Jari tersepit pintu, bagaimana menghilangkan kesakitan?

Apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian 😊 Hari ni kak yone nak kongsikan kisah seorang hamba Allah ni yang ibu jari kanannya secara tak sengaja telah terkepit dengan pintu kereta. Memandangkan hamba Allah ni tengah mengandung, maka pengambilan ubat tak digalakkan. Jom kita baca macam mana dia buat untuk mengurangkan kesakitan yang berdenyut-denyut di jarinya.

Hari pertama jari terkepit pintu kereta

Haha ni gambar yang dikongsikan. Katanya sakit berdenyut-denyut walaupun kena di tengahari. Tapi sakitnya sampai ke malam.

Right after terkena tu, kawan kak yone terus goyang-goyangkan tangannya. Tujuannya supaya darah tak membeku dan masih mengalir. Kemudian selepas ada akses kepada air, kawan kak yone ambil mug, isikan dengan air sejuk dan celup jari yang tercedera itu.

Haha electric shock kata kawan kak yone. Sejuk sangat pulak rendam jari tu di dalam air sejuk. Jadi dia hanya lalukan di bawah air yang mengalir. Lega sikit rasanya. Disebabkan sampai ke petang pun masih sakit, maka kawan kak yone bungkus jari tu dengan tisu basah dan celup ke dalam air sejuk. Katanya takdelah rasa macam electric shock. Tisu basah tu cover sikit rasa kesejukan melampau tu.

Balik rumah, masih lagi terasa sakit berdenyut-denyut jari tu. Memang takla kawan kak yone nak makan panadol atau ubat tahan sakit. Disebabkan kawan kak yone ni tengah mengandung, maka dia amalkan Set Prenatal Shaklee yang ada:

πŸ’“ Vita-Lea
πŸ’“ Vitamin B Complex
πŸ’“ Vitamin C
πŸ’“ Ostematrix (tablet kalsium)
πŸ’“ Omega Guard
πŸ’“ ESP

Ok. Kalau vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan kesakitan ni, ada je dalam Set Prenatal Shaklee ni. Antaranya yang membantu mengurangkan kesakitan ialah:

πŸ’› Vitamin B Complex - Membantu menenangkan dan melegakan urat saraf.

πŸ’› Ostematrix - Tablet kalsium yang membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang kita dan pada masa yang sama membantu memberi keregangan kepada otot-otot supaya tak kejang.

πŸ’› Omega Guard - Membekalkan sumber DHA dan EPA dan juga membantu mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan.

πŸ’› Vitamin C - Membantu menguatkan sistem imun badan dan pada masa yang sama memulihkan luka-luka dalaman.

So sebelum tidur, kawan kak yone makan Omega Guard dan Ostematrix untuk keperluan badannya yang sedang hamil dan pada masa yang sama berikhtiar mengurangkan kesakitan dan bengkak pada jarinya.

Alhamdulillah, feedback hari ini, ibu jarinya masih kelihatan blue black di bahagian kuku. Tapi kesakitan tu tak berdenyut-denyut dan dah boleh menulis dan membuat kerja-kerja ringan yang melibatkan penggunaan ibu jari tersebut.

Hari kedua jari terkepit pintu kereta


Alhamdulillah. Itulah walaupun nampak remeh, tapi ibu jari memainkan peranan yang sangat besar. Walaupun hanya sakit terkepit pintu, tapi kesannya berdenyut-denyut dan banyak benda tak boleh nak pegang atau angkat. Jadi nikmat apa lagi yang kita nak dustakan? 

Kena pulak waktu tengah pregnant. Memanglah kita takkan telan ubat tahan sakit sewenang-wenangnya. Mujurlah ada Set Prenatal Shaklee πŸ˜€ Set ini memang sangat-sangat membantu ibu-ibu supaya lebih bertenaga dan ceria dalam menempuh waktu kehamilan serta membantu mempertahankan tubuh si ibu supaya kuat dalam melawan jangkitan penyakit.

Manfaat kepada baby dalam kandungan juga sangat banyak. Apabila ibu mendapat cukup nutrisi, bayi dalam kandungan akan membesar dengan sihat dan cergas, insyaAllah.

So nak dapatkan Set Prenatal Shaklee ni, meh hubungi kak yone di 012-5538628. Akan kak yone ajarkan cara-cara untuk mengambil vitamin supaya kesihatan ibu lebih baik semasa hamil dan insyaAllah bacaan HB pun cantik-cantik selalu.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Menyusu bayi. Masih adakah peluang selepas gagal sebelumnya?

Semua ibu-ibu yang sedang hamil PASTI bercita-cita hendak menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Takde rasanya ibu-ibu yang siap beli susu formula sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi. Tapi, ada peluang ke menyusukan bayi sepenuhnya bila pernah gagal dengan anak-anak sebelumnya?



Satu soalan yang kadang-kadang mematikan semangat ibu untuk menyusukan bayinya. Iyelah, anak pertama takat sebulan je. Itu pun dah campur susu formula. Anak kedua pulak, takat 6 bulan. Tu pun dah campur susu formula juga. Adehhhhh. Hilang semangat bila fikir balik.

Tapi, percaya tak, kak yone dah tengok kawan-kawan kak yone berjaya menyusukan sepenuhnya apabila tibanya kelahiran ketiga (anak ketiga). Yang pertama dan kedua gagal. Tapi baby yang ketiga, dapat disusukan sepenuhnya. Sampai tahap susu melimpah ruah, lain macam sangat. Sampai kawan kak yone cakap, nak susukan dua tiga baby pun boleh. Haaaa everything is possible.



Nak menyusukan baby, memang bukan perkara mudah. Tapi ia tidak mustahil. Cuma si ibu kena kental semangat dan tidak berputus asa. Kalau si ibu putus asa, sambil lewa dan melayan perasaan give up tu, alamatnya memang sukar untuk berjaya. Sebab hati dan perasaan awal-awal lagi kata tak dapat.

Selalunya cabaran nak menyusukan sepenuhnya bermula pada peringkat awal lagi. Yang menggagalkan usaha penyusuan apabila susu lambat keluar (pada pandangan mata ibu dan orang-orang keliling) dan juga apabila bayi terkena demam kuning.

Dalam situasi ini, ibu akan berasa tertekan atau stress dan seterusnya mengalah dan memberikan susu formula. Pada hakikatnya, tak salah memberikan susu formula untuk top up, sementara menantikan susu badan untuk kick in. 

Jangan kecam kak yone ekk. Ramai ibu-ibu terpaksa memberikan formula kerana bayi mengamuk-ngamuk kelaparan. Kalau nak dipaksakan juga, sebenarnya mengundang bahaya kepada bayi itu sendiri. Bacaan gula dalam darah bayi akan turun dan seterusnya menyebabkan renjatan otak pada bayi. Jadi sementara tu, top up susu formula dan pada masa yang sama, usahakan untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

Susu formula boleh diberi melalui tiub, syringe, cawan atau sudu untuk membantu bayi agar tidak keliru dengan puting botol susu dan puting ibu. Nak-nak bila dah terbagi puting botol yang flow nya laju. Nanti bayi akan reject penyusuan direct susu ibu. Sebab susu ibu, bayi kena menggunakan tenaga untuk menghisap berbanding puting daripada botol yang mengalir perlahan-lahan. Jadi berhati-hati juga pada part ini.

Apabila susu dah kick in, rajin-rajinlah menyusukan bayi mengikut demand atau kehendak bayi. Memang tidak dinafikan sesetengah bayi nak menyusu setiap masa. Keadaan ini akan menyebabkan ibu keletihan serta mungkin mengalami kesakitan pada puting payudaranya. 

Sebab itu, ibu harus bertenaga selepas melahirkan bayi. Selepas kelahiran, bayi harus terus disusukan, bukan dimandikan dan diberikan susu formula. Beritahu juga pihak hospital yang si ibu ingin menyusukan bayi secara ekslusif supaya mereka tidak memberikan susu formula dan menjaga bayi di nursery. Bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibunya.

Ramai kawan kak yone yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee atau Shaklee Postnatal Set. Apabila selesai berpenat lelah mengharungi proses bersalin, terus mereka minum ESP dan makan vitamin-vitamin di dalam set berpantang untuk membantu memulihkan tenaga dan juga sebagai persediaan untuk menyusukan bayi. 

Alhamdulillah. Memang proses menyusukan bayi menjadi lebih mudah. Fikiran lebih positif (penting tau untuk positif sebab banyak cabaran menunggu di awalnya). Si ibu juga lebih bertenaga untuk melayan karenah bayi 😊


Set Berpantang dan Menyusu Shaklee



Set Berpantang atau Postnatal Shaklee ini mempunyai 7 jenis vitamin. Sebenarnya kebanyakan vitamin ini boleh diamalkan semasa hamil, kecuali Alfalfa Complex. Fungsi-fungsi setiap satu vitamin adalah seperti berikut:

πŸ’“ Vita-Lea merupakan multivitamin yang membantu top up keperluan nutrisi harian si ibu. 

πŸ’“ Vitamin B-Complex sangat-sangat membantu untuk boost tenaga ibu yang dalam berpantang serta membantu ibu untuk lebih tenang dan menjauhkan stress.

πŸ’“ Vitamin C (sustained release) membantu pemulihan luka selepas bersalin serta menguatkan sistem pertahanan ibu dalam melawan jangkitan virus dan bakteria serta melindungi bayi melalui susu ibu.

πŸ’“ Ostematrix iaitu tablet kalsium yang sangat penting untuk memenuhi semula keperluan kalsium pada tulang si ibu dan pada masa yang sama menyalurkan keperluan kalsium pada bayi. Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sakit-sakit badan serta masalah sembelit bagi ibu hamil.

πŸ’“ ESP merupakan serbuk soya protein yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya ibu yang sedang berpantang untuk membantu proses memulihkan luka serta membantu pertumbuhan sel-sel baru. Juga membantu memekatkan susu badan dan menyalurkan keperluan protein melalui susu ibu kepada bayi.

πŸ’“ Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi (melalui susu ibu) serta mengurangkan inflammasi dalaman bagi ibu, yang membantu mengurangkan kesakitan akibat daripada luka-luka selepas bersalin.

πŸ’“ Alfalfa Complex membantu membersihkan dalaman dengan membuang darah-darah kotor, membantu melawaskan proses membuang air besar serta membantu boostkan pengeluaran susu ibu.


Jadi, nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, jangan malu-malu untuk menghubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley




Solat - waktu di antara hamba dan Pencipta

Hari ni kak yone share pula apa yang kak yone dengar daripada Ustazah Muzaiyana di Ikim FM pagi tadi 😊 Kak yone tak sempat dengar banyak. Jadi sikit aje la yang kak yone akan sharekan. Tajuknya Mengurangkan sifat munafik dengan solat. Lebih kurang begitulah tajuknya. 

Kak yone dengar intro je tadi. Tapi apa yang dikupaskan di sini ialah apabila berkenaan solat berjemaah. Pernah tak kita berada di dalam situasi, jengkel atau meluat dengan orang sebelah yang apabila sama-sama sedang bersolat, dan kita terganggu dengan bacaannya yang kedengaran seperti berbisik-bisik di telinga kita atau pun pergerakannya yang terlalu pantas atau mengganggu pada pandangan kita? 

Hahaha. Suatu peringatan kepada kita. Kak yone pasti kita takkan dapat lari dalam menghadapi situasi begini. Jawapan daripada ustazah memang terbaik daebak sungguh 😁 Sebelum kita mengata orang, dengar orang tu solat berbisik-bisik yang annoying, tengok balik diri kita. Sempurna sangatkah solat kita?

Apabila kita bersolat. Sepatutnya, solat itu hanyalah di antara seorang hamba dengan Penciptanya - Allah SWT. Tiada gangguan lain yang akan mengganggu kita dalam berkomunikasi dengan Allah. Tapi apabila kita masih mendengar bunyi-bunyian lain, bermakna kita membawa bersama makhluk lain ke dalam solat kita. Dalam erti kata lain, tak khusyukla solat kita.

Haaaa. Sebelum mengata orang, tengok dulu diri sendiri kan πŸ˜‚ Jangan terasa. Sebab ia juga satu tamparan pada muka kak yone. Juga sebagai peringatan kepada kita. Setiap hari, kita berusahalah memperbaiki diri dan solat kita. Solat kan adalah perkara PERTAMA yang dihitung. Baik solat kita, insyaAllah baiklah yang selepas-lepasnya.

Dari perspektif kak yone pula, kak yone teringat masa Ramadhan yang lalu. Kak yone ni ada anak-anak kecil. Jadi kalau nak berterawikh, kak yone tak dapat sangat nak berjemaah di surau berdekatan rumah sebab risaukan anak-anak yang berlari-larian tanpa pemerhatian orang dewasa. Tapi masa pulang ke kampung halaman, adalah anak-anak buah yang boleh tolong kawal dan tengokkan anak-anak kak yone.


Alhamdulillah. Surau di kampung kak yone sangat luas dan kawasan belakang tu, bolehla anak-anak nak duduk tanpa mengganggu jemaah di hadapan. Cumanya anak kak yone yang kecik ni, ketawa agak kuat juga. Boleh kak yone kata, suaranya sangat playful dan happy. Kak yone tak sangka makcik-makcik yang solat di saf hadapan memandang anak kak yone dengan muka ketat πŸ˜“

Korang agak-agak lepas tu kak yone nak bawa lagi ke anak-anak ke surau, kalau begitu reaksinya? Kak yone memang tak bawa dah. Taknaklah kak yone mengganggu 'konsentrasi' seseorang itu apabila sedang bersolat. 

Tapi kak yone terasa perbezaannya. Di kawasan kak yone tinggal, bawa anak-anak tu suatu kebiasaan. Lagi pun, pada pandangan kak yone, baik kita biasakan anak-anak ke surau. Nanti bila dewasa, takdelah kekok. InsyaAllah, semakin besar, mereka juga akan jadi jemaah di situ.

Tadi, Ustazah Muzaiyana ada bagi contoh. Daripada pengalaman ustazah membawa jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram pada pukul 2 pagi. Ada makcik A komplen. 

Makcik A : Pagi-pagi dinihari begini diorang masih buat kerja ke? Bising dengar ketang ketung ketang ketung. Ganggu orang nak solat.

Makcik B : Ehhh, ada orang buat kerja ke? Tak dengar apa-apa pun?

Haaa. Nampak perbezaannya? Tepuk dada dan fikirlah sendiri. Ada lagi satu kisah yang ustazah kongsikan. Ada anak murid dengan guru ni singgah ke masjid untuk solat. Guru ni suruh anak murid menjadi imam. Debarlah si anak murid mengimamkan gurunya. Apabila selesai solat, si anak murid bertanya pada gurunya, ok ke dia jadi imam tadi πŸ˜€

Si guru menjawab yang dia tak tengok, tak pandang apa-apa dah sebaik sahaja Takbiratul Ihram diangkat. Kerana pada waktu itu, adalah waktu di antara si Guru dengan Sang Pencipta. 

Jadi, ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas. Yang kurang kita perbaiki. Yang baik, kita jadikan lebih baik πŸ˜‰ Semoga bermanfaat.


Haaa yang nak membeli vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Batalnya wuduk yang diambil sebelum masuk waktu solat

Hari ni kak yone nak sharekan apa yang kak yone dengar dalam Ikim FM pagi tadi daripada Ustaz Lutfi Muharam. Suatu ilmu yang kak yone tak tahu pun sebelum ni. Topik kali ni pasal batalnya wuduk yang diambil sebelum masuknya waktu solat. Haaa terkejutkan? Sebab kadang-kadang kita dah siap-siap amik wuduk sebelum masuk waktu. 


Kak yone share je ye berdasarkan apa yang kak yone dengar. Kak yone bukan orang yang pandai dalam bab-bab agama. Cuma apa yang bermanfaat, kak yone harap orang lain pun mendapat faedahnya.

Punyalah terkejut kak yone masa dengar tu. Tapi kak yone releks dulu. Dengar dulu penerangan ustaz 😊 Ustaz pun sambung. Kes batal wuduk yang diambil sebelum masuk waktu solat ni hanyalah untuk beberapa situasi. 

Situasinya ialah:

πŸ‘‰Apabila seseorang itu mengidap penyakit yang menyebabkan najis berterusan keluar daripada kemaluannya. 

Contohnya, orang yang air kencingnya mengalir tanpa henti. Walaupun sedikit tapi tetap keluar juga. Jadi dalam hal ini, jangan berwuduk lagi jika tak masuk waktu solat. Apabila dah masuk waktu, barulah membersihkan diri dan berwuduk.

πŸ‘‰ Apabila seorang wanita itu sedang menghadapi darah istihadah. Kalau yang datang haid melebihi 15 hari ataupun darah nifas yang melebihi 60 hari, maka selepas itu, wajib solat walaupun masih ada darah yang masih keluar.

Tapi semestinya kebanyakan wanita akan fikir, macam mana nak solat, bila darah masih keluar? Sebab tu, bila masuknya waktu solat, masuk ke bilik air, bersihkan darah tersebut, balut atau tutuplah pengaliran darah. Kalau dalam zaman moden ni, pakailah pad yang bersih dan kemas dan solatlah.

Jadi lepas ni kita tahulah macam mana kita nak buat kan? Terutama para wanita yang selalu mengalami pengeluaran darah haid yang berpanjangan. Islam itu indah 😊

Semoga perkongsian ini dapat membantu individu-individu yang sedang berada dalam situasi begini. 

Ohhh ya, bagi kaum wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, boleh cuba amalkan GLA Complex daripada Shaklee. InsyaAllah, pengambilan yang konsisten akan membantu menstabilkan hormon dalaman serta membantu menetapkan kitaran haid supaya lebih teratur.

Boleh tengok testimoni-testimoni daripada pengguna-pengguna GLA Complex.











Jika berminat nak dapatkan GLA Complex ni, bolehlah Whatsapp Kak Yone di 012-5538628. Sebotol GLA Complex berharga RM91.25.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Pentingnya Set Prenatal Shaklee semasa hamil

Apabila hamil, ibu-ibu akan mengalami perubahan dalaman dan luaran. Masa di awal kehamilan, keadaan dalaman ibu akan mengalami perubahan hormon yang menyebabkan si ibu terasa letih dan mudah mengantuk. Sebab itulah pentingnya untuk mengambil Set Prenatal Shaklee semasa hamil, terutama sekali semasa awal kehamilan.

Kadang-kadang tak faham, apa kena mengena hamil dan rasa mengantuk. Kalau siang-siang tu, rasa nak tidur je. Tapi itulah yang dialami oleh kebanyakan ibu-ibu yang hamil 😊



Set Prenatal Shaklee atau Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada:




1. Vita-Lea
Multivitamin bersama asid folik dan iron atau zat besi yang membantu melengkapkan nutrisi ibu hamil dan membantu menstabilkan bacaan hb ibu.

2. Vitamin B-Complex
Mengandungi kesemua unsur vitamin B yang sangat penting untuk keperluan badan termasuklah asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan baby. Vitamin B Complex sangat bagus untuk mengekalkan tenaga serta mengurangkan stress ibu-ibu hamil.

3. Vitamin C
Mungkin ramai yang menidakkan kepentingan vitamin C. Tapi percayalah vitamin C sangat penting semasa hamil. Tubuh badan memerlukan vitamin C untuk menguatkan antibodi badan. Semasa hamil, kebanyakan ibu-ibu sukar untuk mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Jadi vitamin C lah menjadi penyelamat untuk mengurangkan jangkitan virus dan bakteria semasa hamil.

4. ESP
Serbuk soya yang mengandungi protein serta kandungan kalsium membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan serta membantu menguatkan rahim. Selain itu, protein juga sangat penting untuk perkembangan sel.

5. Ostematrix
Tablet kalsium yang membekalkan sumber kalsium untuk pembentukan tulang bayi serta memenuhi keperluan kalsium ibu. Pengambilan Ostematrix semasa hamil sangat penting sebabnya, baby memerlukan kalsium. Kalau ibu tak membekalkan kalsium yang mencukupi, maka kalsium ibu akan dicuri, menyebabkan tulang ibu rapuh dan gigi juga mungkin akan luruh 😱 Oh ya, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sembelit semasa hamil 😊 Haaaa satu lagi, Ostematrix juga membantu mengurangkan sembab air atau edema semasa hamil.

6. Omega Guard
Omega Guard yang mengandungi kandungan EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan fungsi neuron bayi. Dalam ertikata mudah, membantu perkembangan otak bayi. Pada masa yang sama, juga membantu mengurangkan inflamasi atau pembengkakan pada ibu.

Haaa panjang dah kak yone terangkan fungsi Set Kehamilan Shaklee atau Set Prenatal Shaklee ni. Manfaatnya memang sangat bagus. Tahu-tahu ajela, ibu hamil mengalami kepenatan dan berbagai-bagai perasaan yang sukar digambarkan. Jadi penting untuk memastikan ibu-ibu cukup nutrisi untuk kesihatan fizikal dan mental tau!

Kak yone pun bukanlah promote saja-saja. Of course la kak yone pun amalkan semasa hamil. Jadi perbezaannya memang terasa tau. Badan lebih bertenaga, mudah bangun pagi, takdela komplain tak larat nak kerja semua.

Haaaa nak dapatkan set ini, Whatsapp je kak yone di 012-5538628 πŸ˜


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

ESP Soya Tiruan?

ESP soya tiruan yang membahayakan? Ramai orang minum ESP semasa hamil menyebabkan kulit baby jadi sensitif dan tak cantik? Kalau mengandung baby boy, lagilah jangan minum ESP. Kang anak jadi macam perempuan. Haaa selalu kita dengar perkara-perkara begini kan pasal ESP.




Sebenarnya ESP ni dah lama establish. Bukan dihasilkan sewenang-wenangnya tapi telah melalui dulu pelbagai ujian klinikal untuk dipastikan ia selamat sebelum dipasarkan.

Lagi satu, ada juga yang mengadu ESP mahal. Tapi gini ajela. You get what you pay for. Nak murah, memang banyak protein yang berasaskan soya di pasaran. Tapi akhirnya jangan mengadu tiba-tiba kulit anak menjadi sensitif. Kak yone pun tak bagi korang minum susu soya yang lain semasa mengandung kecuali ESP. Kesian kat baby tau.

ESP ni diperbuat daripada soya asli - non GMO (non-genetically modified organism). Maknanya ESP dihasilkan daripada soya yang asli yang langsung tidak melalui sebarang kacukan hibrid yang kebanyakannya telah dicampur dengan bahan-bahan kimia untuk menjadikan soya itu cepat besar dan tahan lama.

Sebab tula ESP adalah serbuk soya yang sangat berkualiti dan InsyaAllah membantu dalam perkembangan sel dalaman badan kita. Sebab sumber proteinnya adalah sumber semulajadi yang sangat selamat dan mudah diserap di dalam sistem badan kita.

Antara kebaikan-kebaikan ESP

Kak yone tak nafikan, takut mendengar pelbagai tohmahan pasal ESP. Kalau tak kuat iman πŸ˜€ memang kak yone tak ambil ESP masa hamil dulu. Tapi alhamdulillah. Baby kak yone, sangat elok kulitnya dan lebih cerah berbanding si abang. Alhamdulillah dengan keizinan Allah jua. Kita usaha beri yang terbaik.

Ohhh ya, sebelum kak yone akhiri bebelan kak yone. Bulan Oktober 2017 ni ada promosi ESP yang best! Beli 4 canister/tong ESP dan enjoy 5% diskaun. Wow sangat sebab Shaklee susah nak bagi diskaun tau. So apa tunggu lagi. Jom rembat sekarang. Whatsapp 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Bahayakah sesetengah wanita tak mengalami morning sickness semasa mengandung?

Hai hai. Lama tak bersiaran. Selamat menjengah bulan Oktober yang awesome 😊 Hari ni terfikir nak share pasal bahayakah sesetengah wanita tak mengalami morning sickness semasa mengandung? Releks je. Happy je. Padahal yang mengalami morning sickness, ada yang sampai menyerah diri ke hospital sebab teruk sangat morning sickness sampai tak leh makan apa-apa pun.



Macam kak yone, anak sulung dulu, memang fuhhhh rasa tak larat sangat. Nak bangun pagi pun susah. Pakej pula dengan loya-loya dan muntah. Rasa taknak mengandung dah. Udahla masa 17 minggu kena pulak food poisoning, menyerah diri masuk hospital, warded. Memang lembik semasa trimester pertama.

Alhamdulillah, bila masuk trimester kedua dan ketiga, dah bahagia. Enjoy makan sesuka hati 😁 Hahaha.

Anak yang kedua pula, 5 tahun beza umur dengan anak sulung. Kak yone ada juga terasa loya-loya. Tapi tak seteruk masa mengandung anak yang pertama. Kiranya ok banyak sangat berbanding masa mengandung anak sulung.

Tapikan, bila baca-baca pasal morning sickness ni, sebenarnya ibu-ibu yang mengalami morning sickness atau mabuk-mabuk ni, menandakan bayi yang dikandung sihat. Syukur sangat, walaupun si ibu jadi lembik masa mengandung. 

Macam mana pulak bagi ibu-ibu yang tidak mabuk semasa hamil? Adakah kandungannya tak sihat? Haaa kak yone dulu ada juga terfikir macam tu. Sebenarnya apabila mengandung, ibu akan mempunyai hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dihasilkan daripada plasenta. 

Kehadiran hCG menyebabkan rasa loya dan muntah-muntah. Namun ada juga wanita yang tak mengalami rasa loya dan muntah-muntah yang keterlaluan. Tapi jangan bimbang. Itu bermakna badan wanita mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hormon hCG 😊 Jadi rasa loya dan muntah-muntah tu tak teruk sangat.

Alang-alang kita bercakap pasal hormon hCG yang menyebabkan rasa loya-loya tu, sebenarnya hormon hCG ini akan berada pada tahap tertinggi pada minggu ke-9. Selepas itu, badan akan menghasilkan hormon estrogen dan progesterone dan kandungan hCG akan semakin berkurangan. Jadi ibu-ibu akan berasa lega kerana simptom morning sickness juga akan berkurangan.

Haaa, jika anda sedang berada di awal kehamilan, bertabahlah sebentar melayan segala rasa loya dan nak muntah-muntah ini. Sesetengah orang, mengalami morning sickness sepanjang kehamilan. Haaa 9 bulan tau. Tapi kebanyakannya hanya dalam trimester pertama. Jadi, sabar dan bersyukur kerana setiap kehamilan adalah rezeki yang dikurniakan kepada kita 😊

Kak yone semasa hamil, amalkan Set Prenatal Shaklee. Memang terasa badan lebih bertenaga. Orang yang mengandung je tahu, betapa tak larat dan rasa nak tidur je bila mengandung ni. Tapi boleh terasa perbezaannya bila mengambil Set Prenatal Shaklee. Memang sangat jauh berbeza perasaannya semasa mengandung anak sulung dulu.

Antara perbezaan yang kak yone sendiri rasa:

πŸ’– Mudah bangun pada waktu pagi.

πŸ’– ESP yang merupakan sebahagian daripada Set Prenatal ini sangat membantu mengurangkan pedih perut pada waktu pagi (sebab perut terasa lapar, jadi minum ESP dulu untuk mengalas perut). Memang hilang pedih perut dan perut tidak berangin

πŸ’– Lawas dalam membuang air besar dan kurang risiko sembelit.

πŸ’– Badan lebih bertenaga dan kita tak melayan sangat perasaan nak rasa loya dan muntah.

πŸ’– Tak berlaku sembab air atau edema pada bahagian kaki.

πŸ’– Vitamin C sangat-sangat membantu apabila terjadinya batuk-batuk dan selsema. Lebih selamat mengambil vitamin C berbanding ubat-ubatan yang kurang sesuai diambil semasa hamil.


So sesiapa yang tengah hamil tu, nak mendapatkan Set Prenatal Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628😊