Aura Positif dan Aura Negatif

Menarik Aura Positif dan Menolak Aura Negatif

Dalam kehidupan seharian ini, kita dikelilingi oleh aura positif dan aura negatif. Kita ambil contoh keadaan hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Agak-agaknya aura mana yang lebih kuat? Saya tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya sendiri :)

Kak yone petik daripada website Irfan Khairi. Katanya dalam sebuah kumpulan, terdapat dua orang yang berfikiran positif, berkelakuan positif dan bercakap perkara-perkara yang positif sahaja. Namun terdapat seorang yang berfikiran negatif, berkelakuan negatif, dan bercakap perkara-perkara yang negatif. 

Tuan-tuan dan puan-puan rasa, apakah aura yang mengelilingi kumpulan tersebut? Jawapannya ialah .................................

.................................

.................................

aura negatif. 

Menjadi lumrah manusia suka mendengar gossip-gossip dan berita-berita sensasi yang tidak diketahui kebenarannya. Selain itu, cakap-cakap berkaitan orang lain, adalah lebih 'hot' untuk dibincangkan. Maafkan kak yone kalau ada sesiapa terasa, tapi bercakap-cakap di belakang orang, mengumpat itu dan ini adalah berdosa. Mahukah anda menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti? 

Apabila timbangan amalan baik anda sudah bagus untuk membolehkan anda ke syurga, tiba-tiba anda terpaksa memberi pahala anda kepada orang yang anda cakap di belakangnya semasa di dunia. Kalau perkara positif, tiada masalah, tapi bila perkara-perkara negatif yang dicakapkan... haishhh...

Daripada Abu Hurairah R.A, "Sesungguhnya Rasullullah S.A.W telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau diam...." Apabila kita menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaiban kita.





Dengan banyaknya aura-aura negatif di sekeliling kita, maka boleh kak yone katakan, orang yang berfikiran positif dan menyebarkan aura-aura positif pun, akan terkesan dengan aura-aura negatif yang mudah berjangkit ini. Untuk menjauhi aura-aura negatif ini, caranya ialah berkawan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan banyak mendekatkan diri dengan pencipta kita, Allah S.W.T.

Memang sukar untuk dilakukan. Tapi sentiasalah banyak beristighfar, banyakkan bertaubat, berzikir dan menyibukkan diri mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat. Memang sebagai manusia, kita tidak sunyi dalam melakukan kesilapan. Yang penting kita istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Sekian sahaja nukilan kak yone... entry kali ini adalah daripada kak yone sendiri. Andai ada salah dan silap, kak yone mohon ampun dan maaf. 

Kak Yone
Shaklee Mentor & Distributor
016-2364796

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar