Syukur

Syukur dan Kehidupan

Kebanyakan masanya,kita selalu terlupa. Kita rasakan bahawa kehidupan kita sangat sukar dan terhimpit. Kita mengeluh kesah kerana terasa perjalanan kehidupan terlalu menyesakkan jiwa. Namun kita selalu terlupa, bahawa kehidupan dan nafas yang ada itu sendiri adalah rahmat Allah yang paling besar. 

Bersyukurlah kita kerana masih diberi masa untuk bernafas di dunia ini. Bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai orang-orang yang menyayangi kita yang selalu berada di samping kita dan sentiasa mengingati kita setiap masa. Bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai bumbung rumah yang baik sebagai tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Bersyukurlah kita kerana mempunyai pekerjaan yang baik dan banyak lagi rahmat Allah kepada kita yang selalu kita lupa untuk mensyukurinya. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Surah ar-Rahman 55:13)



Memang tidak dinafikan kita memang selalu terlupa dan lalai kerana kita hanya manusia biasa. Hatta saya sendiri pun selalu mengeluh dengan kehidupan ini. Daripada saya sendiri, saya rasa baik kita kurangkan bercakap dan banyak beristighfar membersihkan hati dan jiwa kita. Percayalah, setiap apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T dalam kehidupan kita adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui jalan kehidupan kita, qada' dan qadar kehidupan kita. Maka sebutlah Alhamdulillah dalam setiap perkara baik dan buruk yang terjadi kerana tidak mungkin Allah hendak menimpakan sesuatu yang buruk kepada kita. InsyaAllah, apabila kita redha, segalanya akan dipermudahkan untuk kita.

Alhamdulillah, InsyaAllah :) Senyum selalu...

Diana
Shaklee Independent Distributor
012-5538628
n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Alhamdulillah

Balas