Bilakah pergerakan bayi dalam perut dapat dirasai?

Pergerakan bayi dalam perut selalunya akan dapat dirasai apabila kandungan mula mencecah minggu ke-16 hingga ke-20 minggu. Bagi yang baru pertama kali hamil, mungkin hanya merasa pergerakan bayi apabila masuk minggu ke-20 ke atas. 



Bagi ibu-ibu yang sedang hamil anak kedua dan seterusnya, mungkin pergerakan bayi akan dirasai lebih awal. Tapi bergantung juga pada fizikal ibu dan kedudukan plasenta di dalam rahim.

Ada ibu-ibu yang merasai pergerakan bayi dalam kandungan seawal sebelum 16 minggu. Tetapi kebanyakannya mungkin keliru dengan pergerakan angin dalam perut atau pun pergerakan bayi 😂 Tapi jika ingin membaca pasal pergerakan bayi dan apa yang perlu dititikberatkan, meh baca link ini.

Entri kali ni lebih menekankan tentang ibu-ibu yang keliru. Walaupun bukan anak pertama, kehamilan dah mencapai 20 minggu tapi masih lagi kurang merasai pergerakan bayi. Haaa macam manakah itu? Perlukan si ibu merasa risau?

Macam yang kak yone nyatakan di atas, keadaan fizikal ibu memainkan peranan. Bagi ibu yang kurus, mungkin pergerakan bayi akan lebih terasa. Bagi ibu yang berisi, mungkin pergerakan bayi terasa begitu lembut sampai ibu pun keliru atau tak merasai langsung pergerakan tersebut.

Ada juga keadaan di mana plasenta berada di bahagian hadapan perut dan bayi berada di bahagian belakang. Sebab itu juga akan menyebabkan ibu-ibu kurang merasai pergerakan bayi. Lainlah jika sebaliknya, iaitu plasenta terletak di bahagian tulang belakang, maka pergerakan bayi akan lebih mudah dirasai.

Apa-apa pun, jika rasa risau dan ragu-ragu, jangan malu-malu untuk berjumpa dengan gynea anda. Jika kehamilan semuanya baik, maka berikan sedikit masa supaya bayi terus membesar dan InsyaAllah ibu-ibu akan merasai pergerakan bayi yang lebih konsisten.

Kak yone doakan ibu-ibu semua menjalani detik-detik kehamilan dengan bahagia, sihat dan gembira. 

Jika ingin mendapatkan Set Prenatal Shaklee, boleh menghubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar