Cara-cara mengurangkan kegatalan mata

Sejak dari dulu lagi, Kak Nur ada mengalami kegatalan mata. Gatal-gatal kemudian kak Nur pi tonyoh genyeh pulak mata sebab gatal, menjadikan mata seakan membengkak dan merah. Ingat lagi masa zaman uni kot, mata hitam kak Nur seakan membengkak dan timbul daripada bahagian putih tu 😖 Teruslah kak Nur ke klinik. Tapi doktor kata takde apa pun, kemungkinan besar disebabkan alergik je.

Sekarang ni dah kurang, cuma ada la juga terjadi. Tapi anak sulung kak Nur macam mewarisi keadaan kak Nur ni. Ada satu masa, dia main dengan bantal kekabu yang dah bocor, habis mata dia membengkak dan gatal-gatal 😱 Kalau tengok betul-betul, mata hitam dia tenggelam sikit dan mata putih nampak timbul di sekeliling mata hitam. Takuttttt. Boleh tengok gambar di bawah.

Mata berair, mata putih membengkak dan seakan menenggelamkan mata hitam sikit. 

Kak Nur paniklah juga. Terus bawa anak kak Nur ni gi hospital. Kata doktor takde apa-apa walaupun ada refer pada pakar mata. Alhamdulillah semua ok. Cuma dalam keadaan mata sensitif ni, kenalah jaga diri sendiri agar tak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan mata jadi gatal.

Sebenarnya ada faktor-faktor yang menyebabkan mata mudah menjadi gatal-gatal. Antaranya ialah:

💜 Masalah alergik kepada persekitaran yang mengandungi habuk-habuk, hama, even asap seperti asap rokok.

💜 Menghadap gadgets seperti telefon pintar, komputer dalam jangka masa yang lama.

💜 Memakai kanta lekap atau contact lense yang tercemar atau pemakaian kanta lekap terlalu lama.

💜 Mengalami kekeringan mata kerana kurang minum air atau disebabkan kurang tidur.

💜 Berada dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, antara cara-cara untuk mengurangkan kegatalan mata ialah:

💚 Elakkan berada dalam bilik atau kawasan yang berdebu atau penuh dengan habuk-habuk (kalau nak kemas bilik, bukalah tingkap dan pintu seluas-luasnya agar habuk dapat keluar dan pengudaraan lebih baik).

💚 Jika terasa gatal, jangan tonyoh atau genyeh mata. Sebaliknya basuh muka dengan air yang bersih dan lalukan air di bahagian mata.

💚 Kurangkan menghadap telefon pintar atau komputer dalam jangka masa yang lama. Jika terpaksa, lakukan senaman mata, iaitu, alihkan pandangan pada benda jauh sekurang-kurangnya 20 minit selepas menghadap gadgets. Kalau ada pemandangan yang menghijau lagi bagus. Gerakkan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah.

💚 Jika memakai kanta lekap, pastikan tangan berada dalam keadaan yang bersih. Pastikan kanta lekap dikendalikan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan ia daripada tercemar.

💚 Sentiasa amalkan meminum air dalam kuantiti yang mencukupi. Setiap 25kg berat badan, 1 liter air diperlukan. Mata yang kering, akan menyebabkan kegatalan mata. So nak mata yang lembap, pastikan badan cukup air.

💚 Amalkan pemakanan vitamin A. Vitamin ini sangat penting untuk kesihatan mata, iaitu mengurangkan masalah rabun dan mengurangkan kekeringan.

💚 Tingkatkan pengambilan Omega-3. Pengambilan minyak ikan dan Omega-3 (DHA dan EPA) ini membantu mengekalkan kelembapan mata. Unsur air mata terdiri daripada air, minyak dan lendir. Kekurangan salah satu daripada unsur-unsur ini menyebabkan mata cepat kering dan menjurus kepada kegatalan mata. 

Jadi, sayangilah mata. Kerana dari mata, turun ke hati, ewahhhhh 😁

Kalau rasa tak tahan sangat sebab selalu mengalami kegatalan mata, boleh amalkan vitamin-vitamin berikut untuk mata yang sihat 😊

💘 Vitamin Carotomax yang mana memenuhi keperluan Vitamin A, membantu mempertingkatkan kesihatan retina serta tinggi sifat antioksidan yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.

💘 Omega Guard. Macam disebutkan di atas, Omega Guard adalah Omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA yang membantu memberi kelembapan kepada mata.
Nak dapatkan vitamin-vitamin ini, boleh hubungi kak Nur di 012-5538628. Pembelian daripada kak Nur ini datang sekali dengan pakej konsultasi percuma tentang pengambilan vitamin-vitamin Shaklee.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar