Showing posts with label orang nazak. Show all posts
Showing posts with label orang nazak. Show all posts

Sunday, 28 May 2017

Cara Menyantuni Orang Nazak Bahagian I

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Hari ni kak yone nak share apa yang kak yone belajar masa gi kursus pengurusan jenazah. Topik pertama ialah cara menyantuni orang nazak.



Disebabkan kak yone first time attend kursus pengurusan jenazah, kak yone rasa banyak sangat yang kak yone belajar. Sebenarnya nak tulis satu topik pengurusan jenazah terus. Tapi rasa macam panjang sangat. So insyaAllah akan kak yone pecah-pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil ya.

Setiap orang pasti merasai mati. Tidak awal dan tidak lewat. Memang terjadi apabila telah ditentukan. Mati memang sangat-sangat menyakitkan. Bayangkan aje kalau wanita yang sakit nak bersalin, seingat kak yone, sakitnya mati 8 kali ganda daripada sakit nak bersalin (bukan fakta tapi ingat-ingat lupa).

Semestinya sebelum kembalinya ke Rahmatullah, kita akan menghadapi saat-saat nazak. Pada ketika ini, jika kita berada bersama dengan orang yang nazak, perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah:

šŸ’§Baringkan orang yang nazak mengiring ke kanan. Kaki menghadap kiblat dan lapikkan kepala dalam 45 darjah. Kalau boleh, tinggikan kedudukan (letak atas katil) orang yang nazak ini. Supaya jauh daripada serangga-serangga yang merayap.

šŸ’§Pastikan keadaan persekitaran tenang. Sesungguhnya orang yang sedang nazak berada dalam keadaan yang serabut. Ketika itu, wallahua'lam orang yang sedang nazak sedang diuji dan terbuka hijabnya untuk melihat yang ghaib. Jadi apa yang kita boleh bantu ialah, biarlah dia berada dalam keadaan yang tenang dan tidak bising.

šŸ’§Bacakan kalimah Laillahaillah secara lembut dan perlahan-lahan di telinga kanannya. Selalunya, kalimah ini dibacakan oleh orang yang sangat disayangi oleh orang yang nazak, macam anak-anak atau ahli keluarga yang sangat rapat. Apabila orang yang nazak tu mengikut baca, maka berhenti. 



Jika orang yang nazak tu siap berkata-kata, bertanya hal-hal dunia, tak perlu melayan. Senyum je dan relekskan dia. Jauhkan dari bersembang hal-hal dunia. 

Kalau orang tu tak mampu sebut Laillahaillah, maka usahakan dia sebut Allah. Kalau tak boleh juga, ajar dia bersaksi, sebutkan "AshaduAllah......." sampai habis untuk dia. Tengok response dia. Kalau mengelip mata, maknanya dia faham.

šŸ’§Basahkan bibir orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Kita tahu kan, orang yang sedang nazak akan terasa sangat haus. Kalau air seluas lautan pun tak cukup. Dalam kes ni, cukuplah sekadar basahkan bibir, kalau ada straw, letak sedikit air. Tak perlu beri minum air yang banyak (kata instructor pengurusan jenazah tu, kalau bagi minum air, seolah mempercepatkan sakaratul maut, wallahua'lam).

šŸ’§Banyakkan membaca Yassin dan berzikir. Tapi cukuplah sekadar membaca secara lembut dan perlahan-lahan. Contoh yang instructor tu bagi, kalau yang sedang sakit nazak tu seorang guru agama, nanti terganggu kalau dengar bacaan kuat sangat, kalau salah tajwidnya, kang nak dibetulkan jugak. 

šŸ’§Bacaan Yassin dan zikir ini, sebaik-baiknya dibaca oleh orang-orang yang disayangi dan rapat dengan orang yang sedang nazak seperti ahli keluarga dan sahabat handai. Jangan bercerita hal dunia semasa berada berdekatan dengan orang yang sedang nazak.

šŸ’§Jangan tinggalkan orang yang nazak bersendirian, especially pada waktu malam. Sentiasalah pastikan sesiapa sentiasa bersama dia. Semasa menemani atau menziarahi orang yang nazak, pakailah pakaian yang lembut-lembut supaya sedap mata memandang. 

šŸ’§Elakkan memakai pakaian yang warnanya garang seperti merah, kuning dan sebagainya yang akan memberatkan sakaratul maut. 

InsyaAllah, semoga kita dijemput dalam Khusnul Khotimah. Nanti kak yone sambung lagi chapter seterusnya.