InsyaAllah anak berselera ibu pun happy. Kalau pening-pening anak susah nak makan, bagi minum Mealshakes yang mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Sangat baik untuk anak-anak. 

Bagi ibu ayah, terutamanya Ramadhan ini, boleh amalkan Mighty-3-Gems semasa sahur. InsyaAllah membantu badan lebih cergas bertenaga semasa berpuasa 😊


Nak dapatkannya, hubungi kak yone di 012-5538628.

Terima kasih. Selamat mencuba 😊

Ikhlas, 
Kak yone
012-5538628
Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ, Mid Valley dan seluruh Malaysia!