Penawar sakit tekak, batuk dan selsema

Apa khabar pembaca sekalian 😊 Lama kak yone tak bersiaran. Kali ni kak yone nak bercerita pasal pengalaman sendiri dalam ikhtiar mengurangkan sakit tekak, batuk dan selsema yang kak yone alami. Agaknya berjangkit daripada anak kak yone yang baru je keluar hospital baru-baru ni.


Disebabkan kak yone berbadan dua, maka pengambilan ubat-ubatan tu, kak yone nak kurangkan. Jadi masa nak mula sakit ni, kak yone rasa macam nak sakit tekak. Selalunya kak yone akan buang hingus untuk clearkan sakit tekak. Cumanya awal-awal tu, takde hingus pun 😀

Jadi dalam keadaan mengandung, selain mengambil SET HAMIL SHAKLEE, kak yone amalkan Nutriferon, Garlic Complex dan Omega Guard (Omega Guard memang terdapat dalam Set Kehamilan Shaklee). Nutriferon berfungsi meningkat sistem pertahanan badan kita. Garlic pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk melawan bakteria dan Omega Guard bagus untuk mengurangkan radang dalaman dan membantu mengurangkan wheezing dan kahak.

Alhamdulillah, lepas sehari, bila kak yone menghembus hingus, keluar hingus berwarna putih. Kak yone pun buang sepenuh hati. Selalunya bila da buang hingus, sakit tekak akan hilang 😉 

Lepas tu, memang kak yone rasa lega sikit sebab sakit tekak dah takde walaupun masih ada kahak dan hingus. Kunci dalam situasi begini ialah, jangan sayang kahak dan hingus tu. Selalulah buang hingus dan kahak supaya dapat bernafas dengan lancar especially time mengandung ni. 

Kak yone pun amalkan juga minum air lemon yang dicampur dengan madu untuk mengurangkan batuk-batuk yang kak yone alami. Alhamdulillah lega rasa salur pernafasan ni. Tak susah pun nak buat air lemon madu ni. 

Cara-caranya:

1. Ambil sebiji lemon. Basuh bersih-bersih. 
2. Potong lemon dalam dua slice. 
3. Perah lemon tersebut ke dalam gelas dan masukkan sekali dua slice lemon tersebut.
4. Letak air bersuhu bilik. Kalau nak suam, tambahkan sedikit air panas.
5. Masukkan dalam dua atau tiga sudu madu ke dalam air tersebut dan kacau sehingga sebati. Sila gunakan sudu plastik ya.
6. Sedia untuk diminum 😉

Air lemon madu (gambar ihsan Google)

Semoga bermanfaat! Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Nak hamil, kurangkan berat badan

Ramai wanita berusaha nak mendapatkan cahaya mata. Tapi setelah bertahun-tahun mencuba masih belum dikurniakan rezeki. Sesungguhnya kita hanya berusaha tapi yang menentukan hanyalah Allah yang Maha Esa. Ada sebab dan ketentuan di situ. Bagi wanita yang mengalami berat badan yang berlebihan, sebelum cuba untuk hamil, usahakan dulu untuk kurangkan berat badan.

Gambar ihsan Google

Berat badan yang berlebihan ini ada kalanya menyebabkan keadaan hormon yang tidak stabil. Sedikit sebanyak mengganggu usaha untuk mendapatkan anak. Macam kak yone sebelum ini pun, jarak umur anak sulung kak yone dengan yang kedua adalah dalam 5 tahun lebih. Apabila kak yone dah bersedia untuk menimang cahaya mata yang kedua, hampir setahun juga kak yone berusaha. Boleh baca kisah kak yone di SINI.

Kak yone ada terbaca juga daripada page FB Prof. Imelda Balchin, kalau wanita yang obes, tolong turunkan berat badan dulu sebelum merancang untuk hamil. Memang kat komen beliau, banyak yang telah berjaya hamil setelah berat badan turun. Antaranya, boleh baca di bawah 😊

Kredit kepada FB page Prof. Imelda Balchin

Kredit kepada komen di FB Page Prof. Imelda Balchin


Banyak lagi komen-komen yang kak yone baca di FB Page Prof. Imelda Balchin. Ada yang bercerai berai sebab tak dapat anak. Selepas bercerai, si wanita kehilangan berat badan, berkahwin lain dan dikurniakan anak-anak yang ramai. 

Jadi jangan berhenti berusaha. Apa yang dialami adalah kasih sayang yang ditunjukkan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap yang ditentukanNya.

Bagi yang tak obes sekalipun, tapi masih belum dikurniakan rezeki, kak yone sarankan amalkan cara hidup yang sihat dan aktif bersenam. Haaaa kak yone cakap melalui pengalaman juga. Masa nak usaha mendapat anak yang kedua dulu, memang bertungkus lumus kak yone berusaha. Tapi kak yone malas bersenam (ada la bersenam tapi tak konsisten).

Apabila kak yone hamil anak yang ketiga yang tidak disangka-sangka, sebenarnya sebelum hamil tu, dua tiga bulan sebelumnya kak yone rajin turun ke gym. Berzumbalah, on treadmill la. Tiba-tiba Allah kurniakan rezeki. Alhamdulillah. Asbab kehidupan yang lebih aktif, badan kita lebih sihat dan bersedia untuk menerima orang baru di dalam rahim kita, insyaAllah.

Nak mendapatkan mana-mana vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628 😊

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley