Kelahiran, Kehidupan, Kematian Semuanya Telah Ditentukan

Semuanya Telah Tertulis di Luh Mahfuz

Hari ini, aku menulis perasaan di hati. Perkara-perkara yang terjadi di depan mata, malah terjadi kepada diri sendiri. Alhamdulillah, aku masih diberi nafas untuk menulis pada waktu ini. Sayu dan sebak rasanya mengenangkan semua. Namun semuanya memang sudah tertulis di kitab Luh Mahfuz.

Dah lama dah perkara yang menggetarkan hati tidak terjadi.. Maksudku... macam perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecederaan hatta kepada kematian sekalipun. Sebagai manusia, memang kita takkan tahu bilakah ajal kita..mungkin esok, petang ni, mungkin sejam, setengah jam.. 10 minit lagi.. Semuanya telah ditentukan oleh Allah.

Pernah suatu ketika, beberapa tahun lepas waktu aku drive untuk ke pejabat, keretaku hampir bertembung dengan bas yang nak masuk simpang. Aku daripada jalan lurus. Memang nyaris-nyaris. Bergetar hatiku insaf. 

Semalam, aku terima suatu berita kematian, junior seasrama semasa aku belajar di universiti dahulu. Baru dalam minggu lepas aku perasan kawan-kawan di Facebooknya wish supaya dia sedar semula dan sihat kembali. Terkejut juga kerana setahu aku kawanku ini, seorang yang sihat. Apabila dibaca post2 yang telah tertulis, rupanya dia dimasukkan ke hospital kerana jaundice. Di awal beberapa hari di hospital, kulihat postnya masih lagi ceria seperti orangnya yang comel sebelum senyap sepi kerana tidak sedarkan diri. Sampai la Mama Naila pergi melawat  last weekend pun keadaannya masih lagi dalam separa sedar kata Mama Naila. Sakit sebenar masih belum dikenalpasti. Kami mendoakan yang terbaik untuknya. Namun Allah telah menetapkan 19hb Mei 2014, hari Isnin, perginya Nurbaiti Kamaruzaman. Tersenyap, tersentak, adikku yang masih belum berkeluarga, sihat zahirnya, comel dan ceria orangnya telah dipanggil Pencipta Yang Esa. Innalillah Hiwainna Ilaihirojiun. Sesungguhnya kematian itu tiba tanpa mengira umur, keadaan dan masa. Bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil kembali pulang ke kampung halaman yang satu.

Hari ini, dalam berasa sayu kepada yang pergi, Allah datangkan berita yang lain. Kegembiraan seorang sahabat yang disahkan mengandung :) Ya Allah, dunia ini penuh keajaiban. Terpulang kepada mata telinga hati untuk melihat mendengar dan merasai. Aku tumpang gembira. Selepas suka duka dilalui akhirnya. Syukur Ya Allah. Segalanya daripada Mu dan kembali jua kepadaMu yang Esa.

Hari ini juga, segala lagi bergetar jiwa... melalui lagi peristiwa near-accident. Aku sendiri yang lalai. Namun aku tahu, tiada yang yang kebetulan dalam hidup ini, semuanya telah pun ditentukan Allah SWT. Sekali lagi aku membawa kereta dan hampir dilanggar dengan lori from the passenger side. Suamiku berada di situ. Allah..... tersentap jiwa. "KALAU" terjadi, aku sendiri tidak pasti sama ada kudrat ini mampu menaip ini semua....

Alhamdulillah, aku bersyukur. Aku serahkan semuanya kepada kepada yang satu kerana tiada yang wujud melainkan yang SATU. Aku terlupa dan terlalai dan masih lagi lalai dalam kehidupan dunia yang menipu ini. Aku tersilap kerana mengejar ganjaran yang Maha Esa.. nikmat hidup, nikmat kubur, nikmat akhirat...dan segala macam nikmat sedangkan aku harus mengejar Yang Maha Esa itu sendiri. Aku seharusnya Kembali kepadaNya. Bukan di akhirat tapi di dunia ini sendiri.  Ya Allah, semoga Engkau kenalkan dengan diri yang lupa dan matikan aku yang tiada ini sebelum aku mati.....


Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

sebak jugak. walaupun tak pernah kenal secara dekat.
Allah..moga keluarga arwah nurbaiti tabah

Balas
avatar

Ajal, maut di tangan tuhan. Berdoalah yang sebaik-baiknya untuk diri sendiri, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia

Balas
avatar

Masih berair mata dengan apa yang terjadi...

Balas