Masak nasi kukus dengan menggunakan barang-barang yang ada di dapur

Sesetengah orang suka makan nasi kukus. Sebabnya nasi lebih wangi, lembut dan tak melekat pada bekas sangat. Sebenarnya nak masak nasi kukus ni senang aje. Tak perlu tray kukus pun. Boleh pakai barang-barang yang ada di dapur je. Jom kita tengok langkah-langkah memasak nasi kukus 😊 

1. Masukkan beras ke dalam periuk biasa yang ada kat rumah tu atau apa-apa bekas aluminium atau stainless steel untuk memasak nasi. Bekas jangan besar sangat sebab lepas ni kita akan masukkan pula bekas nasi ni ke dalam bekas lain untuk dikukus. Macam periuk yang kak Nur gunakan, muatlah dalam 3-4 pot nasi.



2. Basuh beras macam biasa. Kak Nur selalu sukat air pakai cawan plastik mainan ni. Memang nasi masak elok. Kalau 3 pot beras kita masak, maka 3 cawan air ni lah ukurannya. Tapi kalau nak ukur air dengan sukatan jari atau tangan tu pun boleh aje.


3. Haaaa beras dah siap dibersihkan bersama sukatan air yang bersesuaian.


4. Kak Nur pakai periuk nasi lama saiz L untuk mengukus nasi tadi. Tapak untuk meletak bekas nasi dalam periuk nasi tu, kak Nur pakai  tapak atas dapur tu.


5. Masukkan air secukupnya. Kalau boleh tinggi aras air tu melebihi tinggi tapak yang ada dalam periuk nasi untuk mengukus tu. Isikan air dalam suku periuk nasi lama tu pun ok.


6. Selesai masukkan air, letakkan periuk beras yang dah siap dibersihkan bersama sukatan air, tutup periuk pengukus tu.


7. Letakkan periuk pengukus di atas dapur. Gunakan api yang sederhana untuk mengukus nasi.


8. Air akan mula menyejat dan nasi sedang dimasak.


9. Nasi kukus yang hampir masak.


10. Nasi kukus yang dah masak. Selalunya untuk masak nasi kukus, kita perlukan dalam masa setengah jam. Tanda dah masak, nasi tidak lagi kelihatan basah.




Nah dah siap 😍makan pulak dengan ayam goreng berempah, gulai dan sambal, fuhhhh kecur liur 😋 

Senang je kan nak masak nasi kukus? Akak suka masak nasi kukus, sebab takde kerak macam dalam periuk nasi tu. Jadi idaklah kita membazir beras 😉

Kak Nur ucapkan selamat mencuba dan semoga entry kali ini memberi manfaat 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar