Kelebihan Travel Insurance Etiqa yang Best!

Wowwweeee sekarang ni travel insurance Etiqa ada coverage Cashless Oversea Medical Care. Kak Nur pasti ramai yang akan senang hati nak travel dengan kelebihan atau benefit baru ini apabila membeli insurans perjalanan atau travel insurance Etiqa ini.

Berikut adalah maklumat ringkas yang kalian boleh rujuk berkenaan dengan travel insurans di bawah Etiqa. Best sangat tau 😃



Kesimpulannya Kelebihan Travel Insurance Etiqa ni kalian boleh rujuk di bawah:





Kalau kalian perasan, jika berlaku kehilangan barang macam kerosakan pada luggage, kecurian dompet yang melibatkan wang atau dokumen penting, kalian yang di bawa coverage travel insurance ni, boleh terus je whatsapp ke nombor 019-6507931. Sekarang memang pantas. Boleh wasap je.

Jadi kalau kalian nak pergi bercuti, dalam atau luar negara, bolehlah whatsapp pada kak Nur www.wasap.my/+60125538628 💖 untuk mendapatkan quotation travel insurance anda.

Hubungi saya agen insurans Etiqa, AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Memperbaiki dinding melepuh ditembusi air

Pernah tak korang mengalami dinding yang tiba-tiba nampak ditembusi air dan kemudian kelihatan lumut mula tumbuh kerana dinding yang lembap? Haaa macam kat bawah ni.




Orang cakap jadi macam ni sebab simen yang dibancuh tak betul nisbahnya. Wallahu'alam. Satu lagi sebab dari luar, dinding ni memang tak terlindung. Jadi hujan yang lebat menyebabkan air sampai tembus dinding ni. Kak Nur redha je la. Lama juga kak Nur biarkan sebab panggil kontraktor, tak datang-datang. Sampai satu masa, tikar kat tepi dinding tu pun dah nampak basah sebab air tembus dinding tu bila hujan lebat.

Sementara menantikan kontraktor datang, ikut hati akak nak je buat sendiri. Tapi memandangkan tak pernah buat dan takde ilmu, maka akhirnya akak panggillah juga kontraktor tolong buatkan. Dari kontraktor tu, akak belajarlah juga cara-cara nak buat.

Kontraktor tu terangkan, untuk menghalang air menembusi dinding lagi, dia akan letak sealer atau waterproofing liquid. Tapi masa dia datang tu, dia bawa waterproofing liquid. Disapunya cecair waterproofing tu di dinding bahagian luar rumah dan di dalam rumah. 

Yang kat dalam rumah, gelembung dan bekas-bekas tembus air tu, dibuang terlebih dahulu, barulah disapu dengan cecair waterproofing yang berwarna putih. So kalau cat di dinding dah warna putih, senanglah. Tak payah cat balik pun ok 😊Cecair tu, bila kering, dia membentuk seolah satu lapisan getah yang meliputi dinding tersebut. 

Lepas dah siap sapu cecair waterproofing tu dan dinding pun dah kering, barulah dicat semula. Cumanya kak Nur agak tergamam sikit sebab dinding yang dipecahkan segala gelembungnya tidak diplaster untuk disamaratakan balik dinding tu. Jadilah macam kawah bulan pada dinding tersebut.

Dinding yang telah dibuang gelembung-gelembung angin, selepas disapu cecair waterproofing dan dicat.

Selepas seminggu, timbul lagi gelembung-gelembung angin

Kontraktor pun datang semula, pecahkan gelembung tersebut dan plasterkan dinding tu. Cumanya disebabkan keadaan yang tergesa-gesa, maka takla dicat balik. Masa tu akak biarkan je sebab akak rasa akak cat balik lagi elok 😂 Cumanya tukang Indonesia tu sempat menitipkan pesan pada akak, "kak, nanti beli kertas pasir, kasi licin ini dinding, baru cat balik." Kontraktor pun ada pesan juga, beli waterproofing liquid yang bekas kecil dan sapu balik kalau perlu.

Gambar ni diambil selepas dinding dah dilicinkan dengan kertas pasir. Fuhhh berdebu satu inci juga sebab campuran pasir kasar digunakan untuk bancuh plaster yang digunakan untuk menyamaratakan dinding.

Haaaa nampak debu-debu yang keluar tu. 


Ni sebelum akak memulakan usaha menyapu sealer dan cat balik.


Gambar di bawah adalah sealer yang akak beli. 


Bila baca kat tong sealer tu, kalau dinding tak rata, gunakan filler untuk meratakan dinding dulu. Tapi memandangkan akak tak beli filler, maka akak teruskan aje dengan sealer tu. Sealer tu dah setong. Takdelah nak guna kat tempat lain dah. Maka akak sapu tebal-tebal dekat kawasan-kawasan yang berkawah.

Walaupun tak menutup kawah tu sepenuhnya, sekurang-kurangnya dinding tu nampak lebih kemas. Dari jauh memang tak nampak pun bekas-bekas kawah tu 😊 Jom tengok gambar-gambar bila dah sapu sealer dan dinding dicat balik.

Dah siap sapu sealer. Memang tak berapa nampak dah dinding yang tak rata tu.


Haaa dah elok 😍

Yang dinding bahagian ni pun da siap cat. Akak sapu cat tebal untuk cover sealer yang berwarna putih. Alhamdulillah cat pun tak nampak bertempek dengan cat lama. Perfecto.

Fuhhh puas hati dinding da nampak elok. Suatu pengalaman juga untuk akak 😁 Seingat akak, last pegang berus cat masa kecik-kecik dulu, hahaha 😅

Harap entri kali ni dapat membantu siapa-siapa yang menghadapi masalah yang sama atau lebih kurang dengan akak. Tak susah pun sebenarnya. Cuma kena ada barang-barang yang diperlukan 😊 

Dari segi kos, sealer bekas kecik tu berharga RM35. Selebihnya cat di dinding tu, ikut spesifikasi cat yang kalian gunakan. Berus yang akak guna pun berus biasa je berharga dalam RM4 lebih. Ikutkan harga semua termasuk cat, mungkin tak sampai RM100. Tapi bila kita buat sendiri, kita buat dengan sepenuh kasih sayang.

Semoga bermanfaat!