Perkara Yang Paling Ditakuti Wanita
Kecantikan, keanjalan, kehalusan dan kelembutan kulit adalah perkara-perkara yang sangat dititikberatkan oleh seseorang wanita. Walaupun mungkin wanita itu tidaklah melaram sangat, tapi dia tetap memastikan rupa paras dan kulitnya tetap manis dipandang.
Walau bagaimanapun, apabila sudah berada dalam umur 30-an, ramai wanita mula rungsing akan perubahan yang dilalui oleh dirinya, baik dari segi dalaman ataupun luaran. Perubahan-perubahan luaran mula menampakkan diri adalah seperti:
- Garis-garis halus mula timbul terutamanya di bahagian dahi dan bawah mata.
- Kulit mudah menjadi kering walaupun asalnya kulit adalah jenis berminyak serta mengalami gatal-gatal.
- Urat-urat halus di bahagian muka mula kelihatan kerana penipisan kulit.
- Kulit mengelebeh terutamanya di bahagian dagu dan rahang.
- Kedutan di wajah mula kelihatan.
Apakah yang menyebabkan proses penuaan bertambah pantas?
- Pendedahan terhadap cahaya matahari. Pada masa kini, dengan pancaran matahari yang semakin membahang, kulit kita terdedah kepada sinaran UVB dan UVA yang menyebabkan kulit berkedut dan menghasilkan bintik-bintik hitam pada wajah.
- Cuaca sejuk atau terlalu lama berada dalam bangunan yang mempunyai pendingin hawa yang terlalu sejuk menyebabkan kulit kering dan mempercepatkan proses penuaan.
- Merokok. Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok mengurangkan Vitamin C yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit, serta kandungan oksigen di dalam badan akan berkurangan.
- Kurang bersenam. Bersenam akan melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot. Oleh itu seseorang itu akan nampak lebih segak dan bergaya.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabka salur darah rosak secara kekal dan boleh menyebabkan penyakit kulit seperti "Akne Rosacea".
- Tekanan. Akibat resah gelisah dan kebimbangan, kita mungkin kerap mengerutkan dahi dan mencebikkan mulut. Lama-kelamaan otot di muka kita akan terbiasa dengan gerakan itu dan menyebabkan muka kelihatan lebih tua daripada yang sepatutnya.
- Kekurangan tidur menyebabkan terjadinya lingkaran bawah mata, muka sembab, dan kulit mengelebeh.
- Faktor pemakanan. Pemakanan yang baik adalah terdiri daripada nutrisi yang seimbang, bersama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman. Namun, disebabkan oleh kesibukan atau mudahnya untuk mendapatkan "fast food", ramai mengabaikan kepentingan pemakanan ini.
Oleh itu, ramai yang mencari jalan penyelesaian untuk kelihatan kekal awet muda :) Di sini dikongsikan beberapa tips awet muda.
Tips / Petua Awet Muda
- Hindari minum air batu atau ais
- Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat
- Amalkan tidur awal
- Sentiasa mengekalkan wuduk
- Jangan basuh muka di waktu pagi dengan pencuci muka kerana akan menghilangkan seri. Cukup sekadar mencuci dengan air biasa.
- Amalkan ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja, dan sebagainya.
- Sentiasa berfikiran positif dan senyum selalu
- Makan makanan yang banyak mengandungi anti-oksidan seperti kurma, kismis, anggur, delima dan banyak lagi.
Shaklee juga mempunyai Set-Anti Penuaan yang sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran yang terdiri daripada:
- Vivix
- Nutriferon
Kombinasi ketiga-tiga supplemen ini akan menyumbang kepada:
- Membekalkan khasiat untuk kulit berseri, rambut yang tebal, kuku yang kuat dan otot yang sihat.
- Membantu mengurangkan jeragat dan pigmentasi.
- Mengekalkan kolagen di dalam tubuh.
- Menggalakkan kulit yang berseri-seri.
- menguatkan sistem imun dan meningkatkan tenaga.
Berdasarkan entry saya sebelum-sebelum ini juga, harap semua sedia maklum yang pengamalan Vivix secara individual mempunyai banyak kesan yang baik kepada luaran dan dalaman manusia. Anda boleh baca berkenaan Vivix di sini - Klik 1. Testimoni Vivix.
Berminat untuk membeli? Hubungi saya segera! Saya juga akan memberi panduan dan konsultasi secara percuma tentang pemakanan supplemen-supplemen Shaklee.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park
5 Komentar
Nasib gambar 'hiasan' u amek tadi tak keluar hahahhaa :) good info dear :)
BalasHahaha.. tu yang xletak tu.. hee.. tq for visiting my dear AIC Mommy :)
BalasIve been ur follower dear of course i read :) always good input n suggestions.. keep it up.
BalasHeee.. tq so much dear.. I wish a lot more will be joining you :) Heee...
Balas