Sebelum ni kak Nur ceritakan kisah kena langgar di belakang masa kereta dipandu oleh suami kak Nur. Baca kisah di SINI. Setahun lepas tu, masa kak Nur on the way ke ofis, kena langgar lagi sekali 😓
Kali ni, yang melanggar adalah perempuan juga. Kak Nur masa ni lebih arif 😂 Apa jadi lepas kereta dilanggar belakang? Kak Nur dan kereta tu berhenti di tepi jalan (jalan emergency). Kak Nur bertukar no telefon dengan dia dan kak Nur snap juga gambar roadtax dia untuk memastikan roadtax dia masih hidup (roadtax hidup, bermakna ada insurans coverage).
Dia cakap dia nak settle sendiri-sendiri tanpa perlu report polis. So kak Nur boleh claim daripada dia lah. Lepas kejadian itu, kak Nur masuk ofis dulu. Kepala asyik fikir, nak settle sendiri-sendiri, bermakna kak Nur kena ke bengkel untuk dapatkan estimation harga untuk memperbaiki kerosakan di bahagian belakang bonet tu.
Lepas duduk kejap, kak Nur minta izin untuk ke bengkel yang kak Nur akan hantar kereta. Kali ni kak Nur memang taknak lagi hantar kereta ke panel-panel seperti sebelum ni. Kak Nur lebih suka kerja yang lebih teliti dibuat apabila kereta kak Nur diperbaiki nanti di tempat yang kak Nur beli kereta tersebut.
Sampai bengkel, mekanik datang check dan kemudian bagi estimation kepada kak Nur. Kak Nur pun bagi estimation tersebut kepada orang yang melanggar kak Nur. Masa tu kak Nur terfikir, bila pulak dia nak bayar. Dia cakap dia try secepat mungkin. Padahal kalau berlaku sebarang kemalangan di jalan raya. Report polis kena dibuat dalam masa 24 jam kes tersebut berlaku.
So kak Nur mula fikir elok gi report atau tunggu je dia. Masa tu otak hijau sangat. Nak pi report takut orang tu pulak bermasalah sebab dia langgar belakang. Tapi kak Nur gi jugakla report. Pegawai tu cakap, orang yang melanggar tu pun kena datang. Memang sah-sah dia akan kena saman RM300 😲
Kak Nur buat keputusan untuk report supaya kak Nur tak jadi orang yang menagih hutang. Duit estimation yang dah diberitahu belum bayar dan takut tak bayar langsung. Jadi taknaklah kak Nur pulak yang kena call atau message dia setiap hari untuk minta duit kan. So senang, report polis dan claim daripada insurans. Otak pun tak serabut 😊
Disebabkan kak Nur buat semua sendiri, nak tunggu report polis pun amik masa dalam seminggu. Mujurlah polis tu call kak Nur dan inform report dah ready. Lepas amik report, kak Nur ke bengkel yang kak Nur nak. Proses nak memperbaiki kereta kalau buat sendiri memang makan masa. Ada beberapa dokumen lain yang kena disediakan.
Kak Nur akur je sebab lebih rela bengkel kereta tu sendiri yang baiki. Lepas dua minggu, kereta pun siap. Alhamdulillah. Hasilnya memang lebih elok dan memuaskan hati 😉 Cumanya kena tunggu lama sikit la. Tu yang penting apabila beli insurans kereta kena include sekali compensation for assessed repair time yang mana kita boleh claim RM50, RM100 atau RM200 mengikut pakej yang kita pilih. Takdelah terbeban nak bayar public transport atau duit Grab hari-hari kan.
So lepas ni kalau nak baiki kereta lepas dilanggar belakang dengan puas hati, hantarlah ke bengkel di mana kereta itu dibeli. Kalau nak cepat, boleh pilih panel yang insurans sediakan. Pilihan di tangan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat 😊
Nak beli insurans kereta, motor, insurans kebakaran atau travel insurans under AXA yang harganya lebih ekonomikal dan cepat? Whatsapp kak Nur di 012-5538628 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich
Enterprise – 002912581-X
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping
Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar