Petua untuk memudahkan proses bersalin

Kali ini, untuk meraikan sahabat kak Nur yang tengah menghitung hari untuk bersalin, kak Nur up kan lagi petua untuk memudahkan proses bersalin. Tapi ingat, setiap orang adalah unik. Semuanya rezeki masing-masing dan kita usahakan yang terbaik.

Alhamdulillah dah hampir setahun pengalaman kak Nur sendiri mengalami proses bersalin. Hehehe Alhamdulillah proses bersalin yang lepas sangat-sangat dipermudahkan oleh Allah. Boleh baca di SINI. Syukur sangat sebab pengalaman sebelum itu agak perit. 

Antara petua di saat akhir bagi yang menghitung hari untuk memudahkan proses bersalin yang boleh kak Nur kongsikan:

πŸ’š Doa setiap masa agar baby sihat, diri sendiri sihat dan proses bersalin menjadi mudah apabila tiba masanya nanti. Banyakkan solat sunat Taubat dan Hajat dan sujud lama-lama supaya membantu memperbetulkan posisi bayi supaya berada dalam keadaan yang bersedia untuk dilahirkan.

πŸ’š Buat to-do list berkenaan perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum baby lahir. 

πŸ’š Daripada to-do list tu, senaraikan perkara yang harus diselesaikan sebelum baby lahir, antaranya:

πŸ‘‰ Mengemaskan dapur agar lebih bersih dan teratur supaya lepas bersalin, suami atau Confinement Lady senang nak memasakkan makanan berpantang 

πŸ‘‰ Membersihkan semua bilik air (kalau tak larat, jangan paksa diri) agar lepas bersalin, bilik air lebih selesa digunakan. Jika ada tetamu pun, kita tak rasa malu untuk membiarkan mereka menggunakan bilik air.

πŸ‘‰ Memastikan beg bayi dan ibu dah tersedia untuk dibawa ke hospital (hahaha kak Nur gi hospital sehelai sepinggang sebab tak percaya yang dah nak bersalin pada hari tu πŸ˜‚)

πŸ‘‰ Jika mampu, bersih dan kemaskan rumah agar lebih kemas dan teratur.

Haha kalau tengok to-do list ni macam nak buli ibu mengandung pulak πŸ˜… Tapi perasan tak, semua to-do list tu melibatkan pergerakan yang agak extreme. Extreme sebab kerja-kerja tersebut membantu pergerakan bayi turun dan indirectly, InsyaAllah akan memudahkan lagi proses bersalin.



Namun, terdapat pengecualian bagi petua ini. Bagi ibu-ibu yang berisiko atau kesihatan yang tidak berapa baik, elakkanlah daripada melakukan kerja-kerja berat. 

Kak Nur sendiri, masa usia kandungan dalam trimester kedua dan ketiga, ada masa-masanya merasa sakit di bahagian bawah perut. Masa sakit tu, kak Nur memang banyak berehat. Bagi kak Nur, sebaiknya semasa nak bersalin, biarlah kesakitan tu dah tiada supaya kita dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan gembira. 

Kalau taknak buat kerja-kerja berat seperti yang dinyatakan di atas pun boleh. Dengan syarat, aktifkan diri bergerak. Rajin gi cuci mata dekat mall ke, rajin bersenam naik tangga ke. InsyaAllah pergerakan-pergerakan ini memang akan sangat-sangat membantu dalam proses bersalin nanti 😍 Selebihnya boleh baca di SINI.

Masa kak Nur kena induce masa nak bersalin baby kedua dulu, kak Nur tak banyak bergerak. Asyik berehat di rumah je. Boleh baca pengalaman kak Nur di SINI (part I) dan SINI (Part II).  Memang best masa tu sebab dapat MC sementara menantikan tarikh nak induce baby. Orang cakap, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi kita jadikan pengajaran untuk masa depan kan 😊

Harap entry kali ini dapat membantu. Entry kali ni sebenarnya lebih fokus kepada usaha-usaha di saat-saat akhir sebelum proses bersalin. Kak Nur doakan agar ibu-ibu yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata dipermudahkan segala urusan dan juga proses bersalin, ibu dan baby dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa 😘

Psstt: Kak Nur iklan sikit je kat sini. Kalau nak proses berpatang berada dalam keadaan yang sihat bertenaga, susu meriah, kulit jadi gebu dan cantik, boleh dapatkan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat bagus sebab orang memang tegur yang kulit sangat cantik lepas masuk kerja lepas berpantang. Yang ni leh Whatsapp kak Nur di 012-5538628 atau klik je SINI untuk mendapatkannya 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Masak nasi kukus dengan menggunakan barang-barang yang ada di dapur

Sesetengah orang suka makan nasi kukus. Sebabnya nasi lebih wangi, lembut dan tak melekat pada bekas sangat. Sebenarnya nak masak nasi kukus ni senang aje. Tak perlu tray kukus pun. Boleh pakai barang-barang yang ada di dapur je. Jom kita tengok langkah-langkah memasak nasi kukus 😊 

1. Masukkan beras ke dalam periuk biasa yang ada kat rumah tu atau apa-apa bekas aluminium atau stainless steel untuk memasak nasi. Bekas jangan besar sangat sebab lepas ni kita akan masukkan pula bekas nasi ni ke dalam bekas lain untuk dikukus. Macam periuk yang kak Nur gunakan, muatlah dalam 3-4 pot nasi.



2. Basuh beras macam biasa. Kak Nur selalu sukat air pakai cawan plastik mainan ni. Memang nasi masak elok. Kalau 3 pot beras kita masak, maka 3 cawan air ni lah ukurannya. Tapi kalau nak ukur air dengan sukatan jari atau tangan tu pun boleh aje.


3. Haaaa beras dah siap dibersihkan bersama sukatan air yang bersesuaian.


4. Kak Nur pakai periuk nasi lama saiz L untuk mengukus nasi tadi. Tapak untuk meletak bekas nasi dalam periuk nasi tu, kak Nur pakai  tapak atas dapur tu.


5. Masukkan air secukupnya. Kalau boleh tinggi aras air tu melebihi tinggi tapak yang ada dalam periuk nasi untuk mengukus tu. Isikan air dalam suku periuk nasi lama tu pun ok.


6. Selesai masukkan air, letakkan periuk beras yang dah siap dibersihkan bersama sukatan air, tutup periuk pengukus tu.


7. Letakkan periuk pengukus di atas dapur. Gunakan api yang sederhana untuk mengukus nasi.


8. Air akan mula menyejat dan nasi sedang dimasak.


9. Nasi kukus yang hampir masak.


10. Nasi kukus yang dah masak. Selalunya untuk masak nasi kukus, kita perlukan dalam masa setengah jam. Tanda dah masak, nasi tidak lagi kelihatan basah.




Nah dah siap 😍makan pulak dengan ayam goreng berempah, gulai dan sambal, fuhhhh kecur liur πŸ˜‹ 

Senang je kan nak masak nasi kukus? Akak suka masak nasi kukus, sebab takde kerak macam dalam periuk nasi tu. Jadi idaklah kita membazir beras πŸ˜‰

Kak Nur ucapkan selamat mencuba dan semoga entry kali ini memberi manfaat 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Pengalaman Claim Insurans Apabila Dilanggar Belakang (Part II)

Sebelum ni kak Nur ceritakan kisah kena langgar di belakang masa kereta dipandu oleh suami kak Nur. Baca kisah di SINI. Setahun lepas tu, masa kak Nur on the way ke ofis, kena langgar lagi sekali πŸ˜“ 


Kali ni, yang melanggar adalah perempuan juga. Kak Nur masa ni lebih arif πŸ˜‚ Apa jadi lepas kereta dilanggar belakang? Kak Nur dan kereta tu berhenti di tepi jalan (jalan emergency). Kak Nur bertukar no telefon dengan dia dan kak Nur snap juga gambar roadtax dia untuk memastikan roadtax dia masih hidup (roadtax hidup, bermakna ada insurans coverage). 

Dia cakap dia nak settle sendiri-sendiri tanpa perlu report polis. So kak Nur boleh claim daripada dia lah. Lepas kejadian itu, kak Nur masuk ofis dulu. Kepala asyik fikir, nak settle sendiri-sendiri, bermakna kak Nur kena ke bengkel untuk dapatkan estimation harga untuk memperbaiki kerosakan di bahagian belakang bonet tu. 

Lepas duduk kejap, kak Nur minta izin untuk ke bengkel yang kak Nur akan hantar kereta. Kali ni kak Nur memang taknak lagi hantar kereta ke panel-panel seperti sebelum ni. Kak Nur lebih suka kerja yang lebih teliti dibuat apabila kereta kak Nur diperbaiki nanti di tempat yang kak Nur beli kereta tersebut.

Sampai bengkel, mekanik datang check dan kemudian bagi estimation kepada kak Nur. Kak Nur pun bagi estimation tersebut kepada orang yang melanggar kak Nur. Masa tu kak Nur terfikir, bila pulak dia nak bayar. Dia cakap dia try secepat mungkin. Padahal kalau berlaku sebarang kemalangan di jalan raya. Report polis kena dibuat dalam masa 24 jam kes tersebut berlaku.

So kak Nur mula fikir elok gi report atau tunggu je dia. Masa tu otak hijau sangat. Nak pi report takut orang tu pulak bermasalah sebab dia langgar belakang. Tapi kak Nur gi jugakla report. Pegawai tu cakap, orang yang melanggar tu pun kena datang. Memang sah-sah dia akan kena saman RM300 😲

Kak Nur buat keputusan untuk report supaya kak Nur tak jadi orang yang menagih hutang. Duit estimation yang dah diberitahu belum bayar dan takut tak bayar langsung. Jadi taknaklah kak Nur pulak yang kena call atau message dia setiap hari untuk minta duit kan. So senang, report polis dan claim daripada insurans. Otak pun tak serabut 😊

Disebabkan kak Nur buat semua sendiri, nak tunggu report polis pun amik masa dalam seminggu. Mujurlah polis tu call kak Nur dan inform report dah ready. Lepas amik report, kak Nur ke bengkel yang kak Nur nak. Proses nak memperbaiki kereta kalau buat sendiri memang makan masa. Ada beberapa dokumen lain yang kena disediakan.

Kak Nur akur je sebab lebih rela bengkel kereta tu sendiri yang baiki. Lepas dua minggu, kereta pun siap. Alhamdulillah. Hasilnya memang lebih elok dan memuaskan hati πŸ˜‰ Cumanya kena tunggu lama sikit la. Tu yang penting apabila beli insurans kereta kena include sekali compensation for assessed repair time yang mana kita boleh claim RM50, RM100 atau RM200 mengikut pakej yang kita pilih. Takdelah terbeban nak bayar public transport atau duit Grab hari-hari kan.

So lepas ni kalau nak baiki kereta lepas dilanggar belakang dengan puas hati, hantarlah ke bengkel di mana kereta itu dibeli. Kalau nak cepat, boleh pilih panel yang insurans sediakan. Pilihan di tangan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat 😊 

Nak beli insurans kereta, motor, insurans kebakaran atau travel insurans under AXA yang harganya lebih ekonomikal dan cepat? Whatsapp kak Nur di 012-5538628 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley