Tips menggembirakan wanita yang sedang period

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni rasa nak share pasal tips bagaimana nak menggembirakan wanita yang sedang period.... Haaaa jom baca... Kaum lelaki, take note ye.

Selalunya, apabila wanita sedang period atau datang bulan ni, mood nye macam graf, kadang baik-baik aje... Tapi dalam baik-baik tu, tiba-tiba boleh pulak bertukar jadi singa... Kaum lelaki jangan terkejut kerana itu perkara BIASA



Oleh itu, berhati-hati apabila anda berhadapan dengan wanita yang sedang period. Berikut adalah tips untuk menenangkan dan menggembirakan wanita yang sedang period. 

1. Dalam sesetengah kes, bagi orang yang tak tahu wanita tu tengah period, observe dulu gelagat wanita tersebut. Kalau perkara kecik pun meletup, maka berhati-hati, takut anda menjadi sasaran. Nak approach wanita tengah period ni, first thing, maniskan muka dan cakap baik-baik. InsyaAllah anda selamat. Secara generalnya, kita memang wajib buat baik dengan semua orang :) Buat baik, insyaAllah, dapat baik juga.

2. Bagi kawan-kawan wanita pula, kalau dah tahu kawan anda tengah period, give some soothing back massage.... Urut sikit bahu, leher dan bahagian belakang. Masa period ni, kebanyakan wanita mengalami lenguh-lenguh badan. Mesti kawan anda sangat menghargainya... Tapi kalau anda tak pandai urut, baik jangan!

3. Tip no. 2 boleh diaplikasi kepada kaum suami juga. Rajin-rajinlah massage belakang isteri anda. Tolong massage bahagian pinggang juga sebab sesetengah wanita rasa macam nak patah pinggang.

4. Kepada sang suami, lepas balik kerja tu, bawalah isteri dinner ke... Tak payah suruh isteri masak, biar dia rehat dan gembirakan isteri dengan bawa makan di luar.

5. Sesetengah wanita juga ada craving makanan manis-manis berlemak masa period ni... Hahaha... Jadi bagilah coklat atau kek pada waktu-waktu ini. Mesti dia happy.

6. Si suami, jaga perkataan apabila bercakap dengan isteri yang sedang period ye. Takut-takut, sikit pun boleh menyebabkan si isteri melenting.

7. Pada masa yang sama, si suami, pastikan rumah kemas ataupun paling teruk, simpan mainan anak elok-elok supaya tidak bersepah-sepah di ruang tamu atau bilik. Takut isteri anda serabut dan mula nak marah-marah.

8. Hadiahkan si dia sebotol Ostematrix dan B Complex Shaklee... Haaa ni untuk bantu supaya mood dia lebih tenang dan mengurangkan sakit-sakit badan. 

A healthy lady is a happy lady :)

Nak order Vitamin B Complex dan Ostematrix, atau apa-apa sahaja produk Shaklee yang lain, boleh hubungi 012-5538628.

Saya boleh buat penghantaran secara percuma di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, area VSQ Tower, Amcorp Mall, Menara PKNS dan kawasan-kawasan sekitarnya, Klang di kawasan sekitar Bukit Tinggi, Andalas, AEON. Kalau pos, ke seluruh Malaysia semestinya :)

Terima kasih.
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar