Bagaimana mengawal selera makan membuak-buak

Perasan tak, ada masa-masanya, apabila tengah sedap makan tu, seleranya bukan main membuak-buak. Macam tak boleh berhenti makan. Kata hati kecil, ehhh tak boleh ni, kalau dibiarkan berterusan, bertambah-tambahlah kilonya nanti. So bagaimana kita nak mengawal selera makan yang membuak-buak sangat ni? 😓


Haha kak Nur pun menulis berdasarkan pengalaman. Memang betul, kadang tu makan dah bertambah, tapi nak menambah-nambah lagi. Ada benda dalam makanan kita yang membuatkan kita nak menambah nasi lagi. Fuhhhh mencabar sungguh.

Dalam kak Nur menghadap semangat luar biasa tersebut, otak kak Nur pun berfikir juga macam mana nak kawal selera makan yang membuak-buak ni. Kalau tak control, alamatnya terpaksa redha berat badan bertambah. Konon nak diet la kan lepas ni, tapi tunggulah tahun depan. Takkan jadi 😅

So pertama sekali, masa makan tu, kak Nur daripada nak menambah nasi, kak Nur tukar! Kak Nur tambah lauk je. Makan protein lebih supaya kita rasa lebih kenyang. Nasi yang terdiri daripada karbohidrat, sukar membuatkan kita rasa kenyang. Alhamdulillah, lepas tu tetap rasa kenyang, nasi pun takdelah kita makan berpinggan-pinggan.

Kita patah ke belakang sikit, sebelum nak makan nasi, macam 10-15 minit tu, minumlah air kosong terlebih dahulu. Minum bukan seteguk dua tau. Kalau dapat minum segelas atau lebih, lagi baik. Kadang kita badan kita ni kurang air. Tapi diri kita salah faham, kita pi makan nasi banyak-banyak. Padahal badan kita nak air. So bila dah minum air, perut terasa penuh. Jadi idokler kita makan banyak-banyak 😀

Jangan pula kita lupa, kalau asyik rasa nak makan jer, silalah penuhkan peti sejuk rumah dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran ni merupakan serat. Perut akan terasa penuh bila makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebab tu, elok makan buah-buahan dulu sebelum makan makanan berat. Kemudian dalam setengah jam lepas makan buah, baru makan nasi. Tengoklah bagaimana selera makan anda. Masih membuak-buak ke?

Haaa ok tak? Tips simple je la untuk bantu mengawal selera makan macam dinasour tu. Perkara ni memang susah sebenarnya untuk dikawal. Tapi insyaAllah with the right mindset, kita boleh buat.

Tapi bagi yang serius nak mengawal berat badan, nak menguruskan badan, boleh gabungkan senaman, cara pemakanan dan pengambilan vitamin-vitamin yang membantu dalam mengurangkan berat badan. 

Kak Nur rekemen sangat amalkan Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb-lax dalam proses untuk menguruskan badan. Nak best lagi, tambah Omega Guard. Semua ni vitamin-vitamin Shaklee. Kesannya memang takdelah seawal 7 hari. Tapi dengan pengambilan yang konsisten, insyaAllah ada hasilnya.

Ni akak capture screen sembang-sembang dalam wasap pasal pengambilan vitamin-vitamin Shaklee.

Lost 8kg dalam 4 bulan.. Wowwww!

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ni, tak susah. Wasap je dengan klik ke --> www.wasap.my/+60125538628

Semoga entry kali ini bermanfaat 💗

Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar