Menyusu bayi. Masih adakah peluang selepas gagal sebelumnya?

Semua ibu-ibu yang sedang hamil PASTI bercita-cita hendak menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Takde rasanya ibu-ibu yang siap beli susu formula sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi. Tapi, ada peluang ke menyusukan bayi sepenuhnya bila pernah gagal dengan anak-anak sebelumnya?



Satu soalan yang kadang-kadang mematikan semangat ibu untuk menyusukan bayinya. Iyelah, anak pertama takat sebulan je. Itu pun dah campur susu formula. Anak kedua pulak, takat 6 bulan. Tu pun dah campur susu formula juga. Adehhhhh. Hilang semangat bila fikir balik.

Tapi, percaya tak, kak yone dah tengok kawan-kawan kak yone berjaya menyusukan sepenuhnya apabila tibanya kelahiran ketiga (anak ketiga). Yang pertama dan kedua gagal. Tapi baby yang ketiga, dapat disusukan sepenuhnya. Sampai tahap susu melimpah ruah, lain macam sangat. Sampai kawan kak yone cakap, nak susukan dua tiga baby pun boleh. Haaaa everything is possible.



Nak menyusukan baby, memang bukan perkara mudah. Tapi ia tidak mustahil. Cuma si ibu kena kental semangat dan tidak berputus asa. Kalau si ibu putus asa, sambil lewa dan melayan perasaan give up tu, alamatnya memang sukar untuk berjaya. Sebab hati dan perasaan awal-awal lagi kata tak dapat.

Selalunya cabaran nak menyusukan sepenuhnya bermula pada peringkat awal lagi. Yang menggagalkan usaha penyusuan apabila susu lambat keluar (pada pandangan mata ibu dan orang-orang keliling) dan juga apabila bayi terkena demam kuning.

Dalam situasi ini, ibu akan berasa tertekan atau stress dan seterusnya mengalah dan memberikan susu formula. Pada hakikatnya, tak salah memberikan susu formula untuk top up, sementara menantikan susu badan untuk kick in. 

Jangan kecam kak yone ekk. Ramai ibu-ibu terpaksa memberikan formula kerana bayi mengamuk-ngamuk kelaparan. Kalau nak dipaksakan juga, sebenarnya mengundang bahaya kepada bayi itu sendiri. Bacaan gula dalam darah bayi akan turun dan seterusnya menyebabkan renjatan otak pada bayi. Jadi sementara tu, top up susu formula dan pada masa yang sama, usahakan untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

Susu formula boleh diberi melalui tiub, syringe, cawan atau sudu untuk membantu bayi agar tidak keliru dengan puting botol susu dan puting ibu. Nak-nak bila dah terbagi puting botol yang flow nya laju. Nanti bayi akan reject penyusuan direct susu ibu. Sebab susu ibu, bayi kena menggunakan tenaga untuk menghisap berbanding puting daripada botol yang mengalir perlahan-lahan. Jadi berhati-hati juga pada part ini.

Apabila susu dah kick in, rajin-rajinlah menyusukan bayi mengikut demand atau kehendak bayi. Memang tidak dinafikan sesetengah bayi nak menyusu setiap masa. Keadaan ini akan menyebabkan ibu keletihan serta mungkin mengalami kesakitan pada puting payudaranya. 

Sebab itu, ibu harus bertenaga selepas melahirkan bayi. Selepas kelahiran, bayi harus terus disusukan, bukan dimandikan dan diberikan susu formula. Beritahu juga pihak hospital yang si ibu ingin menyusukan bayi secara ekslusif supaya mereka tidak memberikan susu formula dan menjaga bayi di nursery. Bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibunya.

Ramai kawan kak yone yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee atau Shaklee Postnatal Set. Apabila selesai berpenat lelah mengharungi proses bersalin, terus mereka minum ESP dan makan vitamin-vitamin di dalam set berpantang untuk membantu memulihkan tenaga dan juga sebagai persediaan untuk menyusukan bayi. 

Alhamdulillah. Memang proses menyusukan bayi menjadi lebih mudah. Fikiran lebih positif (penting tau untuk positif sebab banyak cabaran menunggu di awalnya). Si ibu juga lebih bertenaga untuk melayan karenah bayi 😊


Set Berpantang dan Menyusu Shaklee



Set Berpantang atau Postnatal Shaklee ini mempunyai 7 jenis vitamin. Sebenarnya kebanyakan vitamin ini boleh diamalkan semasa hamil, kecuali Alfalfa Complex. Fungsi-fungsi setiap satu vitamin adalah seperti berikut:

💓 Vita-Lea merupakan multivitamin yang membantu top up keperluan nutrisi harian si ibu. 

💓 Vitamin B-Complex sangat-sangat membantu untuk boost tenaga ibu yang dalam berpantang serta membantu ibu untuk lebih tenang dan menjauhkan stress.

💓 Vitamin C (sustained release) membantu pemulihan luka selepas bersalin serta menguatkan sistem pertahanan ibu dalam melawan jangkitan virus dan bakteria serta melindungi bayi melalui susu ibu.

💓 Ostematrix iaitu tablet kalsium yang sangat penting untuk memenuhi semula keperluan kalsium pada tulang si ibu dan pada masa yang sama menyalurkan keperluan kalsium pada bayi. Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sakit-sakit badan serta masalah sembelit bagi ibu hamil.

💓 ESP merupakan serbuk soya protein yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya ibu yang sedang berpantang untuk membantu proses memulihkan luka serta membantu pertumbuhan sel-sel baru. Juga membantu memekatkan susu badan dan menyalurkan keperluan protein melalui susu ibu kepada bayi.

💓 Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi (melalui susu ibu) serta mengurangkan inflammasi dalaman bagi ibu, yang membantu mengurangkan kesakitan akibat daripada luka-luka selepas bersalin.

💓 Alfalfa Complex membantu membersihkan dalaman dengan membuang darah-darah kotor, membantu melawaskan proses membuang air besar serta membantu boostkan pengeluaran susu ibu.


Jadi, nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, jangan malu-malu untuk menghubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley




Previous
Next Post »
0 Komentar