5 Tips membeli kasut

Hari ni kak yone nak kongsikan tips membeli kasut. Pemakaian kasut yang sesuai dan betul sangat penting untuk kita tau. Especially yang mengalami sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggang semua. Kak yone kan dulu kena sakit tumit. So memang kak yone sangat-sangat mementingkan pemakaian kasut yang betul.

Macam-macam kasut di pasaran. Tapi mana satu yang sesuai? 
Kredit: Gambar sumber Google

Jadi apabila nak shopping kasut, kak yone sangat particular. Baru-baru ni disebabkan kasut kak yone dah rosak, kenalah cari penggantinya. Puas jalan dari satu kedai ke kedai lain. Ada yang hampir melekat tapi tak jadi sebab kak yone rasa kaki kanan macam longgar, kaki kiri pulak just nice. Hahaha kaki kanan kak yone macam kecik sikit 😂

Kak yone pun beritahulah pada En. Husband. Dengan itu, kak yone dapatlah tips yang berguna daripada si dia, memandangkan dia memang hantu kasut 😀

Berikut adalah tips apabila nak membeli kasut yang bersesuaian:

1. Setiap jenama mempunyai saiz yang kadangkala berbeza. Contoh, jika kita memakai saiz 5 kebiasaannya, jenama lain dan jenis kasut yang dipilih, mungkin memerlukan kita memakai saiz 6.

2. Untuk menjaga kesihatan kaki dan sistem sokongan badan, kasut yang dibeli biarlah bertapak sedikit. Bukan flat habis. 

3. Apabila mencuba kasut idaman, pastikan di hujung kasut di mana jari-jari kaki korang berada, ada ruang di bahagian ibu jari kaki sebesar ibu jari tangan anda dan pastikan ibu jari kaki tersebut dapat digerakkan dengan bebas.

4. Pastikan bahagian arch (bahagian bawah kaki yang melengkung) ngam-ngam dengan kaki sendiri ya. Kiranya anda rasa selesa apabila memakai kasut tersebut.

5. Bahagian belakang kaki pun, sedap-sedap je. Jangan mudah tanggal sebab bayangkan kalau korang kena berlari, silap-silap kasut tu boleh tercabut. Jadi kalau belakang tu kaki asyik ternaik-naik je bila berjalan, maknanya mungkin saiz kasut tak menepati saiz kaki. Walaupun kat bahagian jari-jari kaki dah ok. Jadi lupakan kasut itu, dan carilah kasut yang lain yang lebih sesuai.

Jadi, jangan amik ringan apabila memilih kasut yang betul. Muda-muda tak rasa apa-apa. Tapi bila dah meningkat umur, mulalah sakit-sakit sana sini.

Dulu-dulu kak yone memang hantu stilletto. Tapi disebabkan kaki kak yone menderita apabila memakai kasut-kasut begitu, maka kak yone dah tak pakai. Kak yone lebih selesa memilih kasut yang bermutu dan selesa, lembut pada tapaknya daripada hanya kelihatan cantik tapi sangat sakit dan menyeksakan kaki 😁

Alhamdulillah, konsisten Ostematrix dan Omega Guard produk Shaklee, sangat-sangat membantu kak yone untuk pulih daripada terseksa sakit tumit. Sebab tu lah kak yone sangat berjaga-jaga apabila memilih kasut. Taknak dah sakit tumit berulang kembali 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin Omega Guard dan Ostematrix ni, boleh dapatkan dengan hubungi 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar