Penjagaan bibir supaya bibir kelihatan penuh dan menawan

Kak Nur perasan, sekarang trend orang memakai lipstik yang jenis matte. Maksudnya lipstick yang tidak berkilat tapi hasilnya membuatkan bibir kelihatan penuh dan menawan gitu. Tapi, bagi sesetengah orang, apabila memakai lipstick jenis matte, hasilnya tidak cantik. Warna gincu kelihatan tidak sekata dan nampak jelas bibir kelihatan pecah-pecah dan bergaris.

Hehehe Kak Nur pun cuba mencari jalan penyelesaian. Apa-apa pun semuanya bermula dengan penjagaan asas bibir terlebih dahulu supaya tanpa lipstick pun, bibir tetap kelihatan cantik, bibir tidak gelap dan pecah-pecah. Lipstick yang dipakai pun akan menjadikan bibir kelihatan menawan.

Gambar ihsan Google

Jadi untuk mendapatkan bibir yang sihat dan tidak kering, perkara utama ialah pastikan setiap hari minum air secukupnya. Kalian perasan tak, apabila badan tak cukup air, kesannya akan kelihatan di bibir yang mengelupas dan kering. Kalau teruk lagi, boleh berdarah jadinya.

Yang kedua ialah, sentiasa membersihkan bibir daripada kulit-kulit mati. Bibir kita ni, macam kulit juga. Malah lebih nipis daripada kulit. Jadi apabila memakai make-up atau gincu tanpa dibersihkan dengan betul, maka bibir kelihatan kusam dan apabila mencalit lipstick pun, bibir akan kelihatan kotor dan warna menjadi tidak sekata.

Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk membersihkan bibir:

1. Beli scrub bibir dan scrub bibir mengikut keperluan.

2. Boleh juga buat scrub bibir dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Antaranya gunakan madu dan gula. Kedua-dua bahan dicampur sekali dan dilumurkan di bibir. Biarkan sebentar sebelum dibilas.

3. Gunakan kunyit hidup dan madu. Hancurkan kunyit hidup menjadi cebisan-cebisan halus dan campurkan dengan madu. Kemudian lumurkan pada bibir. Biarkan sebentar sebelum dibilas.

4. Letakkan sedikit ubat gigi di bibir. Gunakan berus gigi yang halus dan lembut, dan gosok bibir perlahan-lahan. Kemudian bilas. Teknik ni boleh dibuat sebelum menggosok gigi 😀

Apabila bibir bersih, tanpa lipstick, boleh rasa bibir lebih lembut. Lama kelamaan, bibir yang gelap akan kelihatan lebih berseri-seri. Jadi penjagaan bibir adalah sama pentingnya dengan kulit wajah.

Nak kulit yang lebih sihat dan cantik, boleh amalkan Skincare Youth yang best ni. Yang menariknya, Luminous Gel Oil Cleanser Youth bertindak juga sebagai make-up remover. Jadi tak perlu lagi nak beli make-up remover. Boleh terus pakai Luminous Gel Oil Cleanser untuk menanggalkan kesan-kesan kosmetik dan lipstick di wajah 😀

Age Defense Moisturiser Youth pula mempunyai kandungan SPF50 yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Semestinya melindungi kulit wajah daripada pancaran matahari dan UV yang terik. Haaa tak payah lagi pakai Sunblock 😎

Yang penting skincare Youth bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya dan sangat selamat untuk kulit. Bahan-bahan dalam skincare Youth semuanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bukan krim timbang kilo tau.



Sekarang ni, sampai hujung bulan June yang da nak abis dalam 5 hari lagi ni, ada promosi 10% diskaun. Daripada harga RM680 jadi RM612. Akak pun tak dapat harga ni kalau nak beli, sebab harga ni khas untuk customer-customer baru yang bukan ahli Shaklee je tau.

Untuk penghantaran, akak belanja so free tak payah bayar pape. Yang bertambah best lagi, bila beli set starter ni, dapat pula keahlian Shaklee percuma. Jadi kalau nak beli Youth atau mana-mana vitamin, harganya akan lebih murah.

Sementara ada masa lagi, cepat-cepat wasap akak --> www.wasap.my/+60125538628

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Wheezing dan simptom asma pada baby

Entah kenapa sejak raya sehingga hari ini, dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan kak Nur, ramai yang disyaki terkena jangkitan Influenza ataupun memang dah terkena. Mungkin ramai yang dah tahu, untuk meng'confirm'kan sama ada terkena jangkitan Influenza ini, swab test harus dijalankan.

Swab test ini dibuat dengan menggunakan cotton bud yang panjang untuk mengambil mukus dalam hidung yang paling dalam. Tak terkecuali, baby kak Nur pun kena buat test tu masa warded masa raya baru-baru ni. Kak Nur yang tengok pun terasa ngilu, inikan pula baby yang masih kecil tu 😔


Alhamdulillah, baby kak Nur bukan dijangkiti Influenza. Cuma masa tu warded sebab wheezing dan mengalami masalah sesak nafas macam simptom-simptom asma atau lelah.

Kat sini, kak Nur hargai sharing dalam Internet pasal pernafasan baby yang harus kita ambil berat. Kalau tak, mungkin kita sebagai parents mengambil mudah hal ni padahal baby tengah sesak nafas dan tengah mengalami simptom asma. Kesannya sangat buruk tau.

First thing, masa kak Nur dukung baby yang meragam taknak kena letak tu, adalah bunyi pernafasannya. Bunyi wheezing. Kak Nur yang dukung pun boleh rasa pernafasannya berbunyi. Bunyi tu menandakan salur pernafasannya menyempit.

Second thing, kak Nur selak bajunya nak tengok pergerakan nafas di dada. Boleh tengok macam tarikan nafasnya sangat berat dan dalam. Kak Nur kira dalam seminit berapa tarikan nafasnya. Masa tu dalam 60 kali seminit. 

Nak tahu kadar pernafasan yang normal, boleh rujuk gambar di bawah. Boleh juga tengok video di bawah tentang keadaan pernafasan bayi yang harus segera kita bawa ke hospital.





Anak kak Nur yang berusia setahun sebulan sepatutnya pernafasannya dalam 20-30 kali seminit. Tapi masa tu dah jadi 60 kali. Red alert dah ni. Masa tu dah nak pukul 11 malam. Kak Nur beritahu suami untuk siap-siap. Memang dah plan nak gi hospital terus. Tapi suami cakap, cari klinik. Fine. Kita gi klinik dulu.

Sampai di klinik 24 jam, doktor yang melihat anak kak Nur hanya melihat pergerakan dada dan mendengar bunyi wheezing. Tapi tak berani nak bagi rawatan nebuliser sebab takut rawatan tidak mencukupi. Lagipun anak kak Nur masih baby. So doktor buat surat referral untuk terus ke hospital.

Kami pun terus ke hospital. Lepas da daftar, masuk ke bahagian rawatan, gas nebuliser diberikan. Tapi satu sesi neb masih tidak mencukupi untuk mengurangkan bunyi wheezing tersebut. Neb kali kedua diberi. Kurang sikit bunyi wheezing. Cuma doktor cakap, kena warded sebab keadaan baby perlu dipantau dan rawatan neb harus diteruskan sampailah baby dapat bernafas dengan baik.

Maka raya kedua malam sampailah tiga hari seterusnya, kami berkampung di hospital. Mula-mula rawatan gas nebuliser diberikan setiap dua jam. Kemudian menginjak ke tiga jam dan seterusnya setiap empat jam sekali. Alhamdulillah baby pun dah sihat. 

Asalnya baby kak Nur terjangkit selsema dan batuk daripada abangnya sendiri. Anak kedua kak Nur batuk-batuk. Tapi dalam masa dua hari, abangnya dah nampak ok. Si baby pulak selsema dan batuk. Tapi melarat sehingga menjadi lelah macam asma. Doktor risau takut terkena pneumonia yang mana berkait dengan paru-paru. Itulah yang kena warded tu.

Harapnya entry ini bermanfaat sebagai rujukan ibu bapa di luar sana. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi selalu.

💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

Psssttt, kak Nur nak habaq, bermula esok dan sampai 5 hari, ada promosi twinpack yang best 😍 Dapat 10% diskaun bakhang. Jarang-jarang sangat Shaklee nak bagi promosi vitamin-vitamin dia sampai 10% tau. Yang promo ni pulak vitamin best-best dan sangat-sangat penting tau. 

Ni vitamin-vitaminnya:

💙 Ostematrix yang membekalkan sumber kalsium dan mineral yang sangat-sangat diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Semakin meningkat umur, kita semakin memerlukan kalsium. 

💙 ESP membekalkan sumber protein non-GMO yang sangattttt penting. Sel-sel dalam badan kita semuanya memerlukan protein untuk berkembang. 

