Kepentingan Kesihatan Part II

Pentingnya Mempunyai Kesihatan yang Baik - Part II

Sebelum ini, saya sharekan pasal GLA Complex kerana mengalami masalah haid yang berpanjangan semasa zaman universiti dulu. Sekarang kita masuk ke zaman sekarang.. :) Terus terang saya akui, apabila saya mula bekerja, saya memang seorang "workaholic". Tempat yang saya bekerja dulu pula selalu mengkehendaki saya untuk stayback sampai lewat malam dan ada masanya saya terpaksa stayback sampai ke pagi. Alhamdulillah, saya memang kuat pada waktu itu. Saya akui saya tidak mengambil sebarang supplemen (mungkin ada tetapi tidak konsisten).

Namun kini, apabila memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, pekerja dan sebagainya, saya sangat-sangat memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Dulu saya rasa kuat dah masa zaman remaja dulu. Tetapi apabila memasuki era dewasa ini, cabarannya memerlukan kekuatan yang luar biasa. Apabila bekerja dan pada masa yang sama mempunyai anak kecil, seseorang wanita itu memerlukan determination yang tinggi. Pada masa itu juga, kesihatan seseorang wanita itu hendaklah berada pada tahap yang optimum. Maklumlah menjadi superwoman. Bekerja dan menjaga keluarga. 



Awalnya ego saya masih tinggi. Saya fikir, buat apa lah mengambil supplemen itu dan ini. Saya yakin saya seorang yang sangat sihat dan kuat dan saya mampu menghadapi apa sahaja.. hehehehe... Selepas melahirkan anak, barulah saya tahu langit itu tinggi atau rendah. Saya rasa saya tak mampu nak bangun pagi untuk ke pejabat, saya tak dapat mengelak daripada merasa mengantuk di siang hari, badan terasa sangat penat sampai saya kadangkala tertidur di ofis. 

Oleh sebab itu, atas saranan seorang sahabat saya yang ketika itu telah menjadi distributor Shaklee, dia cadangkan saya mengambil B Complex Shaklee. B Complex memberi tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk. Tapi saya bimbang pengambilan B Complex akan menyebabkan berat badan saya bertambah. Alhamdulillah apabila saya mula mengambilnya, berat badan saya maintain je.. heee.. yang penting, saya pastikan diri saya minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya minumlah 3 liter.

Pada malam hari pula, saya mengambil OsteMatrix supaya pada paginya saya dapat bangun dalam keadaan yang segar. Alhamdulillah, syukur, memang terasa perbezaannya. Saya tidak lagi merasa penat apabila bangun di pagi hari. Saya amalkan secara konsisten dan sememangnya saya dapat kekal bangun pagi dengan bertenaga :) 

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, saya juga menghadiahkan OsteMatrix kepada mama saya. Katanya sejak mengambil OsteMatrix, mama yang selalu mengalami masalah membuang air besar, kini tidak lagi mengalami masalah tersebut. Malah badannya dapat merasa kebaikan mengambil OsteMatrix. 

Sekarang ni, saya memang amalkan B Complex untuk memberi tenaga. B Complex elok diambil pada waktu pagi supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari. Tapi saya pula ambil disebelah petang, kerana paginya saya telah mengambil ESP (Energizing Soy Protein) yang memberi tenaga dan membuatkan saya rasa kenyang sampai ke tengahari. 

Kemudian pada pukul 3 atau 4 petang, barulah saya mengambil B Complex untuk menyediakan diri saya untuk melakukan kerja rumah dan masak memasak selepas habis waktu bekerja. Alhamdulillah, boleh saya katakan mood saya lebih baik di waktu malam, bertenaga walaupun saya melakukan banyak kerja di samping melayan seorang anak yang sedang aktif. 


Supplemen yang saya ambil untuk membekalkan tenaga :)

Pada yang ingin mencuba namun terasa kekangan daripada segi perbelanjaan, hubungi saya dan InsyaAllah saya boleh cadangkan supplemen mana yang sesuai mengikut bajet dan keadaan. Membeli vitamin Shaklee sangat menjimatkan. Kalau rasa nak jimat lebih lagi, jadilah ahli. Sangat mudah. Jangan segan-segan. 


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar