Nasi Goreng Kicap Express

Apa khabar semua 😀 Hari ni kak yone nak share 'pertemuan' kak yone dalam membuat nasi goreng kicap. Otai-otai masakan jangan condemn. Kak yone masih belajar 😂.

Kak yone baru je belajar buat nasi goreng kicap ni. Ni pun secara tak sengaja. Sebab kebiasaannya kak yone akan letak cili bo atau cili blend supaya kaler nasi goreng jadi macam merah-merah gitew.

Nasi goreng kicap ni terjadi masa kak yone fikir asalkan masak je nasi goreng pagi tu. So memang nasi goreng kicap express.

Cara-cara masak nasi goreng kicap versi 1:
1. Potong 2 ulas bawang putih dan gorengkannya (untuk seorang atau dua orang makan). Kalau ramai orang, letak 4-5 ulas.

2. Kemudian ambil sebiji telur dan goreng hancur dengan bawang putih tersebut. 

3. Masukkan nasi putih. Kacau-kacau dan masukkan kicap secukup rasa.

4. Bila dah tergaul semua, kak yone masukkan maggi secukup rasa dalam sesudu giteww.

5. Maka siaplah nasi goreng kicap. Warnanya coklat-coklat campur putih-putih telur dan nasi.


Kak yone lupa nak tangkap gambar. Ni gambar ihsan Google.


Sedap juga rasanya 😀 Baru kak yone tahu. Simple sangat tapi sedappp. Kalau nak tambahkan ayam ke, daging ke, boleh je. Cuma kak yone buat ala-ala express, maka takdelah extra tu.


Resepi nasi goreng kicap versi 2:


Kali ni kak yone ubah daripada menggunakan bawang putih, kak yone gunakan bawang besar yang dah blend. 

Cara masakannya sama cuma kak yone masukkan bawang besar blend awal-awal untuk ditumis. Tapi silap kak yone. Kak yone tumis kejap sangat then terus pecahkan telur.

Kat sini terasa salah teknik kak yone. Telur tu terus jadi macam bercampur dengan bawang blend tu. Jadi bila dimasukkan nasi, nasi jadi macam melekit 😂

Tapi nasi goreng tu tetap jadi. Cumanya itulah yang terakhir akan kak yone masak 😂 Taknak dah. Cuma nasi tu manis sebab bawang blend tu. Bawang memang membantu memberi rasa manis pada masakan. Suatu perisa asli giteww 😊

Haha. Tu je kak yone nak kongsikan. Kalau korang nak masak nasi goreng kicap, baik cuba versi 1. Kalau taknak letak bawang putih pun takpe. Terus goreng telur hancur dan masukkan nasi. Kalau letak bawang putih, api jangan kuat sangat. Nanti cepat hangus bawang putih tu.

Heeee tu je kak yone nak share. Buat panduan amateur macam kak yone dan juga bagi panduan yang mencari resepi mudah. Dalam 10-15 minit siap!


Pssstt: Selit sikit iklan. Yang mencari vitamin-vitamin semulajadi, bole dapatkan daripada kak yone 😊 Bukan vitamin buat sendiri ek. Tapi vitamin yang dah menjalani kajian klinikal semua. Vitamin-vitamin Shaklee. Wasap je 016-2364796 atau klik link ni --> http://tanyakakyone.wasap.my 😀
Previous
Next Post »
0 Komentar