💙 COQ-Trol penting untuk kesihatan jantung.

💙 Nutriferon sangat-sangat penting untuk meningkatkan tahap imunisasi atau sistem pertahanan badan. Tambah-tambah banyak penyakit berjangkit sekarang macam influenza.

💙 Vivix. Ni memang ramai tunggu. Sebab nak awet muda, nak segar dan sihat, kenalah amalkan Vivix. Vivix membantu meremajakan dalaman dan luaran badan kita.

💙 DTX Complex. Haaa dengan keadaan persekitaran yang tercemar. Pemakanan yang tidak terjaga, hati kita juga perlu didetox supaya lebih bersih. Hati bersih, dalaman kita sihat.

Jadi toksah duk tunggu lama-lama, meh hantaq rombongan meminang vitamin kat kak Nur sekarang juga. Klik ja www.wasap.my/+60125538628



Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Anggur yang membantu meningkatkan kesihatan

Mama lepas dah merasai azabnya terkena kanser rahim stage 4 setelah dibedah buang rahimnya, berpesan kepada kak Nur. Rajin-rajin amalkan buah-buahan terutamanya buah-buahan yang tinggi antioksida seperti buah anggur sebagai pemakanan harian.


Ya Allah, orang yang dah merasai sakitnya selepas pembedahan, menjalani kemoterapi sampai lesu, terbaring, tidak bermaya dan muntah-muntah, pasti tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Kak Nur yang melihat mama sebelum ni pun, mencurah-curah air mata melihat kesakitan yang mama hadapi. Namun, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah mama sekarang seorang cancer survivor! 

Sebab tu kak Nur percaya, kesihatan harus dijaga even masa kita sihat sekalipun. Apabila dah sakit, terbaring menahan kesakitan, tak banyak yang mampu kita lakukan. Tolonglah, jangan ditangguh-tangguh untuk bertaubat dan berbuat kebaikan. Sakit dan ajal rahsia Allah yang takkan kita tahu. Nak tunggu sakit baru nak bertaubat, takut dah terlewat. 

Balik kepada cerita buah anggur, sekarang nak pulun makan buah anggur hari-hari pun risau juga dengan kapur yang menyeliputi kulit anggur tu. Tak masuk lagi kesan-kesan racun serangga. Padahal bahagian kulit tu lah yang paling banyak khasiatnya 😅 

Kak Nur jumpa, dalam banyak-banyak jenis anggur di dunia, ada satu anggur yang sangat besar dan luar biasa! Namanya anggur Muscadine. Disebabkan fizikalnya yang besar, kulitnya yang tebal dan tahan rintangan cuaca menjadikan anggur ni menjadi pilihan Saintis Shaklee untuk kaji manfaatnya.

Rupa-rupanya, kulit dan benih anggur Muscadine ni ada 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida daripada buah blueberry dan anggur biasa. Sebab tu buah ni terlindung daripada penyakit, virus, bakteria dan perosak serta lumut. 

Setiap ciptaan Allah pasti ada keistimewaannya ❤️

Antioksidan yang power pada anggur Muscadine ni adalah polifenol yang membantu :

❤️ Tingkatkan tenaga

❤️ Galakkan kulit lebih muda dan sihat

❤️ Kawal tekanan darah

❤️ Kawal paras gula dalam darah

❤️ Bantu sel untuk kekal sihat




Semua manfaat ini boleh didapati daripada kulit dan biji anggur Muscadine tu sendiri. 

Aduhai 🤦 ruginya bila makan anggur kita buang kulit. Walaupun anggur biasa, manfaatnya ada di kulitnya. Kalau makan anggur muscadine yang besar lagi mahal ni, jangan pula dibuang kulitnya! 

Saintis Shaklee dah buat kajian; 

Kepekatan tertinggi antioksida terdapat pada kulit dan biji anggur. Jadi, para saintis ni dah patenkan satu proses pengekstrakan yang bantu kita dapat semula manfaat nutrisi yang kita perlukan tu. 

Dah pernah rasa Vivix? 

Vivix ni lah supplement antioksida yang dihasilkan daripada anggur Muscadine ni tadi. 

Rasanya? 

Aduh, sedapnya! Masam-masam gitew. Takde langsung rasa pahit biji dan kulit anggur sebab ada tambahan buah-buahan lain lagi untuk dimaksimakan manfaat nutrisi dia! Jangan bimbang, Vivix takde gula tambahan, tiada pengawet sintetik dan tiada perisa tiruan tau. 

💯% asli! 

Sebab tu Vivix ni selamat, semulajadi dan berkesan hingga nampak manfaat kepada orang yang mengambilnya. Kalau belum rasa, cubalah grab promo Vivix yang sedang berlangsung sekarang ni 😁 

Harga promo ni tak padan langsung dengan manfaat yang badan kita serap sepenuhnya dari Vivix tersebut. 

Rugi tak amik peluang ni 😱

Kak Nur ❤️ Vivix! Kalau nak dapatkan Vivix, meh cepat-cepat wasap kak Nur. Klik je www.wasap.my/+60125538628

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Keberkatan Ramadan yang harus kita hidupkan

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 2 Ramadan. Syukurlah kita diberi peluang lagi untuk menyambut Ramadan pada tahun ini. Kita masih berada dalam 10 hari pertama di mana, 10 hari pertama adalah rahmat, 10 hari kedua adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah dijauhkan daripada api neraka.

Sementara masih awal ni, nikmati dan manfaatkanlah bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Gunakan kesempatan yang ada untuk melaksanakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, membuat amal kebaikan dan banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh dilakukan.

Bagi ibu-ibu yang bekerja atau pun menjadi pengurus rumah tangga, tidak dapat dinafikan bulan berpuasa ini agak meletihkan. Kerja rumah atau pekerjaan berjalan seperti biasa. Tapi pada bulan ini lah perbuatan dan pekerjaan yang kita buat akan mendapat pahala yang berlipat ganda 😍

Semalam kak Nur berbuka dengan hati yang berbunga-bunga. Dari opis lagi kepala kak Nur dah berputar-putar fikir nak masak apa balik nanti. Kak Nur bukanlah tukang masak yang wow. Kak Nur Beshe-beshe je 😂Jadi, bila nak masak sesuatu yang lebih sedap dan lain daripada yang lain, kak Nur kena put more effort to think about it.

Fikir punya fikir, dalam peti sejuk ada cili padi yang dah nak layu. Ikan bilis pun kalau kak Nur tak masak, nanti lama-lama jadi tak elok. So kak Nur pun fikir lauk pauk yang boleh guna bahan-bahan ni. Nasib baik ada santan kotak. So barang-barang basic nak buat ayam masak lemak cili padi dah ada.

Untuk ikan bilis tu pulak, dulu akak ipar kak Nur pernah buat sambal yang sedap sangat guna ikan bilis. So kak Nur mintalah resepi (padahal mudah sangat nak buat sambal ni). Namanya sambal jawa. 

Dah dapat resepi, kak Nur susun pula jadual nak masak balik nanti. Sebab sampai rumah, masa tu limited sangat. Memang kena uruskan betul-betul. Kebanyakan bahan-bahan masakan ni, semuanya kena blend. So proses memotong bahan-bahan untuk dua lauk, kak Nur sekalikan terus untuk menjimatkan masa.

Alhamdulillah, masa azan berkumandang, ayam masak lemak cili padi dengan sambal jawa tu dah siap. Haaa dalam masa masak-memasak tu, mulut dan dalam hati rajin-rajinlah berdoa sebab waktu tu dah nak masuk waktu berbuka, memang waktu mustajab sangat untuk berdoa tau.

Ayam masak kicap tu, kak Nur sediakan untuk anak kedua kak Nur yang tak leh makan pedas. Yang sulung tu memang favourite dia kalau lauk-pauk yang pedas ni. Sup tu suami kak Nur belikan untuk anak kedua kak Nur juga. Hehe nasiblah dapat anak selera lain-lain, ibu-ibu kena sediakan ikut selera anak-anak 😅 Apa pun bila diorang makan dengan berselera, kak Nur memang happy.


Perghhh sambal jawa tu, walaupun first time buat, tak sangka rasanya terangkat 😋 Alhamdulillah menjadi. Tapi kak ipar pun dah beritahu, memang akan menjadi sebab mudah sangat. Bertambah-tambah happy kak Nur rasa. Nanti kak Nur share resepinya di entry selepas ini ya.

Ibu-ibu sekalian, walaupun penat, bila happy hilang segala penatnya. Selepas berbuka, kak Nur selalunya akan ambil juga sebiji vitamin B Complex dan Vivix. Selalu lepas kenyang berbuka, energy tiba-tiba drop bila masuk Isya'. Mesti akan terasa mengantuk, ya ampun. Nak cari bantal je rasa. Tu yang penting sangat untuk ambil energy booster Vitamin B Complex dan Vivix tu. 

                                            

Boleh juga amalkan minuman teh yang memang akan membuatkan badan kita super duper bertenaga tau. Minum pula dengan Performance Drink, fuhhh sedap.


Kalau bercakap pasal Performance Drink untuk tenaga, kak Nur memang setuju sangat-sangat. Dah tengok dulu masa mama kak Nur lepas menjalani sesi kemoterapi, badan jadi lesu dan muntah-muntah. Tapi bila amik Performance Drink ni, memang nampak bertenaga. Boleh baca kisah mama kak Nur di SINI.

Kak Nur share kisah-kisah di sini sebab banyak ibu-ibu yang memang terasa kepenatan, stress dalam menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Jika kita boleh up kan stamina kita dan jadi lebih bertenaga, apa salahnya kan kita mencuba 😉 Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ni, bolehlah hubungi kak Nur di www.wasap.my/+60125538628. Semoga entri kali ini memberi manfaat 😘

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Burnout - keletihan emosi, fizikal dan mental disebabkan stress berpanjangan

Pernah tak kalian rasa down, selalu rasa penat. Badan tak larat dan terasa sakit-sakit badan. Otak pun serabut. Nak pergi kerja pun rasa malas dan macam nak ambil MC je.

Haaa cuba check. Rasanya ramai yang mengalami perkara ini. Ini namanya BURNOUT. Ia adalah suatu keadaan di mana badan mengalami keletihan emosi, fizikal dan mental yang disebabkan oleh stress yang berlebihan dan berpanjangan yang dibiarkan merosakkan diri tanpa dirawati.

Kesan BURNOUT ini menjejaskan pekerjaan, kehidupan dan juga perhubungan. Hidup terasa kosong dan tidak bermakna. Malah, tahap imuniti badan seseorang itu juga akan menurun dan menyebabkan selalu terdedah kepada penyakit seperti batuk, demam dan selsema. Oleh itu sangat penting untuk mengenalpasti punca dan masalah jika selalu terasa stress kerana jika dibiarkan akan menjadi BURNOUT.

Apabila keadaan stress yang berlebihan ini terjadi, mana mungkin kita merawat diri sendiri. Maka pada peringkat ini, carilah pertolongan yang sesuai sama ada dari pihak pakar professional atau sentiasa berdamping dengan ahli keluarga, sahabat handai yang menyokong pemulihan.

Berikut adalah tanda-tanda BURNOUT:

Jadi apabila mengalami BURNOUT, keinginan yang kuat untuk pulih mestilah datang daripada diri sendiri. Ada tiga perkara yang boleh dilakukan.

1. Kenalpasti masalah yang menjadi punca stress atau perkara-perkara yang mengganggu jiwa. Jangan simpan sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk.

2. Dapatkan sokongan dan pertolongan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang menjurus kepada stress. Jauhi orang-orang yang negatif yang tidak memberi sokongan.

3. Tangani stress. Dalam usaha untuk menangani stress, lifestyle seseorang itu harus diubah. Apabila menyebut lifestyle, maka banyak perkara harus dijaga seperti pemakanan, kehidupan seharian, corak tidur dan sebagainya. 

Boleh tonton video dibawah untuk maklumat lanjut.




Dapatlah kita lihat bahawa stress ini mudah terjadi disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat. 

1. Selalu tidur lewat dan bangun awal yang menyebabkan keletihan dan mood yang kurang baik untuk menghadapi hari yang baru.

2. Pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan dalaman tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Ada nutrisi yang sebenarnya sangat membantu untuk melawan stress yang membuatkan kita lebih bertenang seperti vitamin B Complex.

3. Lifestyle yang tidak sihat seperti merokok dan jarang bersenam menyebabkan badan dipenuhi dengan hormon cortisol iaitu hormon yang menyebabkan stress. Senaman membantu mengeluarkan hormon-hormon gembira yang membuatkan kita berasa lebih sihat dan bertenaga.

Dari segi pemakanan jika terasa tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, boleh amalkan supplemen untuk membantu badan supaya menjadi lebih sihat dan bertenaga. Apabila bertenaga, tentu kita akan merasa lebih sihat dan bersemangat 😊

Kak Nur cadangkan amalkanlah supplemen Daily Essential Set ini yang membantu untuk top up nutrisi harian kita.
Dalam Daily Essential Set ini terdapat:

💚 Vitamin C yang diformulasikan dengan teknologi sustained release. Apabila kita makan sebiji vitamin C 500g ini, setiap sejam, hanya 100g vitamin C dilepaskan. Jadi badan kita akan menggunakan nutrisi ini dengan sebaik mungkin. Selepas 5 jam, baru vitamin C yang diambil habis digunakan. 

Vitamin C memang banyak kebaikannya. Antaranya ialah membantu mempertingkatkan sistem imuniti badan dalam melawan penyakit. Selain itu, membantu dalam proses merawat luka-luka atau memperbaiki tekstur kulit.

💚 ESP membekalkan sumber protein yang sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Apabila cukup protein, kita akan berasa lebih bertenaga, mengurangkan sembelit, membantu perut merasa lebih kenyang kerana ESP mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Membantu dalam pertumbuhan otot dan membekalkan sumber kalsium.

💚 Vivix adalah supplemen yang sangat tinggi antioksidan. Diperbuat daripada sumber-sumber semulajadi yang premium. Antioksidan yang tinggi membantu membunuh radikal-radikal bebas yang menyebabkan badan kita cepat mengalami penuaan. Selain itu, Vivix juga membantu memperbaiki sel-sel dalaman yang rosak atau bermasalah.

💚 Vita-Lea adalah multivitamin yang membekalkan keperluan nutrisi harian yang sangat-sangat diperlukan oleh badan. Vitalea juga mengandungi zat besi yang sangat penting untuk kesihatan rambut dan badan kita.

💚 Omega Guard kaya dengan Omega 3, DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak, membantu mengurangkan radang di dalam badan.

💚 Vitamin B Complex sangat baik dalam membantu mengurangkan stress, mengurangkan sakit-sakit badan dan sakit-sakit urat.

Amalkan set ini. InsyaAllah kalian akan rasai pelbagai perbezaan terhadap diri kalian 😊 Semoga entri ini bermanfaat. Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, boleh hubungi 012-5538628 atau klik je www.wasap.my/+60125538628

Kenapa bayi suka memasukkan barang ke dalam mulut?

Ramai ibu ayah yang mempunyai anak kecil berasa risau apabila bayi suka memasukkan barang ke dalam mulut. Jika tidak diperhatikan, tindakan bayi suka memasukkan barang ke dalam mulut adalah sangat berbahaya, terutamanya barang-barang yang kecil dan yang berisiko menyebabkan tercekik. Nauzubillah Hi Minzalik. Kita doakan selalu ya keselamatan anak-anak kita.

Sebenarnya tindakan ini adalah suatu yang baik untuk bayi. Apabila bayi memasukkan barang ke dalam mulut, sebenarnya bayi akan belajar. Dalam usia 7 bulan, lidah dan mulut bayi berfungsi dengan sangat baik. 

Jom kita lihat gambarajah di bawah untuk mengetahui  dengan lebih lanjut.


Mulut bayi adalah suatu bahagian yang sangat aktif. Memandang baby masih belum berupaya memegang sesuatu dengan baik, maka mulut dan lidah lebih memainkan peranan dalam proses pembelajaran bayi.


Permukaan lidah mempunyai pelbagai reseptor rasa dan sangat sensitif. Ibu-ibu perasan tak reaksi baby yang macam terkejut apabila merasa makanan yang manis atau sejuk?


Pada masa ini juga, semangat ingin tahu bayi sangat tinggi. Fasa ini dinamakan "Explorative Phase". Hahaha anak kak Nur, sampai tahap lantai pun dijilatnya. Aduh 😂 


Tapi jangan risau, fasa suka memasukkan barang ke dalam mulut ini akan tamat juga. Paling lama mungkin sampai menginjak ke umur dua tahun 😁 


Jadi ibu ayah sekalian, nak dihalang fasa ini, bayi tengah belajar. Jadi biarkan cuma pantaulah apa yang dimasukkan ke dalam mulut. Proses bayi membesar ni sangat cepat. Kejap aje mereka dah melangkah masuk ke zaman persekolahan. Hargailah mereka dan luangkanlah masa yang berkualiti bersama mereka 😉

Semoga entry kali ini bermanfaat. Nak mendapatkan mana-mana vitamin Shaklee, boleh wasap terus ke www.wasap.my/+60125538628

Kak Nur pun ada menjual insurans am seperti insurans kereta, motor, fire, travel, medical dan banyak lagi. Jangan segan-segan untuk wasap kepada kak Nur ya 😊

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Bayi tak boleh berpisah dengan ibu ayah atau penjaga

Apa nak buat?

Situasi bayi tak boleh berpisah dengan ibu ayah ni memang agak berat sikit nak dihadapi. Selalunya perkara ini berlaku apabila bayi dah mula kenal orang. Boleh terjadi seawal usia 7 bulan. Keadaan paling kritikal adalah di antara umur 10-18 bulan. 

Gambar ihsan Google

Dalam bahasa Inggeris, dipanggil 'Separation Anxiety'. Dalam fasa ini, orang yang tak biasa dilihat bayi, jangan harap untuk dukung atau sentuh 😂baby akan berkepit dengan ibu, ayah atau penjaganya je.

Masalah yang selalu timbul ialah apabila bertukar penjaga. Fuhhh nak mencari penjaga baru tu, erkkk tak senang 😂 Rata-rata kak Nur baca pengalaman ibu-ibu yang lain, memang asyik bertukar penjaga je sebab penjaga atau babysitter pun tak tahan. Baby asyik menangis dan tak boleh tinggal. Nanti anak-anak jagaan yang lain pula yang terabai.

Bagi ibu bapa yang terpaksa bertukar penjaga atau pun sedang menghadapi bayi yang berada dalam fasa ini, jom kita sama-sama cuba laksanakan beberapa tips ni:

💕 Jangan memaksa. Apabila merancang untuk menukar penjaga atau babysitter, janganlah terus tinggalkan bayi bersama penjaga dengan begitu saja. Kalau boleh, beberapa hari sebelum nak menghantar bayi, bawa dulu bayi berkenalan dengan babysitter. Beri peluang kepada bayi untuk kenal dan meluangkan masa dengan babysitter. Kalau perlukan dua tiga hari sebelum menghantar bayi direct, terpaksalah amik inisiatif untuk beri bayi luang lebih masa dengan babysitter. 

💕 Jika bayi asyik nak melekat dengan ibu, cuba biasakan bayi ditinggalkan berseorangan di ruang yang berlainan. Sebagai contoh, jika bayi sedang tidur di ruang tamu dan ibu di dapur, apabila bayi tersedar daripada tidur dan merengek-rengek, cuba panggil-panggil nama bayi agar dia tahu ibunya ada berdekatan.

💕 Apabila meninggalkan bayi untuk pergi bekerja, ucapkan selamat tinggal dengan pantas. Jika bayi menangis dan dilayankan lagi rengekannya, pasti ibu atau ayah jadi tak sampai hati untuk meninggalkan baby 😊

💕 Biasakan membawa bayi ke tempat yang ramai orang. Adakalanya disebabkan bayi terlalu biasa bersama dengan ibu di rumah, bayi jadi tidak selesa apabila berada di tempat yang terdapat ramai orang yang tidak dikenali. Tapi apabila hendak membawa bayi ke tempat yang ramai orang, pastikan keadaan pada waktu itu tidak terdapat wabak penyakit yang melanda. Pastikan juga menjaga keselamatan bayi daripada orang-orang yang tidak dikenali.

Apa pun, ibu ayah lebih mengenali bayi masing-masing. Tidak salah kalau bayi asyik nak melekat dengan ibu. Usia kecil mereka akan berlalu dengan pantas. Selagi punyai masa, kesihatan yang baik, luangkanlah sebanyak masa yang mungkin untuk mereka. Haaaa jauhkan telefon-telefon pintar daripada bayi ya.

Ibu-ibu yang kepenatan, nak boost energy, boleh dapatkan twin pack Vivix yang tengah promosi dengan 10% diskaun 😱 Vivix ni bukan sahaja membantu mempertingkat tenaga ibu-ibu, malah membantu memperbaiki sel-sel dalaman dan menjadikan ibu lebih cantik dan sihat. 


Kalau tengok poster di atas, Set Starter Youth yang best tu pun tengah ada diskaun 😱 Adoi kak Nur sendiri takleh move on tengok promosi ni sebab kak Nur tak leh beli harga tu. Harga set-set di atas ni adalah untuk bukan ahli Shaklee tau. 

So nak dapatkan mana-mana set di atas, boleh terus wasap kak Nur dengan klik di link ini --> www.wasap.my/+60125538628 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Petua untuk memudahkan proses bersalin

Kali ini, untuk meraikan sahabat kak Nur yang tengah menghitung hari untuk bersalin, kak Nur up kan lagi petua untuk memudahkan proses bersalin. Tapi ingat, setiap orang adalah unik. Semuanya rezeki masing-masing dan kita usahakan yang terbaik.

Alhamdulillah dah hampir setahun pengalaman kak Nur sendiri mengalami proses bersalin. Hehehe Alhamdulillah proses bersalin yang lepas sangat-sangat dipermudahkan oleh Allah. Boleh baca di SINI. Syukur sangat sebab pengalaman sebelum itu agak perit. 

Antara petua di saat akhir bagi yang menghitung hari untuk memudahkan proses bersalin yang boleh kak Nur kongsikan:

💚 Doa setiap masa agar baby sihat, diri sendiri sihat dan proses bersalin menjadi mudah apabila tiba masanya nanti. Banyakkan solat sunat Taubat dan Hajat dan sujud lama-lama supaya membantu memperbetulkan posisi bayi supaya berada dalam keadaan yang bersedia untuk dilahirkan.

💚 Buat to-do list berkenaan perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum baby lahir. 

💚 Daripada to-do list tu, senaraikan perkara yang harus diselesaikan sebelum baby lahir, antaranya:

👉 Mengemaskan dapur agar lebih bersih dan teratur supaya lepas bersalin, suami atau Confinement Lady senang nak memasakkan makanan berpantang 

👉 Membersihkan semua bilik air (kalau tak larat, jangan paksa diri) agar lepas bersalin, bilik air lebih selesa digunakan. Jika ada tetamu pun, kita tak rasa malu untuk membiarkan mereka menggunakan bilik air.

👉 Memastikan beg bayi dan ibu dah tersedia untuk dibawa ke hospital (hahaha kak Nur gi hospital sehelai sepinggang sebab tak percaya yang dah nak bersalin pada hari tu 😂)

👉 Jika mampu, bersih dan kemaskan rumah agar lebih kemas dan teratur.

Haha kalau tengok to-do list ni macam nak buli ibu mengandung pulak 😅 Tapi perasan tak, semua to-do list tu melibatkan pergerakan yang agak extreme. Extreme sebab kerja-kerja tersebut membantu pergerakan bayi turun dan indirectly, InsyaAllah akan memudahkan lagi proses bersalin.



Namun, terdapat pengecualian bagi petua ini. Bagi ibu-ibu yang berisiko atau kesihatan yang tidak berapa baik, elakkanlah daripada melakukan kerja-kerja berat. 

Kak Nur sendiri, masa usia kandungan dalam trimester kedua dan ketiga, ada masa-masanya merasa sakit di bahagian bawah perut. Masa sakit tu, kak Nur memang banyak berehat. Bagi kak Nur, sebaiknya semasa nak bersalin, biarlah kesakitan tu dah tiada supaya kita dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan gembira. 

Kalau taknak buat kerja-kerja berat seperti yang dinyatakan di atas pun boleh. Dengan syarat, aktifkan diri bergerak. Rajin gi cuci mata dekat mall ke, rajin bersenam naik tangga ke. InsyaAllah pergerakan-pergerakan ini memang akan sangat-sangat membantu dalam proses bersalin nanti 😍 Selebihnya boleh baca di SINI.

Masa kak Nur kena induce masa nak bersalin baby kedua dulu, kak Nur tak banyak bergerak. Asyik berehat di rumah je. Boleh baca pengalaman kak Nur di SINI (part I) dan SINI (Part II).  Memang best masa tu sebab dapat MC sementara menantikan tarikh nak induce baby. Orang cakap, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi kita jadikan pengajaran untuk masa depan kan 😊

Harap entry kali ini dapat membantu. Entry kali ni sebenarnya lebih fokus kepada usaha-usaha di saat-saat akhir sebelum proses bersalin. Kak Nur doakan agar ibu-ibu yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata dipermudahkan segala urusan dan juga proses bersalin, ibu dan baby dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa 😘

Psstt: Kak Nur iklan sikit je kat sini. Kalau nak proses berpatang berada dalam keadaan yang sihat bertenaga, susu meriah, kulit jadi gebu dan cantik, boleh dapatkan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat bagus sebab orang memang tegur yang kulit sangat cantik lepas masuk kerja lepas berpantang. Yang ni leh Whatsapp kak Nur di 012-5538628 atau klik je SINI untuk mendapatkannya 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley