Masak nasi kukus dengan menggunakan barang-barang yang ada di dapur

Sesetengah orang suka makan nasi kukus. Sebabnya nasi lebih wangi, lembut dan tak melekat pada bekas sangat. Sebenarnya nak masak nasi kukus ni senang aje. Tak perlu tray kukus pun. Boleh pakai barang-barang yang ada di dapur je. Jom kita tengok langkah-langkah memasak nasi kukus 😊 

1. Masukkan beras ke dalam periuk biasa yang ada kat rumah tu atau apa-apa bekas aluminium atau stainless steel untuk memasak nasi. Bekas jangan besar sangat sebab lepas ni kita akan masukkan pula bekas nasi ni ke dalam bekas lain untuk dikukus. Macam periuk yang kak Nur gunakan, muatlah dalam 3-4 pot nasi.



2. Basuh beras macam biasa. Kak Nur selalu sukat air pakai cawan plastik mainan ni. Memang nasi masak elok. Kalau 3 pot beras kita masak, maka 3 cawan air ni lah ukurannya. Tapi kalau nak ukur air dengan sukatan jari atau tangan tu pun boleh aje.


3. Haaaa beras dah siap dibersihkan bersama sukatan air yang bersesuaian.


4. Kak Nur pakai periuk nasi lama saiz L untuk mengukus nasi tadi. Tapak untuk meletak bekas nasi dalam periuk nasi tu, kak Nur pakai  tapak atas dapur tu.


5. Masukkan air secukupnya. Kalau boleh tinggi aras air tu melebihi tinggi tapak yang ada dalam periuk nasi untuk mengukus tu. Isikan air dalam suku periuk nasi lama tu pun ok.


6. Selesai masukkan air, letakkan periuk beras yang dah siap dibersihkan bersama sukatan air, tutup periuk pengukus tu.


7. Letakkan periuk pengukus di atas dapur. Gunakan api yang sederhana untuk mengukus nasi.


8. Air akan mula menyejat dan nasi sedang dimasak.


9. Nasi kukus yang hampir masak.


10. Nasi kukus yang dah masak. Selalunya untuk masak nasi kukus, kita perlukan dalam masa setengah jam. Tanda dah masak, nasi tidak lagi kelihatan basah.




Nah dah siap 😍makan pulak dengan ayam goreng berempah, gulai dan sambal, fuhhhh kecur liur πŸ˜‹ 

Senang je kan nak masak nasi kukus? Akak suka masak nasi kukus, sebab takde kerak macam dalam periuk nasi tu. Jadi idaklah kita membazir beras πŸ˜‰

Kak Nur ucapkan selamat mencuba dan semoga entry kali ini memberi manfaat 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Pengalaman Claim Insurans Apabila Dilanggar Belakang (Part II)

Sebelum ni kak Nur ceritakan kisah kena langgar di belakang masa kereta dipandu oleh suami kak Nur. Baca kisah di SINI. Setahun lepas tu, masa kak Nur on the way ke ofis, kena langgar lagi sekali πŸ˜“ 


Kali ni, yang melanggar adalah perempuan juga. Kak Nur masa ni lebih arif πŸ˜‚ Apa jadi lepas kereta dilanggar belakang? Kak Nur dan kereta tu berhenti di tepi jalan (jalan emergency). Kak Nur bertukar no telefon dengan dia dan kak Nur snap juga gambar roadtax dia untuk memastikan roadtax dia masih hidup (roadtax hidup, bermakna ada insurans coverage). 

Dia cakap dia nak settle sendiri-sendiri tanpa perlu report polis. So kak Nur boleh claim daripada dia lah. Lepas kejadian itu, kak Nur masuk ofis dulu. Kepala asyik fikir, nak settle sendiri-sendiri, bermakna kak Nur kena ke bengkel untuk dapatkan estimation harga untuk memperbaiki kerosakan di bahagian belakang bonet tu. 

Lepas duduk kejap, kak Nur minta izin untuk ke bengkel yang kak Nur akan hantar kereta. Kali ni kak Nur memang taknak lagi hantar kereta ke panel-panel seperti sebelum ni. Kak Nur lebih suka kerja yang lebih teliti dibuat apabila kereta kak Nur diperbaiki nanti di tempat yang kak Nur beli kereta tersebut.

Sampai bengkel, mekanik datang check dan kemudian bagi estimation kepada kak Nur. Kak Nur pun bagi estimation tersebut kepada orang yang melanggar kak Nur. Masa tu kak Nur terfikir, bila pulak dia nak bayar. Dia cakap dia try secepat mungkin. Padahal kalau berlaku sebarang kemalangan di jalan raya. Report polis kena dibuat dalam masa 24 jam kes tersebut berlaku.

So kak Nur mula fikir elok gi report atau tunggu je dia. Masa tu otak hijau sangat. Nak pi report takut orang tu pulak bermasalah sebab dia langgar belakang. Tapi kak Nur gi jugakla report. Pegawai tu cakap, orang yang melanggar tu pun kena datang. Memang sah-sah dia akan kena saman RM300 😲

Kak Nur buat keputusan untuk report supaya kak Nur tak jadi orang yang menagih hutang. Duit estimation yang dah diberitahu belum bayar dan takut tak bayar langsung. Jadi taknaklah kak Nur pulak yang kena call atau message dia setiap hari untuk minta duit kan. So senang, report polis dan claim daripada insurans. Otak pun tak serabut 😊

Disebabkan kak Nur buat semua sendiri, nak tunggu report polis pun amik masa dalam seminggu. Mujurlah polis tu call kak Nur dan inform report dah ready. Lepas amik report, kak Nur ke bengkel yang kak Nur nak. Proses nak memperbaiki kereta kalau buat sendiri memang makan masa. Ada beberapa dokumen lain yang kena disediakan.

Kak Nur akur je sebab lebih rela bengkel kereta tu sendiri yang baiki. Lepas dua minggu, kereta pun siap. Alhamdulillah. Hasilnya memang lebih elok dan memuaskan hati πŸ˜‰ Cumanya kena tunggu lama sikit la. Tu yang penting apabila beli insurans kereta kena include sekali compensation for assessed repair time yang mana kita boleh claim RM50, RM100 atau RM200 mengikut pakej yang kita pilih. Takdelah terbeban nak bayar public transport atau duit Grab hari-hari kan.

So lepas ni kalau nak baiki kereta lepas dilanggar belakang dengan puas hati, hantarlah ke bengkel di mana kereta itu dibeli. Kalau nak cepat, boleh pilih panel yang insurans sediakan. Pilihan di tangan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat 😊 

Nak beli insurans kereta, motor, insurans kebakaran atau travel insurans under AXA yang harganya lebih ekonomikal dan cepat? Whatsapp kak Nur di 012-5538628 😍

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Pengalaman claim insurans apabila kereta dilanggar belakang

Apabila merancang untuk renew insurans kereta, mesti ramai yang membeli insurans takat lepas nak bayar je. Add on lain mesti dilupakan kecuali coverage untuk windscreen or windows breakage je yang dimasukkan πŸ˜‚ Sebenarnya itu perkara biasa.

Hari ni kak Nur nak share juga pengalaman-pengalaman lepas apabila berhadapan dengan isu nak claim insurans kereta. Mengikut pengalaman kak Nur yang dah dua kali kereta kak Nur kena langgar belakang πŸ™ˆ

First time kena, husband kak Nur yang drive. Mujurlah dalam covernote insurans, ada nama dia. Masa dengar berita tu, of course rasa terkejut. Dahla yang melanggar tu, masa kat balai polis nak buat report, abang dia macam nak cari gaduh (kat luar balai). Tapi masa tu, dalam otak kak Nur, nak settlekan kemek dan cantikkan kereta je. Hahaha 😎 

Tujuan kita buat report, supaya kita boleh claim insurans. Itulah gunanya insurans kan. Lagi satu, apabila dilanggar belakang, memang automatik akan salah orang yang melanggar belakang (di atas jalan raya ye, bukan waktu keluar parking. Kalau langgar waktu kita keluar dari parking, kita yang salah tau).

Masa tu, memang tak tahu apa pun. Lepas kena langgar, ada la towing-towing yang sedang menunggu tu approach. Suruh hantar ke bengkel diorang la. Memang tak reti apa masa tu. So ikut je arahan diorang. 

Apa nak buat apabila berlakunya kemalangan langgar belakang:


1. Kita pergi ke balai polis trafik di kawasan tempat kena langgar, dan buat report. 

2. Dari situ, agen-agen towing akan follow up dengan polis pasal report tu dan settlekan di bengkel. 

3. Di bengkel, kita kenalah serahkan covernote insurans, salinan lesen dan beberapa dokumen lagi (akan diberitahu oleh pihak bengkel).

4. Dalam 4-5 hari, kereta pun siap. 

Memang senanglah bila agen-agen towing ni tolong buatkan. Tapi finishing dia, macam tak cantik (mungkin bergantung kepada bengkel juga). Bayangkan cat tu permukaan dia kasar macam pakai cat kat atas permukaan tu tanpa digilapkan. Kat bahagian dalam bonet tu pun macam tak settle je. Hmmmm πŸ˜•

Memang kak Nur tak puas hati langsung. Tapi itulah, takde pengalaman. So yang pertama jadi ni, memang menjadi pengajaran untuk kak Nur.

Satu lagi isu ialah, apabila kereta masuk bengkel, kak Nur takde kereta nak cover urusan harian kak Nur. Masa tu, dengarlah yang kita boleh claim daripada insurans, sehari berapa RM untuk cover duit tambang teksi dan sebagainya. Malangnya cakap-cakap itu tinggal hanyalah tinggal cakap-cakap. 

Sekarang baru kak Nur tahu rupanya apabila nak membeli insurans, kita boleh add on benefit gantirugi apabila ketiadaan kereta atau dikenali sebagai compensation for assessed repair time. Sehari kita boleh dapat RM50, RM100 atau RM200 (ikut pilihan apabila nak membeli insurans) dan mengikut jumlah hari yang dipilih - 7, 14 atau 21 hari. Bergantung kepada mana satu yang kita pilih.

Bagi kak Nur, inilah kebaikan apabila kita lebih teliti apabila membeli insurans. Masa beli mungkin rasa macam add on benefit ni macam akan membuatkan insurans yang dibeli menjadi mahal. Tapi dalam setahun tu, kita tak tahu risiko yang mungkin terjadi. Apa pun, kita doakan keadaan kita dan keluarga sentiasa terpelihara dan selamat.

So harap perkongsian kali ni bermanfaat. Nak membeli insurans kereta ke, motor ke, insurans kebakaran ke, travel insurans ke, insurans kesihatan atau perubatan, boleh je wasap kak Nur di 012-5538628 atau klik je www.wasap.my/+60125538628 😍

Terima kasih.


Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Amalan memudahkan bangun solat Subuh

Apa khabar teman-teman sekalian 😍 Hari ni kak Nur nak share apa yang kak Nur dengar daripada Ustaz Lutfi di radio IKIM iaitu amalan yang memudahkan bangun solat Subuh.

Nak bangun Subuh ni, bagi sesetengah orang, memang sukar. Liat semacam bila nak bangun Subuh kan. Macam-macam dah buat. Kunci jam, pasang alarm dekat fon, last-last semuanya ter'off' sendiri. Si tuannya meneruskan tidur dan akhirnya Subuh gajah baru bangun.


Apa pun, solat tetap kena buat. So marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri dengan memperbaiki solat kita.

Untuk membantu kita bangun solat Subuh, sebenarnya ikutlah sunnah Rasulullah SAW, iaitu tidur awal di malam hari. Sebab tidur sebelum jam 12 malam itu, bersamaan dengan dua jam tidur. Contoh, tidur pukul 11 malam tu, badan kita seolah-olah mendapat kerehatan selama dua jam.

Tapi kalau tak boleh juga, atas dasar tugasan dan juga ibu-ibu yang tak pernah habis kerja-kerja di rumah, maka sebelum tidur, amalkan perkara ini:

πŸ’š Baca Surah al-Kahfi bermula dari ayat 107 sehingga habis ayat 110.

πŸ’š Amalkan adab-adab sebelum tidur. Antara adab-adabnya adalah seperti berikut:

πŸ’• Berwuduk sebelum tidur

πŸ’•Tidur pada sisi kanan. Baik untuk kesihatan jantung dan memudahkan untuk bangun bertahajud.

πŸ’• Membaca tiga Qul kemudian meniupkan pada kedua tapak tangan dan disapu pada kepala, muka dan bahagian badan depan sebanyak tiga kali.

πŸ’• Membaca ayat Qursi. InsyaAllah dilindungi daripada gangguan syaitan sehingga pagi.

πŸ’• Membaca doa sebelum tidur
Harapnya dengan ikhtiar ini beserta semangat untuk memperbaiki diri dan menjaga solat, kita dapat bangun Subuh di awal waktu. Malah diberi peluang untuk bertahajud sebelum masuknya waktu Subuh 😍

Tapi bagi yang mencari supplemen tambahan untuk merasa segar dan bertenaga bangun pagi, boleh amalkan Ostematrix yang best ni.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak dilupakan juga, bulan ni last bulan promosi bagi twin pack Vivix, Starter Set Youth dan Wellness Set sebanyak 10% diskaun. Ditambah lagi dapat free gift, free delivery, free membership. Memang tak patut dilepaskan. Klik je www.wasap.my/+60125538628 untuk mengorder vitamin-vitamin atau produk-produk Shaklee anda 😘


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Mengatasi masalah sakit sembelit

Sembelit ni memang menyakitkan. Rata-ratanya setiap orang pasti akan merasai sembelit. Yang membezakannya ialah kerap atau jarang-jarang je 😁 


Sembelit terjadi apabila:

πŸ˜“ Kekerapan membuang air besar tidak konsisten 

πŸ˜“ Pengambilan air tidak mencukupi setiap hari

πŸ˜“ Kurang makan makanan yang kaya dengan serat

πŸ˜“ Mengalami sindrom IBS (Irritable Bowel Syndrome)

πŸ˜“Menahan daripada membuang air besar terutamanya di kalangan wanita dan kanak-kanak

πŸ˜“ Perubahan dalam rutin kehidupan seperti mengandung, travel, sakit dan sebagainya.

Apabila terjadinya sembelit, kemungkinan terjadinya luka-luka di bahagian anus. Sembelit yang berpanjangan juga boleh menjurus kepada buasir. Sebab itu, boleh terjadinya sembelit berdarah. 

Jadi apabila dah terkena sembelit, berusahalah untuk mengubah dan menjaga pemakanan. Banyakkan mengambil makanan berserat dan minum air secukupnya. 

Sementara menunggu pemulihan, kita juga boleh berikhtiar untuk mengurangkan masalah kesakitan disebabkan sembelit. 

Untuk budak-budak, kita boleh usaha untuk menambah supplemen Mealshakes ke dalam diet harian mereka. Kasihan tengok anak-anak menangis apabila nak membuang air besar. 

Ni feedback daripada kawan kak Nur yang berusaha dengan Mealshakes untuk mengurangkan masalah sembelit anak beliau.

Bagi orang dewasa pula, antara supplements yang boleh diamalkan ialah:

πŸ’š Ostematrix (tablet kalsium yang bukan sahaja memenuhi keperluan kalsium dalam badan, malah membantu meregangkan otot dan membantu memudahkan proses membuang air besar).

πŸ’š Omega Guard membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan di bahagian yang sakit.

πŸ’š Vivix membantu pemulihan dalaman dan membantu supaya setiap hari ke tandas untuk pembuangan air besar.

πŸ’š Vitamin C membantu memulihkan luka-luka yang terjadi akibat sembelit.

Jom layan testimoni-testimoni Ostematrix dalam mengurangkan masalah sembelit.







Kita berikhtiarlah sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan badan kita. Lagi pun badan sendiri. Kita nak sihat sepanjang diberikan kesempatan untuk hidup kan? 

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, hubungi je kak Nur di 012-5538628 atau klik je SINI untuk pembelian 😍

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Naik tangga membantu menguruskan badan dengan lebih cepat

Kita sering rasa bersalah apabila diri tak bersenam. Asyik fikir kalau nak bersenam, nak kena pergi ke taman, gym dan sebagainya untuk mengeluarkan peluh. Tapi sebenarnya kat rumah sendiri pun boleh bersenam. Malah kat pejabat pun boleh bersenam, dengan syarat ada tangga πŸ˜€ Kak Nur baca, naik tangga membantu mengurang atau menguruskan badan dengan lebih cepat tau.

Memandangkan tahun 2018 dah pun melabuhkan tirainya, apa kata kita sama-sama berazam untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat. Salah satunya adalah dengan mengamalkan senaman secara konsisten. Cara yang paling mudah ialah sentiasa naik turun tangga di mana jua kita berada 😍 Elakkan daripada mengambil lif.

Kat ofis kak Nur ni, ada salah seorang bos yang memang sentiasa naik turun tangga je. Setiap masa dan setiap hari! Hasilnya dulu perut agak membuncit, sekarang dah kempis. Memang nampak sangat berat badan dia berkurangan dengan agak cepat πŸ‘ 

Sebenarnya apa kebaikan naik turun tangga? Jom kita baca satu per satu.

πŸ’œ Mengurangkan berat badan dengan lebih cepat
Naik tangga sebenarnya membakar kalori dengan lebih pantas

πŸ’œ Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko Osteoperosis.
Apabila menaiki tangga, kita sedang melawan graviti. Jadi senaman ini menyebabkan diri kita menampung berat tubuh sendiri. Secara tidak langsung, membantu memberi kekuatan kepada tulang, otot dan sendi.

πŸ’œ Meningkatkan tahap metabolisma badan
Naik tangga selalunya menyebabkan kadar pernafasan kita menjadi laju. Jadi kesannya degupan jantung juga meningkat dan membantu badan membakar kalori dengan lebih cepat. Haaa bila dah bakar kalori, semestinya membantu mengurangkan berat badan juga πŸ˜€

πŸ’œ Senaman menaiki tangga membantu menguatkan bahagian bawah tubuh, mencantikkan bentuk punggung, paha dan betis. Serta membantu mengecilkan bahagian perut (mesti nak kan?) Tak lupa juga, naik tangga membantu menyihatkan jantung kita.

πŸ’œ Secara amnya, selain membantu mengawal atau menguruskan badan, menaiki tangga membantu mengurangkan stress, meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, kencing manis, stroke, obesiti dan juga kanser. Tidur juga akan lebih lena.

Credit to: StepJockey

Credit to: StepJockey

Jadi senanglah sangat kalau nak buat senaman naik tangga ni. Sebab tangga ni berada almost di mana-mana. Nak ke tak nak je πŸ˜‚

So tunggu apa lagi. Jom kita start 😍

Ohhhh yes, sebelum kak Nur mengakhiri entry ini, promosi starter pack Shaklee masih berjalan. Apa dia starter pack tu? Ni promosinya:


Dengan pembelian starter pack ni, korang tak payah nak risau harga member lagi murah ke apa, sebab harga ni, member Shaklee memang tak boleh dapat. Istimewa hanya untuk korang yang tak pernah jadi ahli atau pun keahlian yang dah expired. Harga-harga yang dinyatakan memang dah terlajak murah. Yang best lagi, dapat free gift!

So tunggu apa lagi, whatsapp kak Nur cepat-cepat di 012-5538628 atau klik je sini untuk terus wasap.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley