Bolehkah wanita hamil mengangkat berat

Hari ni kak yone nak sentuh pula pasal ibu-ibu yang hamil, tapi mungkin memerlukan mereka mengangkat benda-benda berat atau ibu-ibu yang mempunyai anak yang memerlukan mereka mendukung anak mereka apabila diperlukan. Jadi bolehkah wanita hamil mengangkat berat?



Ramai juga yang kak yone lihat, hamil tapi masih mendukung anak kecil mereka yang berusia 1-3 tahun. Ada juga ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi di mana pekerjaan mereka memerlukan mereka mengangkat kotak-kotak atau benda-benda yang berat.

Hakikatnya, jika boleh, ibu-ibu yang tengah mengandung ini, elakkanlah mengangkat benda-benda yang berat. Ada yang cakap, berat maksimum yang boleh ibu-ibu hamil angkat ialah dalam 9kg. Ada juga yang mengatakan 7kg adalah berat maksimum.

Sebab-sebab ibu mengandung tidak digalakkan mengangkat benda-benda berat:

💣 Di awal kehamilan, kandungan masih belum kuat di dalam rahim ibu. Oleh itu, elakkan mengangkat benda-benda berat atau mendukung anak-anak kecil. Benda berat menyebabkan tekanan yang boleh menyebabkan keguguran awal.

💣 Apabila usia kehamilan semakin meningkat, badan ibu akan mengalami perubahan fizikal. Perut yang semakin membesar memungkinkan si ibu berada dalam keadaan yang kurang stabil apabila mengangkat barang-barang yang berat. Ini mungkin akan menyebabkan si ibu terjatuh dan seterusnya mencederakan diri dan kandungan.

💣 Selain itu, keadaan otot-otot badan yang sedang meregang semasa hamil akan menyebabkan badan si ibu berasa sakit apabila mengangkat benda-benda berat.

💣 Kebiasaan mengangkat benda-benda berat juga akan menyebabkan si ibu berisiko untuk bersalin awal atau bersalin anak pramatang.

💣 Berat bayi juga berisiko akan menjadi lebih rendah berbanding bayi yang ibunya jarang mengangkat barang berat.

Tapi keadaan ini bergantung juga pada si ibu. Ada si ibu yang sudah terbiasa mengangkat barang-barang berat. Jadi otot-otot si ibu sudah kuat dan mampu menghadapi keadaan hamil dan pada masa yang sama masih lagi mengangkat beban-beban yang berat.

Gambar ihsan Google.

Semuanya bergantung kepada individu. Apa-apa pun, kak yone percaya, biar besederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan terlalu memaksa diri takut akan menyebabkan diri terbeban. 

Yang penting, semasa hamil, amalkan makanan yang berkhasiat dan cara hidup yang sihat. Ibu yang sihat dan gembira akan melahirkan anak yang sihat dan gembira juga. Kak yone doakan semua ibu-ibu sihat dan berbahagia selalu dalam menempuh saat-saat kehamilan 😉

Nak dapatkan Set Prenatal Shaklee atau mana-mana vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Waspada dengan keputihan semasa hamil

Semasa hamil, memang macam-macam dugaan datang menjengah. Tapi memang normal sebab masa tengah hamil, badan seorang wanita akan mengalami perubahan hormon. Masalah keputihan merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh wanita hamil. Perlukah kita berwaspada dengan keputihan semasa hamil? Jom baca selanjutnya.



Keputihan sebenarnya adalah suatu perkara normal yang dihadapi oleh semua wanita. Semasa hamil, makin menjadi-jadi pula keputihan kerana peningkatan hormon estrogen yang membantu pengaliran darah ke bahagian pelvik.

Peningkatan pengaliran darah ini merangsang pembentukan lendir (keputihan) yang berfungsi melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan membantu mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat di dalam faraj.

Keputihan yang berwarna putih dan cair adalah keputihan yang normal semasa mengandung. Namun ibu-ibu hendaklah berwaspada supaya tidak terkeliru dengan kebocoran air ketuban. Jika terlalu banyak air yang keluar, segera merujuk dengan pakar sakit puan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Boleh baca pasal kebocoran air ketuban di SINI.

Perkara penting yang perlu diketahui tentang keputihan.

Keputihan yang tidak normal:

💜 Keputihan yang berwarna hijau, kelabu atau kekuningan

💜 Berbau kuat atau busuk

💜 Menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada bahagian sulit

💜 Lendir yang keluar adalah kental, pekat dan banyak

Secara amnya, keputihan tidak membahayakan kandungan. Namun jika berlaku jangkitan dan si ibu hampir hendak bersalin, pastikan si ibu mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Jika berlaku kelahiran di saat adanya jangkitan, kemungkinan bayi juga akan mendapat jangkitan tersebut.

Selalunya doktor akan mengambil sampel daripada faraj dalam minggu ke 32 hingga 34 untuk memeriksa sama ada si ibu ada mengalami apa-apa jangkitan keputihan. Jika ada, dotor akan memberikan rawatan antibiotik atau ubat insert untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Cara-cara untuk mengawal keputihan semasa hamil:

💛 Gunakan seluar dalam daripada kain yang diperbuat daripada kapas yang membantu menyerap peluh dan elakkan memakai seluar yang ketat. 

💛 Elakkan menggunakan sabun yang berbau wangi pada bahagian sulit kerana menggalakkan kerengsaan kulit.

💛 Selalu menukar seluar dalam atau panty liner jika berkeadaan lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat.

💛 Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula, kerana semasa hamil, gula menggalakkan pertumbuhan kulat yang aktif.

💛 Amalkan membasuh bahagian sulit dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan daripada anus ke faraj. 

💛 Amalkan makan yogurt untuk menggalakkan flora yang sihat.

💛 Selepas bersama dengan suami, amalkan membuang air kecil dan membasuh bahagian sulit sehingga bersih.

💛 Boleh amalkan Garlic Complex bersama Set Prenatal daripada Shaklee untuk membantu mengawal masalah keputihan.

Semoga ibu-ibu semua menjalani saat-saat kehamilan dengan gembira, sihat dan bahagia 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee atau Set Prenatal Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Bilakah pergerakan bayi dalam perut dapat dirasai?

Pergerakan bayi dalam perut selalunya akan dapat dirasai apabila kandungan mula mencecah minggu ke-16 hingga ke-20 minggu. Bagi yang baru pertama kali hamil, mungkin hanya merasa pergerakan bayi apabila masuk minggu ke-20 ke atas. 



Bagi ibu-ibu yang sedang hamil anak kedua dan seterusnya, mungkin pergerakan bayi akan dirasai lebih awal. Tapi bergantung juga pada fizikal ibu dan kedudukan plasenta di dalam rahim.

Ada ibu-ibu yang merasai pergerakan bayi dalam kandungan seawal sebelum 16 minggu. Tetapi kebanyakannya mungkin keliru dengan pergerakan angin dalam perut atau pun pergerakan bayi 😂 Tapi jika ingin membaca pasal pergerakan bayi dan apa yang perlu dititikberatkan, meh baca link ini.

Entri kali ni lebih menekankan tentang ibu-ibu yang keliru. Walaupun bukan anak pertama, kehamilan dah mencapai 20 minggu tapi masih lagi kurang merasai pergerakan bayi. Haaa macam manakah itu? Perlukan si ibu merasa risau?

Macam yang kak yone nyatakan di atas, keadaan fizikal ibu memainkan peranan. Bagi ibu yang kurus, mungkin pergerakan bayi akan lebih terasa. Bagi ibu yang berisi, mungkin pergerakan bayi terasa begitu lembut sampai ibu pun keliru atau tak merasai langsung pergerakan tersebut.

Ada juga keadaan di mana plasenta berada di bahagian hadapan perut dan bayi berada di bahagian belakang. Sebab itu juga akan menyebabkan ibu-ibu kurang merasai pergerakan bayi. Lainlah jika sebaliknya, iaitu plasenta terletak di bahagian tulang belakang, maka pergerakan bayi akan lebih mudah dirasai.

Apa-apa pun, jika rasa risau dan ragu-ragu, jangan malu-malu untuk berjumpa dengan gynea anda. Jika kehamilan semuanya baik, maka berikan sedikit masa supaya bayi terus membesar dan InsyaAllah ibu-ibu akan merasai pergerakan bayi yang lebih konsisten.

Kak yone doakan ibu-ibu semua menjalani detik-detik kehamilan dengan bahagia, sihat dan gembira. 

Jika ingin mendapatkan Set Prenatal Shaklee, boleh menghubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Bolehkah wanita mengandung makan makanan pedas, durian atau petai?

Bolehkah wanita mengandung makan makanan pedas, makan durian ataupun makan petai? Haaa isu makan ni memang bagi sesetengah wanita, sangat sensitif. 



Tapi ada sesetengah wanita, memang teringin pulak nak makan durian la, petai la masa hamil. So macam mana? Boleh ke makan?

Ada orang cakap, kalau makan makanan pedas, nanti baby dalam perut akan mengelupur kepedasan. Kalau makan durian, nanti baby dalam perut akan kepanasan. Betul ke semua ni?

Risau jugalah, kalau makan pedas, baby tak tahan kat dalam perut. Nak-nak lepas tu si ibu pulak terkena cirit-birit. Tak berbahaya ke kat baby? Perut baby akan terkesan juga ke dengan kepedasan yang si ibu makan?

Ok. Sebenarnya para ibu semua tak perlu risau. Baby di dalam perut sebenarnya memang telah Allah jadikan sentiasa terpelihara di dalam rahim ibu. Kesan makan pedas, makan durian atau makan petai sekalipun takkan memberi apa-apa kesan rasa pada baby.

Baby cuma akan mendapat zat nutrisi daripada makanan-makanan tersebut. Macam cili mengandungi vitamin C, nutrisinya membantu menjaga kesihatan jantung, dan sebagainya. Kalau durian pulak, kita tahu durian kaya dengan pelbagai nutrisi dan tinggi serat. Petai pun sama. Membantu membersihkan darah.

Tapi kak yone baca juga. Kalau petai dimakan banyak-banyak, takut nanti bau air ketuban busuk. Haha apa-apa pun, semuanya makanlah dalam kuantiti yang sederhana 😊

Kak yone doakan semua yang membaca ini berbahagia dan gembira selalu 😘 Terima kasih sebab datang melawat blog kak yone.

Nak dapatkan mana-mana vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Psssttt: Bulan December 2017 ni ada promosi Vivix beli 6 percuma 1 atau beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Haaa patut sangat untuk dapatkan 😉 Cepat-cepat Whatsapp kak yone.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Fahami mood swing wanita mengandung

Wanita ni, perangainya memang menyimpan 1001 misteri. Kalau tak mengandung pun, ada masa-masanya datang mood swing bila dekat nak period. Boleh baca link ini. Bila dah mengandung, mood swing wanita mengandung semakin bertambah-tambah.


Siapa yang harus dipersalahkan? Hormon. Hahahaha. Rasanya betul sangat sebab kehadiran hormon ini sebenarnya yang mengubah mood wanita. Kadang ok, happy dan gembira je. Tiba-tiba boleh pulak berubah 360 darjah. Serabut, rasa tak sihat, rasa nak nangis semua.

Yang selalu melihat dan menjadi 'mangsa' kepada up and down mood wanita ini, semestinya para suami 😂 Sabarlah wahai lelaki. Wanita ini memang misteri. Bila mengandung, apa yang suka dilakukan sebelum mengandung, mungkin dah tak suka dibuat semasa mengandung. 

Jadi, apabila isteri hamil, jangan cepat buat assumptions atau anggapan seperti mana isteri sebelum hamil. Contohnya, makanan kegemaran isteri suatu masa dulu, mungkin bukan lagi kegemarannya semasa hamil. Ada yang langsung jadi tak suka atau tiada selera nak makan makanan yang digemarinya semasa hamil.

Memang ada wanita yang berubah 100%! Pada masa hamil juga, sesetengah wanita mengalami simptom morning sickness yang teruk. Jadi memang pada waktu ini, si isteri akan kelihatan sangat letih, moody dan kalau boleh nak tidur atau tidak diganggu. Nak ke tempat kerja pun mungkin akan terasa letih tak bermaya 😞 

Keletihan, morning sickness, mungkin terasa sakit kepala, sakit badan dan sebagainya menyebabkan si isteri mudah melenting, menangis dan buat perkara-perkara yang kadangkala membuatkan si suami terkejut! 

Being a husband, cuba fahami keadaan isteri. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

💗 Banyakkan berkomunikasi dengan isteri. Jangan sesekali membuat assumptions atau tanggapan. Selalu tanya keadaan isteri.

💗 Fahami bahawa isteri berada dalam keadaan yang 'fragile'. Perubahan hormon dan perubahan fizikal akan menyebabkan isteri berada dalam keadaan yang sangat sensitif. 

💗 Jaga percakapan dan perbuatan anda. Hati-hati supaya tidak terlepas cakap seperti 'isteri pemalas', 'gemuk' dan sebagainya.

💗 Pastikan isteri berada dalam keadaan happy dan jauhkan daripada perkara-perkara yang membuatkannya stress.

💗 Galakkan juga isteri untuk berkongsi perasaan supaya tidak menyimpan perasaan di dalam hati.

💗 Luangkan lebih banyak masa bersama. Jika boleh, pergi bercuti.

💗 Si isteri pun, tak perlu nak stresskan diri untuk menyiapkan segala kerja rumah. Minta bantuan cik abang 😀

Sebenarnya keadaan mengandung ni adalah saat-saat bahagia seorang isteri atau ibu. Sebab itulah wanita sangat-sangat kuat kerana walaupun diuji dengan mood yang ups and downs. Sanggup lagi untuk hamil walaupun menempuh tempoh yang sukar 😀

Yang penting, semasa hamil, kesihatan diri kena dijaga. Pada waktu ini, bayi yang berada di dalam kandungan sangat-sangat perlu nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal.

Walaupun si ibu mungkin tak lalu makan atau cerewet dengan pemilihan makanan, usahakan juga untuk makan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Macam kak yone, walaupun tak berapa suka makan sayur, bila dah stabil, kak yone usahakan juga makan sayur berdaun yang banyak khasiatnya 😀 Demi baby. Berilah yang terbaik.

Sebab tu kak yone amalkan Set Prenatal Shaklee yang banyak sangat manfaatnya. Badan ibu akan lebih bertenaga. Bila bertenaga, mood pun akan lebih stabil. Bila mood stabil, ibu akan rasa happy 😀 Alhamdulillah lain sangat rasa apabila mengamalkan SET PRENATAL SHAKLEE ini dengan konsisten.

Nak tengok testimoni dan kebaikan Set Prenatal Shaklee, boleh baca di SINI.

Kak yone doakan ibu-ibu semua tabah dalam menghadapi proses kehamilan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan ibu dan baby yang sihat 😘😘😘


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Menjayakan penyusuan exclusive susu ibu

Hari ni kak yone sharekan pasal penyusuan susu ibu exclusive untuk bayi. Sekarang ni memang ramai dah sedar akan kepentingan menyusukan bayi dengan susu ibu. Walaupun penyusuan susu ibu adalah suatu yang semulajadi, namun ia tidaklah semudah yang disangka.



Semulajadi sebab susunya datang dari ibu. Tapi nak menjayakan penyusuan susu ibu, ibu dan bayi kena bekerjasama memastikan susu tu sampai kepada bayi. Lagi satu, ibu-ibu semua harus ingat, tak semua orang bertuah ada susu selepas bersalin. Maksudnya nampak susu keluar daripada payudara. Selalunya nampak seperti tiada susu langsung.

Pada waktu lepas bersalin, yang ada adalah kolostrum, iaitu cecair pekat yang sangat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Jika lekapan bayi betul, bayi akan berjaya mendapatkan kolostrum ini. Malah ibu-ibu juga boleh memicit dengan tangan untuk mengeluarkan kolostrum ini. Pada masa ini, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. Jangan fikir takde susu.

Nak tahu kehadiran kolostrum ni, ibu-ibu boleh marmet atau urut-urut di sekitar payudara untuk mengeluarkan kolostrum ini. Sediakan syringe 1ml untuk mengumpul titisan kolostrum yang pekat ini. Jika tiada syringe, boleh gunakan cup kecil untuk menadah titisan emas ini.


Cara-cara mengurut payudara. Setelah mengurut mengikut langkah 1 dan 2, tekanan diberikan di bahagian atas daripada areola untuk mengeluarkan kolostrum. Picit perlahan-lahan dan boleh dilakukan di sekeliling areola seperti gambar 3 dan 4. Elakkan memicit di kawasan areola untuk mengelakkan kesakitan.

Hakikatnya perut bayi yang baru dilahirkan sangat kecil. Hanya sebesar guli atau buah ceri pada hari pertama dilahirkan. Jom kita tengok keperluan susu bayi dari lahir sampailah ke sebulan.


Yang penting, untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara exclusive, pastikan selepas bayi dilahirkan, terus diberikan kepada ibu untuk disusukan. 

Ada sesetengah hospital bersalin, terus mengambil bayi dan diletakkan di bawah jagaan nursery. Manakala ibu dibiarkan berehat. Jika nak menjayakan penyusuan exclusive, pastikan hospital dimaklumkan yang bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibu untuk terus disusukan dan tidak diberikan langsung susu formula selepas dilahirkan.

Yang penting, di saat awal selepas kelahiran bayi, pastikan lekapan bayi di payudara adalah betul. Pastikan kedua-dua bibir bayi terkeluar seperti memuncungkan mulut apabila melekap di payudara. 

Lekapan itu juga hendaklah di bahagian areola, bukan di bahagian puting. Jika lekapan terjadi di bahagian puting, bayi tidak akan dapat menstimulasikan pengeluaran susu dengan baik, malah mungkin juga tidak akan mendapat susu. Ibu juga akan mengalami kesakitan apabila menyusu, kerana puting melecet.



Ramai ibu-ibu risau bayi tidak mendapat susu ibu secukupnya. Haaa nak tengok baby dapat susu secukupnya dan kenyang, boleh tengok cue ini.

Have you ever worried that your newborn fell asleep hungry after breastfeeding?


"When a baby is hungry, he tends to clench his fists tightly and bring them toward his face. If he falls asleep hungry, his fists usually stay clenched. But when he gets milk, he relaxes starting with his face. Then his shoulders relax, and finally those fists unclench. Eventually they're as limp as the rest of him. Think of his hands as a built-in fuel gauge." -- La Leche League's Womanly Art of Breastfeeding, 8th edition

Jadi, apabila menyusukan bayi dan bayi terlena. Tengok wajah baby sama ada kelihatan tenang, atau pun nampak stress dan dahi berkerut. Jika badannya kelihatan keras dan tegang, tangan juga seolah menggenggam penumbuk, itu bermakna bayi masih tidak puas menyusu. Kemungkinan besar, flow susu ibu perlahan dan bayi kurang sabar.

Namun, jika bayi kelihatan releks, lena tidurnya serta tangannya terkulai dan lembut, maka yakinlah bayi sudah puas menyusu 😊


Tengok tangan baby ni dah terbuka dan terkulai, tanda baby kekenyangan.

Untuk ini, ibu-ibu boleh usahakan untuk menjaga pemakanan, minum air secukupnya. Jika boleh banyakkan makanan yang bersup untuk membantu mempertingkatkan lagi pengeluaran susu. 

Bayi pula jangan dibiarkan lapar sehingga menangis baru hendak disusukan. Apabila dah nampak cue seperti tangan dibawa ke mulut atau pun muka bayi mula mengalih ke sisi seolah-olah mencari susu ibu, maka segeralah menyusukan bayi. 

Ini untuk mengelakkan bayi mengamuk-ngamuk dan kesukaran untuk mendapatkan lekapan yang betul kerana bayi sudah terlalu lapar dan tidak sabar mahukan susu yang mungkin flownya agak perlahan.

Ibu-ibu yang hendak menjayakan penyusuan exclusive ini juga haruslah memastikan diri sendiri berada dalam keadaan yang sihat fizikal dan mental. Jika ibu terasa sakit, stress, kemungkinan besar, akan mengganggu proses penyusuan susu ibu. Bayi juga akan merasa stress yang dialami oleh ibu.

Untuk ibu, pastikan ibu mendapat pemakanan yang cukup nutrisi, supaya badan lebih segar dan bertenaga dan juga luka bersalin dapat sembuh dengan baik.

Kak yone cadangkan, selepas sahaja melahirkan anak, minumlah ESP daripada Shaklee untuk tenaga dan membantu boostkan pengeluaran susu untuk bayi. Selain itu, ESP juga membantu memulihkan luka-luka bersalin. Kombinasi dengan Alfalfa Complex juga akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu serta membantu ibu-ibu membuang darah kotor dengan lebih lancar.

Selain itu, amalkan juga vitamin C Shaklee yang membantu menguatkan sistem imun ibu, supaya semakin sihat, membantu memulihkan luka serta menyalurkan zat vitamin C ini kepada bayi melalui susu ibu.

Selain itu, vitamin lain yang terdapat di dalam Set Postnatal Shaklee ialah:

💙 Vitamin B Complex yang membantu ibu lebih bertenaga dan juga membantu mengelakkan stress dan meroyan.

💙 Ostematrix. Membekalkan keperluan kalsium untuk ibu menyusu dan juga menyalurkan melalui susu ibu kepada bayi.

💙 Omega Guard. Mengandungi khasiat DHA dan EPA yang membantu mengurangkan inflamasi pada ibu dan membantu perkembangan otak bayi supaya menjadi anak yang lebih bijak dan pintar (disalurkan melalui susu ibu).

💙 Vitalea iaitu multivitamin yang membantu top-up keperluan nutrisi harian si ibu supaya lebih cergas dan bertenaga.



Masa hamil, kak yone memang mengambil set ini (kecuali Alfalfa Complex) yang mana boleh diteruskan sebagai Set Berpantang. Memang terasa badan lebih bertenaga, lawas dan happy apabila mengamalkan set ini 😉

Kak yone amalkan, dan of courselah kak yone nak share kebaikannya. So nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu dan berpantang dengan happy 😊


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Cara-cara untuk berhenti merokok

Kak yone nampak betapa sukarnya perjuangan seseorang untuk berhenti merokok. Apabila dah berhenti merokok, ada masa-masanya kembali semula merokok kerana tak tertahan dengan dugaan sekeliling. Proses berhenti merokok bukanlah perkara yang mudah dan boleh dipaksa terjadi serta-merta 😂 



Sebenarnya, adakah cara-cara yang spesifik untuk berhenti merokok? Bagi kak yone la, apabila merokok, ia sebenarnya adalah suatu ketagihan. Kak yone sendiri rasa ketagih apabila lama tak minum nescafe dan seangkatannya. Bila rasa ketagih tu, memang akan rasa nak minum coffee. Akhirnya memang mungkin sekali sekala, kak yone akan minum juga apabila lama tak minum.

Samalah dengan konsep berhenti merokok. Walaupun ada masanya macam dah lama tak merokok. Tetapi apabila berada dalam persekitaran orang merokok, ketagihan tu mungkin akan datang balik. Apabila terjadinya perkara ini, perokok atau bekas perokok itu sendiri kena kuat untuk menghalang diri daripada keinginan untuk merokok.

Kat sini, ada beberapa cara untuk membantu diri daripada berhenti merokok:

💚 Tekadkan semangat di dalam diri untuk betul-betul berhenti merokok.

💚 Berdoa memohon agar Allah permudahkan niat dan urusan untuk berhenti merokok.

💚 Buat target secara spesifik tarikh untuk betul-betul berhenti merokok.

💚 Dapatkan sokongan orang-orang tersayang dan orang-orang sekeliling yang anda sedang berusaha berhenti merokok.

💚 Tulis kata-kata semangat dan positif dan pandang selalu untuk mengingatkan diri yang anda nak berhenti merokok.

💚 Jauhkan diri daripada orang-orang yang selalu melepak dan merokok.

💚 Divert attention atau alihkan keinginan untuk merokok dengan buat perkara-perkara lain yang membuatkan anda melupakan niat untuk merokok.

💚 Banyakkan minum air masak dan kurangkan minuman yang berkafein. Kafein and nikotin ni macam adik beradik yang mudah buat orang ketagih 😂

💚 Boleh juga minum air kelapa muda untuk membantu mengurangkan keinginan untuk merokok. 

💚 Banyakkan bersenam atau beriadah. Biarkan diri melihat dan menikmati kehijauan alam.

💚 Selalu basuh tangan dan segarkan diri dengan mandi untuk menenang dan menyegarkan tubuh badan. Orang yang kuat merokok ni, tangannya ada bau rokok. So selalulah bersihkan tangan dan mandi.

💚 Kunyah gula-gula getah sebagai satu cara untuk mengurangkan keinginan untuk merokok.

💚 Amalkan Vivix daripada Shaklee untuk membantu memberikan rasa pahit dan tak sedap apabila merokok.

Dah terbukti ramai yang berjaya berhenti merokok dengan cara-cara yang dinyatakan di atas. Sebab hakikatnya diri sendiri HARUS bertekad apabila nak berhenti merokok. Orang lain takkan mampu lakukan apa-apa kecuali memberi sokongan dan dorongan.

Ramai juga yang berjaya berhenti merokok apabila minum tonik merah Vivix Shaklee 😀 Boleh tengok video di bawah. Haaa En. Uzir ni meroko sejak umur 14 tahun tau. Bayangkan betapa lamanya dia jadi perokok tegar. Macam-macam cara diusahakan, akhirnya dengan Vivix, dia berjaya!




Ada banyak lagi testimoni-testimoni orang yang berjaya berhenti merokok dengan Vivix. Jom tengok!






Kak yone ucapkan selamat berjaya dalam usaha untuk berhenti merokok. Jika ingin berikhtiar dengan Vivix, boleh dapatkan daripada kak yone. Sekarang pulak tengah ada promosi. Jadi jangan lepaskan. Hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Harvesting Colostrum - Mengumpul kolostrum sebelum bayi dilahirkan

Hari ni kak yone terjumpa satu info pasal 'Harvesting Colostrum before birth'. Bermakna, ibu-ibu yang sedang hamil dalam hujung trimester ketiga, cuba untuk mengeluar dan mengumpul kolostrum untuk diberi kepada bayi selepas bayi dilahirkan.

Kolostrum yang dikumpulkan di dalam syringe

Kita semua tahu, apabila bayi dilahirkan, susu awal yang ada adalah kolostrum iaitu sejenis cecair pekat yang dipanggil sebagai 'liquid gold' yang sangat-sangat berkhasiat untuk bayi kerana mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga garam yang membantu bayi kekal terhidrat dan mengurangkan risiko jaundis atau demam kuning. Di samping itu, kolostrum juga membantu menguatkan antibodi bayi dan mengekalkan paras gula yang baik pada bayi yang baru dilahirkan. 

Masa kak yone tengah hamil anak kedua dulu, memandangkan kak yone dah pun menjangkau 40 minggu, maka sehari dua sebelum tarikh induce, kak yone ada juga pam dengan elektrik pam untuk stimulate pengeluaran susu. Masa ni kak yone memang tak tahu lagi pasal 'harvesting colostrum'. Niat kak yone pada masa tu, hanyalah untuk menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih cepat.

Pada masa pam tu, memang tiada pengeluaran susu langsung. Even kolostrum pun kak yone tak perasan 😂 Kak yone pun masih banyak lagi belajar pasal penyusuan. So sama-samalah kita belajar dan menambah ilmu dalam bab penyusuan susu ibu ni ya.

Susu badan hanya akan keluar dalam 3-4 hari selepas bayi dilahirkan. Sebelum itu, ibu-ibu hanya ada kolostrum. Kebanyakan ibu mungkin tidak sedar akan kehadiran kolostrum ini kerana ia sangat pekat dan bagi sesetengah ibu, kuantitinya sangat sedikit, tapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi yang baru dilahirkan.

Apa yang penting, bagi ibu-ibu yang hendak menyusu bayi secara esklusif hendaklah sentiasa 'direct latch' atau menyusu secara langsung mengikut kehendak bayi. Pastikan juga lekapan bayi pada payudara betul untuk mengoptimakan stimulasi susu ibu. InsyaAllah, pengeluaran susu akan dihasilkan mengikut kehendak bayi. Yang penting, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. 

Ok, berbalik kepada topik harvesting colostrum, selalunya digalakkan bagi kes-kes berikut:

💙 Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil. Oleh itu, bayi yang dilahirkan juga akan mengalami kadar gula yang rendah dalam darah dan perlu menyusu sekerap yang mungkin. Jika ada kolostrum yang telah sedia dikeluarkan sebelum bersalin, akan sangat-sangat membantu ibu-ibu untuk meningkatkan lagi penyusuan bayi untuk mengelakkan risiko neonatal hypoglycaemia (kadar gula rendah dalam darah).

💙 Bayi yang mengalami mulut sumbing (cleft lip or palate) 

💙 Bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah jantung atau down sindrom

💙 Ibu yang melahirkan bayi kembar

💙 Ibu yang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi

Jadi, bagi ibu-ibu yang sihat semasa hamil, digalakkan menyusu secara direct selepas bayi dilahirkan. Tapi tidak salah jika ingin mengeluarkan kolostrum sebelum bayi dilahirkan. Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dilaksanakan pada minggu ke 37.

Ada sesetengah kajian mengatakan stimulasi pada payudara semasa kehamilan mungkin akan mempercepatkan proses bersalin. Sebab itulah digalakkan dilaksanakan pada minggu ke-37. Namun jika tiada kolostrum yang keluar atau hanya sedikit sahaja yang keluar, jangan kecewa kerana itu adalah perkara yang normal. Sesungguhnya lekapan bayi pada payudara adalah cara yang paling efektif untuk mengeluarkan kolostrum.

Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dikeluarkan dengan kaedah hand express. Kalau pakai pam elektrik, takut titisan emas akan terbazir kerana kolostrum yang keluar mungkin dalam bentuk titisan-titisan yang halus. Syringe 1 atau 2ml digunakan untuk mengumpul kolostrum yang keluar. 

Cara untuk hand express dan info lanjut mengenai 'Harvesting Colostrum' boleh dirujuk di link ini

Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua. Yang penting, jaga makan, minum dan kesihatan semasa hamil. Pastikan diri mendapat cukup nutrisi untuk ibu dan bayi.

Jika ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley