Naik tangga membantu menguruskan badan dengan lebih cepat

Kita sering rasa bersalah apabila diri tak bersenam. Asyik fikir kalau nak bersenam, nak kena pergi ke taman, gym dan sebagainya untuk mengeluarkan peluh. Tapi sebenarnya kat rumah sendiri pun boleh bersenam. Malah kat pejabat pun boleh bersenam, dengan syarat ada tangga 😀 Kak Nur baca, naik tangga membantu mengurang atau menguruskan badan dengan lebih cepat tau.

Memandangkan tahun 2018 dah pun melabuhkan tirainya, apa kata kita sama-sama berazam untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat. Salah satunya adalah dengan mengamalkan senaman secara konsisten. Cara yang paling mudah ialah sentiasa naik turun tangga di mana jua kita berada 😍 Elakkan daripada mengambil lif.

Kat ofis kak Nur ni, ada salah seorang bos yang memang sentiasa naik turun tangga je. Setiap masa dan setiap hari! Hasilnya dulu perut agak membuncit, sekarang dah kempis. Memang nampak sangat berat badan dia berkurangan dengan agak cepat 👍 

Sebenarnya apa kebaikan naik turun tangga? Jom kita baca satu per satu.

💜 Mengurangkan berat badan dengan lebih cepat
Naik tangga sebenarnya membakar kalori dengan lebih pantas

💜 Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko Osteoperosis.
Apabila menaiki tangga, kita sedang melawan graviti. Jadi senaman ini menyebabkan diri kita menampung berat tubuh sendiri. Secara tidak langsung, membantu memberi kekuatan kepada tulang, otot dan sendi.

💜 Meningkatkan tahap metabolisma badan
Naik tangga selalunya menyebabkan kadar pernafasan kita menjadi laju. Jadi kesannya degupan jantung juga meningkat dan membantu badan membakar kalori dengan lebih cepat. Haaa bila dah bakar kalori, semestinya membantu mengurangkan berat badan juga 😀

💜 Senaman menaiki tangga membantu menguatkan bahagian bawah tubuh, mencantikkan bentuk punggung, paha dan betis. Serta membantu mengecilkan bahagian perut (mesti nak kan?) Tak lupa juga, naik tangga membantu menyihatkan jantung kita.

💜 Secara amnya, selain membantu mengawal atau menguruskan badan, menaiki tangga membantu mengurangkan stress, meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, kencing manis, stroke, obesiti dan juga kanser. Tidur juga akan lebih lena.

Credit to: StepJockey

Credit to: StepJockey

Jadi senanglah sangat kalau nak buat senaman naik tangga ni. Sebab tangga ni berada almost di mana-mana. Nak ke tak nak je 😂

So tunggu apa lagi. Jom kita start 😍

Ohhhh yes, sebelum kak Nur mengakhiri entry ini, promosi starter pack Shaklee masih berjalan. Apa dia starter pack tu? Ni promosinya:


Dengan pembelian starter pack ni, korang tak payah nak risau harga member lagi murah ke apa, sebab harga ni, member Shaklee memang tak boleh dapat. Istimewa hanya untuk korang yang tak pernah jadi ahli atau pun keahlian yang dah expired. Harga-harga yang dinyatakan memang dah terlajak murah. Yang best lagi, dapat free gift!

So tunggu apa lagi, whatsapp kak Nur cepat-cepat di 012-5538628 atau klik je sini untuk terus wasap.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley