Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Sakit tumit dan ikhtiarnya

Merasai sakit lutut atau sakit-sakit sendi apabila usia semakin meningkat bolehlah dikatakan normal 😝 Normal ke sebenarnya? Tapi ramai orang yang mengalaminya. Tapi kalau boleh kita taknaklah merasainya. Walaupun kak nur sendiri dah melaluinya DULU.

Hahaha kak Nur dulu kena sakit tumit. Adoi bila bangun tidur dan kaki menjejak di lantai, tumit kanan terasa sakit mencucuk-cucuk. Kalau orang perempuan ni, bahagian tumit dikaitkan dengan keadaan rahim. Kak Nur belajar mengurut pun, memang point di tumit berkait dengan tumit. Tapi keadaan sakit tumit kak Nur tu, tak pasti berkait ke tak. Tapi sekarang Alhamdulillah da ok.

Banyaklah kak Nur berikhtiar nak pulihkan sakit tumit ni. Bayangkanlah kak Nur jalan sampai terhencot-hencot kaki sebelah sebab tumit kanan sakit. Masa tu memang cari kasut yang selesa untuk dipakai. No heels dah okeh. Kak Nur pakai macam kasut yang tumitnya tebal, lembut dan rata je. 


Suami kak Nur cakap antara faktor penyebab sakit lutut ni sebab berat badan bertambah. Oooppss 😳 Ada kebenarannya juga. Semakin meningkat usia, tulang kita ni, kalau kita tak jaga, kurang pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D, akan menyebabkan kalsium semakin berkurangan dan menjadi rapuh. Jadi, bila berat badan bertambah, maka tekanan ke atas tulang juga semakin meningkat.

Satu lagi, kalau diikutkan masa muda remaja dulu, ewahhhh 😆 kak Nur memang banyak berjalan, sakit tumit ni boleh juga terjadi disebabkan itu. Ditambah lagi orang yang kerjanya banyak berdiri. Jadi memang ada potensi nak mendapat sakit tumit. So kalau dibaca sebab-sebabnya, sakit tumit boleh terjadi apabila:

💙 Selalu pakai kasut tumit tinggi atau kasut yang tidak sesuai (tapak nipis)

💙 Banyak berjalan atau berdiri

💙 Berat badan yang bertambah

💙 Keadaan tapak kaki yang leper, rata atau terlalu melengkung

💙 Orang yang terlibat dalam sukan yang menyebabkan hentakan pada kaki

Berbalik kepada citer kak Nur dulu. Macam-macam dah kak Nur cuba untuk memulihkan sakit tumit tu. Sampai ubat yang diharamkan KKM pun (masa tu tak diisyitiharkan haram lagi) kak Nur makan. Ubat tu memang power 😂 Hilang terus sakit tumit. Amekaw! 

Mujur masa tu kak Nur makan on and off je. Mama kak Nur la, kesian dia. Kesan ubat tu, antaranya buat tangan mama jadi macam kering ke lembap. Up to extend sampai berbau kurang menyenangkan.

Jumpa doktor pun kak Nur jumpa dah. At the end, yang depan mata, baru kak Nur nak layan. Haaa. Kak Nur kan distributor Shaklee. Memanglah takde vitamin khusus yang kata, bila makan hilang sakit tumit. Kak Nur tak rasa ia begitu. Tapi kak Nur ikhtiar cukupkan apa yang patut.

Antaranya ialah tablet kalsium Ostematrix Shaklee, kak Nur tak culas. Perempuan memang kena amik kalsium, sebab kalsium kita, kita bagi pada baby, masa period kalsium hilang, dan banyak lagi sebab yang menggunakan kalsium dalam badan.

Then kak Nur tambah Omega Guard. Omega Guard ni, minyak ikan Omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA. Selain bagus untuk perkembangan otak, melegakan lelah, Omega Guard ni sangat bagus untuk mengurangkan sakit-sakit sendi. 

Banyak sangat kebaikan Omega Guard tau

Bila konsisten amalkan Omega Guard, alhamdulillah, hilang dah sakit sendi kak Nur 😎 Yang ni kak Nur cerita ikut pengalaman sendiri. Lain orang lain kesannya. Ada yang ok, ada yang lambat dan ada yang macam takde kesan. 

Kak Nur cakap awal-awal, kak Nur tak makan sebotol dua Ostematrix dan Omega Guard untuk merasai hilangnya sakit sendi ni. Tapi kak Nur makan berbotol-botol juga. Tapi sebab kak Nur nak berikhtiar, kak Nur pejam mata dan konsisten amalkan setiap hari. Hasilnya alhamdulillah. Dapat rasa lega sampai hari ni 😍

Apa yang kak Nur rasa, kak Nur share. Sesiapa nak berikhtiar untuk mengurangkan sakit tumit, sakit lutut dan sebagainya, boleh hubungi kak Nur di 012-5538628.




Cara-cara mengurangkan kegatalan mata

Sejak dari dulu lagi, Kak Nur ada mengalami kegatalan mata. Gatal-gatal kemudian kak Nur pi tonyoh genyeh pulak mata sebab gatal, menjadikan mata seakan membengkak dan merah. Ingat lagi masa zaman uni kot, mata hitam kak Nur seakan membengkak dan timbul daripada bahagian putih tu 😖 Teruslah kak Nur ke klinik. Tapi doktor kata takde apa pun, kemungkinan besar disebabkan alergik je.

Sekarang ni dah kurang, cuma ada la juga terjadi. Tapi anak sulung kak Nur macam mewarisi keadaan kak Nur ni. Ada satu masa, dia main dengan bantal kekabu yang dah bocor, habis mata dia membengkak dan gatal-gatal 😱 Kalau tengok betul-betul, mata hitam dia tenggelam sikit dan mata putih nampak timbul di sekeliling mata hitam. Takuttttt. Boleh tengok gambar di bawah.

Mata berair, mata putih membengkak dan seakan menenggelamkan mata hitam sikit. 

Kak Nur paniklah juga. Terus bawa anak kak Nur ni gi hospital. Kata doktor takde apa-apa walaupun ada refer pada pakar mata. Alhamdulillah semua ok. Cuma dalam keadaan mata sensitif ni, kenalah jaga diri sendiri agar tak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan mata jadi gatal.

Sebenarnya ada faktor-faktor yang menyebabkan mata mudah menjadi gatal-gatal. Antaranya ialah:

💜 Masalah alergik kepada persekitaran yang mengandungi habuk-habuk, hama, even asap seperti asap rokok.

💜 Menghadap gadgets seperti telefon pintar, komputer dalam jangka masa yang lama.

💜 Memakai kanta lekap atau contact lense yang tercemar atau pemakaian kanta lekap terlalu lama.

💜 Mengalami kekeringan mata kerana kurang minum air atau disebabkan kurang tidur.

💜 Berada dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, antara cara-cara untuk mengurangkan kegatalan mata ialah:

💚 Elakkan berada dalam bilik atau kawasan yang berdebu atau penuh dengan habuk-habuk (kalau nak kemas bilik, bukalah tingkap dan pintu seluas-luasnya agar habuk dapat keluar dan pengudaraan lebih baik).

💚 Jika terasa gatal, jangan tonyoh atau genyeh mata. Sebaliknya basuh muka dengan air yang bersih dan lalukan air di bahagian mata.

💚 Kurangkan menghadap telefon pintar atau komputer dalam jangka masa yang lama. Jika terpaksa, lakukan senaman mata, iaitu, alihkan pandangan pada benda jauh sekurang-kurangnya 20 minit selepas menghadap gadgets. Kalau ada pemandangan yang menghijau lagi bagus. Gerakkan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah.

💚 Jika memakai kanta lekap, pastikan tangan berada dalam keadaan yang bersih. Pastikan kanta lekap dikendalikan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan ia daripada tercemar.

💚 Sentiasa amalkan meminum air dalam kuantiti yang mencukupi. Setiap 25kg berat badan, 1 liter air diperlukan. Mata yang kering, akan menyebabkan kegatalan mata. So nak mata yang lembap, pastikan badan cukup air.

💚 Amalkan pemakanan vitamin A. Vitamin ini sangat penting untuk kesihatan mata, iaitu mengurangkan masalah rabun dan mengurangkan kekeringan.

💚 Tingkatkan pengambilan Omega-3. Pengambilan minyak ikan dan Omega-3 (DHA dan EPA) ini membantu mengekalkan kelembapan mata. Unsur air mata terdiri daripada air, minyak dan lendir. Kekurangan salah satu daripada unsur-unsur ini menyebabkan mata cepat kering dan menjurus kepada kegatalan mata. 

Jadi, sayangilah mata. Kerana dari mata, turun ke hati, ewahhhhh 😁

Kalau rasa tak tahan sangat sebab selalu mengalami kegatalan mata, boleh amalkan vitamin-vitamin berikut untuk mata yang sihat 😊

💘 Vitamin Carotomax yang mana memenuhi keperluan Vitamin A, membantu mempertingkatkan kesihatan retina serta tinggi sifat antioksidan yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.

💘 Omega Guard. Macam disebutkan di atas, Omega Guard adalah Omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA yang membantu memberi kelembapan kepada mata.
Nak dapatkan vitamin-vitamin ini, boleh hubungi kak Nur di 012-5538628. Pembelian daripada kak Nur ini datang sekali dengan pakej konsultasi percuma tentang pengambilan vitamin-vitamin Shaklee.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Gusi berdarah jangan dibiarkan

Fuhhhh mencabar sebenarnya bila nak share sesuatu yang based on facts. Kak Nur bukanlah seorang doktor. Tapi sukalah juga share perkara-perkara yang berkaitan. Kali ni kak Nur nak share pasal gusi yang berdarah. Heeee siapa suka gusi berdarah kan? Rasa gusi tu lembik pulak. Errkkkk 😝

Seingat kak Nur, selepas bersalin anak sulung kak Nur, masa tu terkena gusi berdarah and rasa kawasan gusi yang bermasalah tu lembik. Tapi memang agak normal wanita yang hamil dan selepas bersalin mengalami gejala gusi berdarah. Pada masa tu, salur darah kita sedang mengembang jadi gusi tu memang bahagian yang agak sensitif. Boleh baca di SINI.

Balik kepada cerita tadi, memang tak selesa bila rasa macam tu. So menyinggahlah kita berjumpa doktor gigi. Mujurlah takde apa-apa yang serius. Kebiasaannya sebab dah lama tak servis gigi dan gusi ni 😂

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan pendarahan gusi ialah disebabkan oleh kebersihan mulut yang kurang memuaskan. Kak Nur rasa tak ramai yang rajin berjumpa dengan doktor gigi, melainkan hanya apabila ada masalah gigi je. 

Apabila kebersihan mulut kurang memuaskan, maka senanglah menyebabkan pembentukan plak pada garis gusi dan juga pada celah-celah gigi. Dalam mulut kita, ada bermacam-macam bakteria, termasuklah pada plak yang terbentuk. Kalau dibiarkan, ia akan menjadi tartar dan merebak ke bahagian bawah gigi. Akhirnya akan menyebabkan radang. Maka terjadilah radang pada gusi atau gingivitis. Gusi akan membengkak dan sangat mudah terjadi pendarahan.


Jadi jangan biarkan keadaan begini melarat. First thing first, pi la jenguk doktor gigi. Doktor akan membuang dan membersihkan plak-plak di sekeliling gigi dan di gusi. Selepas itu, beruslah gigi dengan cara yang betul. Gunalah berus yang lembut agar tidak mencederakan gusi.

Sekali dah terkena, pasti tak nak terkena lagi kan? Maka boleh juga amalkan Set Gigi Sihat daripada supplemen-supplemen Shaklee. 

Set ini terdiri daripada:

Set Gigi Sihat

Ostematrix - Tablet kalsium yang membantu memenuhi keperluan kalsium harian kita. Ingat ye, semakin meningkat umur, kalsium juga akan semakin terhakis. Jadi pastikan mendapat bekalan kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin C (Sustained Release) - Vitamin C sangat penting untuk mengawal pendarahan gusi dan membantu mempertingkatkan kesihatan gusi. 

Omega Guard - Membantu mengurangkan keradangan serta pembengkakan gusi.

Vitamin B Kompleks - Membantu mengawal pendarahan gusi memelihara kesihatan urat saraf.

InsyaAllah kita ikhtiar yang terbaik untuk kesihatan gusi, gigi dan juga kesihatan badan kita. Kak Nur memang amalkan sepanjang Kak Nur pregnant yang kedua dan ketiga. Alhamdulillah, takde lagi masalah gusi lembik dan berdarah.

Kak Nur amalkan, dan yang baik, semestinya kak Nur nak share juga. Nak dapatkan Set gigi sihat ni, whatsapp je Kak Nur di 012-5538628 😁

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Mengurangkan Rasa Sakit Tumit

Hai hai hai. Apa khabar semua 😍 Hari ni nak cerita pasal #shakleeeffects yang kak Nur alami, yang menyebabkan sampai sekarang kak Nur saaayang sangat kat Shaklee. Kak Nur dulu mengalami sakit tumit.


Kak Nur yakin, ramai orang mengalami sakit tumit. Tapi sama ada diorang bertahan menahan sakit atau pun membiarkan aje. Hmmm sama lah tu kan. Kak Nur dulu, makan macam-macam supplemen juga untuk membantu mengurangkan sakit tumit. Sampai ada yang diharamkan KKM pun. 

Last-last kak Nur fikir, baik kak Nur amalkan supplemen yang bersifat semulajadi yang lebih selamat untuk penerimaan badan untuk jangka masa yang lebih panjang. So kak Nur amalkan dua supplemen Shaklee. Jom layan video kak Nur ni untuk mengetahui supplemen apa tuuuuu 😍




Ye. Kak Nur amalkan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee. Memang sampai sekarang dua-dua vitamin tersebut adalah best friend kak Nur. 

Ostematrix tu, walaupun kak Nur dah tak sakit tumit, tapi Ostematrix memang penting untuk keperluan kalsium badan kita. Ostematrix bukan sekadar kalsium, tapi juga mengandungi vitamin D, magnesium yang membantu penyerapan kalsium yang efektif ke dalam tulang.

Omega Guard, selain membantu membantu kesihatan sendi kak Nur, juga membantu apabila kak Nur mengalami lelah atau batuk-batuk. Memang membantu sangat mengeringkan kahak.

Boleh baca kisah-kisah Omega Guard yang best di bawah ini. Nak dapatkan set Ostematrix dan Omega Guard, hubungi 012-5538628.

Jari tersepit pintu, bagaimana menghilangkan kesakitan?

Apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian 😊 Hari ni kak yone nak kongsikan kisah seorang hamba Allah ni yang ibu jari kanannya secara tak sengaja telah terkepit dengan pintu kereta. Memandangkan hamba Allah ni tengah mengandung, maka pengambilan ubat tak digalakkan. Jom kita baca macam mana dia buat untuk mengurangkan kesakitan yang berdenyut-denyut di jarinya.

Hari pertama jari terkepit pintu kereta

Haha ni gambar yang dikongsikan. Katanya sakit berdenyut-denyut walaupun kena di tengahari. Tapi sakitnya sampai ke malam.

Right after terkena tu, kawan kak yone terus goyang-goyangkan tangannya. Tujuannya supaya darah tak membeku dan masih mengalir. Kemudian selepas ada akses kepada air, kawan kak yone ambil mug, isikan dengan air sejuk dan celup jari yang tercedera itu.

Haha electric shock kata kawan kak yone. Sejuk sangat pulak rendam jari tu di dalam air sejuk. Jadi dia hanya lalukan di bawah air yang mengalir. Lega sikit rasanya. Disebabkan sampai ke petang pun masih sakit, maka kawan kak yone bungkus jari tu dengan tisu basah dan celup ke dalam air sejuk. Katanya takdelah rasa macam electric shock. Tisu basah tu cover sikit rasa kesejukan melampau tu.

Balik rumah, masih lagi terasa sakit berdenyut-denyut jari tu. Memang takla kawan kak yone nak makan panadol atau ubat tahan sakit. Disebabkan kawan kak yone ni tengah mengandung, maka dia amalkan Set Prenatal Shaklee yang ada:

💓 Vita-Lea
💓 Vitamin B Complex
💓 Vitamin C
💓 Ostematrix (tablet kalsium)
💓 Omega Guard
💓 ESP

Ok. Kalau vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan kesakitan ni, ada je dalam Set Prenatal Shaklee ni. Antaranya yang membantu mengurangkan kesakitan ialah:

💛 Vitamin B Complex - Membantu menenangkan dan melegakan urat saraf.

💛 Ostematrix - Tablet kalsium yang membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang kita dan pada masa yang sama membantu memberi keregangan kepada otot-otot supaya tak kejang.

💛 Omega Guard - Membekalkan sumber DHA dan EPA dan juga membantu mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan.

💛 Vitamin C - Membantu menguatkan sistem imun badan dan pada masa yang sama memulihkan luka-luka dalaman.

So sebelum tidur, kawan kak yone makan Omega Guard dan Ostematrix untuk keperluan badannya yang sedang hamil dan pada masa yang sama berikhtiar mengurangkan kesakitan dan bengkak pada jarinya.

Alhamdulillah, feedback hari ini, ibu jarinya masih kelihatan blue black di bahagian kuku. Tapi kesakitan tu tak berdenyut-denyut dan dah boleh menulis dan membuat kerja-kerja ringan yang melibatkan penggunaan ibu jari tersebut.

Hari kedua jari terkepit pintu kereta


Alhamdulillah. Itulah walaupun nampak remeh, tapi ibu jari memainkan peranan yang sangat besar. Walaupun hanya sakit terkepit pintu, tapi kesannya berdenyut-denyut dan banyak benda tak boleh nak pegang atau angkat. Jadi nikmat apa lagi yang kita nak dustakan? 

Kena pulak waktu tengah pregnant. Memanglah kita takkan telan ubat tahan sakit sewenang-wenangnya. Mujurlah ada Set Prenatal Shaklee 😀 Set ini memang sangat-sangat membantu ibu-ibu supaya lebih bertenaga dan ceria dalam menempuh waktu kehamilan serta membantu mempertahankan tubuh si ibu supaya kuat dalam melawan jangkitan penyakit.

Manfaat kepada baby dalam kandungan juga sangat banyak. Apabila ibu mendapat cukup nutrisi, bayi dalam kandungan akan membesar dengan sihat dan cergas, insyaAllah.

So nak dapatkan Set Prenatal Shaklee ni, meh hubungi kak yone di 012-5538628. Akan kak yone ajarkan cara-cara untuk mengambil vitamin supaya kesihatan ibu lebih baik semasa hamil dan insyaAllah bacaan HB pun cantik-cantik selalu.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Anak Kak Yone & Omega Guard

Selalu kak yone bercerita pasal apa yang kak yone rasakan bila makan Shaklee. Ewah! Shaklee takleh dimakan, maksud kak yone, makan vitamin Shaklee 😀 Shaklee Effects gitu. Tapi kalau bercerita pasal diri sendiri, mungkin sesetengah orang sukar nak percaya. Takut kita exaggerate je lebih. So hari ni kak yone bercerita pasal #Shakleeeffects anak kak yone la.

Kak yone pun macam kebanyakan parents yang lain. Bekerja dan anak kak yone gi taska. Jadi memang bercampur dengan ramai lagi anak-anak lain. Jadi tak hairan bila anak asyik kena demam, batuk-batuk dan selsema.

Masa tu, boleh kata setiap minggu asyik berulang-alik ke klinik. Fuh, anak kak yone pulak super sensitif kat persekitaran. Maaacam kak yone. Mudah kena batuk macam lelah / asma. Jadi bila ke klinik, asyik kena amik gas nebuliser. Last-last doktor bagi warning, kalau datang ke klinik lagi, kena prescribe inhaler dah.

Anak kak yone masa 4 tahun kot


Bukan aje batuk-batuk lelah, ada masa-masanya mata dia jadi gatal-gatal. Sampailah satu malam tu, kena alergik sampai bengkak mata, gatal-gatal satu badan. Kak yone terus bawa ke hospital. Boleh baca kisahnya kat SINI.

Masa di wad kecemasan. Sampai je hospital, terus masuk dalam bilik rawatan.

Keesokan harinya, sahabat kak yone merangkap orang yang memperkenalkan Shaklee kepada kak yone, Ainul Malik, datang melawat. Masa tu promo Omega Guard. Ainul pun hadiahkan sebotol Omega untuk anak kak yone.

Kak yone terfikir gak, boleh ke anak kak yone makan. Budak-budak kalau tak biasa, memang sukar sikit nak makan. Memang pun. First time bagi, suruh kunyah macam gula-gula. Tak jalan okeh. Tapi kak yone tak nafikan, ramai lagi anak-anak lain yang kunyah telan. Selamber je.

Lepas dah keluar hospital semua, ada suatu hari tu, kak yone ajak anak kak yone mandi di swimming pool. Ada kolam renang kat apartment kak yone. Memang anak kak yone suka sangat. Tapi kak yone suruh dia telan dengan air dulu Omega Guard tu. Taknak bagi sejuk kak yone cakap. Alhamdulillah. Anak kak yone setuju. Dia makan Omega Guard dan telan dengan air. Mudah sangat sebab Omega Guard tu licin 😊

Mulai hari itu, kak yone bagi secara konsisten sebiji setiap hari. Alhamdulillah, memang nampak perubahan. Kurang dah batuk-batuk selsema semua. Demam pun dah jarang-jarang. Memang lepas doktor bagi warning nak suruh pakai inhaler tu, kami dah tak pi dah klinik 😀

Alhamdulillah membesar anak kak yone dengan sihat. Jarang sangat ke klinik. Rasanya lepas konsisten Omega Guard, dekat nak setahun tak jenguk klinik 😀 Sebab tu la kak yone jatuh cinta sangat dengan Omega Guard ni.

Pertama sebab masalah sakit tumit kak yone hilang lepas konsisten Omega Guard. Tengok pulak anak kak yone yang semakin sihat dan kuat apabila konsisten Omega Guard. Sebab tu la kak yone percaya, Omega Guard dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain memang bagus, selamat, vitamin semulajadi pulak tu. 

So kalau merancang nak makan vitamin / supplemen, pilihlah jenama yang terbaik. Jenama Shaklee tau. Ingat Shaklee, ingat kak yone tau. No nye 012-5538628 😀

Sekian perkongsian kak yone. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Minyak Ikan Terbaik Pilihan Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang sangat saya sayangi. Alhamdulillah Nur Muhammad dah keluar daripada hospital. Terima kasih sekali lagi di atas doa-doa anda. Semoga anda semua juga diberkati dan dirahmati selalu.

Haha... dah lama saya tak update pasal Shaklee saya. Okla saya nak buat announcement tentang promosi Shaklee pada bulan ini. Bulan ni promosi Omega Guard.... Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik daripada Shaklee :)

Macam mana promosinya? Beli 6 botol Omega Guard dan dapat percuma sebotol lagi Omega Guard. Selain itu, bulan ini istimewanya Shaklee juga memberi diskaun 5% bagi pembelian 2 botol Omega Guard. Memang tak pernah-pernah la bagi sebelum ni :)

Jika anda membeli sebotol Omega Guard, harganya ialah RM136.00. Jadi kalau nak beli 6 botol Omega Guard dan percuma satu, anda kira sendiri sebenarnya berapa harga sebotol Omega Guard yang sangat berbaloi-baloi untuk November 2014 ini aje.

Yang bestnya, Omega Guard ini ialah minyak ikan yang sangat sesuai diambil oleh seisi keluarga. Kanak-kanak dan ibu mengandung lagi la boleh sangat. Anda boleh rujuk berkaitan Omega Guard di SINI. 



Untuk konsultasi pengambilan vitamin Shaklee secara percuma, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Wanita Bijak Cerdas

Di usia yang semakin meningkat ini, tidak dapat dinafikan badan dan otak kita mengalami kemerosotan. Saya sendiri merasakannya. Jauh berbeza ketika zaman muda remaja dulu...heeee..

Alhamdulillah, sejak berpindah ke department baru, saya rasa lebih bersemangat dan cerdas. Syukur dengan perubahan ini :) Saya juga mudah mengingat perkara-perkara baru yang dipelajari. Apa-apa pun semuanya dengan ketentuan dan keizinan Allah.

Cuma di sini, ingin saya cadangkan kepada wanita-wanita bijak dan cerdas di luar sana, jika anda merasakan letih dan tidak seperti zaman muda-muda dulu, anda boleh berusaha dengan mengambil makanan tambahan seperti supplemen untuk membantu tubuh anda. Selebihnya, bertawakallah kepada Allah.

Saya perasan saya kurang letih dan lebih bertenaga dan cerdas kini dan kurang dah sakit di tumit apabila mengambil Omega Guard. Haaaa jangan marah, saya cadangkan aje sebab saya sendiri dah merasai kesan baiknya. Yang baik, kita kongsikan?




Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mudah faham penerangan bos saya mengenai perkara baru di department saya. Saya lebih cerdas dan bersemangat dan mudah untuk belajar :) I take things positively. Alhamdulillah, syukur. Terasa perbezaan dulu dan sekarang.

Heee bagi sesiapa yang berasa seperti saya dulu, terasa letih, tak larat, kurang bermotivasi, dan ingin tahu mengenai supplemen-supplemen.. haaa hubungi saya di 012-5538628. Semestinya mentaliti kita sendiri kena sentiasa berfikiran positif untuk berubah menjadi lebih baik.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Set Kesihatan Sendi Shaklee

Joint Health Set dan Vivix

Anda sudah lama menderita sakit tumit, sakit lutut atau sengal-sengal kaki dan badan apabila di akhir malam? Ataupun anda mengenali sesiapa yang mengalami masalah ini.. Mungkin juga orang yang anda sayangi hadapi masalah ini....



Saya mengalami masalah ini.... Tak pasti sama ada apa yang saya alami ini adalah hanya bermain di fikiran saya (secara psikologi) atau memang saya betul-betul alaminya...

Masa saya kecil-kecil dulu.. dalam peringkat darjah 1 atau 2.. saya selalu mengalami masalah lenguh-lenguh kaki. Lenguh-lenguh kaki kan rasanya sangat abstrak.. nak kata betul ke tak.. sebab bukannya sakit.. hanya lenguh. Masa tu pula.. saya masih kecil.. Tetapi mama dan abah bawa juga saya berjumpa pakar kanak-kanak untuk memeriksa dengan lebih lanjut.

Nak dijadikan cerita, mungkin memang tiada laporan yang konkrit mengenai lenguh kaki saya... Sampailah saya besar.. rasanya semua ok.. saya mula terfikir yang memang hanya mainan psikologi.

Selepas saya bersalin 30 hari, saya mula keluar rumah dan mengajar semula home tuition. Pada waktu itu, lenguh-lenguh kaki saya mula dirasai. Memang lenguhnya membuatkan saya stress. Saya tanya-tanya kawan saya, ada yang mengatakan saya tidak berpantang sehingga 44 hari.. hmmm mungkin juga.. 

Sebelum ini pula, saya mengalami sakit tumit kaki kanan. Nak jalan pun terhencut-hencut. Memang menyedihkan.. Saya ada pergi berjumpa pakar tulang, dia kata tidak ada apa-apa. Dia menasihatkan saya supaya banyak beriadah.. heee..

Sekarang ini, saya dengan konsistennya mengamalkan OsteMatrix. Sangat-sangat membantu (dengan izin Allah) menghilangkan sakit di tapak tumit saya. Syukur, Alhamdulillah.

Apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan di sini ialah kepentingan menjaga kesihatan sendi dan tulang kita. Bayangkan kalau kita mengalami sakit tumit atau sakit lutut atau mana-mana bahagian badan kita, tidakkan perkara ini akan membantut atau melambatkan pergerakan kita...

Sebelum melarat, adalah lebih baik kita menjaga kesihatan sendi.  Apabila sendi kita sihat, maka InsyaAllah badan kita juga akan sihat. Saya perasan, apabila saya bangun tidur dalam keadaan sendi yang sihat (tiada sakit tumit atau lenguh kaki), secara automatiknya badan saya berasa segar.



Untuk menjaga kesihatan sendi, anda boleh ambil Set Joint Health yang terdiri daripada:
- #OmegaGuard - 90 biji (136.00)
- #OsteMatrix - 120 biji (RM61.00)
- #AdvanceJointHealth Tablet - 60 biji (RM124.00)

Kebaikan Set Joint Health
***********************************************************************************************************************
- Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting kepada tisu-tisu penghubung yang lain untuk memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
- Membantu mengekalkan tulang yang sihat
- Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

ATAU 

Jika anda tidak suka makan supplemen yang terdiri daripada kapsul atau berbentuk biji, anda boleh cuba...... #Vivix!

Hanya sesudu kecil sehari untuk kesihatan sendi anda. Harga Vivix ialah RM475 bagi 150ml. Jika anda membeli 2 botol Vivix, akan akan mendapat harga ahli dan keahlian Shaklee secara percuma. Di samping itu, bulan depan, anda gerenti akan mendapat CASH REBATE.



Berikut adalah testimoni yang berkaitan. Maaf panjang sikit 




Nak tahu lebih lanjut atau nak beli? Hubungi saya di 012-5538628.

Atau klik sini untuk pembelian secara online  Penghantaran Vivix ke seluruh Malaysia adalah PERCUMA.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id&enc_widget_id=5d40954183d62a82257835477ccad3d2


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park