Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Gusi berdarah jangan dibiarkan

Fuhhhh mencabar sebenarnya bila nak share sesuatu yang based on facts. Kak Nur bukanlah seorang doktor. Tapi sukalah juga share perkara-perkara yang berkaitan. Kali ni kak Nur nak share pasal gusi yang berdarah. Heeee siapa suka gusi berdarah kan? Rasa gusi tu lembik pulak. Errkkkk 😝

Seingat kak Nur, selepas bersalin anak sulung kak Nur, masa tu terkena gusi berdarah and rasa kawasan gusi yang bermasalah tu lembik. Tapi memang agak normal wanita yang hamil dan selepas bersalin mengalami gejala gusi berdarah. Pada masa tu, salur darah kita sedang mengembang jadi gusi tu memang bahagian yang agak sensitif. Boleh baca di SINI.

Balik kepada cerita tadi, memang tak selesa bila rasa macam tu. So menyinggahlah kita berjumpa doktor gigi. Mujurlah takde apa-apa yang serius. Kebiasaannya sebab dah lama tak servis gigi dan gusi ni 😂

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan pendarahan gusi ialah disebabkan oleh kebersihan mulut yang kurang memuaskan. Kak Nur rasa tak ramai yang rajin berjumpa dengan doktor gigi, melainkan hanya apabila ada masalah gigi je. 

Apabila kebersihan mulut kurang memuaskan, maka senanglah menyebabkan pembentukan plak pada garis gusi dan juga pada celah-celah gigi. Dalam mulut kita, ada bermacam-macam bakteria, termasuklah pada plak yang terbentuk. Kalau dibiarkan, ia akan menjadi tartar dan merebak ke bahagian bawah gigi. Akhirnya akan menyebabkan radang. Maka terjadilah radang pada gusi atau gingivitis. Gusi akan membengkak dan sangat mudah terjadi pendarahan.


Jadi jangan biarkan keadaan begini melarat. First thing first, pi la jenguk doktor gigi. Doktor akan membuang dan membersihkan plak-plak di sekeliling gigi dan di gusi. Selepas itu, beruslah gigi dengan cara yang betul. Gunalah berus yang lembut agar tidak mencederakan gusi.

Sekali dah terkena, pasti tak nak terkena lagi kan? Maka boleh juga amalkan Set Gigi Sihat daripada supplemen-supplemen Shaklee. 

Set ini terdiri daripada:

Set Gigi Sihat

Ostematrix - Tablet kalsium yang membantu memenuhi keperluan kalsium harian kita. Ingat ye, semakin meningkat umur, kalsium juga akan semakin terhakis. Jadi pastikan mendapat bekalan kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin C (Sustained Release) - Vitamin C sangat penting untuk mengawal pendarahan gusi dan membantu mempertingkatkan kesihatan gusi. 

Omega Guard - Membantu mengurangkan keradangan serta pembengkakan gusi.

Vitamin B Kompleks - Membantu mengawal pendarahan gusi memelihara kesihatan urat saraf.

InsyaAllah kita ikhtiar yang terbaik untuk kesihatan gusi, gigi dan juga kesihatan badan kita. Kak Nur memang amalkan sepanjang Kak Nur pregnant yang kedua dan ketiga. Alhamdulillah, takde lagi masalah gusi lembik dan berdarah.

Kak Nur amalkan, dan yang baik, semestinya kak Nur nak share juga. Nak dapatkan Set gigi sihat ni, whatsapp je Kak Nur di 012-5538628 😁

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Jari tersepit pintu, bagaimana menghilangkan kesakitan?

Apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian 😊 Hari ni kak yone nak kongsikan kisah seorang hamba Allah ni yang ibu jari kanannya secara tak sengaja telah terkepit dengan pintu kereta. Memandangkan hamba Allah ni tengah mengandung, maka pengambilan ubat tak digalakkan. Jom kita baca macam mana dia buat untuk mengurangkan kesakitan yang berdenyut-denyut di jarinya.

Hari pertama jari terkepit pintu kereta

Haha ni gambar yang dikongsikan. Katanya sakit berdenyut-denyut walaupun kena di tengahari. Tapi sakitnya sampai ke malam.

Right after terkena tu, kawan kak yone terus goyang-goyangkan tangannya. Tujuannya supaya darah tak membeku dan masih mengalir. Kemudian selepas ada akses kepada air, kawan kak yone ambil mug, isikan dengan air sejuk dan celup jari yang tercedera itu.

Haha electric shock kata kawan kak yone. Sejuk sangat pulak rendam jari tu di dalam air sejuk. Jadi dia hanya lalukan di bawah air yang mengalir. Lega sikit rasanya. Disebabkan sampai ke petang pun masih sakit, maka kawan kak yone bungkus jari tu dengan tisu basah dan celup ke dalam air sejuk. Katanya takdelah rasa macam electric shock. Tisu basah tu cover sikit rasa kesejukan melampau tu.

Balik rumah, masih lagi terasa sakit berdenyut-denyut jari tu. Memang takla kawan kak yone nak makan panadol atau ubat tahan sakit. Disebabkan kawan kak yone ni tengah mengandung, maka dia amalkan Set Prenatal Shaklee yang ada:

💓 Vita-Lea
💓 Vitamin B Complex
💓 Vitamin C
💓 Ostematrix (tablet kalsium)
💓 Omega Guard
💓 ESP

Ok. Kalau vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan kesakitan ni, ada je dalam Set Prenatal Shaklee ni. Antaranya yang membantu mengurangkan kesakitan ialah:

💛 Vitamin B Complex - Membantu menenangkan dan melegakan urat saraf.

💛 Ostematrix - Tablet kalsium yang membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang kita dan pada masa yang sama membantu memberi keregangan kepada otot-otot supaya tak kejang.

💛 Omega Guard - Membekalkan sumber DHA dan EPA dan juga membantu mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan.

💛 Vitamin C - Membantu menguatkan sistem imun badan dan pada masa yang sama memulihkan luka-luka dalaman.

So sebelum tidur, kawan kak yone makan Omega Guard dan Ostematrix untuk keperluan badannya yang sedang hamil dan pada masa yang sama berikhtiar mengurangkan kesakitan dan bengkak pada jarinya.

Alhamdulillah, feedback hari ini, ibu jarinya masih kelihatan blue black di bahagian kuku. Tapi kesakitan tu tak berdenyut-denyut dan dah boleh menulis dan membuat kerja-kerja ringan yang melibatkan penggunaan ibu jari tersebut.

Hari kedua jari terkepit pintu kereta


Alhamdulillah. Itulah walaupun nampak remeh, tapi ibu jari memainkan peranan yang sangat besar. Walaupun hanya sakit terkepit pintu, tapi kesannya berdenyut-denyut dan banyak benda tak boleh nak pegang atau angkat. Jadi nikmat apa lagi yang kita nak dustakan? 

Kena pulak waktu tengah pregnant. Memanglah kita takkan telan ubat tahan sakit sewenang-wenangnya. Mujurlah ada Set Prenatal Shaklee 😀 Set ini memang sangat-sangat membantu ibu-ibu supaya lebih bertenaga dan ceria dalam menempuh waktu kehamilan serta membantu mempertahankan tubuh si ibu supaya kuat dalam melawan jangkitan penyakit.

Manfaat kepada baby dalam kandungan juga sangat banyak. Apabila ibu mendapat cukup nutrisi, bayi dalam kandungan akan membesar dengan sihat dan cergas, insyaAllah.

So nak dapatkan Set Prenatal Shaklee ni, meh hubungi kak yone di 012-5538628. Akan kak yone ajarkan cara-cara untuk mengambil vitamin supaya kesihatan ibu lebih baik semasa hamil dan insyaAllah bacaan HB pun cantik-cantik selalu.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Kisah Kemoterapi Pertama Mama

Baru-baru ni kita kan bercuti panjang. Jadi kak yone ambil peluang ni untuk balik ke kampung halaman. Menjenguk mama yang baru lepas sesi kemoterapi yang pertama. Sedih sangat sebab mama memang sangat lemah lepas chemo tu 😔 Bagi yang terlepas, boleh baca kisah mama di SINI.


Gambar ihsan Google

Malam kak yone sampai di kampung halaman, terkejut kak yone sebab mama yang menunggu kak yone sampai. Aduhhhh rindu sangat kat mama. Dah lama tak tengok mama kelihatan sihat macam dulu. 

Tapi sebenarnya, beberapa jam sebelum kak yone sampai tu, mama sebenarnya dah menyerah diri ke hospital untuk drip. Mama dehydrated sungguh sebab kehilangan selera makan selepas sesi kemoterapi ni. Kalau makan pun, muntah balik. Air pun mestilah tak cukup. Tu baru sesi kemoterapi yang pertama. Ada lagi lima sesi kemoterapi yang mama kena hadap.

Antara kesan-kesan kemoterapi:
  • Keletihan
  • Rambut mula gugur
  • Mudah berlaku pendarahan atau lebam
  • Loya dan muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Sama ada berlaku sembelit atau cirit-birit
  • Mulut, lidah dan tekak terasa kering dan sakit
  • Berlaku masalah urat sarat, sama ada kebas atau sakit
  • Kehilangan berat badan
  • Berlaku perubahan mood

Boleh kata, mama hadapi semua di atas. Terutama hilang selera makan, muntah-muntah, rambut mula gugur, tekak terasa kering dan sakit, dehydrated dan mama memang semakin kurus.

Memang lain sangat mama sekarang berbanding beberapa bulan lepas. Dulu mama sangat sihat dan aktif. Setiap hari ada je masakan yang disediakan untuk kami. Tapi kak yone akur, yang mama kena banyak berehat sekarang.

Keesokan hari, mama start balik ke keadaan asal, iaitu terbaring dan tidur je. Selera makan hilang balik 😢 Masa ni, kak yone fikir, Performance Drink daripada Shaklee is the best untuk membantu mama, especially bila mama kurang minum air. 

Memang kak yone bukanlah jenis menyimpan semua vitamin. Tapi tak susah pun, hari tu masih hari bekerja. Jadi kak yone pergilah ke branch Shaklee untuk beli Performance Drink.

Branch Shaklee Penang

Performance Drink korang bayangkan macam air 100Plus tu. Tapi jauh lebih baik. Korang boleh tengok kebaikannya pada poster di bawah 😊



Balik je dari branch Shaklee, terus kak yone buat air Performance Drink dicampur dengan sesachet Nutriferon untuk boostkan sistem pertahanan badan mama. Mama lemah sangat. Jadi Nutriferon tu bantu memperkuatkan semula sistem dalaman mama. Rasa air tu memang refreshing sungguh. Sesuai sangat untuk keadaan mama yang loya dan muntah. Rasa oren masam-manis giteww.

Performance Drink campur dengan Nutriferon untuk mama

Alhamdulillah. Mama minum habis satu mug yang kak yone buat. At least kalau selera makan mama takde, biarlah mama cukup air. Sebab mama cakap, masa mama serah diri untuk drip tu, badan mama kembali segar dan terasa lapar balik. Jadi, formulanya, bila badan hydrated, maka insyaAllah selera makan pun ada.

Jadi lepas sehari dua konsisten minum Performance Drink tu, memang mama dah ada selera makan dan mula makan balik 😊 Masa raya haji, mama makanlah juga nasi impit, kuih karipap, nasi, malah daging korban pun mama ada makan. Lega rasanya hati kak yone. Walaupun sikit. Tapi sekurang-kurangnya mama makan mengalas perut dan tak tinggal satu pun waktu makan.

Mama pun dah tak berkurung dan berbaring di bilik. Alhamdulillah sangat. At least mama dah duduk di ruang tamu dan tengok tv. Nampaklah mama lebih bertenaga.

Hospital ada juga bekalkan vitamin B Complex dan asid folik untuk mama. Tapi kak yone beritahu mama supaya amalkan B Complex Shaklee. Dah siap ada asid folik dalamnya. Tak payah mama nak telan banyak-banyak tablet. 

Lagipun, lebih baik makan vitamin yang bersifat semulajadi dan lebih mudah menyerap ke dalam badan kita kan. Alhamdulillah mama setuju. Fuhhh lega hati kak yone.

Sehari sebelum kak yone balik, mama cakap dah dua hari mama tak buang air besar. Mama tercari-carilah ubat yang bantu untuk buang air besar tu. Tapi tak jumpa. Then mama cakap takpe. Ada 'senokot' ubat herba yang bulat tu. Kak yone tanyalah mama, leh buang air besar jugak ke makan senokot tu? Mama cakap boleh cuma kena makan 3-4 biji.

Ting! Daripada mama makan senokot tu, baiklah mama makan Ostematrix 4 biji. Ostematrix ni tablet kalsium yang mengandungi semua sumber nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tulang kita. Bagus sangat untuk mama, sebagai warga emas. Sebab keperluan kalsium memang penting dan semakin meningkat usia, kandungan kalsium makin susut. Kita ni pun jangan culas amik Ostematrix tau!

Antara kesan Ostematrix, selain menjadi sumber kalsium yang diperlukan tulang, dapat juga bantu memudahkan proses membuang air besar kerana Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix membantu meregang dan menenangkan otot-otot dalam badan. Yang bestnya keesokan pagi, mama cakap mama dah membuang 😊 Alhamdulillah syukur sangat.

Sebelum kak yone pulang, kak yone tanya kat mama. "Mama nak ke B Complex dengan Ostematrix ni?" Bukan apa, kak yone takut mama taknak makan banyak-banyak ubat dan kak yone taknak paksa. Tapi alhamdulillah. Mama setuju untuk makan B Complex and Ostematrix Shaklee. Performance Drink pun mama akan minum setiap hari.

Kak yone syukur sangat sebab mama memang rasa kebaikan vitamin-vitamin Shaklee yang memang berunsurkan bahan-bahan semulajadi, yang badan kita memang perlukannya. Kak yone berdoa agar kesihatan mama semakin baik dan mama kuat untuk menghadapi next chemo session. Allahuakhbar. 

Macam Mana Menghilangkan Sakit-sakit Tangan Dan Kaki Lepas Main Bowling

Jangan gelak bila tengok tajuk ni 🤣 Sebabnya orang-orang yang dah lama tak main bowling dan tiba-tiba main bowling aje yang faham. Haishhhh macam mana nak hilangkan sakit-sakit tangan dan kaki lepas main bowling.


Kak yone terkejut juga. Bagi kak yone, kalau sakit tangan sebab terkejut angkat bola bowling tu, normallah. Tapi kalau korang tiba-tiba praktis main bowling sebab ada game ke, kemungkinan kaki yang bersilang dengan tangan yang mencampak bola bowling pun akan sakit. Silap-silap tangan pun boleh tergeliat, sebab nak buat bola spin 😀

Yang kaki tu, jadi sakit sebab kita letakkan pressure atau tekanan ke atas kaki untuk mengimbangi berat badan apabila kita lempar bola bowling tu.

Rasanya kes yang sama boleh jadi jugak untuk sukan-sukan yang lain macam permainan bola tampar, bola baling dan sebagainya. Apa-apa pun, badan kita memang terkejut kalau dah lama tak bergerak 😂

Tips kat sini ialah, apa-apa game atau sukan, regang-regangkanlah dulu badan tu. Supaya otot kita tak terkejut. Haaa orang kata panaskan badan dulu.

Then barulah mulakan permainan bowling. 

Tapi memang tak dapat elak juga sakit-sakit tangan dan kaki ni kan. Macam kak yone, teman setia kak yone 3 jer.

1. Ostematrix iaitu tablet Kalsium yang memang kandungan untuk kesihatan tulang kita. Apa kena mengena dengan sakit tangan dan kaki? Kalsium membantu meregangkan otot-otot. In other words, otot yang rasa kejang keras ni, akan releks apabila kita makan Ostematrix.

2. Vitamin B Complex yang memang wajib ada di setiap rumah. Kadang tanpa sedar, kita mencederakan urat saraf dalaman. Macam tergeliat tu. B Complex ni membantu meredakan urat saraf yang sakit.

3. Vivix. Supplemen terpenting sebabnya otot-otot yang sakit sebenarnya mengalami tekanan akibat kejutan. Kan tiba-tiba pi angkat bola bowling. Kita nak elokkan balik otot terkejut tu dan juga boost balik tenaga kita. Peluh ketiak jugak tau main bowling. So Vivix membantu kita supaya lebih sihat bertenaga. Nak-nak kalau keesokan harinya ​kerja.

Yang wanita, mesti bukan aje nak fokus pada bowling tapi rumah tangga. Kena bertenaga dan bangun pagi dengan cergas. So supplemen-supplemen ni memang sesuai sangat.

Macam kak yone, sebelum tidur, makan supplemen-supplemen ni. Bangun pagi memang segar bertenaga tau.

So? Tunggu apa lagi? Hubungi kak yone melalui WhatsApp di 012-5538628. Dapatkan segera!

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Testimoni Set Kecantikan Kulit Shaklee

Apa khabar sahabat-sahabat yang disayangi semua... Dalam FB saya ada kongsikan kebaikan Set Kecantikan Kulit Shaklee. Sekarang, saya ingin memperkenalkan Set Kecantikan Kulit Asas Shaklee kepada anda yang disayangi semua. Set ini terdiri daripada:

Set Kecantikan Kulit Asas Shaklee:
- Vitamin B Complex - RM53.75 (120 biji)
- Sustained Release Vita C - RM92.50 (180 biji)
- Vita E Complex - RM149.00 (120 biji)

Set Kecantikan Kulit Asas Shaklee ini sangat menjimat dan menguntungkan kepada pembeli kerana mampu bertahan sehingga 4 bulan bagi pelaburan anda sebanyak RM295.25.

Jika anda nak kulit kelihatan cantik gebu, anda boleh tambah Set Kecantikan Kulit Asas Shaklee bersama dengan ESP yang berharga RM 150.00. ESP boleh bertahan sehingga 2 bulan. Pelaburan anda bagi Set Kecantikan Kulit Asas Shaklee bersama ESP  adalah RM445.25.

Untuk kulit yang berseri dan glowing pula, anda boleh gabungkan Set Kecantikan Asas Shaklee bersama dengan GLA Complex (60 biji, RM91.25). GLA Complex boleh bertahan sehingga 2 bulan juga. Pelaburan anda bagi Set Kecantikan Kulit Asas bersama GLA ialah RM386.50.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gabungkan kesemua supplemen Shaklee ini. Kulit anda bukan sahaja gebu-gebus malah InsyaAllah akan lebih berseri-seri. Namun, bersabarlah, tidak ada jalan singkat untuk mendapatkan hasilnya. Pemakanan yang konsisten diperlukan. Selepas pemakanan yang konsisten, sesiapa yang sudah lama tidak melihat anda pasti akan terpegun dengan perubahan yang anda alami :)

Kulit anda bukan sahaja bertambah cantik, malah kesihatan anda secara menyeluruh juga akan terpelihara.. InsyaAllah. Supplemen-supplemen ini bukan hanya fokus untuk mencantikkan kulit tetapi juga membaik pulih dan memelihara kesihatan dalaman anda. Oleh itu, sangat berbaloi-baloi pelaburan anda.








Alang-alang kita bercakap tentang kecantikan kulit, ingin saya perkenalkan Collagen Powder Shaklee yang hebat. Anda boleh merasai kesannya dengan pantas. Kulit anda akan lebih anjal dan tegang, garis-garis halus akan berkurangan serta membantu melambatkan proses penuaan. Harga Collagen Powder Shaklee adalah RM298.00 bagi 15 sachets. 



Ingin saya memperkenalkan revolusi terhebat Shaklee - VIVIX! Bagi yang malas nak telan ubat, malas nak minum bancuhan air, maka amalkan Vivix. 

Kehidupan anda akan menjadi sangat mudah kerana Vivix hanya perlu diambil sekali sehari dan hanya sesudu teh! Pelaburan yang diperlukan ialah RM475.00 bagi 150ml dan bertahan sehingga dua bulan. Nak cantik sihat menawan, semestinya ongkos yang berpadanan diperlukan... betul tak?



Mari kita lihat testimoni-testimoni pengguna terhadap semua Set Kecantikan Kulit Shaklee.









Rahsia kecantikan Ayu Raudhah




Macam mana? Banyak lagi pengguna-pengguna yang telah berjaya mencapai impian untuk mendapat kulit yang cantik. Anda pilih mana pilihan kalbu. Nak amalkan supplemen Set Asas, Set Asas bersama ESP atau GLA, Collagen Powder sahaja atau Vivix sahaja...

Anda inginkan maklumat lanjut dan konsultasi serta pembelian, anda boleh hubungi saya di 012-5538628. 

Sekarang adalah bulan promosi Vivix. Jika anda beli 2 botol Vivix, anda akan mendapat keahlian Shaklee secara percuma di samping mendapat cash rebate pada bulan hadapan. Ini peluang terhad yang tidak seharusnya dilepaskan. Vivix bukan sahaja baik untuk kecantikan, malah untuk kesihatan menyeluruh.

Anda boleh membeli Set Kecantikan Kulit Shaklee ini secara online dengan mengklik link di bawah. Produk ini akan dihantar terus ke pintu rumah anda.


Jika tidak, jangan malu-malu untuk menghubungi saya :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC, USJ, Subang Jaya



Kepentingan Kesihatan Part II

Pentingnya Mempunyai Kesihatan yang Baik - Part II

Sebelum ini, saya sharekan pasal GLA Complex kerana mengalami masalah haid yang berpanjangan semasa zaman universiti dulu. Sekarang kita masuk ke zaman sekarang.. :) Terus terang saya akui, apabila saya mula bekerja, saya memang seorang "workaholic". Tempat yang saya bekerja dulu pula selalu mengkehendaki saya untuk stayback sampai lewat malam dan ada masanya saya terpaksa stayback sampai ke pagi. Alhamdulillah, saya memang kuat pada waktu itu. Saya akui saya tidak mengambil sebarang supplemen (mungkin ada tetapi tidak konsisten).

Namun kini, apabila memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, pekerja dan sebagainya, saya sangat-sangat memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Dulu saya rasa kuat dah masa zaman remaja dulu. Tetapi apabila memasuki era dewasa ini, cabarannya memerlukan kekuatan yang luar biasa. Apabila bekerja dan pada masa yang sama mempunyai anak kecil, seseorang wanita itu memerlukan determination yang tinggi. Pada masa itu juga, kesihatan seseorang wanita itu hendaklah berada pada tahap yang optimum. Maklumlah menjadi superwoman. Bekerja dan menjaga keluarga. 



Awalnya ego saya masih tinggi. Saya fikir, buat apa lah mengambil supplemen itu dan ini. Saya yakin saya seorang yang sangat sihat dan kuat dan saya mampu menghadapi apa sahaja.. hehehehe... Selepas melahirkan anak, barulah saya tahu langit itu tinggi atau rendah. Saya rasa saya tak mampu nak bangun pagi untuk ke pejabat, saya tak dapat mengelak daripada merasa mengantuk di siang hari, badan terasa sangat penat sampai saya kadangkala tertidur di ofis. 

Oleh sebab itu, atas saranan seorang sahabat saya yang ketika itu telah menjadi distributor Shaklee, dia cadangkan saya mengambil B Complex Shaklee. B Complex memberi tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk. Tapi saya bimbang pengambilan B Complex akan menyebabkan berat badan saya bertambah. Alhamdulillah apabila saya mula mengambilnya, berat badan saya maintain je.. heee.. yang penting, saya pastikan diri saya minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya minumlah 3 liter.

Pada malam hari pula, saya mengambil OsteMatrix supaya pada paginya saya dapat bangun dalam keadaan yang segar. Alhamdulillah, syukur, memang terasa perbezaannya. Saya tidak lagi merasa penat apabila bangun di pagi hari. Saya amalkan secara konsisten dan sememangnya saya dapat kekal bangun pagi dengan bertenaga :) 

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, saya juga menghadiahkan OsteMatrix kepada mama saya. Katanya sejak mengambil OsteMatrix, mama yang selalu mengalami masalah membuang air besar, kini tidak lagi mengalami masalah tersebut. Malah badannya dapat merasa kebaikan mengambil OsteMatrix. 

Sekarang ni, saya memang amalkan B Complex untuk memberi tenaga. B Complex elok diambil pada waktu pagi supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari. Tapi saya pula ambil disebelah petang, kerana paginya saya telah mengambil ESP (Energizing Soy Protein) yang memberi tenaga dan membuatkan saya rasa kenyang sampai ke tengahari. 

Kemudian pada pukul 3 atau 4 petang, barulah saya mengambil B Complex untuk menyediakan diri saya untuk melakukan kerja rumah dan masak memasak selepas habis waktu bekerja. Alhamdulillah, boleh saya katakan mood saya lebih baik di waktu malam, bertenaga walaupun saya melakukan banyak kerja di samping melayan seorang anak yang sedang aktif. 


Supplemen yang saya ambil untuk membekalkan tenaga :)

Pada yang ingin mencuba namun terasa kekangan daripada segi perbelanjaan, hubungi saya dan InsyaAllah saya boleh cadangkan supplemen mana yang sesuai mengikut bajet dan keadaan. Membeli vitamin Shaklee sangat menjimatkan. Kalau rasa nak jimat lebih lagi, jadilah ahli. Sangat mudah. Jangan segan-segan. 


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley