Kak Nur perasan, sekarang trend orang memakai lipstik yang jenis matte. Maksudnya lipstick yang tidak berkilat tapi hasilnya membuatkan bibir kelihatan penuh dan menawan gitu. Tapi, bagi sesetengah orang, apabila memakai lipstick jenis matte, hasilnya tidak cantik. Warna gincu kelihatan tidak sekata dan nampak jelas bibir kelihatan pecah-pecah dan bergaris.
Hehehe Kak Nur pun cuba mencari jalan penyelesaian. Apa-apa pun semuanya bermula dengan penjagaan asas bibir terlebih dahulu supaya tanpa lipstick pun, bibir tetap kelihatan cantik, bibir tidak gelap dan pecah-pecah. Lipstick yang dipakai pun akan menjadikan bibir kelihatan menawan.
Gambar ihsan Google
Jadi untuk mendapatkan bibir yang sihat dan tidak kering, perkara utama ialah pastikan setiap hari minum air secukupnya. Kalian perasan tak, apabila badan tak cukup air, kesannya akan kelihatan di bibir yang mengelupas dan kering. Kalau teruk lagi, boleh berdarah jadinya.
Yang kedua ialah, sentiasa membersihkan bibir daripada kulit-kulit mati. Bibir kita ni, macam kulit juga. Malah lebih nipis daripada kulit. Jadi apabila memakai make-up atau gincu tanpa dibersihkan dengan betul, maka bibir kelihatan kusam dan apabila mencalit lipstick pun, bibir akan kelihatan kotor dan warna menjadi tidak sekata.
Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk membersihkan bibir:
1. Beli scrub bibir dan scrub bibir mengikut keperluan.
2. Boleh juga buat scrub bibir dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Antaranya gunakan madu dan gula. Kedua-dua bahan dicampur sekali dan dilumurkan di bibir. Biarkan sebentar sebelum dibilas.
3. Gunakan kunyit hidup dan madu. Hancurkan kunyit hidup menjadi cebisan-cebisan halus dan campurkan dengan madu. Kemudian lumurkan pada bibir. Biarkan sebentar sebelum dibilas.
4. Letakkan sedikit ubat gigi di bibir. Gunakan berus gigi yang halus dan lembut, dan gosok bibir perlahan-lahan. Kemudian bilas. Teknik ni boleh dibuat sebelum menggosok gigi 😀
Apabila bibir bersih, tanpa lipstick, boleh rasa bibir lebih lembut. Lama kelamaan, bibir yang gelap akan kelihatan lebih berseri-seri. Jadi penjagaan bibir adalah sama pentingnya dengan kulit wajah.
Nak kulit yang lebih sihat dan cantik, boleh amalkan Skincare Youth yang best ni. Yang menariknya, Luminous Gel Oil Cleanser Youth bertindak juga sebagai make-up remover. Jadi tak perlu lagi nak beli make-up remover. Boleh terus pakai Luminous Gel Oil Cleanser untuk menanggalkan kesan-kesan kosmetik dan lipstick di wajah 😀
Age Defense Moisturiser Youth pula mempunyai kandungan SPF50 yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Semestinya melindungi kulit wajah daripada pancaran matahari dan UV yang terik. Haaa tak payah lagi pakai Sunblock 😎
Yang penting skincare Youth bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya dan sangat selamat untuk kulit. Bahan-bahan dalam skincare Youth semuanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bukan krim timbang kilo tau.
Sekarang ni, sampai hujung bulan June yang da nak abis dalam 5 hari lagi ni, ada promosi 10% diskaun. Daripada harga RM680 jadi RM612. Akak pun tak dapat harga ni kalau nak beli, sebab harga ni khas untuk customer-customer baru yang bukan ahli Shaklee je tau.
Untuk penghantaran, akak belanja so free tak payah bayar pape. Yang bertambah best lagi, bila beli set starter ni, dapat pula keahlian Shaklee percuma. Jadi kalau nak beli Youth atau mana-mana vitamin, harganya akan lebih murah.
Sementara ada masa lagi, cepat-cepat wasap akak --> www.wasap.my/+60125538628
Hubungi saya agen insurans
AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall,
Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk
maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich
Enterprise – 002912581-X
0 Komentar