Resepi sambal Ayam Penyet atau Ayam Geprek

Dengan situasi PKP dan bulan Ramadan ni, keinginan nak makan sesuatu yang lain daripada biasa ni menjadi-jadi sangat 😁 Apabila setiap hari memasak, terasa juga nak makan yang dibeli. Tapi memikirkan hanya sekali makan dan duit yang perlu dilaburkan, baiklah kita masak sendiri saja. Jimat, bersih dan puas hati makan.

Semalam terasa nak makan ala-ala ayam penyet. Sebab makanannya simple, nasi putih, ayam goreng dan sambal. Tambah timun, salad atau kobis dan tempe, siap! Tapi tak pernah buat sambal ayam penyet tu. Maka dengan resepi yang dikongsikan sahabat Kak Nur yang berasal daripada Indonesia, maka pergilah akak ke kedai dekat rumah ni membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Nak goreng ayam tu, senang aje. Boleh gunakan konsep ayam yang diperap dengan kunyit dan garam. Nak merangupkan lagi, salutkan juga dengan tepung Bestari. Memang sedap. Yang penting, peraplah lama sikit dalam masa sejam ke supaya rasa tu meresap kepada ayam. Ehhh banyak membebellah akak ni 😅

Ok, akak nak kongsikan resepi sambal ayam penyet tu sebenarnya. Ada juga orang panggil ayam geprek atau ayam gepuk. Untuk mendapatkan sambal dalam semangkuk besar, akak takdelah spesifik sangat dari segi kuantitinya, agak-agak saja. Kalau kalian nak kuantiti yang sikit, boleh kurangkan bahan-bahannya. 

Mari kita lihat bahan-bahannya (anggaran dalam semangkuk besar hidangan sekeluarga):

- Segenggam cili merah besar
- Segenggam atau kalau nak adjust pedasnya, (tambah atau kurangkan) cili api merah
- 2 biji tomato
- 1 bawang besar dan beberapa butir bawang merah
- 4 - 5 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- Sebuku kecil belacan (dalam 1 inci panjangnya)
- Garam, gula dan perasa

Akak sharekan bahan-bahan yang akak sediakan.






Cara-caranya:

Boleh rujuk pada gambar dan cara-caranya.



Minyak secukupnya dimasukkan ke dalam kuali.


Tumiskan semua bahan-bahan kecuali tomato sebab nanti hancur sangat pulak. Bila dah nampak bahn-bahan semakin garing, baru masukkan tomato.


Tumisan yang dah dimasukkan tomato. Lepas tumisan dah semakin garing, tutup api dan masukkan bahan-bahan ini semua, dengan minyak-minyaknya sekali ke dalam blender dan blend kasar. Blend dalam dua kali agar bahan-bahan hancur. Jangan blend halus. Tak cantik teksturnya nanti.


Lepas dah blend, kuali yang sama, letakkan minyak, tunggu sehingga minyak sedikit panas, dan goreng semula. Masukkan garam, gula secukup rasa. Ingat dah ada ikan bilis, jadi tak perlu garam terlampau banyak. Nak tambah aji sikit pun boleh. Kacau-kacaukan sebatian. Lihat sampai nampak tumisan macam pecah minyak. Tutup api.


Nah siap untuk dimakan dengan nasi kukus, ayam goreng dan sayur-sayur yang yang selalu dihidangkan dengan ayam penyet 😍

Semoga bermanfaat. Terima kasih sahabat akak, Ina yang sharekan kepada akak resepi sambal ayam penyet ini. Secukup rasa dan memang senang bila ada sambal ni. Makanan lain, boleh goreng je. Semoga bermanfaat kepada kalian semua.


Psssttt: Nak renew insurans kenderaan kalian, boleh wasap akak di www.wasap.my/+60125538628 😊 Kita kawtim harga sampai jadi.

Jika berminat nak membina perniagaan sendiri pun boleh. Wasap je akak. Kita sembang.

Latest
Previous
Next Post »
0 Komentar