Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts

Monday, 22 May 2017

Cara-cara menghilangkan sakit kepala yang mengganggu kerja seharian

Alhamdulillah. Kalau baca tajuk tu, jangan kecam kak yone. Kak yone share aje cara-cara menghilangkan sakit kepala yang confirm sembuh cara kak yone 😊 Apa-apa pun, itu ikhtiar dan yang mengizinkan penyembuhan sepenuhnya semestinya Allah Yang Maha Esa.

Semalam, boleh kata seharian kak yone terkena sakit kepala. Mula-mula sakit kepala mild je. Tapi sampai ke petang, tiba-tiba je boleh rasa sakit kepala yang buat rasa nak termuntah dan nak tercirit. Haaaa memang ada masa-masanya kak yone memang terkena sakit kepala sampai macam tu.



Cara-cara yang kak yone buat untuk menghilangkan sakit kepala:

1. Tidur 
Kadang-kala kita sakit kepala sebab kurang tidur. Maklumlah komitmen diri memaksa kita 'mengorbankan' masa tidur. Tapi bila kena sakit kepala, berehatlah sekejap. Tidur dalam masa 10-20 minit, terutama tidur yang disunatkan ialah sebelum masuk waktu Zuhur. InsyaAllah sakit kepala hilang, badan lebih bertenaga.

2. Ambil angin.
Kalau sibuk bekerja di dalam bangunan yang beraircond, keluarlah sebentar, hidu udara luar dan nikmati kepanasan cahaya matahari. Tarik nafas panjang-panjang.

3. Abaikan sakit kepala
Haaaa yang ni kalau sakit kepala yang mild atau ringan aja. Bolehla jangan dilayan sangat dan teruskan buat apa-apa yang patut. 

InsyaAllah, sakit kepala akan berkurangan atau tolerable la. Nak kata hilang, mai kak yone share kan macam mana kak yone hilangkan sakit kepala.

Jawapannya kak yone makan Ostematrix, Vitamin B Complex dan Vivix. Pastu tidur. InsyaAllah esok pagi, bangun dalam keadaan bertenaga dan hairan.

Sebab apa nak hairan? Sebab badan rasa ringan, sakit kepala dah hilang. Memang mengantuk pun takdak. 

Memang pagi tadi, kak yone bangun macam pelik. Hahaha sebab ehhh hilang sungguh sakit kepala. Tapi nak hilangkan sakit kepala ni, ada syaratnya. Hahaha. Minum air banyak ekkk. 

Apa-apa pun keadaan, air sangat-sangat penting. Sebab air yang cukup, akan bantu proses dalaman badan berfungsi dengan lebih baik. Pengaliran darah pun lebih lancar. 

Jadi, makan Ostematrix, vitamin B Complex dan Vivix, serta air yang banyak memang membantu kelancaran vitamin-vitamin ini membantu menghilangkan sakit kepala.

Ostematrix ni tablet kalsium yang membantu merehatkan otot-otot yang penat. Vitamin B Complex pula membantu mengurangkan tekanan terhadap urat saraf dan Vivix, membantu memperbaiki sel-sel dalaman yang keletihan. 

Jadi badan kita akan lebih cergas dan bertenaga, jeng jeng 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin ni, hubungi aje kak yone di 016-2364796.

Ikhlas sharing kak yone nak bantu korang yang selalu sakit kepala,

Pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Klang, Mid Valley dan seluruh Malaysia. Nak COD pun boleh. Roger aje kak yone di 016-2364796.


Entri-entri berkaitan yang menarik untuk dibaca:




Thursday, 17 November 2016

Cara menghilangkan sakit kepala tanpa ubat

Semalam saya dan seorang lagi kawan sepejabat dikehendaki membantu sebagai AJK untuk menguruskan pendaftaran untuk dinner di sebuah hotel. I have been looking forward for this event sebab nak makan free (Lecithin tidak dilupa sebelum nak makan tu πŸ˜‹). 

Ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari πŸ˜” Memang ramai orang yang datang. Ntah kenapa sakit kepala mula menyerang. Aduh... Memang sakit. Ingatkan sebab hectic sangat dengan registration dan tak makan lagi yang membuatkan daku sakit kepala. 



Apabila majlis dah bermula, saya dan sahabat saya masuk ke dewan. Duduk sekejap kemudian makanan pun dihidangkan. Daku mulalah makan. Tapi sakit kepala tak hilang-hilang. Sampai aje hidangan butter prawns, ku cuba makan. Tapi tak lepas tekakku. Masa ni belum ada rasa nak muntah. Cuma hampir-hampir nak mula rasa nak muntah.

Risau sebab sebelum ni, sakit kepala ni menjurus kepada muntah yang teruk. Masa tu nak bangun pun tak boleh.

Saya pun makanlah prawn tu setengah dan saya stop. Tak boleh nak telan (sebelum tu masih boleh lagi). Perut pulak rasa bergelodak. Saya pun meminta diri ke tandas. Pagi tu, memang perut saya memulas. Tak sangka sambungannya ada lagi. 

Namun, walaupun dah ke tandas dua kali, sakit kepala saya masih tak hilang-hilang. Saya tiada sebarang vitamin atau ubat dengan saya waktu tu. Risau macam mana nak drive balik nanti πŸ˜“ Saya masuk semula ke dewan dan duduk. Hidangan butter prawns takde siapa dah makan. 

Normally kalau udang tu, memang favourite saya. Tapi itulah, Allah dah menentukan saya makan sikit je. Nak buat macam mana. Ketentuan Allah tak mampu diubah. Walaupun depan mata, tapi bukan rezeki saya. Saya redha dan tersandar kerana sakit kepala menjadi-jadi.

Tiba-tiba, pengacara pun mula bercakap selepas pertunjukan slide show. Saya pun tengok dan dengar apa yang dicakapkan oleh pengacara majlis. Mula-mula tidak menarik perhatian. Tapi rupanya pengacara sedang berjenaka di tengah pentas.

Sedikit sebanyak hati mula tercuit dan terhibur. Memang kelakor. Terbahak-bahak saya dan kawan saya gelak. Makin banyak saya ketawa, makin kurang sakit kepala saya. Allahuakhbar. Saya kembali tenang. Saya enjoy mendengar jenaka yang dilakukan oleh pengacara tersebut. 

Akhirnya, sakit kepala saya hilang! 😊Hebat sungguh kuasa Allah. PerancanganNya yang terbaik. Allah tahu yang saya kena drive agak jauh di malam hari. Walaupun awalnya diuji sakit kepala sampai nak tengok fon pun tak boleh. Tapi sekelip mata boleh hilang!

Bersyukur sangat. Walaupun saya sampai berkira-kira nak telan ubat. Tapi semua itu tak perlu jika dikehendakiNya. Memang hilang dan saya dah boleh makan hidangan seterusnya. Allahuakhbar. 

Jika dikaji secara saintifik, rasa gembira sebenarnya akan membebaskan hormon Serotonin yang akan membuatkan kita rasa gembira, mengurangkan rasa stress atau tertekan.

Selain itu, hormon endorfin juga akan dibebaskan dan membantu mengurangkan kesakitan. Macam sakit kepala yang saya hadapi semalam, dikurangkan oleh hormon endorfin.

Ada banyak lagi hormon-hormon yang dibebaskan apabila kita gembira yang memberi kesan yang sangat baik ke atas tubuh badan :) Jadi, usahakanlah agar selalu tersenyum dan tertawa agar kita sihat selalu, InsyaAllah. Dengarlah cerita jenaka atau tonton sesuatu yang membuat anda gembira.

Jika anda sudah berkahwin, bermesralah dengan pasangan anda. Pasti hilang sakit kepala 😁

Tapi, kalau terasa terlalu stress atau tertekan, dapatkn vitamin-vitamin yang membantu menghilangkan muka ketat, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Pengedar Shaklee anda.

Tuesday, 12 July 2016

Jenis-jenis sakit kepala dan cara mengurangkannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Haaa nak berceloteh hari ni... :) Hari-hari pun berceloteh juga kan... Saja nak share cerita pasal sakit kepala... Rasanya sakit kepala ni sakit yang paling basic selain daripada demam, batuk dan selsema. Sebab sakit kepala ni datang anytime je...

Terdapat empat jenis sakit kepala. Sila rujuk gambar di bawah.


1. Tension Type Headache
Sakit kepala yang paling biasa terjadi. Terasa seperti bahagian dahi dikelilingi oleh suatu band yang menjerut bahagian kepala ataupun ketegangan di bahagian kepala dan leher. Kesakitannya bergantung daripada 'mild' ke 'moderate'. Penyebab sakit kepala ini tidak diketahui. Kalau untuk kes ini, bagi yang taknak mengambil Panadol, anda boleh amalkan supplemen daripada Shaklee iaitu vitamin B Complex dan Ostematrix. InsyaAllah, sakit kepala akan hilang.

2. Sinus Headache
Sakit kepala yang terjadi di sekitar dahi, hidung dan pipi. Sakit kepala ini disebabkan oleh masalah resdung. Kesannya boleh menyebabkan nafas berbau, hidung berair, dan menjurus kepada simptom-simptom alergik seperti nafas berkahak dan lelah. 

Saya selalu juga terkena keadaan ini. Cara yang terbaik ialah sentiasa amalkan Omega Guard, Sustained Release Vita-C Plus, Vitamin B Complex dan Alfalfa Complex daripada Shaklee. InsyaAllah, serangan sinus atau resdung ini akan berkurangan dan alergik pun jarang akan berlaku.

3. Migrain
Ramai juga orang yang mengalami masalah migrain sampai tak boleh buka mata kerana sensitif terhadap cahaya. Saya selalu juga terkena sakit sebelah kepala... Tapi saya tak pasti adakah migrain atau sebab-sebab lain seperti angin.... Apa yang saya buat ialah, saya telan dulu Ostematrix dan B Complex daripada Shaklee. Kemudian minta tolong suami untuk urut-urutkan bahagian belakang kepala dan melurut ke leher seterusnya ke bahu dan ke bawah. 

Tujuannya adalah untuk 'menurunkan' angin di bahagian kepala... (ini bukan nasihat professional, hanya tips daripada saya yang selalu mengalaminya). Pada masa kepala diurut ini, selalunya akan sendawa tanda angin sedang dibebaskan. InsyaAllah, lepas tu akan terasa lega dan berehat atau tidurlah :)

4. Cluster Headache
Sakit kepala jenis ini jarang terjadi dan selalunya dialami oleh kaum lelaki. Terjadi secara mendadak. Kesakitannya lebih kuat daripada migrain. Tapi tidak terjadi terlalu lama berbanding migrain. Sebab-sebab terjadinya sakit kepala jenis ini juga tidak diketahui. Jika mengalaminya, yang terbaik ialah minumlah sesudu besar Vivix, bersama Ostematrix dan vitamin B Complex. Kemudian rehat. 


Ada juga sakit kepala yang menjurus kepada sakit yang lebih teruk seperti aneurysm di mana salur darah pecah dan boleh membawa kepada stroke, koma dan meninggal dunia. Mungkin sebelum pesakit mengalami stroke atau koma, pesakit telah pun mengalami salur darah kecil yang pecah yang menyebabkan sakit kepala yang keterlaluan. Oleh itu, jika selalu mengalami sakit kepala, pergilah mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk mengetahui status selanjutnya. 



Jika ingin berikhtiar dalam kes sakit kepala yang berlanjutan, boleh amalkan Vivix, iaitu sejenis supplemen yang tinggi antioksidan dan kandungan resveratrol berfungsi membantu memulihkan sel-sel yang rosak. Namun yang penting, sentiasa merujuk kepada pakar perubatan dari masa ke semasa untuk mengetahui status kesihatan.

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang dinyatakan di atas, boleh hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh COD secara percuma di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Petaling Jaya di sekitar VSQ, Menara PKNS, Amcorp Mall dan kawasan-kawasan sekitarnya, Mid Valley dan Klang di kawasan Bukit Tinggi, Aeon Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas.

Selain itu, penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia. Kalau ada Vivix, penghantaran adalah percuma :)

Terima kasih.
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Rujukan:


Monday, 25 August 2014

Tips Untuk Mengurangkan Sakit Kepala atau Migrain

Banyak sebab kenapa kita mengalami masalah sakit kepala... Kebanyakan sakit kepala yang dialami, tidaklah berbahaya. Namun jika berlarutan, elok kalau dapatkan rawatan dan konsultasi daripada pakar :)




Secara amnya, sakit kepala mungkin berpunca daripada:
  • Kurangnya minum air. Dengan cuaca yang sangat panas dan tidak menentu, menyebabkan badan kita berasa lesu dan mudah mendapat sakit kepala. Oleh itu, minumlah air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Perokok pasif. Anda memang tidak merokok, tapi duduk di sekeliling orang-orang yang merokok. Sesetengah orang memang tidak dapat menahan bau asap rokok dan menyebabkan sakit kepala.
  • Minum minuman berkafein. Tak semua orang akan sakit kepala apabila minum kopi atau teh.. Namun, pada sesetengah orang...minuman ini menyebabkan sakit kepala
  • Stress. Rasanya memang perkara biasa jika seseorang yang stress untuk merasa sakit kepala...Kadangkala sakit kepala ini boleh berlarutan dan menyebabkan keadaan bertambah teruk sehingga orang yang mengalaminya mungkin loya atau muntah-muntah.
  • Masalah resdung.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan sakit kepala.

1. Minum air yang mencukupi setiap hari untuk memudahkan pergerakan dan peredaran darah di dalam badan.

2. Bersenam dengan konsisten. Apabila bersenam, peredaran darah menjadi lebih lancar dan membantu untuk mengelakkan sakit kepala serta mengurangkan tekanan.

3. Pastikan anda tidak membiarkan perut anda kosong untuk jangka masa yang lama. Apabila perut kosong, kandungan gula di dalam darah akan digunakan. Untuk mengatasi masalah tersebut, cukuplah dengan mengambil buah-buahan seperti epal atau snek ringan seperti coklat untuk menstabilkan kandungan gula di dalam darah.

4. Pastikan tidur yang berpatutan... tidak kurang atau tidak terlebih. Kerana kedua-dua keadaan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala... 

5. Jangan menghadap komputer terlalu lama. Bangun dan jalan-jalan sebentar untuk mengurangkan tekanan terhadap mata.

6. Jika boleh, elakkan daripada duduk di bawah matahari yang terik terlalu lama.


Petua untuk mengurangkan sakit kepala:
  • Ambil air isotonik seperti 100plus kemudian campurkan dengan air suam. Nisbah campuran air tersebut ialah 1 air 100plus dan 2 air suam. 
  • Ambil beberapa biji limau kasturi yang diperah ke atas kepala satu persatu. Sambil memerah limau, urut kepala untuk meratakan jus limau tersebut dan menggalakkan pengaliran darah. Limau yang telah diperah, dimasukkan ke dalam air kosong dan dijiruskan ke atas kepala dan badan. Akhir sekali, bersihkan badan, tapi jangan hilangkan bau limau kasturi tersebut. Kemudian, tidurlah sebentar.


Jika anda rasa tidak hilang juga sakit kepala tersebut dan perkara ini selalu mengganggu anda, bolehlah anda mencuba supplemen Shaklee, iaitu Vitamin B Complex dan OsteMatrix yang sangat baik. Saya sendiri telah mengamalkannya. Salah satunya saya ambil untuk mengurangkan masalah sakit kepala.



Kombinasi kedua-dua Vitamin B Complex dan OsteMatrix ini memang sangat baik untuk kesihatan. Kebaikan kedua-dua supplemen ini ialah:
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.
  • Menggalakkan tidur yang lena di malam hari.
  • Menyegarkan badan apabila bangun di pagi hari.
  • Menenangkan sistem saraf.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit sendi.
  • Menstabilkan tekanan darah.

Set ini berharga RM114.75. Sangat berbaloi kerana boleh bertahan dalam 2 hingga 4 bulan.

Hendakkan maklumat lanjut atau hendak beli? Jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

InsyaAllah, dengan membeli daripada saya, anda berhak mendapat panduan dan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya sepanjang masa.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek