Cara-cara mengurangkan sakit kepala semasa mengandung

Apabila tengah hamil atau mengandung, isu sakit kepala ni memang berat untuk ditanggung. Lebih-lebih lagi apabila sakit kepala ini selalu menjengah dan ubat-ubat tidak digalakkan diambil semasa mengandung. So, macam mana nak mengurangkan sakit kepala semasa mengandung?


Bagi kak yone, sakit kepala ni memang berat. Nak pandang skrin laptop/pc pun tak lalu. Nak pandang telefon pintar pun tak sanggup. Terasa cahayanya menusuk-nusuk di kepala.

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala. Kebiasaannya kalau sebelum mengandung dah terbiasa sakit kepala, masa mengandung pun risiko untuk sakit kepala itu agak tinggi. Tapi ada juga yang bernasib baik kerana kurang mendapat serangan sakit kepala semasa mengandung. Rezeki masing-masing la kan.

Antara punca-punca sakit kepala. Kalau boleh elak, kita cuba elakkan 😉

1. Stress atau gangguan emosi. Perempuan yang tengah mengandung, emosinya sangat-sangat sensitif. Maka pandai-pandailah mengelak orang atau situasi yang negatif.

2. Kurang tidur. Mungkin kebiasaan sebelum mengandung dah terbiasa tidur lambat. Maka semasa hamil, timing tidur tidak juga berubah. Maka risiko untuk mendapat sakit kepala akibat kurang tidur itu agak tinggi.

3. Semasa mengandung, si ibu sebenarnya akan mengalami kepenatan yang luar biasa. Jadi kepenatan ini juga boleh menyebabkan sakit kepala.

4. Haaa masalah sinus yang dialami boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Alahan atau morning sickness memang boleh menyebabkan ibu-ibu berasa tidak sedap badan, termasuklah sakit kepala. 

6. Kurang minum air. Disebabkan rasa loya, ibu-ibu kurang minum air kosong secukupnya kerana risau akan muntah. Kekurangan air dan cuaca yang panas boleh menyebabkan sakit kepala.

7. Masalah mata. Adakalanya tanpa disedari, power mata telah meningkat dan memerlukan untuk mendapatkan spek mata baru. Pemakaian spek yang tidak menepati power yang bersesuaian menyebabkan sakit kepala.

8. Ketagihan kafein. Haaa ada ibu-ibu yang hardcore minum kopi sebelum mengandung. Tapi apabila da mengandung, tabiat tu terpaksa dilupakan. So itu pun boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Sembelit atau tidak lawas yang menyebabkan badan tak sedap dan mendorong ke arah sakit kepala.

Sebenarnya memang terlampau banyak sangat perkara-perkara yang menyebabkan sakit kepala. Macam kak yone, kalau tak ikut medical punya terms, kadangkala kak yone rasa angin dalam badan pun boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi kalau dalam kes kak yone yang kak yone fikir angin menyebabkan sakit kepala, kak yone akan:

💖 Minta suami kak yone urutkan kepala kak yone, dan lurutkan sehingga ke bahu dan belakang. Kononnya supaya angin dari kepala akan turun dari kepala ke badan. Memang bukan medical advice. Cuma experience advice 😊 Sebab masa urut di kepala, kak yone akan sendawa. Macam nak keluarkan angin. Kadang tu, kak yone macam leh detect, ada angin kat area bahu, so urut-urut area tu supaya angin keluar. Cadangan kak yone je nak bantu ibu-ibu sekalian.

💖 Selain itu, mandi air suam atau tuam di bahagian kepala dengan tengkuk dengan air suam juga membantu mengurangkan stress dan sakit kepala. Biarkan diri anda tenggelam dalam hujan air yang suam-suam gitu.

💖 Jangan berlapar. Sebab perut akan mula masuk angin, bacaan gula dalam darah menjadi rendah dan ibu-ibu akan mula rasa tak sedap badan dan sakit kepala. Kalau tak lalu makan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

💖 Pastikan mendapat air kosong yang mencukupi. Sama macam makan, kalau tak lalu, minum sikit-sikit supaya badan tetap mendapat air yang mencukupi dan dapat mengelakkan sakit kepala.

💖 Berehat jika merasa sakit kepala. Tidur merupakan ubat yang agak baik untuk menghilangkan sakit kepala. Pastikan juga ibu-ibu mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Penting tau.

💖 Haaa beriadah ringan-ringan seperti berjalan-jalan mengambil angin dan melihat kehijauan. Tapi jangan berlebih-lebihan takut pitam pula. 

💖 Kembali kepada sang Pencipta. Banyakkan berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah hati tenang dan kepala kita tak serabut. Seterusnya takdelah sakit kepala 😊

💖 Kalau rasa tak tahan sangat, kak yone cadangkan amalkanlah Set Prenatal Shaklee semasa hamil. Selain membantu ibu-ibu lebih bertenaga, antara vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan sakit kepala ialah Vitamin B Complex dan Ostematrix yang memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan stress tau! 



Di samping itu, pengambilan yang konsisten semua vitamin-vitamin ini membantu melawaskan proses membuang air besar dan mengelakkan sembelit yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. So apa tunggu lagi. Dapatkan Set Prenatal Shaklee ini daripada kak yone. Hubungi 016-2364796.

Jom layan dulu beberapa testimoni Set Prenatal Shaklee ni 😊









Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar